“Selepas itu dia akan berjaga sehingga ke waktu subuh. Tak ada masalah, saya dan isteri bergilir-gilir jaga Fateh,” ujarnya.
Ads
Terdahulu, Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, pada 21 November 2008.
Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai lalu selepas 10 tahun penantian.
Sumber: Gempak & ig adamcorrielee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tak risau jika anak dah berusia hampir 2 tahun masih lagi tidak boleh berjalan. Jika ini yang berlaku kepada si kecil anda, cuba perhatikan antara faktor yang menjadi punca seperti dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG LEWAT BERJALAN
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut :
• Kawalan kepala – Umur 3 bulan
• Kaki memijak – Umur 4 bulan
• Meniarap – Umur 6 bulan
• Duduk tanpa bantuan – Umur 9 bulan
• Berdiri tanpa sokongan – Umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
1. Faktor keluarga atau keturunan : Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
2. Kelahiran pra matang : Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
3. Cerebral palsy :
b) Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Lewat perkembangan secara umum :
b) Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot :
b) Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Jangan lupa saksikan Episod 5, Journey Bersama JoviaNina pada Rabu 23 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad, 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Tidak semua bayi dilahirkan dengan keadaan rambut hitam dan lebat kerana kadar pertumbuhan rambut terutama ketika bayi berada dalam kandungan berbeza.
Bagi masyarakat Melayu, kebiasaannya rambut bayi dicukur selepas dilahirkan bagi memastikan rambut baru yang tumbuh itu lebih lebat dan sihat.
Namun, terdapat juga bayi yang masih tidak tumbuh rambut walaupun selepas dicukur berbulan-bulan dan ia mungkin mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan pelbagai usaha supaya rambut si kecil tersayang tumbuh dengan lebat dan sihat selepas dicukur.
MADU DAN MINYAK ZAITUN – Madu bukan saja baik diamalkan dalam diet seharian malah dapat membantu menyihatkan kulit, begitu juga dengan minyak zaitun yang membuat kulit lebih sihat kerana mengandung vitamin E. Kedua bahan semula jadi ini boleh dicampurkan dan dioleskan di bahagian kepala dan biarkan beberapa saat sebelum membilasnya. Disebabkan sifatnya yang semula jadi, selamat untuk mengoleskannya pada rambut atau kulit kepala bayi sekali sehari atau dua hari sekali.
LIDAH BUAYA – Lidah buaya memang bukan lagi rahsia untuk membantu melebatkan rambut, bukan hanya bayi malah ramai orang dewasa yang menggunakan tanaman ini untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Untuk bayi anda, boleh gunakan lidah buaya dengan mengambil isi dan lendirnya saja. Hancurkan isi sehingga berbentuk gel dan oleskan secara merata pada rambut dan kulit kepala bayi. Lakukan berulang setiap minggu, kerana lidah buaya bukan hanya melebatkan malah membantu menghitamkan rambut bayi.
AVOKADO DAN MADU – Avakado dan madu antara bahan semula jadi lain yang memiliki kandungan yang baik untuk membantu melebatkan rambut bayi. Ambil isi buah yang sudah masak, kemudian hancurkan hingga halus seperti pupur. Kemudian, campurkan satu sudu madu asli sebelum dioleskan pada rambut serta kulit kepala bayi. Jangan lupa gunakan penutup kepala agar tidak disentuh atau diusik oleh tangan mereka. Biarkan seketika dan bilas hingga bersih.
MINYAK KELAPA – Sebaik-baiknya, hentikan penggunaan bahan tidak jelas dan berbahaya yang sering kali digunakan dalam minyak rambut. Sebenarnya, pada usia seawal itu, ibu bapa tidak digalakkan menggunakan produk rambut untuk melebatkan rambut bayi kerana dikhuatiri bahan yang terkandung di dalamnya membawa mudarat kepada mereka. Sebaliknya, gunakan saja bahan semula jadi seperti minyak kelapa yang sudah jelas tidak akan membawa bahaya atau merosakkan rambut dan kulit kepala mereka.
