Pelakon Eyra Hazali yang sudah sarat dan menunggu masa sahaja untuk bersalin berkongsi perkembangant terbaru dirinya yang akan melahirkan anak pertama pada bila-bila masa sahaja lagi.
Dalam perkongsian yang dibuat di Insta Story milik suaminya, Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gawang pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Eyra sudahpun memasuki wad bersalin dan dijangka melahirkan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup dengan bila-bila masa sahaja lagi.
Dalam posting tersebut, Haziq memohon doa daripada semua buat isterinya semoga segalanya dipermudahkan.
Ads
Manakala di IG Story Eyra Hazali Turut memuat naik video yang menunjukkan Haziq sedang membaca Al-Quran bagi menenangkan isterinya dan juga dirinya yang pasti berdebar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Screen Shot 2020-08-14 at 9.43.12 AM
Untuk rekod, Eyra dan Haziq telah melangsungkan pernikahan pada 1 November 2019. Pasangan tersebut juga telah memaklumkan bahawa bakal menimang anak lelaki selepas Haziq memuat naik gambar pakaian bayi lelaki di Instagram miliknya sebelum ini.
Nampaknya Mawar memang memilih cara berpantang orang dulu-dulu yang tidak membenarkan ibu lepas bersalin minum air ais langsung.
Walaupun ramai ibu-ibu muda berfikiran moden masa kini tak mempercayai langsung pantang larang orang tua dulu-dulu tetapi nampaknya Mawar tetap yakin memilih kaedah tersebut sebagai salah satu caranya merawat tubuh badan yang kehilangan banyak tenaga dan darah selepas melahirkan anak.
Melihat kepada fizikal Mawar yang cepat turun berat badan selepas melahirkan anak, nampaknya tak sia-sia lah dia berpantang daripada minum ais.
Sebenarnya faktor penting menyumbang proses penurunan berat badan ibu Maryam lebih pantas sudah tentu disebabkan penyusuan susu ibu secara eksklusif yang diamalkan.
Bagaimanapun isteri kepada pelakon Fizo Omar ini mengakui dia masih perlu menurunkan lagi 10 kg untuk kembali mendapatkan berat ideal seperti sebelum ini dan meminta netizen berkongsikan tips yang sesuai untuk ibu menyusu dan bersalin secara caesarean.
Nampaknya ramai ibu-ibu yang berkongsi tips untuk menurunkan berat badan yang boleh diamalkan oleh Mawar yang menyusukan anak.
Bagaimanapun kebanyakan pengikutnya kurang bersetuju jika Mawar masih hendak menurunkan berat badan kerana mereka beranggapan bentuk badannya selepas melahirkan Maryam nampak lebih cantik dan menarik serta sesuai dengan title sebagai seorang ibu.
Bahkan mereka berpesan agar Mawar terus konsisten menyusukan Maryam kerana ia adalah proses menurunkan berat badan terbaik secara semula jadi bagi semua ibu.
Nampaknya ramai betul peminat yang sayangkan ibu jelita dan sentiasa mendoakan dia terus sihat agar dapat menyusu dan membesarkan Maryam dengan sempurna.
Mawar disahkan hamil selepas tiga setengah tahun mendirikan rumah tangga dengan Fizo.
Mawar telah menjalani rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan terkenal, Datuk Dr. Hamid Arshat disebabkan masalah endometriosis dan cyst di ovari kanan.
Mawar kemudian selamat melahirkan puteri sulungnya, Maryam pada 29 Disember tahun lepas.
Sesekali anak mengadu sakit kepala ibu bapa jangan anggap perkara ni remeh ya. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang gajet antara yang jadi keutamaan sama ada untuk belajar, bermain game atau menonto Youtube.
Apa yang perlu dilakukan ibu bapa? Bilakah anda perlu risau apabila kanak kanak mengadu sakit kepala? Adakah mereka perlukan rawatan ubat ubatan dan perhatian doktor?
SAKIT KEPALA AKUT
Sakit kepala akut berlaku secara tiba tiba dan mungkin merupakan petanda beberapa masalah berikut;
Selain dari punca punca tersebut, terdapat kanak kanak yang mengalami gejala sakit kepala yang lebih kerap. Ia di kenali dengan sakit kepala kronik.
SAKIT KEPALA KRONIK
Di anggarkan 5.5 % kanak kanak pernah mengalami maslah ini. Risiko untuk kanak kanak mengalami migraine lebih tinggi
Sekiranya anda- ibu bapa sendiri mengalami masalah migraine. Ya, kerana terdapat pautan genetik yang kuat.
Migrain kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa: sakit kepala yang dialami boleh berlaku di kedua dua bahagian kepala dan tidak berpanjangan terlalu lama.
Sama seperti orang dewasa, kanak kanak yang mengalami migraine turut mengalami keadaan tidak selesa, rasa mual, muntah dan hanya mahu berbaring di bilik yang gelap.
Kebiasaannya , kanak-kanak perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua episod untuk didiagnosis dengan migrain.
Selain dari rawatan ubat ubatan, cara untuk melegakan migraine bagi kanak kanak adalah dengan meletakkan pek ais di kepala. Ini berkesan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.
Sakit kepala jenis “tension headache” lebih biasa. Nama lama untuk ini situasi adalah “sakit kepala band hat”. Kanak-kanak biasanya menerangkan tekanan dan kesakitan di sekitar dahi mereka atau seluruh kepala. Kesakitan ini TIDAK berdenyut denyut seperti mana migraine.
Selalunya, walaupun mereka mengadu sakit kepala, mereka masih boleh berfungsi seperti biasa ,makan, pergi ke sekolah, dan juga bermain .
Terdedah dengan cahaya skrin gadget dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan sakit kepala. Sedang kan orang dewasa turut alami sakit kepala jika melihat skrin terlalu lama, apatah lagi kanak kanak?
Pastikan anda hadkan masa pendedahan skrin, pastikan mereka berehat dan bergerak untuk melancarkan peredaran darah dan bernafas dengan lancar.
Isu kesihatan mental di kalangan kanak kanak turut boleh menyebabkan mereka mengadu sakit kepala. Tanya kanak kanak mengenai keadaan mereka di sekolah. Adakah mereka mengalami sebarang masalah di sekolah? Adakah anak anak menjadi mangsa buli di sekolah? Bagaimana dengan hubungan mereka dengan rakan dan guru?
Sekiranya anda mengesyaki sebarang isu berkaitan kesihatan mental, berbicang dengan guru kaunselor untuk membantu mereka.
Bilakah anda perlu risau apabila kanak- kanak mengadu sakit kepala?
Situasi yang perlu anda risaukan adalah apabila kanak kanak mengadu sakit kepala untuk “kali pertama atau paling teruk”
Sekiranya anak anda TIDAK pernah mengalami sakit kepala sebelum ini, anda perlu menilainya dengan berhati-hati.
Beberapa persoalan berikut perlu di selidiki:
Jika jawapan kepada mana-mana soalan ini adalah “ya,” sudah tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Owh ya, anda TIDAK perlu mencari jawapan di internet kerana jawapan yang anda temui di “doctor google” mungkin akan menyebabkan anda bertambah risau!
Doktor mungkin dapat membantu untuk mengurangkan kerisauan anda dengan memberikan diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Kesimpulan
Jangan ambil mudah mengenai gejala sakit kepala di kalangan kanak-kanak. Selidiki dengan lebih mendalam mengenai gejala tersebut, gejala gejala lain , isu persekitaran dan peristiwa penting baru-baru ini. Kebanyakan masalah sakit kepala di kalangan kanak kanak dapat di rawat dan di cegah.
Dapatkan pemeriksaan dan diagnosis yang tepat dengan berjumpa doktor.
Sumber: Public Health Malaysia
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sembuh Covid-19 tetapi ramai yang mengadu mereka dijangkiti sekali lagi virus tersebut tak sampai tempoh tiga bulan. Sebelum ini ramai yang mengadu keputusan ujian RTK atau PCR yang mereka lakukan masih positif selepas selesai menjalani tempoh kurantin akibat positif.
