Mama dan papa jom fahami sifat kulit bayi supaya anda tidak mudah melatah mengatakan perkara yang normal pada bayi sebagai penyakit. Ambil tahu tentang sifat semula jadi kulit si kecil dan elakkan beberapa perkara agar kulitnya sentiada terjaga dan tidak mudah diserang penyakit.
Walaupun bayi anda dilahirkan sempurna dan cukup sifat, tidak semestinya kulit bayi halus dan lembut. Jangkakan masalah kulit seperti ruam, radang kulit, kulit kepala berkerak dan sebagainya dari awal lagi. Kebanyakan bayi terdedah kepada kerengsaan kulit dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Berikut adalah cara untuk mengesan dan merawat masalah kulit bayi biasa.
MASA MANDI
Ingat, kulit yang baru lahir adalah lembut dan sensitif. Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga sampai lima minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain atau rendam lama dalam air sabun.Cara mengeringkannya juga secara tepuk-kering dan bukannya menggosok kerana ia menyebabkan kelembapan semula jadi kulit.
MILIA
Satu dari dua orang bayi memiliki milia iaitu lebam keputih-putihan. Ia biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kelenjar minyak. Tidak perlu merawat kerana milia akan hilang sendiri.
gunakan detergen lembut untuk mencuci segala-galanya yang menyentuh kulit bayi. Begitu juga dengan cecair mandian, losen, syampu dan sebagainya, sebaik-baiknya biarlah daripada sumber semula jadi dan rendah kandungan bahan kimianya. Minimumkan penggunaan adalah lebih baik.
JERAWAT & BINTIK PUTIH
“Jerawat” bayi ada kaitan dengan yis, bukan pengeluaran minyak seperti jerawat remaja. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu. Dapatkan rawatan sekiranya ia tidak hilang dalam tempoh tersebut.
TANDA LAHIR
Satu dari 10 orang bayi mempunyai tanda lahir. Lazimnya tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.
KULIT KERING DAN MENGELUPAS
Bayi yang baru dilahirkan akan mengalami kulit yang mengelupas dan kering. Kulit asas yang terletak di bawah adalah sihat, lembut, dan lembap.
AMBIL PERHATIAN SEKIRANYA TERJADI 4 KEADAAN INI KEPADA SI MANJA
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa. Maka, menjaga kulit bayi agak rumit kerana ia agak sensitif. Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit.
RUAM PANAS
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian-bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada berpeluh, seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada lipatan kulit.
Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan pakaian kain kapas longgar.
RUAM LAMPIN
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia keterlaluan.
Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.
KEPALA BERKERAK
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan oleh minyak yang berlebihan dan muncul sebagai bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung, atau di belakang telinga. Keadaan ini selalu terjadi kepada bayi yang mempunyai ekzema.
Dapatkan rawatan atau dapatkan syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sekali-kali mengikis atau menanggalkannya sendiri!
EKZEMA
Ekzema (juga dikenali sebagai dermatitis atopik) adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala, tetapi ia boleh merebak ke lengan, kaki, dada, atau bahagian tubuh yang lain. Selepas tahun pertama kanak-kanak, ia mungkin muncul di bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. Kulit bayi akan kering dan kemerah-merahan. Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggendong bayi bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak zaman dahulu, ibu-ibu di seluruh dunia telah menggunakan kain untuk menggendong bayi sambil menjalani rutin harian. Walaupun ramai mengenalinya sebagai amalan tradisional, penggunaan kain gendong kini kembali menjadi trend dalam kalangan ibu bapa moden yang mencari pendekatan mesra bayi, fleksibel dan menyenangkan.Dalam era moden ini, kain gendong bayi masih menjadi pilihan ramai ibu bapa yang mengutamakan keselesaan, keintiman dan kemudahan.
Apa Itu Kain Gendong Bayi?
Kain gendong bayi merujuk kepada kain panjang yang digunakan untuk mengikat bayi rapat ke tubuh ibu atau bapa. Ia boleh hadir dalam pelbagai bentuk seperti wrap, sling, atau mei tai, dan ada juga yang memilih kain tradisional seperti kain batik untuk tujuan ini. Apa jua jenisnya, prinsipnya sama — memberikan sokongan fizikal kepada bayi sambil menguatkan hubungan emosi antara bayi dan ibu bapa.
Menariknya, selebriti dan usahawan wanita terkenal, Datin Atikah Suhaimie, turut berkongsi cara pemakaian kain gendong di laman Instagram miliknya. Dalam satu video pendek yang dikongsikan di Instagram Reels beliau, Datin Atikah menunjukkan langkah demi langkah memakai kain gendong dengan gaya yang ringkas, bergaya dan selamat.
Dalam video tersebut, beliau menekankan beberapa perkara penting:
Pastikan kain diketatkan dengan baik supaya bayi berada pada posisi yang stabil.
Kepala bayi perlu cukup tinggi sehingga boleh dicium oleh ibu (aturan “kissable height”).
Pastikan saluran pernafasan bayi terbuka dan tidak terhalang oleh kain atau dada ibu.
Perkongsian seperti ini amat membantu terutama bagi ibu bapa baharu yang mungkin rasa ragu-ragu atau kurang yakin dalam menggunakan kain gendong.
Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan bayi semasa digendong dengan kain batik, pastikan ikatan dibuat dengan kukuh agar bayi stabil dan tidak tergelincir. Posisi kaki bayi sebaiknya membentuk huruf “M” untuk menyokong perkembangan pinggul yang sihat, manakala kepala bayi perlu berada pada paras yang mudah dicium oleh ibu atau bapa.
Paling penting, pastikan saluran pernafasan bayi sentiasa terbuka dan tidak tertutup oleh kain atau tubuh pemakai. Sentiasa check kedudukan bayi dan kekemasan kain secara berkala, terutama jika digunakan dalam tempoh yang lama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu risau anak yang menyusu susu ibu badan tapi berat tak naik atau naik sedikit je. Dek kerana terlalu risau, ada ibu yang mencampurkan susu formula. Dalam situasi lain pula, ada bayi yang menyusu badan dan badannya begitu bersemangat.
Apa yang menyebabkan bayi kita mengalami situasi yang berbeza ini? Adakah tak cukup susu atau terlebih minum susu ibu. Berdasarkan perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila ini jawapannya yang ibu kena tahu.
Anak yang menyusu dengan susu ibu apabila berat tidak naik atau naik sedikit banyak perkara perlu dilihat. Kaji satu persatu antaranya:
– Bagaimana jadual memerah semasa bekerja? Sekiranya jadual memerah 3-4jam sekali maka susu perahan yang dibekalkan walaupun 20oz atau 30oz seharian di rumah pengasuh anak minum tetapi kandungan lemak dalam susu rendah. Itu sebab minum susu banyak tapi berat tak naik banyak. Ada baby minum 14-16oz di rumah pengasuh tapi susu yang diminum hasil dari sesi memerah kerap sekerap 2-3jam sekali dan berat anak naik mencanak tinggi.
– Bagaimana corak penyusuan waktu malam? Di waktu malam hormon prolaktin tinggi dan kandungan lemak dalam susu juga tinggi. Anak yang menyusu sekerap sejam sekali akan meningkat berat badan dengan banyak berbanding anak yang sedap tidur dan ibu ikut sama lena.
– Genetik juga pengaruhi saiz anak. Emak ayah kecil molek slim macam model anak pun boleh jadi mengikut juga.
Ramai sangat yang risau berat anak naik sikit sedangkan anak sihat ada yang aktif bertenaga 20jam sehari.
Beralih kepada susu formula mengikut cadangan nurse doktor bukanlah tindakan yang tepat, kenali dulu dimana yang boleh diperbaiki.
Saya pernah terdengar, susu yang diperah pada waktu malam atau dinihari akan menyebabkan bayi mengantuk. Malah, hasil pemerhatian terhadap anak sendiri apabila meminum susu perahan yang diperah pada waktu bekerja syif malam menunjukkan anak saya akan mudah mengantuk dan kurang aktif. Adakah hal ini mempunyai fakta yang benar?
Antara keunikan susu ibu adalah ia mengandungi hormon-hormon tertentu. Antaranya, hormon melatonin. Hormon ini dirembes pada waktu malam oleh orang dewasa dan bukannya bayi. Ia memberikan kesan seperti hipnosis yang membuatkan bayi relaks dan melancarkan pergerakan usus. Ada kemungkinan, susu ibu yang terdiri daripada melatonin mempunyai kesan rasa mengantuk pada bayi (berfungsi membantunya tidur dengan nyenyak) dan mengurangkan terjadinya kembung perut.
Penyusuan mengurangkan rasa cepat marah atau kembung perut serta cenderung si kecil tidur lebih panjang pada waktu malam. Susu ibu (pada waktu malam) mengandungi paras melatonin yang tinggi, sedangkan formula tidak. Dalam kajian itu juga didapati ia adalah spekulasi bahawa melatonin yang dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu memainkan peranan dalam meningkatkan tidur dan mengurangkan kolik pada bayi menyusu berbanding yang diberi susu formula. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa anak puan kelihatan lebih mengantuk dan kurang aktif apabila meminum susu perahan yang diperah pada waktu bekerja syif malam.
Seperkara lagi, puan mungkin perasan, apabila bayi menyusu terus daripada payudara, dia akan kelihatan mengantuk dan mudah untuk tertidur. Ini disebabkan oleh hormon cholecystokinine (CCK) iaitu sejenis hormon yang meningkatkan penghadaman, memberikan kesan seperti ubat pelali dan rasa kekenyangan dan tenang kepada si manja. Semasa menyusu, proses rembesan CCK pada kedua-dua ibu dan bayi menghasilkan rasa mengantuk.
Tahap CCK bayi memuncak sebanyak dua kali selepas penyusuan. Puncak pertama berlaku sebaik sahaja selepas penyusuan. Ia memuncak lagi 30 hingga 60 minit kemudian yang mungkin selepas susu tersebut sampai ke saluran usus. Tahap CCK bayi akan menurun selepas 10 minit selepas penyusuan. Hal ini yang menyebabkan bayi tersedar untuk menyusu semula sama ada daripada payudara sebelah lagi atau daripada payudara yang sama untuk mendapatkan susu yang kaya dengan lemak (hindmilk). Menunggu 30 minit selepas makan sebelum meletakkan bayi ke katilnya dapat membantu dia tidur lebih nyenyak. Diharapkan informasi ini dapat membantu meningkatkan pemahaman puan dalam isu tersebut.
Rujukan : [1]Breastfeeding may improve nocturnal sleep and reduce infantile colic: potential role of breast milk melatonin. Cohen Engler A1, Hadash A, Shehadeh N, Pillar G.
Soalan ini di jawab oleh Puan Rita Rahayu Omar , Pakar Laktasi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.