Elisya Sandha dapat layanan ‘Five Star’ masa berpantang, Sheila Rusly masak makanan sedap-sedap. Perkongsian video pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly yang menyediakan hidangan berpantang buat menantunya, Elisya Sandha, mencuri perhatian ramai di platform Instagram miliknya.
Elisya Sandha Dapat Layanan ‘Five Star’ Masa Berpantang, Sheila Rusly Masak Makanan Sedap-sedap
Dalam video tersebut, Sheila, 53, meluahkan rasa teruja apabila Elisya memilih untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya sendiri. Katanya, sebaik sahaja dimaklumkan tentang perkara itu, dia terus merancang menu berpantang khas untuk menantu tersayang.
Elisya pula kelihatan menikmati sajian tersebut dengan penuh berselera, dan turut memeluk ibu mentuanya sebagai tanda penghargaan atas layanan yang cukup istimewa itu.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dan menyifatkan Elisya sebagai seorang menantu yang sangat bertuah. Malah, ramai yang memuji keperibadian Sheila, dan menggelarnya sebagai “ibu mentua dari syurga”.
Terdahulu, pada Jumaat lalu, Elisya memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan anak keduanya yang dinamakan Bahtera ElHaq.
Untuk makluman, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy, anak sulung Sheila Rusly, pada Ogos 2017. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan sulung bernama Bunga ElHaq yang kini hampir mencecah usia tiga tahun.
Siapa je yang tak kenal dengan Alif Satar. Nama yang cukup besar dalam dunia hiburan tanah air seorang pelakon, penyanyi, pengacara, dan yang paling penting, suami dan ayah yang bebas gosip. Dalam industri yang penuh dengan kontroversi, Alif kekal dengan imej bersih dan personaliti yang disegani.
Bukan je cemerlang dalam kerjaya seni, Alif juga aktif dengan gaya hidup sihat dan penuh disiplin. Malah bapa kepada tiga orang anak ini, berjaya mencipta sejarah sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang berjaya menamatkan perlumbaan Full Ironman satu pencapaian luar biasa yang bukan semua orang mampu capai.
Pa&Ma diberi peluang eksklusif untuk bertemu secara dekat dengan Alif Satar figura inspirasi yang bukan saja cemerlang dalam dunia seni, malah mencipta sejarah sebagai selebriti Malaysia pertama menamatkan cabaran Full Ironman!
Untuk rekod, Ironman ni bukan calang-calang. Peserta kena berenang sejauh 3.8KM, berbasikal 180KM, dan berlari 42KM semuanya dalam satu perlumbaan.
Alif mula terjebak dengan dunia ini secara serius beberapa tahun lepas. Ketika itu Alif baru sahaja belajar tentang gaya hidup sihat, mula join beberapa acara kecil, dan akhirnya berani cabar diri ke tahap tertinggi iaitu Ironman.
Katanya, semua yang dia buat ni bukan untuk glamor. Namun berharap dapat memberi inspirasi kepada peminatnya untuk melakukan pekara yang positif dalam hidup.
Bukan setakat cakap je, Alif memang ‘walk the talk’. Dia berjaya dan ‘full Ironman’ yang menjadi simbol inspirasi dan motivasi kepada rakyat Malaysia yang kalau nak, semua pun boleh.
Bila ditanya pasal kos, Alif tidak menafikan memang ia sukan yang memerlukan kos yang agak mahal. Walaupun pada mulanya agak keberatan untuk berkongsi kos sukan ini namun katanya ia merupakan pencapaian sekali seumur hidup.
“Nak jadi Ironman ni, memang kena ada bajet. Basikal dalam RM20,000. Yuran pendaftaran RM2,500, kos perlumbaan boleh cecah RM5,000. Training pulak boleh makan puluhan dan ratusan ribu ringgit. Ia bergantung kepada individu berkenaan.
Apabila ditanya mengenai kos keseluruhan yang dilaburkan, Alif sendiri menganggarkan jumlahnya sekitar RM50,000 satu pelaburan besar demi mencapai impian menjadi seorang Ironman.
“Untuk jadi Ironman ni kena bayar. Kos dalam RM50,000…”
Bak kata Alif, sekali seumur hidup. Nak jadi Ironman, harga bukan ukuran. Apa yang kita dapat dari segi kekuatan diri, semangat, disiplin tak ternilai.
Memang jelas, bukan mudah nak capai tahap Alif sekarang. Tapi apa yang Alif buat bukan untuk tunjuk hebat, tetapi nak beri inspirasi.
Semoga lebih ramai selebriti dan rakyat Malaysia ambil contoh dari Alif Satar jaga kesihatan, jaga amal, dan terus beri pengaruh positif pada masyarakat. Nak jadi ‘ironman’ dalam hidup ni, bukan sekadar fizikal, tapi mental dan spiritual pun kena kuat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih meruntun jiwa seorang ibu selain menghantar anak dalam keadaan sihat tetapi pulang dengan berita yang memusnahkan segalanya.
