Elisya Sandha Terharu, Suami Hadiahkan Rantai Emas Walau Tengah Struggle

Share

Pelakon jelita, Elisya Sandha berkongsi momen penuh emosi di Instagram apabila menerima kejutan hadiah rantai emas daripada suaminya, Uzair Haqimy.

Lebih menyentuh hati, hadiah itu datang di saat suaminya sendiri sedang mengutamakan simpanan dan berhati-hati dengan kewangan.

Menurut Elisya, kisah bermula ketika mereka pergi membeli emas sempena hari lahir ibu mentua. Saat itu, matanya tertarik pada seutas gelang emas.

“Cantik kan b? Tapi gold mahal lah sekarang, nanti lah beli kalau ada rezeki lebih,” tulis Elisya mengimbas kembali kata-katanya kepada suami.

Namun, tanpa disangka, keesokan harinya Uzair pulang dari kerja dengan sebuah kejutan istimewa. Dia menghadiahkan gelang tersebut kepada Elisya, semata-mata mahu melihat senyuman di wajah isterinya.

Elisya mengaku tidak mampu menahan sebak, sehingga menitiskan air mata kerana merasakan pengorbanan itu begitu besar maknanya.

“Honestly yang i nangis teruk because it’s never about the price, it’s about the love behind it. Even when he’s struggling, he still chose to put a smile on my face. Thank you sayang! Semoga rezeki you semakin murah! Tolong aminkan doa i korang. MashaAllah TabarakAllah.”

Luahan ikhlas Elisya itu jelas menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang suami dalam menghargai isteri, walaupun dalam keadaan serba sederhana.

Bagi Elisya, nilai cinta itu bukan terletak pada harga emas yang tinggi, tetapi pada keikhlasan dan kasih sayang yang mengiringi setiap pemberian.

Sumber: Elisyashandaofficial

Published by
Nor Yusoff