Kulit bayi sentiasa sensitif dan perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan masalah kulit seperti iritasi, kering, melecet atau ruam. Berikut adalah 5 tip yang anda boleh amalkan untuk mengekalkan kulit bayi anda dalam keadaan licin, lembut dan mulus.

Memikirkan semula waktu mandi

Elakkan Bayi Umur 6 Bulan Ke Bawah Kena Cahaya Matahari Terutama Pukul 10am-4pm

Bagi waktu mandi, anda perlu ingat bahawa:

– Anda tidak perlu menyabunkan seluruh badan bayi anda. Gunakan span mandi di sekitar kawasan lampin, mulut, paha dan pipi sudah mencukupi.

– Pilih pembersih cecair ringan iaitu sabun bebas bau dan pewarna. Jenis ini tidak akan mengeringkan kulit bayi atau menyakitkan mata.

– Elakkan sabun buku atau mandian buih.

– Pegang kepala anak anda.

– Periksa suhu air jika terlalu panas sehingga boleh membahayakan anak anda.

IKLAN

– Jangan sesekali meninggalkan anak anda semasa mandi. Ia boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini.

Lindungi dari cahaya matahari

Jika anak anda kurang dari 6 bulan, anda harus cuba melindunginya dari cahaya matahari langsung seboleh mungkin terutamanya antara pukul 10 pagi dan 4 petang iaitu waktu di mana cahaya matahari paling kuat.

Apabila sudah melebihi 6 bulan dan anda perlu keluar di siang hari, anda perlu:

– Menutup kulit bayi anda menggunakan topi atau baju lengan panjang dan seluar panjang.

IKLAN

– Pakaikan mereka cermin mata hitam dengan perlindungan ultraviolet (UV).

– Gunakan pelindung matahari ke atas kawasan kecil yang mungkin susah untuk dilindungi dengan baju seperti muka dan tangan. Jangan biarkan pelindung matahari bersentuhan dengan mata. Gunakan semula setiap 2 jam atau selepas bayi membuang air kencing.

Sila berhati-hati dengan pakaian bayi anda

Untuk mengelakkan alahan dan ruam, anda harus hanya menggunakan sabun basuh baju yang bebas daripada bau dan pewarna. Jangan lupa untuk basuh baju, sarung tilam dan selimut anak anda secara berkala dan berasingan dari pakaian ahli keluarga yang lain.

Pelembap

IKLAN

Kulit anda perlu dalam keadaan lembap, begitu juga kulit anak anda. Berbanding menggunakan losyen, anda patut fikirkan tentang krim atau salap pelembap bebas pewangi kerana losyen biasa lebih berkemungkinan untuk merengsa kulit bayi yang sensitif. Anda boleh menyapu krim atau salap tersebut selepas memandikan anak anda untuk mengekalkan kelembutan serta kelicinan kulitnya. Jangan lakukannya dengan kerap. 2 kali sehari mungkin sudah mencukupi jika kulit anak anda agak kering, cuaca sejuk dan kering atau jika anak anda mengalami ekzema.

Melegakan kawasan yang sensitif

Kulit di kawasan lampin kebiasaannya basah dan cenderung kepada alahan. Anda boleh melegakan kawasan sensitif ini dengan beberapa tip berikut:

– Tukar lampin dengan kerap.

– Gunakan kain lap atau tisu basah bebas alkohol dan wangian untuk memastikan kawasan terbabit bersih.

– Biarkan anak anda bebas lampin apabila boleh.

– Gunakan salap atau krim pelindung seperti jeli petroleum sebelum meletakkan lampin baru.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI