“Ketika kejadian saya dan isteri berada di dapur mengemas selepas makan tengah hari. Puteri dan adik-adiknya pula bermain di belakang rumah. Kawasan itu terang benderang dan tidak dipenuhi semak samun. Namun, tiba-tiba saya mendengar anak saya menangis.
“Apabila ditanya, dia memberitahu yang kakinya dipatuk ular. Apabila saya periksa, terdapat kesan gigitan pada bahagian bawah lutut kaki kanan. Tanpa berlengah, saya segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”
Itu yang dikongsikan oleh seorang bapa yang juga pelakon, Meor Mohd apabila berdepan saat cemas setelah anak perempuannya, Puteri NurZahraa Medina, 5, dipatuk ular ketika sedang bermain di belakang rumah di Jasin, Melaka, baru-baru ini.
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan stabil walaupun masih dalam pemantauan doktor.
Meor atau nama sebenarnya, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affand, 30, berkata, dia dan isteri berada dalam rumah dan hanya menyedari perkara itu selepas mendengar bunyi tangisan anaknya.
Ads
Katanya lagi, selepas di bawa ke hospital untuk rawatan, pihak hospital memintanya untuk memaklumkan jenis ular bagi memastikan anaknya menerima rawatan dan ubat yang sesuai.
“Saya diminta doktor untuk menyatakan spesis ular supaya boleh memberikan antidot yang sesuai. Saya terus pulang ke rumah dan mencari ular belakang rumah. Bila terjumpa, saya tiada pilihan selain terpaksa membunuh dan membawa ular ke hospital supaya dapat dikenal pasti jenisnya.
Ads
“Saya dimaklumkan, ular itu jenis Paradise Tree Snake atau Ular Sawa Burung dan ia tidaklah berbisa. Cuma, rawatan perlu diberikan segera bagi mengelakkan dari berlakunya jangkitan kuman pada bahagian yang terkena gigitan,” ujarnya yang turut berkongsi kejadian itu menerusi Instagram.
Ular yang mematuk Puteri ketika bermain bersama adiknya di belakang halaman rumah.
Menerusi perkongsiannya itu, Meor turut mengharapkan peminat mendoakan keselamatan anaknya itu.
Ads
Di ruangan komen, ramai rakan selebriti turut meluahkan rasa simpati dan mengharapkan kanak-kanak malang itu segera sembuh. Antaranya, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Riz Amin, Ezzaty Abdullah, Dian P Ramlee termasuk pengarah terkenal, Rashid Sibir.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertunang sepatutnya menjadi fasa yang penuh kepercayaan dan kesediaan untuk membina masa depan bersama. Namun, apa berlaku bila kepercayaan yang diberi mula goyah… bukan kerana orang luar, tetapi kerana seseorang yang terlalu ‘dekat’ – anak buah perempuan sendiri.
Hubungan yang dilihat terlalu akrab mula mengundang rasa tidak selesa. Mesej setiap masa, keluar berdua, berkongsi minat, malah ada kalanya layanan itu jauh lebih manis berbanding layanan terhadap tunang sendiri.
Apabila lelaki yang digelar ‘tunang’ lebih kerap menyebut nama anak buahnya berbanding tunangnya sendiri, pasti ada yang tidak kena. Lebih membimbangkan, apabila si tunang menyuarakan kebimbangan, respons yang diterima hanyalah:
“Dia tu macam adik sendiri. Jangan fikir bukan-bukan.”
Namun begitu, bila kerap bersama, saling bertukar hadiah, dan menonton rancangan kegemaran hingga larut malam bersama — adakah masih dianggap “sekadar adik”?
Bagaikan menambah garam pada luka, lelaki ini dilaporkan merancang untuk membawa anak buahnya tinggal bersama selepas mereka berkahwin nanti. Rasionalnya? Supaya anak buah itu tidak kesunyian dan boleh menemani isteri di rumah.
Namun persoalannya, adakah wanita yang bakal bergelar isteri itu benar-benar dihormati? Atau hanya dijadikan ‘peneman rasmi’ dalam hubungan yang sudah pun diramaikan sebelum masanya?
Tidak salah bersikap mesra dengan ahli keluarga. Tapi bila mesra itu membuat pasangan sendiri rasa tersisih, ia bukan lagi soal ‘keluarga’ — ia soal keutamaan.
Kadang kala, red flag bukan datang dalam bentuk kasar atau baran. Ia datang dalam bentuk lembut… seperti hubungan yang terlalu akrab, layanan yang terlalu manis, dan keengganan untuk meletakkan pasangan di tempat utama.
Ramai yang sangka ujian hanya datang selepas perkahwinan. Namun kadangkala, bertunang itu sendiri sudah cukup untuk membuka topeng siapa diri sebenar yang kita pilih.
Lebih baik patah tunang, daripada patah hati bertahun-tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fasha Sandha, Pelakon cantik yang popular pernah mengalami berat badan yang berlebihan selepas melahirkan anak-anaknya, Putra Rayqal Ramli, 6 dan Putri Raysha Jemaima, 5.
Selepas berpisah dengan bekas suami, Rizal Ashram atau lebih mesra dipanggil Jejai, Fasha mula melakukan senaman dan diet untuk mencapai berat badan seperti sebelum hamil dahulu. Beliau telah berkongsi perkara tersebut di instagramnya
Selamat pagi kesayanganku, jangan lupa makan pagi tau. Makan pagi adalah wajib,Ya itu ibu..ibu pernah sebesar itu dan ibu tak pernah malu untuk mengaku ibu pernah gendut, malah ibu berbangga.
Gendut kerana 2 cahaya mata, tak apa Orang hina ibu, tak apa, ibu dah buktikan, ibu mampu berusaha untuk jadi lebih baik.
Inilah yang dinamakan pengorbanan seorang IBU. Hari ini ibu dah dapat berat badan yang hampir sama dengan sebelum ibu mengandung. Wahai kaum wanita, jom jaga pemakanan kita, jom sekat nafsu makan kita
Netizen memuji kecantikan Fasha selepas kurus. Ternyata nampak lebih muda berbanding zaman berat badan berlebihan. Boleh dijadikan inspirasi buat ibu-ibu diluar sana untuk kurus.
Betul lah orang cakap, bila gemuk nampak berusia, bila kurus alahaii gojesnya
Rotavirus ancam Bayi dan kanak-kanak, mak ayah jangan pandang ringan bila anak cirit birit. Rotavirus adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun.
Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.
Semua ibu bapa haruslah peka dan perlu mengambil tahu tentang jangkitan Rotavirus ini, supaya tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan komplikasi dari jangkitan berlaku.
APAKAH ITU ROTAVIRUS?
Rotavirus mendapat namanya daripada bahasa latin rota yang bermaksud roda. Oleh kerana virus ini bentuknya seperti roda, maka pada tahun 1974, Thomas Henry Flewet menamakan Rotavirus kepada virus ini.
Rotavirus adalah virus yang paling biasa menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk, yang boleh menyebabkan kehilangan cecair badan yang banyak dalam kalangan kanak-kanak.
Terdapat 9 spesis Rotavirus, namun Rotavirus A adalah spesis yang paling kerap ditemui menjangkiti manusia iaitu menyebabkan lebih 90% jangkitan.
Rotavirus A juga dikenal pasti sebagai penyebab utama cirit-birit yang serius dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.
Selepas dijangkiti kuman Rotavirus, badan mengambil masa lebih kurang 2 hari untuk menunjukkan gejala-gejala penyakit antaranya demam, cirit-birit, muntah dan sakit perut.
SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN KUMAN ROTAVIRUS?
Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti oleh kuman Rotavirus sebelum atau pada usia 5 tahun. Di Malaysia, kira-kira 22% hingga 50% daripada kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan Rotavirus.Terdapat satu kajian di Malaysia pada tahun 2016, menyatakan bahawa: Rotavirus menyebabkan 27 kematian, 31 000 kemasukan ke hospital, 41 000 rawatan pesakit luar dan 145 000 rawatan dirumah setiap tahun di
BAGAIMANA JANGKITAN ROTAVIRUS TERSEBAR?
Rotavirus mudah berjangkit dan tersebar dengan mudah melalui kaedah tangan ke mulut (fecal to oral), iaitu virus merebak melalui penyebaran daripada najis individu yang dijangkiti ke mulut individu yang lain.
Sebagai contoh, seseorang menukar lampin bayi yang mengalami cirit-birit disebabkan Rotavirus dan dia tidak membasuh tangan dengan bersih, lalu memegang peralatan, permukaan atau makanan.
Jika dia menyediakan makanan atau menyuap makanan kepada bayi atau individu lain, virus tersebut akan tersebar kepada mereka. Begitu juga jika bayi, kanak-kanak atau individu lain menyentuh permukaan atau peralatan yang dicemari dengan kuman Rotavirus dan selepas itu tangannya dimasukkan kedalam mulut atau untuk makan, mereka akan dijangkiti oleh virus tersebut.
Virus ini stabil dalam persekitaran dan boleh berjangkit dalam masa seminggu.
Mereka yang mengendalikan najis bayi, kanak-kanak atau individu yang dijangkiti Rotavirus, haruslah mencuci tangan dengan bersih dan manakala barang mainan kanak-kanak serta peralatan disekitarnya perlu sentiasa bersih.
APAKAH SIMPTOM/TANDA BIASA YANG AKAN DIHADAPI OLEH PESAKIT?
Antara simptom/tanda anak anda dijangkiti oleh kuman Rotavirus adalah:
Cirit-birit
Muntah
Sakit perut
Demam
Kelesuan
Simptom biasanya bermula dalam masa 2 hari selepas seorang kanak-kanak terdedah kepada kuman. Rotavirus dan biasanya cirit-birit berlarutan selama 3 hingga 8 hari.
APAKAH BAHAYA JANGKITAN ROTAVIRUS?
Bahaya utama daripada jangkitan Rotavirus ialah dehidrasi iaitu kehilangan cecair badan akibat dari cirit-birit dan muntah yang teruk, beserta pengambilan makanan/minuman yang kurang baik. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang, dan jika dehidrasi tidak dirawat, hanya boleh membawa maut.
Awasi tanda-tanda dehidrasi pada anak anda, seperti:
Kurang membuang air kecil atau lampin kering
Mata cengkung
Menangis tanpa air mata
Bibir mulut dan lidah kering
Mudah meragam
Kulit kurang anjal
Letih lesu
Ubun-ubun mencengkung ke dalam pada bayi kecil
APAKAH RAWATAN JANGKITAN ROTAVIRUS?
Tiada rawatan khusus dan tiada antibiotik atau antiviral untuk membunuh kuman Rotavirus. Rawatan lebih menjurus untuk memastikan pesakit mendapat air yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi dan menggantikan garam galian yang hilang disebabkan cirit-birit dan muntah.
Ibu bapa harus pastikan untuk memberi anak minum air yang cukup, dan juga larutan rehidrasi oral (ORS) untuk tujuan mengelakkan dehidrasi. Namun, sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi, dia perlulah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.
Di Malaysia, jangkitan Rotavirus adalah punca cirit-birit yang utama menyebaban kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah (intravena). Kira-kira 25% hingga 50% kes cirit-birit yang memerlukan kemasukan ke wad berpunca dari Rotavirus.
BAGAIMANA JANGKITAN ROTAVIRUS BOLEH DITANGANI?
Bawalah anak anda berjumpa dengan doktor jika dia menunjukkan simptom cirit-birit dan muntah, serta simptom dehidrasi. Seperti dinyatakan sebelum ini, tiada ubat khusus bagi merawat jangkitan, namun doktor boleh memberikan ubat untuk melegakan/mengurangkan simptom. Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan Rotavirus.
Tumpuan utama adalah untuk mengelakkan dehidrasi:
Bagi bayi: teruskan penyusuan susu ibu atau formula seperti biasa. Larutan rehidrasi oral mungkin diperlukan.
Bagi kanak-kanak lebih besar: pastikan memberi cecair secukupnya daripada minuman atau makanan. Digalakkan juga memberi larutan rehidrasi oral.
Elakkan minuman bergas, jus epal, produk tenusu dan makanan bergula, kerana ini mungkin membuat cirit-birit bertambah teruk.
BAGAIMANA JANGKITAN ROTAVIRUS BOLEH DICEGAH?
Amalan kebersihan diri yang baik ialah langkah pencegahan paling asas. Mencuci tangan dengan kerap dan teliti adalah penting terutamanya selepas menggunakan tandas, selepas menukar lampin bai atau selepas membantu anak menggunakan tandas. Permukaan perabut juga perlu dinyahjangkit secara berkala. Kaedah pencucian biasa tidak mencukupi.
Langkah terbaik adalah dengan menggunakan larutan peluntur (1 bahagian peluntur + 9 bahagian air) untuk menyahjangkit permukaan/objek.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) menyarankan vaksinasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.
Di Malaysia, walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini bole didapati di klinik atau hospital swasta. Vaksinasi Rotavirus adalah dalam bentuk cecair yang perlu diminum (oral vaksin), boleh diberi kepada bayi seawal umur 6 minggu, dengan keseluruhan 2 atau 3 dos mengikut jenis vaksin yang diberikan.
APAKAH VAKSIN YANG ADA DAN BAGAIMANA IA DIBERIKAN?
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu.
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.
SIAPA YANG PATUT MENERIMA VAKSIN INI?
Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.
Tanyalah doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang vaksinasi Rotavirus.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!