Selepas kira-kira 51 hari kelahiran anak keduanya, Bahtera Elhaq, pelakon Elisya Sandha tampil berkongsi wajah buah hati terbarunya buat tatapan umum.
Menerusi Instagramnya, Elisya dan suami yang turut mengadakan majlis tahnik buat putera mereka itu sempat berkongsi wajah si comel, Bahtera Elhaq yang kini berusia hampir dua bulan.
Menerusi entri itu, Elisya turut memuat naik beberapa keping gambar keluarga serta wajah comel Bahtera Elhaq.
“Sempena 10 Muharram, kami memilih untuk mengadakan tahnik @bahtera.elhaq.
Ads
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, syukur alhamdulillah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Si comel, Bahtera Elhaq.
Elisya turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan dua cahaya mata comel itu malah berjanji untuk mencuba menjadi ibu dan ayah terbaik buat dua anugerah hebatnya itu.
“Anakanda tersayang, mummy dan daddy mungkin tidak sempurna, tetapi kami berjanji akan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk menjadi ibu bapa terbaik buat kamu dan kakak, dengan penuh kasih sayang, sentiasa. Amin.
Ads
“Ya Allah, semoga anak-anak kami membesar dengan baik dan sihat. Amin,” tulisnya lagi.
Perkongsian itu mencuri hati warganet yang rata-rata tertawan dengan kecomelan si Bahtera.
Ads
Terdahulu Elisya selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 17 Mei lalu menerusi pembedahan Caesarean di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.
Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak lelaki penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan anak sulung perempuan yang bernama Bunga Elhaq yang berusia tiga tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend pemakaian kasut hari ini bermacam ragam. Jika kasut jenis getah tular dan sesuai untuk kegunaan kita setiap hari namun bukan untuk anak kecil kita.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, satu pesanan untuk ibu bapa di luar sana agar sentiasa berhati-hati sekiranya anak kecil memakai kasut getah.
Penggunaan kasut getah boleh meningkatkan risiko kecederaan lebih-lebih lagi apabila menaiki tangga bergerak (eskalator). Hal ini kerana kasut tersebut mudah terperangkap sekaligus membahayakan kanak-kanak.
Struktur dan reka bentuk kasut getah itu adalah lembut. Jadi, ia boleh menyebabkan kasut tersebut ‘dicengkam’ oleh eskaltor.
Berhati hati jika anak kecil menggunakan kasut getah lembut dan menaiki tangga bergerak.
Struktur kasut yang lembut dan mencengkam menyebabkan ia mudah terperangkap di bahagian sisi tangga bergerak (eskalator) dan menyebabkan kaki anak terperangkap masuk.
Dalam kes yang serius, kaki anak boleh mengalami kecederaan teruk termasuk bahagian jari patah.
Cara terbaik untuk mengelakkan kasut dan kaki terperangkap adalah
✅ Pastikan kaki anak berada di tengah tangga
✅ Jauhkan kaki dari sisi tangga bergerak
✅ Pastikan anak melangkah setelah sampai di tangga bergerak
Apapun keadaan dan situasinya, pastinya anda sentiasa memegang anak ketika menaiki eskalator bergerak. Pastikan juga posisinya tepat dan jangan terlalu rapat dengan bahagian tepi.
Anak memandu dan menunggang tanpa lesen, jangan normalisasikan budaya begini. Di jalan raya Malaysia, bukan sesuatu yang luar biasa melihat remaja bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen atau memandu kereta tanpa kelayakan yang sah.
Anak Memandu Dan Menunggang Tanpa Lesen, Jangan Normalisasikan Budaya Begini
Ia seakan menjadi satu budaya yang semakin diterima oleh masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar. Malah, ada ibu bapa yang dengan rela hati membenarkan anak-anak mereka memandu sebelum umur yang dibenarkan, seolah-olah ia perkara biasa.
Tapi sampai bila kita nak terus tutup mata? Sampai bila kita nak biarkan mentaliti “tak apa, semua orang buat” ini berleluasa?
Statistik kemalangan jalan raya sudah cukup membuktikan bahawa anak-anak bawah umur yang memandu atau menunggang tanpa lesen bukan sekadar isu remeh, tetapi ancaman nyawa yang serius.
MENURUT LAPORAN INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS), GOLONGAN REMAJA ANTARA YANG PALING RAMAI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT, TERUTAMANYA MEREKA YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL.
