Fasha Sandha, Pelakon cantik yang popular pernah mengalami berat badan yang berlebihan selepas melahirkan anak-anaknya, Putra Rayqal Ramli, 6 dan Putri Raysha Jemaima, 5.
Selepas berpisah dengan bekas suami, Rizal Ashram atau lebih mesra dipanggil Jejai, Fasha mula melakukan senaman dan diet untuk mencapai berat badan seperti sebelum hamil dahulu. Beliau telah berkongsi perkara tersebut di instagramnya
Selamat pagi kesayanganku, jangan lupa makan pagi tau. Makan pagi adalah wajib,Ya itu ibu..ibu pernah sebesar itu dan ibu tak pernah malu untuk mengaku ibu pernah gendut, malah ibu berbangga.
Gendut kerana 2 cahaya mata, tak apa Orang hina ibu, tak apa, ibu dah buktikan, ibu mampu berusaha untuk jadi lebih baik.
Inilah yang dinamakan pengorbanan seorang IBU. Hari ini ibu dah dapat berat badan yang hampir sama dengan sebelum ibu mengandung. Wahai kaum wanita, jom jaga pemakanan kita, jom sekat nafsu makan kita
Ads
Netizen memuji kecantikan Fasha selepas kurus. Ternyata nampak lebih muda berbanding zaman berat badan berlebihan. Boleh dijadikan inspirasi buat ibu-ibu diluar sana untuk kurus.
Betul lah orang cakap, bila gemuk nampak berusia, bila kurus alahaii gojesnya
Betullah orang kata, perjuangan seorang ibu yang mengandung dan melahirkan anak bukan suatu perkara yang mudah. Besar sangat pengorbanannya untuk memastikan zuriat yang dikandung dapat dilahirkan dengan selamat.
Walaupun ada sesetengah kes berisiko untuk wanita tersebut, namun demi untuk melihat anak dilahirkan selamat semuanya dilalui dengan cekal dan tabah.
Bagi suami pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari mengakui isterinya mengalami pendarahan sebanyak tiga kali ketika sedang hamil anak pertama mereka.
Menerusi entri di Instagram (IG), Izzar menjelaskan pengalaman yang dilaluinya itu sangat mencabar kerana risau sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya.
“Placenta previa (PP) merupakan komplikasi obstetrik dimana berlakunya pendarahan yang tak sakit/painless semasa hujung-hujung mengandung (3rd trimester) sebab placenta/uri tu terletak di bukaan serviks.
“Exact reason ia berlaku still unknown. Tapi kalau dah kena tu, redha la ye. Alhamdulillah, dengan teknologi ultrasound sekarang, PP dapat dikesan dari awal kandungan lagi.
“Tu pun kalau pergi regular routine checkup kat klinik. Kalau malas nak pi checkup klinik, nak kesan macam mana. Wife saya bleeding sebanyak tiga kali masa mengandung haritu.
“Ulang alik la kami ke Hospital Serdang tu. Sekali admit, stay sampai 5-6 hari. Balik rumah kena bed rest dalam bilik je. Tak boleh bergerak banyak. Mencabar gak sebab aku pun tak boleh ke mana-mana. So berkubangla wife saya dalam bilik berbulan sehingga bersalin.
“Komplikasi PP ni memang banyak. Komplikasi kepada ibu dan komplikasi kepada baby. Ada komplikasi biasa-biasa dan komplikasi yang mengancam nyawa. Masa wife saya didiagnose PP, kitorang memang risau gila wei fikir pasal komplikasi tu semua.
“In the end, we decided to proceed doing all of our followups and appointments kat Hospital Serdang. Awat pi hospital gomen je wei? Koman betui. Haa, tu next time saya cerita kenapa. Yang penting, wife saya selamat melahirkan dan baby Ayra kami selamat dilahirkan dengan sempurna sifat serta dagu terbelah macam mummy n daddy dia.
“Walaupun wife saya sebenarnya masuk emergency cesar sebab pendarahan yang teruk. Horror bro masa tu. Alhamdulillah semua selamat. and thanks isteriku kerana melalui semua dugaan ni dengan tabah dan cemerlang. Ayra n I love you,” tulisnya.
Ummi dan Izzar telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah, yang dilahirkan pada 22 Ogos lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ramai ibu yang menyusu keliru bila ibu demam, batuk dan selesema penyusuan pada anak patut dihentikan sementara takut anak berjangkit. Sebenarnya fakta ini salah.
