Akibat mengelak seekor ular melintas, seorang ibu yang sarat mengandung meninggal dunia manakala bayinya berjaya diselamatkan selepas motosikal ditunggangi wanita itu terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang Sik-Pedu, semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Nor Hidayah Abdullah, 27, menunggang motosikal Honda Wave Alpha bersama seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan awal di lokasi mendapati motosikal mangsa dipercayai dari arah Sekolah Menengah (SM) Sik menghala ke rumahnya di Bandar Baru Beris Jaya.
Sementara, kereta Perodua Axia dari arah rumahnya di Pekan Sik menghala ke arah Sekolah Menengah (SM) Kebangsaan Sri Enggang untuk mengambil anaknya yang bekerja di situ.
Cedera parah di badan dan muka
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang tidak bekerja dipercayai cuba mengelak seekor ular yang melintas secara tiba-tiba di bahu kiri jalan menyebabkan mangsa memasuki laluan kereta sebelum berlaku pelanggaran di bahagian sebelah kiri kenderaan itu.
Ads
“Pemandu kereta yang juga wanita berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Remaja perempuan yang membonceng motosikal itu pula mengalami calar di tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Sik (HS) manakala wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Akibat kemalangan itu mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk muka,” katanya.
Bayi berjaya diselamatkan
Menurutnya, kandungan wanita itu berjaya diselamatkan selepas mangsa segera dibawa ke HS untuk menyelamatkan bayinya.
Ads
Abdull Razak berkata, bayi mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mayat wanita itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kisah pilu Sapriani turut tular di laman sosial selepas ia dimuat naik menerusi akaun Facebook UKVJ kelmarin. Menurutnya, dia tidak menyangka terpaksa melalui episod hitam itu berikutan kandungannya berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang sembilan bulan.
Terima kasih anak mak sebab sudi terima susu mak. InsyaAllah kamu kini berada di tempat lebih indah. Saya menjalani kehidupan seperti biasa, sehinggalah saya mengalami sakit hendak bersalin selama tiga hari dan masih tiada bukaan untuk bersalin.
Saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Ahad lalu namun masih tiada bukaan untuk bersalin biarpun selepas doktor melakukan proses gesaan bersalin (induce).
Akhirnya saya terpaksa akur untuk dibedah kerana doktor memaklumkan jantung anak dalam keadaan lemah dan perlu diselamatkan segera.
Katanya, sebaik anak perempuannya yang diberi nama Hadiati itu dilahirkan, kesihatan bayi itu baik dan stabil.
Selepas melahirkan anak Selasa lalu, saya sempat beberapa kali menyusukan anak dan menukar lampin pakai buang. Saya beranggapan semuanya sudah selesai dan anak sihat.
Namun pada 10 malam, anak tidak berhenti menangis dan dia dikejarkan ke unit kecemasan berikutan jantungnya lemah.
Sekali lagi saya diuji kerana nyawa anak dalam bahaya. Ternyata rezeki saya untuk mendakap anak dan memberinya kasih sayang hanya bertahan sehari
Hadiati meninggal dunia 5.30 pagi Rabu lalu akibat komplikasi jantung selepas sehari dilahirkan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang 12.30 tengah hari dengan bantuan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) pada hari sama.
Sapriani berkata, dia dan suami, Mansorshah, 32, tidak akan dapat melupakan memori singkat bersama anak syurga mereka biarpun terpaksa meneruskan kehidupan tanpa bayi di sisi.
“Saya tak dapat lupakan wajah anak yang tenang selepas dia menghembuskan nafas terakhir.
“Semua ini ketentuan Allah SWT. Saya tidak layak untuk mempersoalkan mengapa ia terjadi kepada saya, namun saya bersyukur kerana berpeluang memegang anak biarpun hanya sekejap,” katanya.
Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di Tasik Menawan, Pelangi Indah, awal pagi tadi dalam kejadian yang mengundang pilu seluruh masyarakat.
Menurut laporan Berita Harian, kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.44 malam dan tiba di lokasi sepuluh minit kemudian. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Shafie Md Din.