Mereka tidak cukup matang untuk memahami risiko di jalan raya. Kemahiran mereka masih belum cukup untuk mengawal kenderaan dalam situasi kecemasan. Ini bukan soal kecekapan sahaja, tetapi juga soal kebertanggungjawaban. Lesen memandu bukan sekadar sekeping kad, ia simbol latihan, pemahaman undang-undang, dan disiplin di jalan raya.
Peranan Ibu Bapa: Jangan Jadi Pendorong
Tidak dinafikan, sesetengah ibu bapa memberikan kebenaran kerana keperluan. Mungkin kerana anak perlu ke sekolah, ke kedai, atau membantu keluarga. Namun, keperluan bukan alasan untuk mengabaikan keselamatan mereka.
Bila ibu bapa membiarkan anak-anak memandu atau menunggang tanpa lesen, mereka sebenarnya sedang mengajar anak-anak bahawa melanggar undang-undang itu boleh diterima. Jika hari ini mereka dibiasakan dengan kesalahan kecil, esok lusa mereka tidak akan takut untuk melanggar kesalahan yang lebih besar.
Masyarakat Juga Perlu Ambil Peduli
Jangan tunggu sehingga ada kemalangan berlaku di depan mata baru kita mahu bersuara. Jika nampak anak jiran atau saudara mara yang masih bersekolah menunggang motosikal tanpa lesen, tegurlah. Jika nampak ibu bapa dengan bangga membenarkan anak mereka membawa kereta sebelum cukup umur, nasihatkan mereka.
Ini bukan soal menjaga tepi kain orang, tetapi soal tanggungjawab bersama. Keselamatan di jalan raya bukan hanya melibatkan individu, tetapi semua pengguna jalan raya.
Penegasan Undang-Undang
Undang-undang sudah ada, tetapi penguatkuasaan perlu lebih tegas. Hukuman terhadap ibu bapa yang membiarkan anak mereka memandu tanpa lesen harus dipertingkatkan. Pihak berkuasa juga perlu lebih agresif dalam menangani isu ini, bukan sekadar menunggu operasi atau sekatan jalan raya semata-mata.
Selain hukuman, pendidikan juga perlu diperkuatkan. Kempen kesedaran harus digiatkan di sekolah dan dalam komuniti supaya semua pihak memahami risiko serta tanggungjawab mereka.
Normalisasi anak-anak memandu dan menunggang tanpa lesen harus dihentikan segera. Jangan biarkan ia menjadi satu warisan yang kita turunkan kepada generasi seterusnya. Kita mahu anak-anak membesar dengan selamat, bertanggungjawab, dan menghormati undang-undang.
Nyawa bukan perkara yang boleh diuji atau dipandang ringan. Jangan tunggu sehingga terlambat untuk berubah.
Kemalangan tidak berbau, ia boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dari kereta yang sedang bergerak.
Ketika itu, kereta tersebut berada di persimpangan jalan raya yang sesak. Melalui laporan dari Daily Mail, kejadian ini berlaku di daerah Ningbo, China.
Daat dilihat ketika kereta tersebut bergerak, kanak-kanak tersebut terkeluar dari tingkap. Dia kemudiannya terjatuh ke atas jalan raya yang dipenuhi banyak kereta lain.
Ketika terjatuh, dipercayai pemandu kereta tersebut tidak menyedari akan hal itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa. Mungkin kerana terkejut dan rasa sakit akibat terjatuh, kanak-kanak yang tertiarap itu dilihat tidak bangun dari situ.
Mujurlah kebanyakan pemandu lain yang menyedari akan hal tersebut memberhentikan kenderaan mereka dan berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak malang terbabit dengan cepat.
Seorang lelaki dengan segara keluar dari kenderaannya dan bergegas untuk mengangkat kanak-kanak itu untuk dibawa ke tempat yang selamat.
Menurutnya, ketika memandu dia ternampak kanak-kanak perempuan tersebut dan bimbang akan keselamatannya kerana banyak kenderaan lain di jalan raya. Oleh itu, dia dengan segera memberhentikan keretanya di hadapan kanak-kanak terbabit.
Pihak polis di sana mengingatkan tentang pemakaian car seat di dalam kereta selepas kejadian itu berlaku. Keadaan kanak-kanak perempuan tersebut tidak dinyatakan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.