Penyebaran wabak-wabak penyakit semakin berleluasa dewasa ini. Ini juga dikatakan berlaku kerana kurangnya kesedaran tentang perlunya mevaksinkan anak-anak sejak kecil. Justeru terpanggil dengan isu yang semakin menjadi perhatian dikalangan masyarakat dan juga warganet, Doktor Suhazeli Abdullah berkongsi sebuah kisah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak akibat mengabaikan pengambilan vaksin.

Lepas 6 Hari Cedera, Anak Tak Divaksin Alami Rahang Ketat & Otot Mengejung. Doktor Sahkan Kena Jangkitan TetanusMenurut apa yang dikongsikan kanak-kanak tersebut pada mulanya hanya mengalami kecederaan ketika bermain. Tidak pernah divaksinkan sejak kecil, 6 hari selepas mengalami kecederaan, mangsa mula mengadu rahangnya ketat dan otot mula mengejang.

Berikut perkongsian yang dibuat oleh Dr. Suhazeli:

Kes Tetanus- Mimpi Ngeri Antivaksin

Seorang kanak kanak berusia 6 tahun yang TIDAK PERNAH divaksinkan mengalami kecederaan ringan di dahinya semasa sesang bermain di kebun keluarganya.Luka tersebut di cuci dan dijahit di rumah.

6 hari kemudian, mangsa mula mengadu rahangnya menjadi ketat. Otot otot tubuh mula mengejang, belakang tubuh dan tengkuk mula melengkung. Tidak lama kemudian, kanak kanak tersebut mula alami kesukaran untuk bernafas.

IKLAN

Doktor sahkan kena kuman Tetanus

Kanak kanak itu dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan mangsa telah dijangkiti dengan kuman Tetanus. Alat bantuan pernafasan telah digunakan dan suntikan Tetanus immune globulin dan vaksin DTaP telah diberikan sebagai usaha untuk merawat mangsa.

Lepas 6 Hari Cedera, Anak Tak Divaksin Alami Rahang Ketat & Otot Mengejung. Doktor Sahkan Kena Jangkitan TetanusPada saat kritikal ini, ibu bapa mangsa terpaksa bersetuju untuk memberikan vaksin untuk menyelamatkan nyawa anak mereka.

Didalam ICU, mangsa telah ditempatkan disebuah bilik khas yang gelap, telinganya disumbat dan segala bentuk ransangan cuba dikurangkan. Ini adalah kerana, rangsangan yang berlebihan akan menyebabkan tubuh mangsa menjadi kejang dan alami kesakitan akibat otot otot yang mengeras.

IKLAN

Dirawat selamat 57 hari termasuk 47 hari di ICU

Mangsa dirawat di hospital selama 57 hari termasuk 47 hari di ICU dengan kos rawatan yang mencecah 800 ribu USD.
Setelah kanak kanak ini semakin sembuh dengan proses terapi dan rawatan susulan, nasihat dan cadangan telah di berikan kepada ibu bapa mangsa untuk melengkapkan vaksinasi termasuk mengambil dos susulan vaksin tetanus.

Ibu bapa tetap tolak vaksin

Malangnya, ibu bapa mangsa tetap dengan pendirian untuk menolak vaksin. Walau anak telah diambang kematian, ia masih tidak memberikan pengajaran kepada ibu bapa.
Sesungguhnya, anti vaksin tegar begini memang wujud dan sukar untuk ditangani. WHO sendiri telah menyenaraikan antivaksin sebagai antara ancaman utama kesihatan di seluruh dunia.

IKLAN

Hari ini kita boleh lihat, semakin banyak kes penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin ini muncul, semakin rancak antivaksin menyebarkan agenda mereka. Adakah kita masih boleh berdiam diri dan terus melihat “wabak” ciptaan ini terus berleluasa?

Lepas 6 Hari Cedera, Anak Tak Divaksin Alami Rahang Ketat & Otot Mengejung. Doktor Sahkan Kena Jangkitan Tetanus
Guzman-Cottrill JA, Lancioni C, Eriksson C, Cho Y, Liko J. Notes from the Field: Tetanus in an Unvaccinated Child — Oregon, 2017. MMWR Morb Mortal Wkly Rep 2019;68:231–232.

Betul bahaya boleh datang pada sesiapa sahaja walaupun pada bayi atau kanak-kanak yang telah divaksin, tapi jika ada ruang untuk dicegah, mengapa ambil risiko untuk tidak mencegah sesuatu penyakit tersebut. Jadi ibu bapa perlu fikir sewajarnya tentang pentingnya vaksin kepada anak-anak.

Sumber: Suhazeli Abdullah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI