Ernie Zakri dan Syamel sambut hari lahir anak – “Anak ibu, daddy dah 3 tahun.” Tanggal 22 Februari menjadi tarikh istimewa buat pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel kerana ia merupakan hari lahir anak sulung mereka, Nur Khawla Soleha, yang kini genap berusia tiga tahun.
Ernie Zakri & Syamel Sambut Hari Lahir Anak – “Anak Ibu, Daddy Dah 3 Tahun”
Ads
Menerusi perkongsian di Instagram, Ernie memuat naik video kejutan ringkas untuk Khawla. Dalam video tersebut, Ernie dan Syamel menyanyikan lagu selamat hari lahir sambil membawa sebiji cupcake dengan tiga batang lilin di atasnya. Walaupun baru bangun tidur dan dalam keadaan mamai, wajah Khawla tetap menunjukkan keterujaan.
Menurut Ernie, Khawla adalah seorang anak yang pemurah dengan senyuman tetapi mudah merajuk. Gelagatnya sering menceriakan suasana di rumah. Dalam hantaran tersebut, Ernie turut menulis harapan agar Khawla membesar sebagai anak yang solehah.
Ramai yang menyamakan wajahnya dengan Syamel tetapi perangainya mirip Ernie. Selamat hari lahir buat Nur Khawla Soleha! Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah.
Ibu-ibu, Ambillah Masa Untuk Ber-ME TIME, Penting Untuk Kualiti Emosi
Ibu-ibu zaman sekarang tanggungjawab mereka sangatlah mencabar. Setiap hari dihambat dengan kesibukan tugas-tugas di tempat kerja. Mana hendak memikirkan soal kerja yang perlu disiapkan mengikut jadual, fikirkan anak yang bersekolah, tugas mengurus rumah tangga, pendek kata semuanya perlu ‘dihadap’ dalam satu masa.
Menjadi seorang isteri dan ibu, bukanlah semudah yang disangka. Lebih mencabar apabila wanita juga bekerja bagi tujuan membantu meringankan beban suami. Begitulah rutin yang perlu dilalui oleh seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu.
Melalui perkongsian Ustazah Asmak Husin beliau mencadangkan agar kaum wanita menyisihkan waktu untuk ‘me time.’
Dari pagi kita terkejar-kejar untuk uruskan anak-anak ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja.
Pulang ke rumah, uruskan pakaian dan makan minum keluarga. Itu belum masuk kerja dakwah dan aktiviti masyarakat.
Bagi yang bergelar suri rumah dari pagi hingga malam di rumah pasti akan ada masa kita stres dan burn out.
Sebab itu sangat penting para ibu peruntukan masa untuk “me time”. “Me time” sangat penting untuk kualiti emosi dan perasaan seorang ibu.
1. Join gang muslimat surau.
2. Cari geng ngaji taman.
3. Yang berminat seni, join team marhaban kampung.
4. Bersenam di taman.
5. Tidur lepas anak pergi sekolah ( sekali sekala).
6. Facial muka atau spa.
7. Bercuti.
8. Join NGO.
9. Baca buku.
10. Tonton drama/movie (sekali sekala).
Bukan mudah nak memikul tanggung jawab sebagai parents ni. Banyak cabarannya. Kita akan diuji dari segenap sudut baik fizikal mahupun mental. Menjalani kehidupan dengan bebanan kerja harian dan menguruskan keluarga sedikit-sebanyak pasti memberi tekanan.
Beri semangat kepada diri sendiri dengan kata-kata yang baik. Perkongsian dari Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan, bila muncul auto thoughts yang negatif, segeralah wujudkan alternative thoughts. Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua cara pemikiran ini?
Ikuti penjelasan lanjut;
Ada satu sesi saya bersama psikologi, saya diajar untuk betulkan cara berfikir. Saya belajar tentang cognitive distortion. Saya diajar macam mana nak wujudkan ‘alternative thoughts’ bila muncul ‘auto thoughts’ yang negatif.
Bila dah buat latihan tu, baru saya sedar, boleh tahan tak relax saya ni dengan diri sendiri. Saya bukak balik diari lama ni. Terus recap balik zaman saya sedang belajar nak bentuk mindset. Belajar untuk setting versi diri jadi lebih baik. Benda tak susah pun sebenarnya.
JAGA PERKATAAN. Especially perkataan dalam hati kita ni. 1) Otak kita ni akan sentiasa hasilkan perkataan. Walaupun ketika mulut kita diam. Dan pada waktu mulut diam, kita akan bercakap dengan diri sendiri. Be careful how you are talking to yourself because you are listening.
2) Otak kita boleh ditipu. Kalau kita kata “Aku tak cukup bagus.” otak kita akan ‘bantu’ badan kita untuk bertindak sebagai seorang manusia yang tak cukup bagus. Rugi, kan! Tipulah otak kita dengan perkataan yang elok-elok. “Always speak nice to yourself”.