Itulah realiti pahit yang kini terpaksa ditanggung sepasang suami isteri, Mohamad Zaerwafar Che Mat Zaidin dan Aisyawati Isa, apabila bayi perempuan mereka, Aufa Zayyana, yang baru berusia lapan bulan, meninggal dunia selepas dipercayai mengalami kecederaan ketika berada di bawah jagaan pengasuh. Kes bayi 8 bulan meninggal dunia pengasuh ini benar-benar menyentuh hati ramai.
Pada pagi 15 April, seperti rutin biasa, Aisyawati menghantar anaknya ke rumah pengasuh sekitar jam 6.45 pagi. Tiada apa yang mencurigakan — Aufa dalam keadaan sihat, ceria, seperti hari-hari sebelumnya.
Namun, sekitar jam 5.20 petang, satu panggilan telefon mengubah segalanya. Pengasuh memaklumkan bahawa bayi kecil itu tiba-tiba tidak sedarkan diri.
Dalam keadaan panik, si ibu bergegas ke rumah pengasuh yang hanya lima minit dari rumahnya. Apa yang dilihat ketika itu cukup merobek hati — anaknya kaku, tidak responsif, malah kelihatan seperti mengalami sawan. Insiden bayi 8 bulan meninggal dunia pengasuh ini berlaku begitu pantas tanpa sebarang amaran jelas.
Aufa segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Hasil pemeriksaan CT scan mendapati terdapat bengkak dan pendarahan di bahagian otak. Keadaannya kritikal sehingga memerlukan pembedahan segera.
Selama seminggu, si kecil itu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Namun pada 22 April, tepat jam 3.08 petang… Aufa menghembuskan nafas terakhirnya.
Kisah bayi 8 bulan meninggal dunia pengasuh ini meninggalkan luka yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Lebih memilukan, si ibu turut mendedahkan bahawa beberapa hari sebelum kejadian, dia ada menyedari kesan lebam pada wajah anaknya.
Namun ketika itu, bayi tersebut masih kelihatan normal dan tidak menunjukkan tanda serius.
Bedah siasat kemudian mengesahkan terdapat pendarahan subdural pada otak, dipercayai akibat trauma tumpul di bahagian kepala.
Tiada kecederaan lain ditemui pada tubuh mangsa. Perkembangan ini menimbulkan lebih banyak persoalan dalam kes bayi 8 bulan meninggal dunia pengasuh tersebut.
Seorang wanita berusia 35 tahun yang merupakan pengasuh telah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pihak keluarga juga telah melantik peguam dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menegakkan keadilan buat anak mereka dalam kes bayi 8 bulan meninggal dunia pengasuh ini.
Bagi Aisyawati, sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak yang dihantar setiap hari dengan senyuman… akhirnya pergi tanpa sempat dipeluk buat kali terakhir dalam keadaan sedar.
“Saya hantar dia sihat… tapi bila ambil, dia sudah tidak sedarkan diri. Itu bukan anak saya yang biasa sambut saya dengan senyuman…”
Kini, hanya kenangan yang tinggal. Tangisan yang tiada penghujung. Dan satu harapan agar kebenaran terbongkar, dan keadilan ditegakkan.
Kes ini bukan sekadar berita ia adalah peringatan yang sangat berat, khususnya kepada semua ibu bapa.
Sentiasa perhatikan sebarang tanda seperti lebam, bengkak atau perubahan tingkah laku walaupun kelihatan kecil.
Walaupun anak masih aktif, sebarang perubahan luar biasa perlu diberi perhatian serius.
Pastikan latar belakang pengasuh disemak dan pemantauan dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kejadian seperti bayi 8 bulan meninggal dunia pengasuh berulang.
Kerana dalam sekelip mata segalanya boleh berubah. Dan penyesalan, selalunya datang terlalu lewat.
Setiap ibu pasti mahu memberikan yang terbaik buat anak yang dikasihi. Dari saat bayi dilahirkan, segala perhatian, kasih sayang dan pengorbanan dicurahkan tanpa berkira. Namun hakikatnya, ada kalanya tragedi boleh berlaku dalam keadaan yang langsung tidak dijangka.
Lebih memilukan apabila ia berlaku ketika seorang ibu sedang menjalankan tanggungjawab paling semula jadi, iaitu menyusukan bayinya sendiri.
Satu kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor baru-baru ini membuka mata ramai tentang risiko yang mungkin dipandang remeh oleh sesetengah ibu bapa. Walaupun kedengaran sukar dipercayai, bayi boleh berdepan risiko sesak nafas ketika sesi penyusuan jika langkah keselamatan tidak dititikberatkan, terutama apabila ibu berada dalam keadaan terlalu letih.
Menurut perkongsian tersebut, kejadian menyayat hati itu membabitkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan yang dipercayai meninggal dunia ketika sedang menyusu pada waktu malam.
Difahamkan, si ibu yang keletihan selepas menguruskan bayi dipercayai terlelap ketika menyusukan anaknya. Pada mulanya, tiada apa yang kelihatan luar biasa. Namun apabila wanita itu terjaga pada keesokan pagi, dia mendapati bayinya tidak memberikan sebarang tindak balas.
Dalam keadaan panik dan cemas, ibu berkenaan segera menghubungi perkhidmatan ambulans untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Malangnya, pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan bayi tersebut telah meninggal dunia.
Bagi mengetahui punca sebenar kejadian, mayat bayi dihantar ke unit forensik untuk menjalani siasatan dan bedah siasat.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan fizikal seperti lebam pada bahagian belakang badan, kemerahan pada dahi sebelah kanan serta bintik-bintik merah pada mata. Namun begitu, doktor tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bayi tersebut menjadi mangsa penderaan.
Malah, siasatan turut menolak kemungkinan kematian berpunca daripada racun, alkohol, pengambilan ubat-ubatan atau masalah kesihatan tertentu yang boleh menyebabkan kematian secara mengejut.
Selepas menjalankan siasatan terperinci, pakar forensik percaya kematian bayi berkenaan berkemungkinan berlaku akibat kesukaran bernafas ketika sesi penyusuan.
Menurut laporan, ketika si ibu terlelap, kedudukan bayi dipercayai berubah sehingga hidung dan mulutnya tersepit di celahan payudara. Dalam keadaan tersebut, saluran pernafasannya mungkin terhalang tanpa disedari.
Disebabkan usianya yang masih terlalu kecil dan belum mempunyai kekuatan untuk mengubah posisi kepala sendiri, bayi itu dipercayai tidak mampu mendapatkan bekalan udara yang mencukupi.
Keadaan itu akhirnya menyebabkan bayi berkenaan kehilangan nyawa dalam diam tanpa disedari oleh ibunya yang sedang tidur.
Apa yang menjadikan kisah ini lebih menyedihkan ialah wanita terbabit kemudiannya didakwa atas kesalahan kecuaian yang menyebabkan kematian. Mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadapnya.
Tragedi ini bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menjadi peringatan penting buat semua ibu bapa tentang risiko yang boleh berlaku apabila keletihan melampau menguasai diri.
Tidak dapat dinafikan, menjaga bayi terutama pada bulan-bulan awal kelahiran adalah satu cabaran besar. Kurang tidur, keletihan fizikal dan tekanan emosi sering dialami oleh kebanyakan ibu. Namun dalam keadaan tersebut, langkah keselamatan ketika menyusukan bayi perlu sentiasa diberikan perhatian.
Penyusuan susu ibu sememangnya memberikan pelbagai manfaat kepada tumbesaran dan perkembangan bayi. Namun, keselamatan ketika menyusu juga perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini.
Sekiranya ibu berasa terlalu letih atau mengantuk, cuba dapatkan bantuan pasangan atau ahli keluarga untuk menemani ketika menyusukan bayi. Risiko tertidur tanpa sedar boleh berlaku apabila tubuh terlalu penat.
Semasa menyusu, pastikan muka bayi tidak tertutup oleh payudara, pakaian, bantal atau selimut. Hidung dan mulut bayi perlu sentiasa kelihatan supaya pernafasan tidak terganggu.
Pastikan kepala dan leher bayi berada dalam kedudukan yang selari serta tidak terlalu tunduk ke dada. Posisi yang betul membantu bayi menyusu dengan lebih selesa dan bernafas dengan baik.
Menyusu sambil berbaring boleh memudahkan ibu berehat, namun ia perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati. Jika terlalu mengantuk, sebaiknya elakkan posisi ini bagi mengurangkan risiko tertidur semasa bayi masih menyusu.
Selepas sesi penyusuan selesai, pindahkan bayi ke katil bayi atau tilam yang rata dan selamat. Elakkan membiarkan bayi tidur di atas dada ibu atau di sofa tanpa pengawasan.
Bayi sebaiknya tidur di atas permukaan yang rata tanpa bantal, selimut tebal, kusyen atau patung permainan yang boleh menghalang saluran pernafasan.
Kurang tidur merupakan perkara biasa dalam kalangan ibu yang baru melahirkan anak. Namun, ibu perlu mendapatkan rehat yang mencukupi dan meminta bantuan orang terdekat apabila perlu bagi memastikan keselamatan diri dan bayi sentiasa terjaga.
Sesungguhnya, tiada ibu yang mahu melihat anaknya ditimpa musibah. Namun, kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata walaupun ketika kita sedang memberikan kasih sayang dan penjagaan terbaik. Semoga kisah ini menjadi peringatan buat semua ibu bapa agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjaga si kecil yang masih belum mampu melindungi dirinya sendiri.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.