Bagaimanapun selepas ramai doktor menjelaskan bahawa itu memang normal untuk mendapat keputusan positif dalam ujian RTK selepas sembuh Covid-19, barulah ramai yang tidak panik.
Bila masuk bulan Ramadan dan negara berada dalam fasa peralihan ke endemik, kebenaran untuk mengerjakan solat tarawih secara berjemaah di semua masjid, amat dinantikan oleh ramai umat Islam.
Tetapi bagi bekas pesakit Covid-19 yang baru sahaja sembuh masih lagi ada perasaan trauma dan ragu-ragu untuk mengambil peluang bersolat tarawih secara berjemaah di masjid kerana bimbang boleh dijangkiti lagi.
Kalau anda sedang melalui situasi tersebut, apa kata baca dan fahami penjelasan daripada Dr Erna Nadia tentang persoalan yang berlegar di kepala selama ini.
Doktor, saya baru ja kena Covid minggu lepas, semalam baru habis kuarantin. Jadi kan boleh tak kena lagi dalam masa terdekat ni? Kot la pi terawih tiba tiba kena balik ka kan.
Natural antibodi covid yang dapat dari jangkitan covid tu boleh bertahan 3 bulan ke beberapa tahun, mengikut kekebalan individu tu sendiri dan jenis variant yang dia kena.
Ada kajian kata, antibodi yang dapat dari variant omicron ni tak bertahan lama berbanding kalau dapat variant delta yang lebih mengganas.
Jadi katakanlah kalau kena lagi dalam masa kurang daripada 3 bulan, itu bukanlah jangkitan baru, cuma kesan lama yang masih belum habis.
Ada juga yang kena lagi sekali dalam masa kurang daripada 3 bulan jika terkena variant covid yang lain.
Sebab tu ada sesetengah individu yang dah kena jangkitan covid ni, kalau kita buat pcr, pcr dia boleh positif sampai ke 3 bulan. Ada yang 2 minggu dah clear, negatif. Bergantung kepada kekebalan dan variant coronavirus yang dia dapat.
PCR positif sebab serpihan DNA virus masih bersisa dalam badan. Tapi jangkitan dah sembuh dan dah tak boleh menjangkiti orang lain.
Kekebalan imuniti setiap individu memang takkan sama.
Contohnya, kanak kanak ada imuniti lebih kuat sedikit berbanding orang tua yang ada penyakit. Sebab tu biasanya kalau budak budak yang tak ada penyakit kena covid, sehari dua sihat dah, terlompat loncat sana sini.
Tapi tak boleh pukul sama rata juga, ada budak yang ada penyakit terutama berkaitan paru paru, jantung, buah pinggang, mereka boleh menjadi teruk. Dan paling risau adalah komplikasi iaitu MIS-C; kerosakan pelbagai organ akibat daripada Covid-19.
Covid di kalangan kanak kanak ni masih dalam kajian. Bukan hanya disebabkan oleh imuniti badan mereka sahaja buatkan sesetengah kanak kanak yang tak ada simptom atau simptom sekejap sahaja.
Jika ada dah positif dan habis kuarantin, tapi masih bergejala (even sakit tekak biasa sekalipun), silalah keep on pakai face mask bila keluar dari bilik/ rumah anda.
Kita masih belum endemik lagi. Jauh lagi perjalanan kita dengan covid ni.
Tapi InshaAllah kita dah boleh terbiasa jaga diri (pakai face mask, buat test kalau tak sihat, tak peluk cium orang kalau tak sihat, keep on hand sanitizing)
Yang penting, jadilah sihat, comel dan baik
Dr. Erna Nadia
Rasanya sekarang ni macam semua orang dah ada pengalaman kena covid, yang belum kena tu sama ada tak periksa betul betul atau kira spesis rare la.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara PU RIZ. Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Istimewa Ramadan kali ini bersama Pa&Ma Superb Huffaz untuk mengisi waktu berbuka anda seisi keluarga. Bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak cerdik Genius Aulad bermula 1 hingga 30 Ramadan pastinya menambahkan lagi keberkatannya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.