Ibu bapa jangan lepaskan tiga fasa perkembangan otak untuk anak sedia belajar. Jika fasa ini tak dimanfaatkan sebaiknya memang rugi. Selepas fasa ini jika ibu bapa baru nak mulakan, ia dah kira terlambat.

Melalui perkongsian Terapis Cara Kerja (Pediatrik) Nurul Sheriena Musa, banyak soalan dari ibu bapa mengenai bila anak saya sebenarnya sedia untuk belajar. Bagi membantu ibu bapa faham dengan betul, ini penjelasannya.

PENTING AMBIL TAHU TIGA FASA PERKEMBANGAN OTAK UNTUK ANAK SEDIA BELAJAR

‘Bila nak ajar anak Baca?’
‘Anak saya ini sudah boleh ajar menulis ke?’
Lagi soalan diterima

Mari kita fahamkan ini dahulu ya. Ibu bapa bukanlah magician di mana kita bila kita mahu anak ‘pandai’ ABC diajar sekali terus anak Faham. Perlu jelas tahap kesediaan otak juga.

TAPI.. Ibu bapa mempunyai peluang untuk memastikan otak anak mereka mendapat setiap peluang untuk membina sel sel di dalam otak supaya dapat berhubung dan lebih bersedia untuk terima input lain. Ibu bapa adalah orang yang akan mempengaruhi tumbesaran otak anak mereka dan stimulasi yang bakal anak anak dapat.

IKLAN

Neuron atau sel saraf yang terletak di otak manusia ialah sel yang memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektrik dan kimia di dalam otak kita. Semasa bayi dilahirkan, lebih kurang 200 million sel saraf telah ada tetapi hanya sedikit hubungan antara sel sel ini.

Sewaktu umur anak 0 hingga 5 tahun, sel-sel ini sangat aktif membina hubungan antara satu sama lain. Sewaktu inilah PELUANG harus diberikan untuk setiap anak supaya mereka mendapat stimulasi secukupnya untuk membina asas perkembangan yang kuat.

APA ITU ASAS PERKEMBANGAN YANG KUAT?

Asas perkembangan yang kuat merujuk kepada Teori ‘The Triune Brain’ oleh Paul Mclean (1990), perkembangan otak dibahagi kepada tiga fasa.

1) FASA PERTAMA (REPTILIAN BRAIN):
PERKEMBANGAN OTAK REPTILIA
Ini adalah bahagian otak yang mengawal survival setiap manusia seperti rasa lapar, dahaga, pernafasan, rasa selamat, pergerakan, postur dan keseimbangan badan. Fasa ini juga amat penting untuk perkembangan refleks.

Refleks ialah tindakan luar kawalan yang dicetuskan terhadap sesuatu rangsangan seperti jika bayi yang baru lahir usia di antara umur 0 hingga 3 bulan adalah normal jika kita menyentuh bahagian pipinya mulut bayi akan pergi ke arah sentuhan itu seperti bayi mencari sumber untuk minum susu supaya dia berasa kenyang.

2) FASA KEDUA (LIMBIC BRAIN):
PERKEMBANGAN OTAK MAMALIA
Bahagian ini di mana segala emosi, rutin, kebiasaan, memori, kemarahan, kesedihan, ‘social bonding’ yang amat pesat berkembang sekitar umur 2.5 hingga 4 tahun.

Fasa ini juga dikenali sebagai fasa ‘The Trouble 2 ‘ atau saya lebih suka guna Terma ‘ Anak Bijak Eksplorasi’ . Semasa fasa ini ibu bapa harus banyak bersabar dalam mengajar anak mengawal emosi.

3) FASA KETIGA (NEOCORTEX):
PERKEMBANGAN OTAK RASIONAL
Bahagian otak yang menyelesaikan masalah, self-awareness, rasa simpati, kreativiti dan bahagian ini merupakan bahagian otak yang membolehkan seseorang membaca , menulis dan mengira dengan baik.
Dan mengikut teori, otak ini mula selepas umur 7 tahun. Walaubagaimanapun Stimulasi boleh diberi sebelum anak umur 7 Tahun.

Menurut teori ini, semasa perkembangan Otak yang pesat berlaku antara 0 hingga 6 tahun, inilah masa yang sepatunya ibubapa mengambil peluang memilih stimulasi yang bersesuaian.

Setiap pendekatan yang ibu bapa pilih untuk berinteraksi dengan anak mereka adalah sangat penting di waktu kritikal ini, Ini adalah kerana ianya akan memberi kesan masa panjang terhadap tumbesaran sel saraf di otak anak mereka.

Ingat ya 90% otak berkembang sebelum anak itu berumur 5 tahun. Mari kita sama sama grab the opportunity because childhood is only once!

Sumber: Nurul Sheriena Musa (Pediatric Occupational Therapist dan Brain Gym Instructor)