Kita ni kan, bila tengok anak orang cepat dari anak kita, kita mula rasa diri tak cukup baik. Bila kita tengok anak orang lagi behave dari anak kita, kita mula rasa ‘something is wrong with me’.
Bila kita gagal buat anak gembira, kita rasa kita bukan ibu yang baik. Bila tengok berat badan naik sikit, terus salahkan diri tak jaga makan. Berhenti berlaku kejam pada diri sendiri. Kadang-kadang, orang lain tak cakap buruk pasal kita pun. Tapi kita yang sibuk menghukum diri sendiri.
Girls/ Guys, You are enough. You are awesome. You are beautiful inside-out.
Allah ciptakan setiap dari kita dengan kehebatan. Jangan diberatkan otak dengan kata-kata hukuman kepada diri sendiri. Bila penat, berehatlah. Bila orang mengata, pedulikan.
Hidup kita terlalu berharga untuk dicemarkan dengan kata-kata toksik dari orang lain. Apatah lagi untuk percaya kata-kata buruk dari diri sendiri. Hormat diri.
Diri kita dah banyak usaha buat macam-macam ikut kehendak kita. Kadang-kadang, kita kena belajar untuk berterima kasih kat diri. Dan puji dengan usaha kecil yang berjaya kita capai.
Baik sebagai ibu mahupun ayah, jangan sesekali memandang rendah kemampuan diri. Jangan katakan yang diri anda tidak sempurna. Biar sesusah mana, sebenarnya setiap satu daripada kita sedang mencuba yang terbaik demi anak-anak.
Setiap kali kita bawa anak menaiki kereta, doa pertama yang sering terbit dari hati ibu ayah ialah, “Ya Allah, lindungilah perjalanan kami.” Kita mahukan mereka sampai dengan selamat ke destinasi, tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Tetapi, dalam pada kita berharap pada doa, sudahkah kita memastikan langkah praktikal paling mudah untuk keselamatan anak-anak, iaitu memasang tali pinggang keledar?
Ramai ibu ayah mungkin rasa, kalau perjalanan dekat atau anak duduk di belakang, tidak mengapa jika tidak memasang tali pinggang keledar. Hakikatnya, malang tidak berbau. Statistik menunjukkan kebanyakan kemalangan berlaku ketika perjalanan jarak dekat, dan tanpa perlindungan tali pinggang keledar, risiko kecederaan parah pada kanak-kanak meningkat berkali ganda.
Anak-anak adalah peniru tegar. Mereka lebih percaya dengan apa yang mereka nampak berbanding apa yang kita cakap. Kalau ibu ayah sendiri selamba masuk kereta tanpa memakai tali pinggang keledar, jangan pelik kalau anak juga rasa ia bukan perkara penting.
Sebaliknya, bila setiap kali kita masuk kereta, perkara pertama yang dilakukan ialah klik tali pinggang keledar, anak akan terbiasa. Ia jadi rutin automatik. Tanpa disuruh pun mereka akan ingat, “Eh, kena pakai seatbelt dulu.” Inilah kuasa teladan yang ibu ayah bawa dalam kehidupan seharian.
Penting untuk anak faham, tali pinggang keledar bukan dipakai kerana takut polis atau kerana ada undang-undang. Ia adalah soal tanggungjawab menjaga diri sendiri dan orang tersayang. Bila anak memahami sebab di sebalik amalan ini, ia akan menjadi nilai hidup yang mereka bawa ke mana sahaja, bukan sekadar peraturan yang mereka patuhi hanya bila ada penguatkuasaan.
Ibu ayah perlu konsisten. Jangan ada istilah “tak apa, dekat je.” Setiap kali anak duduk dalam kereta, walau 5 minit perjalanan, pastikan mereka tahu perkara pertama ialah pakai tali pinggang keledar. Lebih awal kita latih, lebih mudah ia melekat menjadi tabiat.
Anak mungkin merungut pada awalnya, tetapi bila ia jadi kebiasaan, mereka sendiri akan rasa “tidak selesa” jika tidak memakainya. Lama-kelamaan, ia jadi sebahagian daripada diri mereka.
Bayangkan bila anak-anak kita membesar dengan tabiat ini, mereka akan jadi pemandu yang bertanggungjawab dan akan mendidik pula anak-anak mereka kelak. Inilah legasi keselamatan yang boleh kita tinggalkan dan membina budaya peka keselamatan jalan raya dalam keluarga dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Jadi, ibu ayah, jangan tunggu kemalangan berlaku baru mahu insaf. Mulakan sekarang. Jadikan tali pinggang keledar sebagai tabiat wajib setiap kali masuk kereta. Ia mungkin hanya satu klik kecil, tetapi besar nilainya dalam melindungi nyawa anak-anak tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.