Selepas ‘The Pocket Rocketman’ ini mengumumkan persaraannya daripada pelumbaan berbasikal trek, beliau kini dilihat banyak menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Terbaru, bapa penyayang ini sempat bercuti bersama dua anak perempuannya, Amna Maryam dan Amna Khadeeja ke Singapura.
Menariknya kata Azizul, dia hanya bersama dua anaknya tanpa ditemani isteri dan dua lagi anaknya.
Semuanya bagi mengeratkan lagi hubungannya bersama anak-anak terutama dua anak perempuannya yang semakin remaja.
“Buat pertama kalinya saya travel hanya dengan Maryam & Khadeeja. Sebelum ni kalau travel kemana-mana mesti ummi nya ada juga. Saya kena bentang dua tiga kali jugaklah dekat parlimen untuk dapat kelulusan.
“Usul saya yang mematikan hujah pihak pembangkang adalah setiap kali saya pergi travel untuk training camp dan competition, depa pernah pergi berjalan tanpa saya 😂 hehe.
Ads
“Well actually, trip macam ni boleh mengeratkan lagi connection antara bapak dan anak. Mostly anak-anak perempuan ni, tak mudah membesarkan mereka di dunia yang semakin tantangan ni. Yang dah kawin dan ada nak sure faham kan? Yang tak kawin lagi tu, korang kene kawin dulu lah kalau nak faham,” luahnya berkongsi cerita.
Tambah bapa empat anak ini lagi, banyak kenangan manis yang dikongsi bersama ketika bercuti bersama anak perempuannya.
Lebih manis lagi, Azizul juga begitu sporting dengan memberi kebebasan untuk mereka memilih apa jua kesukaan mereka ketika bercuti.
Ads
“Banyak pengalaman manis yang terukir dan sebagai seorang bapak, sudah tentu bila anak-anak bagitahu, “Abi this is the best trip i ever had”, membuatkan saya rasa setiap saat amat bermakna. (Ummi jangan jealous ye😅, hehe)
“Highlights of the trip, saya bagi mereka satu hari ‘Yes Day’ untuk mereka pilih apa yang mereka nak buat.
“Cuba teka apa yang mereka nak? Mereka nak makan Wingstop dan Popeye😅. Terpaksalah abi nya melayan, janji anak-anak gembirakan,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, Azizul membuat keputusan untuk bersara dari dunia pelumbaan berbasikal trek selepas berakhirnya Sukan Olimpik Paris pada Ogos lalu.
Akhirnya kini kembali bersama. Penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Ajai memberitahu hubungan antara anaknya, Ayu Nazirah dan bekas isterinya, Nourul Wahab kini telah kembali pulih seperti sediakala.
Menurut perkongsian Ajai menerusi satu temubual, anak beranak itu sudah berhubung dan saling memohon maaf antara satu sama lain selepas kemelut yang berpanjangan membabitkan keduanya tidak lama dulu.
“Mereka dah berbaik. Ayu maklumkan kepada saya dia dah hubungi mamanya. Mereka dan bermaafan.
“Alhamdulillah hubungan mereka dah okay. Biasalah kisah ibu terasa ni. Tiada ada yang serius pun,” kongsinya.
Bahkan kata Ajai, dia mengambil jalan terbaik bila mana tidak mahu campur tangan dalam perbalahan itu kerana kedua mereka sudah pun dewasa.
“Bagi saya dua-dua pun dah dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ni saya dah faham sangat.
“Mereka darah daging. Mesti akan berbaik semula walaupun dilanda masalah,” ujarnya lagi.
Terdahulu, perbalahan kedua anak beranak itu menarik perhatian ramai bila mana Nurul berkongsi beberapa entri di Instagramnya mengenai luahan hatinya mengenai anak sulungnya itu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Jari kanak-kanak lelaki hampir putus ditimpa penutup longkang simen, selamatkan anak kucing. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan risiko kehilangan jari tangan selepas terlibat dalam insiden di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, ketika cuba menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam longkang.
Jari Kanak-kanak Lelaki Hampir Putus Ditimpa Penutup Longkang Simen, Selamatkan Anak Kucing
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang Rabu lalu, Muhammad Aiman Haziq Mohd Raffizi, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran, mengalami kecederaan serius apabila tangan kanannya dihimpit penutup longkang konkrit.
Menurut ibunya, Sharifah Nurul Fatihah Sayed Saiful Amizat, 37, anak ketiganya itu keluar bermain bersama kakak dan seorang rakannya sekitar jam 3 petang sebelum insiden berlaku.
“Saya terkejut apabila Afrida pulang memberitahu jari Haziq hampir putus akibat terkena penutup longkang. Ketika itu saya bersama anak sulung dan anak bongsu di rumah,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka pada Isnin.
Beliau berkata, sebaik menerima berita itu, beliau bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati darah menitis banyak di lantai, manakala jari anaknya dalam keadaan terkulai.
Suaminya, Mohd Raffizi Abd Rashid, 40, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, segera pulang ke rumah dan membawa Haziq ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan di zon kritikal.
“Doktor maklumkan bahawa jari manis tangan kanan Haziq mungkin perlu dipotong jika usaha menyambung urat dan tulangnya tidak berjaya,” katanya.
Bagaimanapun, Haziq kini dalam pemantauan rapi dan diberikan cuti sakit selama 22 hari.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, Muhammad Aiman Haziq berkata dia terdengar bunyi anak kucing sebelum berusaha menyelamatkannya dengan membuka penutup longkang.
“Saya turun ke dalam longkang untuk mengambil anak kucing. Selepas berjaya mengeluarkannya, penutup simen itu terjatuh dan terkena jari saya,” katanya.
Pelakon Daler Yusof yang baru sahaja menimang cahaya mata keempatnya berkongsi cabarannya bila mana menjaga isterinya ketika dalam pantang.
Tambah Daler lagi, ini merupakan pengalaman pertamanya menguruskan anaknya kerana tiga anaknya sebelum ini diuruskan oleh keluarga mentua kerana isterinya bersalin di sana.
“Ini kali pertama isteri saya berpantang di Malaysia. Kali pertama juga saya uruskan dia pantang seorang diri.
“Agak kelam kabut juga sebab semuanya perlu diuruskan sendiri. Sebelum ini mudah sikit sebab ibu dan nenek isteri tolong menjaganya sepanjang berpantang,” kongsinya.
Bapa kepada empat cahaya mata ini juga memberitahu bagi memudahkan semua urusannya dia turut mengupah bidan bagi menjaga isterinya ketika berpantang di rumah malah turut mengamalkan tradisi pantang cara Melayu tradisional.
“Saya dapatkan bantuan dari perkhidmatan penjagaan ibu bersalin dan alhamdulillah isteri saya sekarang baik-baik saja.
“Cara kami hampir sama dengan cara Melayu di mana wanita berpantang selama 40 hari.
“Isteri saya pula tak boleh makan makanan keras tetapi banyak mengambil hidangan berkuah seperti sup bagi memudahkan proses pencernaan.
“Kalau di sana tiada berurut atau tuam tetapi isteri saya dijaga oleh orang yang arif, maka setiap hari isteri saya akan diurut di seluruh badan kecuali bahagian perut,” luahnya.
Terdahulu, Daler selamat menimang cahaya mata keempatnya pada 20 Mac.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!