Anak produser terkenal, Datuk Ziela Jalil, Dr. Puteri Julia Nabilah selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.
Ziela berkongsi berita gembira itu beserta beberapa keping gambar di ruangan ‘Instagram Story’ nya.
Ziela turut melahirkan rasa bersyukurnya apabila menerima kehadiran cucu sulung.
“My little bundle joy has arrived. Alhamdulillah Ya Allah”, tulisnya.
Ads
Terdahulu, Ziela menganjurkan majlis doa selamat dan baby shower serba pink sambil menghitung detik kelahiran cucu pertamanya itu.
Ads
Majlis yang diadakan secara sederhana dan serba meriah itu telah mendedahkan bahawa Ziela bakal menimang seorang cucu perempuan.
Ads
Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Sumber: Ig Ziela Jalil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.
Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Namun tidak ramai yang berjaya untuk melakukan penyusuan ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Dilema setiap ibu adalah untuk memberikan susu terbaik buat si kecil. Ramai yang tertanya-tanya susu formula apa yang terbaik untuk anak mereka. Puan Fizah Sobri antara Dietitian yang terkenal merungkai susu yang terbaik untuk si kecil.
Soalan begini kerap juga saya dapat
Soalan Puan saya nak kenalkan susu kepada anak saya yang usia 8 bulan sebab susu saya dah kering. Apakah susu formula yang paling sesuai untuk anak saya
Jawapan dari saya
Seeloknya cuba untuk restart susu ibu, sebab tiada istilah susu dah kering sebenarnya. Susu boleh jadi banyak semula jika caranya adalah betul. Boleh jumpa dengan kaunselor laktasi anda atau pegawai sains pemakanan di klinik kesihatan terdekat dan mereka sangaaat happy untuk tolong anda naikkan susu badan semula
Jika nak cuba susu formula sementara, tiada susu formula yang TERBAIK untuk anak. Semua berdasarkan kepada penerimaan anak kepada susu formula tersebut. Apa yang membezakan harga susu formula di pasaran? Ada yang semurah rm30/pack hingaa rm90/pack..mesti yang mahal lagi bagus kan?
Tidak semestinya
Semua susu formula baby yang dipasarkan di pasaran antarabangsa perlu mengikut guideline yang bernama Codex Alimentarius
Guideline ini memberitahu berapa macronutrient serta micronutrient yang perlu ada susu formula tersebut agar dapat memenuhi keperluan anak tanpa membahaykan kesihatan anak yang sangat fragile sekarang.
Maka dari segi kandungan ni semua brand sama saja. Tiada perbezaan.
Yang jadi mahal adalah pertambahan zat/komposisi yang tidak terkandung dalam Codex Alimentarius tetapi telah dibuktikan melalui kajian selamat dan memberi manafaat kepada baby. Antaranya probiotic,prebiotic, omega 3,dha dan epa. Pertambahan bahan bahan ini akan membezakan kos setiap brand dan jadi daya penarikan kepada pembeli.
Yang penting cara anda kenalkan susu formula ke dalam diet baby…Cara anda kenalkan akan menentukan samada anak boleh terima atau tidak formula tersebut.
Jawapan akhir saya : tiada formula yang terbaik untuk anak anda. Yang terbaik hanya SUSU IBU.
Apabila tiba masa untuk melahirkan, sokongan daripada suami amat diperlukan. Kehadiran suami amat diperlukan untuk sentiasa berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi.
Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan buat suami ketika berada di dalam bilik bersalin.
Kuatkan semangat
Menjadi suami bererti anda perlu jadi kuat dalam segala aspek. Jadi, jangan takut kepada darah atau jarum suntikan. Anda kena kuat semangat.
Sebaik-baiknya, anda duduk dekat dengan bahagian kepala isteri supaya dekat dengan telinganya. Tentu ia akan lebih memudahkan anda memberi kata-kata semangat dan semasa kontraksi menyerang, dapatlahir anda mengosok bahagian belakang isteri.
Info teknik meneran
Apabila anda dan isteri sama-sama menyertai kelas antenatal, dapatlah anda mengetahui sedikit sebanyak ilmu tentang teknik meneran yang betul.
Apabila tiba masanya, anda dapat membantu mengingatkan isteri, cara meneran dengan betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan lancar.
Bacakan doa dan zikir
Kadang-kala isteri hilang kawasan apabila sakit kontraksi menyerang. Dalam keadaan sebegini, berkemungkinan isteri lupa tentang doa dan zikir yang patut dibaca bagi mengurangkan kesakitan.
Jadi, anda perlu memainkan peranan dengan membantu membacakan doa dan zikir yang berkaitan.
Bantu isteri meneran
Ketika tiba saat untuk meneran, anda perlu memberi semangat dan sokongan. Antara yang boleh anda lakukan ialah mengampu badan isteri atau memegang erat tangannya agar lebih mudah untuknya meneran.
Kurangkan kesakitan isteri
Proses meneran mungkin berlaku lebih daripada sekali. Tambahan pula, meneran hanya boleh dilakukan ketika kontraksi datang.
Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri dengan mengurut bahagian belakangnya, mengelap peluh mahupun bisikkan kata-kata semangat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada susu yang dibancuh lama namun hanya dibiarkan begitu sahaja kerana anak tidak menghabiskan penyusuannya. Jangan dibiarkan lama kerana ada bahayanya susu dibiarpunterdedah pada tempoh waktu tertentu.
Memang sayang untuk dibuang tetapi selamatkah jika susu tersebut disimpan di peti ais?
Secara umumnya, susu formula yang telah dibancuh boleh bertahan selama 2 jam pada suhu bilik. Dengan syarat, ia tidak dipanaskan atau disentuh kerana dua perkara ini boleh mengakibatkan susu basi.
Kiraan ini juga dimulakan sebaik sahaja susu tepung dan air berlaku. Namun begitu, tempoh tahan lama ini juga boleh bergantung kepada jenama dan jenis susu formula yang anda beli.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk rujuk pada label susu formula di rumah. Hal ini kerana sesetengah jenama susu formula hanya boleh bertahan selama 1 jam sahaja pada suhu bilik.
Simpan Dalam Peti Sejuk?
Selagi susu tersebut belum diminum oleh bayi, ia boleh disimpan dengan lebih lama di dalam peti sejuk. Botol yang mengandungi susu formula yang telah dibancuh boleh bertahan sehingga 24 jam di dalam peti ais.
Ini merupakan alternatif yang sesuai buat ibu bapa yang sibuk. Apa yang mereka perlu lakukan ialah membancuh susu formula dalam sukatan yang besar dan simpan di dalam botol yang bersih.
Ibu bapa juga boleh menuangnya ke dalam botol susu bayi apabila diperlukan. Jadi tidak berlakulah pembaziran. Anak boleh sahaja minum ketika mahu minum susu.
Namun, suhu peti ais mestilah berada pada suhu 4.4°C atau lebih rendah. Suhu yang tidak sesuai boleh mengakibatkan bancuhan susu formula cepat basi.
Bolehkah Susu Formula Disejukbekukan?
Tidak boleh. Susu formula yang disejukbeku atau disimpan di dalam freezer akan mengalami perubahan tekstur. Ini sekaligus akan menjejaskan tempoh ketahanannya. Jadi, anda tidak digalakkan untuk sejuk bekukan susu formula yang telah dibancuh.
Bahaya bayi minum baki susu
Susu formula yang tidak habis perlulah dibuang selepas 1 jam. Jangan sesekali menyimpannya di dalam peti sejuk untuk diminum kemudian.
Hal ini kerana produk berasaskan susu sangat mudah untuk terdedah kepada bakteria. Anda juga tidak boleh panaskan baki susu formula yang tidak habis kerana ini juga boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.
Untuk serbuk susu formula, ia biasanya boleh bertahan dalam masa 1 bulan selepas dibuka. Harus diingat bahawa serbuk susu perlulah disimpan di tempat kering dan sejuk, tetapi bukan dalam peti ais!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak panduan serta tarikh luput yang tertera pada bekas atau pek bungkusan susu tersebut.
Walaupun agak rumit untuk mengenalpasti susu formula tahan berapa lama, namun ilmu ini adalah sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi anda.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang!
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi!
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!