Di tempat kerja asyik ingatkan anak-anak dan tak dapat beri yang terbaik. Sedangkan, macam mana rezeki nak jadi halal jika buat kerja tak fokus dan low standard. Makan gaji buta dan makan diri namanya tu.

Pergi Kerja Rasa Bersalah Tinggal Anak, Balik Rumah Di Marah Sebab Penat. Dilema Ibu Bekerjaya

“Nak pergi kerja, tapi rasa bersalah nak tinggal anak!”

Bila balik rumah, anak yang dirisaukan dan dirindui tadi pulak dimarah kerana penat kerja. Rasa bersalah lagi!

Begitulah saban hari hidup dalam rasa bersalah dan rasa terperangkap dengan keadaan hidup.

Ada pula yang mengatakan, kalau anak tak membesar depan mata, nanti anak jadi bermasalah bila besar nanti. melawan cakap, ketagih itu dan ini, berkawan dengan salah kawan dan banyak lagi… Rasa bersalah lagi si ibu yang bekerja ni. Namun, si ibu ini PERLU pergi kerja atas sebab-sebab tertentu!

Stop! Betul ke itu sebab anak menjadi bermasalah?

Jangan cepat sangat terpengaruh dengan kata-kata begitu. Fikir dulu!

Tidak salah seorang ibu itu untuk pergi kerja dan meninggalkan anak-anaknya di dalam jagaan orang lain. Ini bukan punca anak menjadi berakhlak buruk.

Tidak perlu ibu-ibu yang bekerja berasa tidak tentu hati bila terpaksa pergi kerja dan meninggalkan anak di dalam jagaan orang lain.

IKLAN

Tidak perlu serap habis, kata-kata yang mengatakan kalau anak tidak membesar depan mata; nanti akan menjadi masalah dikemudian hari.

Mari kita lihat, ramai saja anak-anak yang dibesarkan depan mata dan menjadi bermasalah juga. Ramai saja ibu-ibu yang bekerja mencari rezeki halal dan anak membesar menjadi manusia yang berjaya dan berjasa!

Apa maksudnya itu? Maksudnya, ibu-ibu yang berjaya membesarkan anak-anak di rumah atau bekerjaya mempunyai rahsia kejayaan mereka. Dan melalui kajian Ibu dan ramai lagi pengkaji. Ibu-ibu ini ada 2 rahsia penting.

Rahsianya bukanlah kerana ibu itu bekerja di luar atau tidak. Rahsianya ada dua;

1- Ibu itu ada ILMU, SKIL dan SIKAP BERJAYA dalam mendidik anak-anaknya.

2- Ibu itu ada SISTEM SOKONGAN yang baik. Termasuklah suami yang prihatin. Namun, jika tiada suami yang prihatin, ibu itu ada sistem sokongan yang baik, seperti pengasuh yang juga berilmu, berskil dan bersikap yang sama.

IKLAN

Inilah yang Ibu bincangkan di dalam Topik Ceramah Ibu di JPN. ” Bahagia di rumah; Sejahtera di Pejabat.”

Kita tidak boleh EFEKTIF, CEKAP dan BIJAK mendidik anak-anak, jika kita tidak ada ILMU. Jika kita tidak ada SKIL berkomunikasi yang relevan. Jika kita tidak ada SIKAP yang yakin anak-anak boleh berjaya.

ILMU, SKIL dan SIKAP berjaya ini sangat penting untuk diraih dan dipunyai. Tak sama seorang ibu yang mendidik dengan 3 perkara ini dengan yang tidak.

Anak menjadi terurus, terjaga dan membesar dengan baik, bukanlah kerana sayang duduk di rumah atau bekerja di luar. Rahsianya dah Ibu beri di atas.

Apakah ilmu yang sangat perlu ibu bekerja kuasa dalam mendidik anak-anak agar tak susah hati bila pergi kerja?

Diantara Ilmu yang perlu dikuasai adalah mengenai:

IKLAN

1- Perkembangan Kepandaian anak-anak untuk bersedia sebelum melalui usia anak itu
2- Keperluan fizikal, minda, hati dan jiwa anak untuk anak seimbang pembesarannya
3- Faham mengenai 3 lapis otak
4- Faham mengenai komunikasi
5- Nak bina kekuatan diri
6- Membina sabar
7- Membina kasih sayang tanpa syarat yang besar pada diri dan diri anak-anak
8- Aktiviti management untuk manage time dengan lebih baik

Apa pula skil yang diperlukan:

1- Bagaimana nak berkomunikasi dengan berkesan.
2- Bagaimana nak membina pertalian yang erat dengan anak sehingga bila-bila
3- Skil mendidik mereka suka belajar

Apakah sikap yang diperlukan:

1- Jelas mengapa kita ibu kepada anak itu. Apa tujuan kita sebagai parent.
2- Anak adalah amanah dan bukan untuk menyusahkan.
3- Anak kita mempunyai potensi yang hebat.
4- Menjadi penyokong: Anak bukan untuk hidupkan impian kita kerana mereka mempunyai impian mereka sendiri
5- Saya ada orang yang membantu saya mendidik anak-anak dengan baik. Saya ada sistem sokongan
6- Ilmu, skil dan sikap adalah kunci utama kejayaan saya mendidik anak-anak selepas doa saya kepada Yang Maha Berkuasa

Jangan ambik mudah perkara ini, dapatkan dan jadikan ia azimat mendidik anak yang dikasihi. Dan kemudiannya boleh share dengan pengasuh dan sistem sokongan ibu itu. InsyaAllah lepas ni, lebih bahagia di rumah dan sejahtera di pejabat. You win both world. InsyaAllah boleh!

Ibu doakan semua ibu yang membaca posting ini akan bermula langkah menjadi ibu yang BIJAK, TENANG dan SABAR mendidik.

Kredit: Ibu Rose

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI