Muat naik terkini di instagram milik Pelakon Fasha Sandha mengejutkan ramai pihak apabila keputusan untuk menaiki penerbangan kelas ekonomi pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dipertikai seorang pramugari baru-baru ini.
Menerusi coretannya insiden tersebut berlaku ketika menaiki sebuah penerbangan pada 30 Mac lalu.
“Seorang pramugari menyambut kedatangan saya dengan ayat ‘Fasha Sandha, kelas ekonomi?’
“Terkejut saya dan anak-anak sebab tidak pernah ditanya sebegitu sebelum ini. Saya terkesima dalam keadaan berpuasa.”
“Saya kecewa sebelum ambil gambar pramugari itu dari jauh untuk buat aduan supaya dapat meningkatkan taraf servis syarikat penerbangan tersebut.
“Kemudian seorang pramugari datang dan minta maaf. Sepanjang hidup, tidak pernah orang tanya soalan begitu dan sebagai pramugari, tak sepatutnya tanya perkara yang menggores hati penumpang,” luahnya dalam Instagram.
BUKAN NAK AIB TAPI BERI KESEDARAN
Ads
Katanya, tujuan perkongsiannya bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya mahu dijadikan sebagai pengajaran kepada semua orang khususnya mereka yang bekerja sebagai kru kabin.
“Mampu atau tidak belakang kira, saya pilih untuk berjimat-cermat daripada membazir perkara tidak perlu.”
“Apa salahnya kami naik kelas ekonomi? Kelas ekonomi atau bisnes, kita semua sama, tak perlu luahkan dengan kata-kata begitu kepada penumpang.”
“Saya memandang tinggi kerjaya pramugari. Ramai juga tahu saya pernah bercita-cita jadi pramugari.
Ads
“Apa yang terlintas dalam hati, simpan sahaja. Tak perlu terkeluar di mulut depan anak-anak penumpang dan orang lain. Jagalah hati penumpang anda,” katanya.
Dia bagaimanapun tetap menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang memalukan dirinya di hadapan penumpang lain.
“Untuk pengetahuan semua, Jemyma selalu minta nak naik kelas bisnes tetapi saya selalu cakap kos beribu sedangkan kelas ekonomi harga beratus.
“Lebih baik kita sedekah duit tu pada yang memerlukan daripada bayar hanya untuk keselesaan buat satu jam sahaja.
Ads
“Namun, bila terjadi perkara ini, anak-anak saya pun terkejut. Kami ibarat dihina depan khalayak ramai oleh seorang pramugari.
“Kepada pramugari berkenaan, semoga awak belaiar daripada kesilapan tersebut. Golongan VIP, selebriti atau sesiapa sekali pun, tak salah untuk duduk di kelas ekonomi,” tuturnya.
Awak bernasib baik, kalau suami orang lain agaknya awak akan dimaki depan khalayak ramai.
“Apa juga alasan awak, tanya soalan begitu adalah tidak sesuai kepada penumpang.
“Walaupun awak dah minta maaf dan hantar piza untuk anak-anak saya, tak dapat mengubati luka ini,” ujarnya lagi.
Menerusi perkongsian sama, Fasha turut memuat naik foto pramugari tersebut namun bahagian wajah ditutup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes viral yang melibatkan dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun yang termakan racun sepatutnya kita jadikan pengajaran buat semua. Jangan pandang mudah bila menyimpan racun berbahaya ini di rumah.
Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, simpanlah ditempat tersorok dan jauh dari penglihatan umum terutama kanak-kanak. Ini panduan yang dikongsikan beliau.
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Sedihnya baca berita tentang kritikal dua beradik di Kulim yang berusia 2 dan 3 tahun tu.
Adik-beradik ni jumpa bungkusan keropok yang digantung pada tiang sebuah pagar, jadi mereka pun ambil dan makan. Tak lama lepas tu, mereka dijumpai dalam keadaan muntah-muntah dan berbuih mulut, lalu segera dikejarkan ke hospital.
Selepas disiasat, rupa-rupanya keropok tu telah dicampur dengan racun tikus dengan niat untuk meracun monyet.
Kenapalah letak umpan berupa makanan ringan untuk haiwan perosak? Kenapa pula diletak di tempat awam macam tu?
Budak-budak manalah faham bahaya. Mereka nampak jajan(keropok), sudah pastilah mereka ambil dan makan.
Nak meracun makhluk perosak, perlulah utamakan keselamatan. Bukan keselamatan diri sahaja, bahkan persekitaran kita.
Persekitaran tu termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan selain makhluk perosak yang menjadi sasaran.
Ini antara garis panduan penting yang perlu diikuti untuk menghindari kemalangan yang tidak diingini:
■ Penyimpanan yang Selamat: Racun harus disimpan dalam bekas berkunci dan diluar capaian kanak-kanak. Label pada bekas ini harus jelas dan mudah dibaca.
■ Penggunaan yang Bertanggungjawab: Gunakan racun mengikut arahan pada label. Jangan ubah suai atau gunakannya dengan cara yang tidak disarankan oleh pengeluar.
■ Kawasan Terhad: Jangan letak racun di kawasan umum atau tempat yang mudah diakses oleh orang ramai, terutama kanak-kanak.
■ Pemantauan dan Pembersihan: Selepas gunakan racun, kawasan tersebut harus dipantau dengan rapi. Pembersihan segera harus dilakukan selepas penggunaan.
■ Pemberitahuan dan Notis: Individu yang tinggal di kawasan berhampiran harus diberi notis tentang penggunaan racun sebagai langkah berjaga-jaga. Gunakan racun dengan beretika. Utamakan keselamatan. Semoga kita dapat hindari tragedi seperti ini di masa akan datang.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan & Keselamatan
Akhirnya selepas berusia dua bulan, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose tampil berkongsi wajah anak sulung mereka, Hawra Uqaira yang cukup comel.
Terbaru, Uqasha turut memuat naik video gelagat Uqaira yang kini sudah pandai berinteraksi ketika diagah ibu dan ayahnya. Memang comel.
Tambah Uqasha lagi menerusi kapsyennya, anak kesayangannya itu kini suka berjaga di waktu malam dan ini sudah semestinya satu cabaran buat mereka.
“Anak oh anak pukul 1 pagi ajak ibu borak.
“Haa sekarang mata luas malam-malam ni, so pukul berapa nak sleep ni baby? Anak korea jepun cina ni?,” tulisnya di kapsyen.
Si comel Hawra kelihatan cukup comel dengan matanya yang buntang ketika diagah oleh ibunya.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya begitu teruja melihat si comel Uqaira yang kini semakin membesar dan sihat.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik. Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 27 April lalu.
Siapa yang tak sayang anak kerana itulah amanah buat kita. Bagi Datin Almy Nadia, dia selesa menguruskan empat anak perempuannya sendiri tanpa bantuan pengasuh.
Malah menerusi akaun Tik Tok, isteri kepada pelakon handalan, Datuk Fizz Fairuz itu mengakui selesa menguruskannya sendiri berbanding meletakkan tanggungjawab itu kepada pengasuh. Apa lagi ketika mahu pergi ber ‘me time’ bersama kawan-kawan.
Akui Almy lagi, dia rela mengorbankan segalanya demi harta dunia akhiratnya bersama suami.
“Saya korbankan segala-galanya demi harta akhirat saya iaitu anak-anak saya. Tak apalah. Mula-mula bila ada anak satu rasa give up, stress dan sedih.
“Tapi bila dah ada dua, tiga dan empat, saya dah tak rasa benda tu. Saya rasa seperti ‘heaven’. Orang yang rasa stress tu mungkin dia rasa tak suka.
” Saya rasa happy. Saya punya prinsip, tak tahu orang lain macam mana. Mungkin diorang fikir hantar jelah anak pergi rumah pengasuh untuk dapat “me time, boleh keluar dengan kawan-kawan.
“Tapi saya tidak ada kehidupan dengan kawan-kawan, kami on the phone saja. Saya tak tahu la orang lain,” katanya lagi berkongsi.
Jelas Almy lagi, dia amat bersyukur kerana dapat membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bantuan orang lain selain dapat memasak makanan kegemaran anak-anak setiap hari.
“Mungkin orang kata, dia Datuk Datin ambil jelah pembantu rumah, sibuk nak jaga sendiri buat apa. Kita tak tahu pemikiran orang tu macam mana, rambut pun warna lain.
“Tak ada kawan tak apa tapi harta dunia akhirat saya selamat. Saya dapat jaga anak-anak saya depan mata. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang,” kongsinya.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya memuji tindakan Almy kerana sanggup berkorban masa dan kehidupannya demi membesarkan anak-anak.
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.