ANGGOTA bomba melakukan pencarian dua kanak-kanak lemas di Tasik Menawan di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru. FOTO Ihsan Bomba.
Di lokasi, pasukan penyelamat menemui dua pasang selipar dipercayai milik mangsa, iaitu Muhammad Rayyan Iskandar Mohamed Hafizee, 9 tahun, dan Muhammad Khalish Rayqarl Hasimudi, 10 tahun. Usaha pencarian berdepan kesukaran disebabkan keadaan tasik yang agak dalam serta berbatu di bahagian dasar.
Menurut Mohd Shafie, mangsa akhirnya ditemukan pada jam 2.28 pagi di bawah timbunan batu, pada kedalaman kira-kira tiga meter dan lima meter dari tebing tasik. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi SAR ditamatkan pada jam 3.05 pagi.
DUA BUDAK LELAKI LEMAS DI TASIK MENAWAN
Tragedi Yang Menginsafkan: Bahaya Air dan Keselamatan Kanak-Kanak di Kawasan Air
Kejadian ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa kawasan air seperti tasik, sungai atau kolam boleh menjadi sangat berbahaya kepada kanak-kanak, walaupun kelihatan tenang di permukaan. Anak-anak sering tertarik dengan air kerana sifat ingin tahu dan keseronokan bermain, namun tanpa pengawasan orang dewasa, ia boleh mengundang tragedi dalam sekelip mata.
Langkah-Langkah Keselamatan Kanak-Kanak di Kawasan Air
Sentiasa pantau anak apabila berada berhampiran air, walaupun hanya beberapa minit.
Elakkan membiarkan anak bermain sendirian di kawasan terbuka seperti tasik atau longkang besar.
Ajarkan anak asas keselamatan air sejak kecil.
Sekiranya ke lokasi rekreasi, pastikan ada pengawasan dewasa setiap masa.
Sayangi Anak, Awasi Mereka Setiap Saat
Tragedi ini bukan sekadar kehilangan dua nyawa kecil, tetapi juga pengajaran besar buat kita semua tentang kepentingan keselamatan kanak-kanak di kawasan air. Keselamatan anak-anak bukan hanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi seluruh komuniti.
Semoga keluarga kedua-dua mangsa diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian berat ini. Moga roh kedua-duanya dicucuri rahmat Ilahi. 🌹
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini tular kisah Adelia dan pengasuhnya yang dipanggil Patti. Hubungan rapat keluarga Adelia dan Patti menjadi bukti betapa muafakatnya rakyat Malaysia biarpun berlainan bangsa. Video tular yang menunjukkan Adelia tidak mahu mengikut ibunya pulang ternyata mencuit hati warganet.
Terbaharu, ibu Adelia berkongsi foto anaknya itu bersama Patti dengan kapsyen yang sangat lucu. Di dalam foto tersebut dapat dilihat bayi itu didukung pengasuhnya. Apa yang mencuri perhatian adalah wajah Adelia yang putih melepak disapukan bedak oleh Patti. Memang stail nenek-nenek sangat cara sapu bedak tu!
“Bertepung kau nakk patti sapu bedak.. jangan besar nanti abang ngn kakak nyakat kata adelia anak pungut ,ibu ambil dari orang india sudah😂🤣xpe adelia..surat beranak bukti adelia anak ibu, tapi adelia tetap cucu patti even xde pertalian darah❤️.”
Menurut ibu Adelia, mereka menyewa di pangsapuri yang terletak di George Town manakala suaminya tinggal di Manjung, Perak. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak dan Adelia merupakan yang bongsu. Abang dan kakak Adelia tinggal bersama bapa mereka, hanya Adelia dan ibunya berdua di Pulau Pinang.
Sebuah video baru yang dimuatnaik oleh ibu Adelia di Tiktok araa_vaniella juga mendapat perhatian warganet.
Patti adalah jiran mereka dan dia sendiri yang meminta izin untuk mengasuh Adelia. Beruntung sungguh Adelia mempunyai pengasuh sebaik Patti yang menjaganya seperti cucu sendiri.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.