Ibu hamil yang sedang menunggu masa bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) ketika bersalin.
Mulalah terbayang besar mana akan terkoyak, berapa banyak jahitan akan dijahit dan macam–macam lagi. Kebiasaannya ibu-ibu akan panik dan lupa teknik–teknik yang dipelajari sebelum ini untuk meneran dengan betul ketika bersalin.
Sebagai persediaan awal, ibu yang sedang menunggu hari tak kiralah untuk kelahiran anak pertama, kedua atau seterusnya kena pastikan teknik meneran betul supaya tak penat dan ada tenaga sehingga anak selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.
Perkongsian dari Jururawat, Rosnalizawati Hamzah mengenai teknik meneran yang betul sebagai persediaan awal.
Teknik Meneran
Ibu A: “Misi, saya ni dah 10 tahun tak beranak. Macam mana ni? Saya dah lupa macam mana nak teran,”
Ibu B: “Misi, walaupun saya baru beranak tahun lepas, tapi saya pun dah lupa macam mana nak teran. Betul la orang tua-tua kata bila beranak je, satu urat putus,”
Ads
Tahun lepas ke, 20 tahun lepas ke, sama juga. Tak semua ibu akan ingat macam mana dia meneran dan bersalin dulu. Tak perlu nak percaya sangat. Kalau bersalin 12 kali, takkanlah 12 urat dah putus? Haaa..kann. kena tulis surat wasiat dah.
Sakit bersalin bukan seperti sakit jatuh basikal. Bukan seperti sakit buasir. Bukan seperti sakit patah kaki. Apabila ibu di dalam keadaan sakit hendak bersalin, ibu cenderung untuk berada di luar kawalan. Itulah peranan suami di disisi. Memberi semangat, dorongan, kata-kata positif dan beri sedikit urutan pada isteri. Ingat ya, bukan cuma berada di sebelah dan bermain mobile legend.
Ibu yang berada di dalam proses bersalin, bermula dari sakit kontraksi yang tetap dan teratur, sila bertenang dan jangan panik. Apabila pintu rahim telah membuka sepenuhnya (10 sentimeter), jangan mengamuk. Ini yang anda harus lakukan:
1) Chin To Chest (Dagu ke dada) Semasa hendak meneran, pegang kedua-dua pergelangan kaki atau ibu boleh berpaut pada pemegang yang disediakan. Angkat kepala dan rapatkan dagu hingga mencecah ke dada. Minta suami bantu anda dengan membantu mengangkat kepala anda semasa meneran.
2) Teran bila sakit Apabila anda merasa kontraksi itu ada, teran dengan sekuat hati seperti kita hendak membuang air besar dan elakkan meneran pada muka kerana ia hanya akan membuatkan ibu merasa penat dan kurang tenaga untuk meneran. Apabila tiada rasa sakit kontraksi, jangan meneran tetapi rehat. Simpan tenaga untuk kontraksi seterusnya. Teran sekurang-kurangnya 10 saat ya!
Ads
3) Elakkan menjerit Menjerit semasa hendak meneran tidak akan membawa apa-apa kelebihan melainkan ibu hanya akan mendapat sakit tekak dan penat. Saya tak tipu tau.
4) Jangan angkat punggung Ini adalah perkara yang selalu ibu terlupa dan kebanyakannya memang akan lakukan. Elakkan mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan kekoyakan hingga ke dubur. Apabila meneran, jururawat telah memberi arahan kepada anda supaya meletakkan punggung ke bawah, itu bermakna anda memang telah mengangkat punggung anda sangat tinggi.
5) Arahan Dengar arahan doktor dan jururawat
Ads
6) Yakin Yakini diri sendiri. Jangan putus asa ya.
7) Doa Banyakkan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Bagi yang beragama Islam, banyakkan berdoa, istigfar dan berselawat. InsyaAllah, semoga segala urusan akan dipermudahkan.
Maria Sharapova, siapa yang tidak mengenali bintang tenis dunia bagi peminat sukan popular ini. Bukan saja lincah beraksi di gelanggang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.
Gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure. Buktinya selepas melahirkan anak sulungnya pada Julai 2022, wanita ini tidak mengambil masa lama untuk kembali fit dan langsing.
Maria Sharapova Bekas Bintang Tenis Dunia, Kekal Langsing Lepas Bersalin
Tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan. Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.
Maria memulakan ‘workout’ selepas empat minggu melahirkan. Walaupun tubuhnya agak lemah ketika itu, wanita ini tetap cuba melakukan workout bagi memastikan dia mendapat energi secukupnya.
Ini Rahsianya
Tidak sia-sia melakukan workout, penampilan Maria tetap menawan dan semakin anggun dengan fizikal tinggi lampai persis supermodel. Bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020.
Kesimpulannya untuk kembali langsing dan fit selepas bersalin, bukan sahaja perlu menjaga pemakanan tetapi juga ‘wajib’ melakukan senaman.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 26 Disember lalu.
Perkhabaran gembira itu diumumkan Rizky menerusi Instagramnya. Malah laporan Viva.co.id juga melaporkan Lesti selamat melahirkan bayi lelaki pramatang pada usia kandungannya baru mencecah 34 minggu dengan berat 2.2kg.
Lesti pada awalnya dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka sekitar akhir Januari atau awal Februari itu terpaksa bersalin lebih awal kerana mengalami masalah kesihatan.
“Selepas pemantauan, bayi harus dikeluarkan segera demi keselamatannya dan Lesti. Alhamdulillah bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat, lengkap tanpa kurang apa satu pun.
“Dan tangisannya yang pecah menghiasi ruangan persalinan malam itu melengkapi kebahagiaan kami. Kami berdua juga tidak dapat membendung air mata dari jatuh. Itulah berita bahagia yang ingin saya sampaikan,” tulis Rizky.
Tidak hanya berkongsi cerita di kapsyennya, bahkan Rizky yang kini sudah pun bergelar bapa itu turut memuat naik sekeping foto jarinya memegang jari si comel.
Alami kontraksi yang agak kuat
Malah menerusi perkongsian pasangan ini di saluran Youtube mereka, doktor yang menyambut kelahiran anak pasangan selebriti ini turut berkongsi cerita dihubungi ibu Lesti yang menceritakan keadaan Lesti yang kurang baik.
” Ibu Lesti menghubungi saya pada 23 Disember lalu mengatakan anaknya kepenatan dan mungkin terdapat komplikasi pada kandungannya.
” Setelah diperiksa ternyata Lesti mengalami kontraksi yang agak tinggi dan memerlukan pemantauan yang rapi dan seterusnya selamat bersalin,” kongsinya lagi.
Terdahulu, perkahwinan pasangan selebriti ini menimbulkan kontroversi apabila pengguna media sosial menyedari Lesti seakan hamil ketika majlis resepsi pasangan ini pada Ogos lalu.
Lesti dan Rizky Billar rupanya telah pun selamat bernikah pada awal tahun ini dan kini pasangan ini selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Tahniah!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hospital Kuala Lumpur (HKL) terus mengukir sejarah apabila menerima pengiktirafan sebagai salah sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh Newsweek dan Statista satu pencapaian membanggakan bukan sahaja buat institusi itu sendiri, malah untuk sistem kesihatan awam negara.