Jika diikutkan walaupun ibu demam, batuk atau selesema teruskan penyusuan seperti biasa kerana ia tidak memudaratkan kesihatan anak. Cuma berdasarkan perkongsian Dr Hana ibu yang tidak sihat ini boleh mencegahnya dengan mengamalkan aspek kebersihan seperti menutup mulut bila batuk atau bersin, jangan cium sangat bayi jika selesema atau pun basuh tangan sebelum nak pegang bayi.
Berikut perkongsiannya:
Ada satu masa tu, seorang ibu berpantang masuk bilik Dr. Dia demam batuk selsema, nak dapatkan rawatan. Biasanya sebelum bagi ubat saya akan tanya, puan mengandung/menyusu?
Tapi since ibu ni memang dalam pantang bawak baby, saya terus tanya “so far baby menyusu OK?”
Ibu tu jawab “saya dah STOP menyusu Dr, sebab saya takut nanti baby dapat kuman dari susu badan saya, nanti jangkit kesian baby”
Mitos ni dah agak banyak kali kita dengar. Ibu cirit birit, stop menyusu sebab takut baby berjangkit bila hisap susu ibu. Ibu batuk selsema, stop menyusu sebab takut nanti baby dapat virus. Ibu demam, stop menyusu sebab takut baby demam sekali.
No ibuuu. Noooo. Susu ibu tak bersalah. Kesian ibu tu, dia tak tau. Ibu kena faham beberapa perkara.
-Tutup mulut bila batuk/bersin.
-Kalau perlu pakailah mask.
-Basuh tangan sebelum sentuh bayi.
-Jangan cium-cium sangat baby kalau ada batuk selsema
Baby ni sistem imun belum matang sepenuhnya. Jadi antibody dari susu ibu sangat membantu bayi lawan penyakit dan virus. Jadi kalau bayi berjangkit pun, tak teruk sangat dan insyaAllah lebih cepat lega kalau ibu teruskan breastfeeding.
Ada anak kecil ni, orang kata ibu bapa kena alert 24 jam. Tak boleh leka sebab macam-macam boleh jadi. Begitu juga bila anak demam, pasti ibu panik bila anak tiba-tiba mengalami kekejangan sampai tidak sedarkan diri. Sawan demam atau disebut sebagai ‘febrile seizure’ yang berlaku pada anak kecil dan bayi adalah salah satu pengalaman yang boleh menyebabkan trauma kepada ibu bapa.
Siapa yang tak cuak kan? Tiba-tiba je anak yang demam tadi baring tidak sedarkan diri, diserang kekejangan badan dan kaki, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh, atau perubahan warna pada kebiru-biruan pada kulit dan bibir. Sampaikan ada beberapa kes, ada juga anak yang terkencing atau terbuang air besar.
ALERT!
Papa mama ada pengalaman macam ni tak? Lebih menakutkan kalau dia kena tengah-tengah malam di rumah. Apa yang perlu kita buat?
Ikuti perkongsian pengalaman dan tips dari Puan Nurul Eifa seperti yang dikongsikan Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel. Moga ia boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa di luar sana. Semoga bermanfaat.
‘Perkara yg paling menakutkan spnjg hidup bila tengok anak mengalami tarik dan ingat dia hampir putus nyawa. Syukur anak masih dipanjangkn umur dan semakin sembuh.
Cuma demam tak kebah2 lagi kejap2 ok.. nanti malam dia panas balik.. kena bergilir2 dgn husband tengok anak takut trauma dulu terjadi lagi.
Saya kongsi kat bawah apa perlu buat kalau jadi tarik kat anak waktu kt rumah.. tolong baca untuk pengetahuan & persediaan kalau tiba2 terjadi kt anak sendiri pulak. Ibu2 yg da pernah alami ce share sikit situasi masa kena tu..’
Apa anda perlu buat kalau anak kena sawan tarik di rumah?
1. Baringkan dia mengiring.
2. Buka pakaian anak.
3 .Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, mengiringkn dia utk keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.
4. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.
5. Jangan masukkan ubat punggung masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air . Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat punggung (kalau ada simpan kat rumah).
6. Kalau tidak ada ubat punggung di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.
7. Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran.
Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen.
Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang. Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.
PUNCA SAWAN TARIK 👇👇
Antara punca dan sebab musabab baby boleh kena demam sawan tarik. Ada banyak style bergantung pada individu. Antaranya:-
1. Demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi)
2. Ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media)
3. Pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.
4. Cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan)
5. Cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk – tingkap.
6. Kekurangan oksigen. Contohnya baby berada dalam kereta pada waktu yang lama walaupun air-cond on.
7. Kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.
8. Menangis tanpa henti hingga kebiruan.
9. Tercekik sesuatu dalam mulut.
10. Genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik.