Fahamilah Letihnya Isteri Lepas Bersalin, Suami Tolong Jaga Hatinya Baik-Baik

Share

Peranan seorang suami ketika isteri dalam tempoh berpantang atau melepasi waktu itu, haruslah menjadi sistem sokongan paling kuat untuk si dia. Pernah melalui pengalaman apabila isterinya menghidap depresi, pengguna laman Facebook, Najmi Nawawi berkongsi cara terbaik untuk menjadi sistem sokongan yang baik buat insan tersayang.

Di dalam rancangan wawancara bersama Mingguan Wanita, Najmi memberitahu jika penghidap depresi mendapatkan rawatan dari doktor terbaik atau ubat paling bagus sekalipun, tanpa sistem sokongan yang kuat, tidak guna juga. Mengendalikan orang yang depresi memerlukan kita sentiasa menemaninya dan memberinya semangat.

Bagaimana cara untuk jadi SUPPORT SYSTEM yang baik. Nak juga tahu agar setidaknya kita tahu apa yang perlu kita buat untuk membantu. Aku cuba listkan antara 6 perkara yang kita boleh buat.

Artikel Menarik: [Kira-Kira 1 Daripada 10 Lelaki Berisiko ‘Meroyan’ Selepas Isteri Bersalin]

What people never understand is that depression isn’t about the outside; it’s about the inside. Dan benda-benda yang dalam ini, yang bermain dengan jiwa dan perasaan diakui memang susah untuk dirawat. Namun setidaknya kita cuba membantu kan.

1. Share artikel atau infografik berkenaan depresi di laman sosial. Apabila kita banyak berkongsi tentang hal depresi sebenarnya ia menggambarkan kita ambil tahu dan ambil kisah tentang perjuangan mereka. Ini ialah cara tunjuk sokongan yang paling mudah. Hanya share tanpa perlu mention atau tag yang berkenaan pun sudah mencukupi.

2. Bersedia untuk mendengar luahan pejuang depresi. Cukup menjadi seorang pendengar yang baik sudah banyak dapat membantu mereka sebenarnya. Mereka akan rasa mendapat sokongan dan perhatian sewajarnya.

3. Tunjukkan penghargaan dengan beri ‘surprise’ yang boleh menggembirakan perasaan mereka. Lagi banyak mereka rasa seronok, lagi mudah untuk mereka mengatasi kemurungan yang melanda. Mereka sangat perlukan penghargaan dan sokongan.

Artikel Menarik: [Jangan Ingat Diri Tu Kuat, Terus Lasak Lepas Bersalin. Czer Ke Normal, Luka Boleh Terbuka]

4. Kalau tidak mampu buat apa-apa, kadang-kadang berdiam itu lebih baik dari sibuk memberi kritikan atau memerli seperti budak-budak mengejek. Jadi matang, dan belajar untuk menghormati perjuangan orang lain.

5. Beri nasihat yang membina bukannya memburukkan lagi keadaan. Kerana ada wujud manusia yang mengambil kesempatan pada kondisi si pejuang depresi dengan terus cuba mencucuk jarum dalam senyap. Nampak bagai untuk membantu tetapi sebenarnya cuba menambah penderitaan pejuang depresi.

6. Sanggup untuk belajar tentang depresi. Kerana semuanya bermula dengan ilmu. Kalau kita masih enggan untuk belajar memahami atau kenal penyakit. Bagaimana mungkin kita mampu untuk membantu pesakit. Wajib bermula dengan ilmu, maka carilah ilmu tentang depresi terlebih dahulu.

Artikel Menarik: [Masih Tak Bersalin Walau Dah Sampai Waktu. Risiko Anak Tertelan Najis]

Seperti mana penyakit lain yang wujud. Depresi pun boleh sembuh. Maka sentiasalah berfikiran positif dan yakin.

p/s : Jika ‘circle’ anda sekarang tidak mampu untuk jadi support system yang baik. Tolong cari support system yang boleh berfungsi dengan baik.

Mungkin boleh bermula dengan kawan-kawan yang sama-sama ada depresi. Mereka inilah circle yang paling memahami sebenarnya sebab mereka pun lalui benda yang sama.

Seharusnya suami menjadi orang pertama yang menyedari jika ada yang tidak kena dengan isteri anda. Isteri sangat memerlukan sokongan dan perhatian dari suami sewaktu dia dalam keadaan yang tertekan dan emosinya terganggu. Jika anda tidak tahu cara terbaik untuk membantu isteri, carilah pertolongan dari luar.

 

IKLAN