Pelakon, Emma Maembong berkongsi nama anak keduanya yang dilahirkan pada petang Rabu.
Emma dan suami, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk anak kedua mereka.
Menerusi perkongsian di laman Instagram anak sulungnya, Shariq Gabriel, 2 tahun, pelakon kacukan Melayu-Scotland berkongsi video reaksi Shariq saat pertama kali bertemu dengan adiknya.
Diuji kehilangan anak sama ada ketika dalam kandungan, sewaktu lahir ataupun semasa membesarkan mereka bukan sesuatu yang mudah. Hanya yang melalui situasi ini akan faham. Tapi sebagai hamba-Nya nak atau tak tetap kena akur kerana Allah mengetahui segalanya.
Mungkin di dunia Allah nak uji sebab Dia tahu kita mampu, tapi di sana nanti, syafaatnya sangat besar kerana anak syurga inilah yang akan memberi tiket buat ibu bapanya ke syurga.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati di TikTok Shaqudsi yang mengambarkan ketabahan dirinya dan suami apabila kehilangan tiga cahaya mata tanpa sempat dipeluk dan disusukan.
Kehilangan ketiga-tiga anak syurga ini benar-benar memberi tamparan hebat buat pasangan suami isteri ini walaupun luaran nampak kuat tapi dalam hati Allah yang tahu.
3 Kali Bersalin, 3 Kali Berpantang Tanpa Baby
Menurut ibu kepada tiga anak syurga ini, dia menghidap penyakit cervical incompetence atau bahasa yang lebih mudah difahami keadaan rahim yang lemah yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.
Pada masa yang sama, dia sempat menceritakan pengalamannya mengandungkan tiga cahaya matanya dan proses-proses sebelum melahirkan. Bagaimanapun, atas persuratan takdir ketiga-tiga cahaya mata yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki telah pergi menghadap ilahi tanpa sempat merasa susu ibu.
3 kali mengandung, 3 kali buku Pink. 3 kali masuk labour room, 3 kali suami tunggu di luar dengan tabah. 3 kali balik rumah berdua tanpa baby. 3 kali suami uruskan baby sambil Sha kena tahan dalam wad.
Apa yang lebih menyedihkan, apabila kelahiran yang dinanti-nantikan selama ini tidak dapat dibawa pulang ke rumah seperti ibu-ibu lain, dan dia perlu berpantang seorang diri tanpa kehadiran bayi di sisi.
3 kali berpantang tanpa baby, 3 kali tak dapat susukan anak sendiri. 3 kali melihat nafasnya pergi dalam dakapan. 3 kali kenal erti rindu yang berpanjangan.
“Yang ada rezeki anak, peluk dan sayangilah mereka..”
Di akhir perkongsian tersebut, Puan Sha sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa yang diberikan rezeki membesarkan anak supaya menyayangi dan menghargai anak sendiri kerana dia sama sekali tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.
Korang ada anak? Peluklah selalu sebab Sha dah rindu sangat nak peluk anak-anak Sha. Sayangilah anak-anak kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Allahuakbar! Besarnya dugaan adik Ammar. Anak syurga ini hanya ada masa enam bulan sahaja untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama ibu bapa dan abang. Mungkin ini adalah peluang terakhir bagi kedua ibu bapa adik Ammar mengembirakannya.
Tak dapat nak bayangkan kesedihan keluarga adik Ammar tetapi selagi ada peluang, mereka tetap yakin Allah sebaik-baik perancang. Agak berat untuk menerima khabar yang mendukacitakan ini biarpun orang nampak Ammar sentiasa senyum.
Menerusi perkongsian ibu adik Ammar, Puan Fakhira Aqila, sekali tengok orang tak akan percaya Ammar menunggu masa. Ini kerana dia sangat aktif dan membesar dengan sihat. Tapi percaturan Allah lebih dari segalanya.
Dua kanser berbeza
Sebelum ini ketika doktor sahkan Ammar menghidapi Malignant Rabdhoid Tumor, luluh hati saya sebagai ibu yang melahirkannya. Namun kesedihan itu bertambah lagi saat diberitahu yang Ammar juga mempunyai kanser otak setelah melakukan ujian CT Scan baru-baru ini.
Tambah Puan Fakhira lagi, dua kanser yang dihidapi oleh Ammar tidak berkait antara satu sama lain tetapi takdir Allah kebetulan terjadi pada waktu yang sama.
Lebih memilukan hati, tiada rawatan yang sesuai dan boleh dilakukan untuk Ammar dan doktor menasihatkan supaya kami membawanya pulang ke rumah untuk bersama ahli keluarga.
Kami hanya ada enam bulan sahaja lagi untuk meluangkan masa dan memberi momen yang gembira buat Ammar. Andai Allah izinkan masa Ammar lebih dari jangkaan doktor, ia sangat berharga buat kami semua.
Bagi memberi kekuatan pada Ammar menghadapi kesakitannya itu, saya dengan rendah diri memohon orang ramai untuk sama-sama mendoakan Ammar agar terus diberi kekuatan. Mana tahu ada keajaiban untuknya membesar kerana Allah Yang Lebih Mengetahui setiap apa yang berlaku.
Kredit: IG ieraaqila
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak, anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi. Bagaimana caranya? Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda. Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatkan jalinan kasih sayang ibu bapa dan bayi. Cubalah!
Aktiviti-aktiviti rangsang otak anak;
Berborak dengan bayi anda bagi membantunya belajar cara berkomunikasi. Ulang perkataan yang disebut dan galakkan si manja apabila dia cuba untuk meniru suara anda.
Ajar bayi tentang anggota badan. Contohnya, tanya bayi anda, “Mana hidung, baby?” dan tunjukkan hidung si manja. Teruskan dengan menyebut dan menunjuk anggota tubuh badan bayi yang lain.
Menyanyikan lagu dan bertepuk tangan. Jika anda kerap berbuat begitu, si manja akan cuba untuk meniru pergerakan dan suara anda. Cara ini juga dapat membantu bayi mengembangkan kordinasi tangan-mata dan bahasanya.
Rangsang kordinasi tangan-mata bayi anda dengan memegang mainan yang berwarna-warni untuk digenggam oleh si manja.
Melakukan pelbagai memek muka seperti tersenyum lebar, menjelir lidah ataupun membuka mulut luas-luas. Selang beberapa bulan, anda akan lihat bayi anda meniru gaya anda.
Rangsang kordinasi dan kemahiran motor halus bayi dengan menyediakan objek yang kecil dan selamat untuk si manja ambil. Contohnya, anda bawa bayi duduk di luar rumah dan cabut rumput atau petik bunga. Si manja pasti akan seronok melakukannya.
Bacakannya buku cerita dan menunjuk kepada objek serta menyebutnya.
Jika bayi sudah boleh duduk, letakkan mainan di atas lantai dan rangsangnya untuk merangkak (bergerak) dan mencapai mainan tersebut.
Berikan bayi mainan blok ABC dan mintanya memasukkan blok ke dalam kotak acuan.
Main permainan “di mana barang tersembunyi”. Sorokkan barang yang berwarna terang di bawah kain atau di bawah pasir kinetik. Kemudian, anda boleh letakkan tangan bayi menyentuhi objek dan membantunya mencari barang yang disorokkan. Lama- kelamaan, dia boleh mencari barang tersebut sendiri tanpa bantuan anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!