PISANG DAN MINYAK ZAITUN – Selain menggunakan madu dan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan pisang dan minyak zaitun. Pisang mengandung bahan mineral seperti kalium yang boleh membuat rambut tumbuh lebih cepat. Sementara campuran dengan minyak zaitun akan membuat folikel rambut lebih kuat dan tumbuh dengan baik. Pisang juga termasuk makanan yang mengandung asid folik dan penting untuk ibu hamil dan bayi.
BUAH KERAS – Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah. Minyak buah keras memiliki banyak khasiat untuk rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semula jadi. Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda hingga ke hujung rambut.
AIR KELAPA MUDA – Rutin melakukan urutan lembut kepala bayi dengan menggunakan air kelapa muda juga boleh melebatkan rambut mereka. Anda hanya perlu menyediakan air kelapa muda secukupnya, siramkan ke kulit kepala bayi sambil diurut lembut. Untuk hasil yang maksimum lakukan petua ini secara rutin setiap pagi dan petang selepas mandi.
Sumber: kelabmama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sains membuktikan betapa pentingnya sentuhan terhadap perkembangan bayi. Satu kajian menunjukkan ia boleh memberi kesan terhadap DNA seorang manusia.
Sentuhan sangat penting untuk semua manusia tak kira usia. Kajian sains juga membuktikan kelebihan secara fizikal dan emosional yang dirasakan oleh setiap orang yang menerima sentuhan fizikal. Sebagai contoh, kajian menunjukkan mereka yang mempunyai pelbagai penyakit akan mendapat kelebihan daripada urutan.
Seorang pekerja yang mengalami tekanan juga menunjukkan pengurangan tekanan darah dan keresahan yang dialami selepas melakukan urutan di kerusi urut. Bahkan sentuhan sekejap seperti satu tepukan di belakang badan boleh meningkatkan emosi positif dan prestasi seseorang.
Oleh kerana golongan yang paling kerap disentuh dan dibelai adalah bayi maka mungkin mereka akan lebih mendapat kebaikan daripada hubungan fizikal ini.
Perkembangan yang terbantut boleh berlaku ke atas bayi yang kurang menerima rangsangan deria (sensori), seperti bayi-bayi di rumah anak yatim atau bayi pramatang.
Kesan Kalau Si Kecil Kurang Terima Sentuhan
Para penyelidik dari University of British Columbia dan BC Chilfen’s Hospital Research Institute meminta ibu bapa daripada 94 orang kanak-kanak untuk menyimpan jurnal tingkah laku bayi mereka pada usia lima minggu, termasuk momen ketika menyusu, tidur, menangis dan fussing.
Mengikut siaran akhbar, ibu bapa juga diminta untuk merekodkan tindak balas mereka terhadap bayi baru lahir, termasuk tempoh hubungan fizikal dan ‘caregiving’ yang mengikut kelakuan bayi mereka.
Apabila kanak-kanak mencapai kira-kira usia 4 setengah tahun, sample DNA telah diambil dengan cara mengesat dari dalam pipi mereka. Sampel tersebut kemudian dianalisis untuk kelainan dala DNA, mengikut berapa kerap mereka disentuh ketika bayi.
Berdasarkan siaran akhbar, salah satu daripada tempat memainkan peranan dalam keimunan, dan satu lagi memainkan peranan dalam metabolisme.
Kanak-kanak yang mengalami kurang sentuhan fizikal mempunyai sel yang kurang dibangunkan daripada mereka sepatutnya terima untuk kanak-kanak usia tersebut.
Kajian sebelumnya telah membuktikan bahawa perbezaan dalam umur biologi dan umur epigen boleh menjurus kepada masalah kesihatan. Kajian ini ialah yang pertama dilakukan terhadap manusia.
“Kami merancang untuk membuat follow up sama ada ‘ketidakmatangan biologi’ yang kami lihat pada kanak-kanak ini membawa implikasi pada kesihatan mereka, terutamanya perkembangan psikologi mereka,” kata ketua pengarang Sarah Moore.
“Jika penelitian lanjut mengesahkan penemuan awal ini, ia akan menekankan kepentingan menyediakan hubungan fizikal, terutamanya pada bayi-bayi yang kemurungan.”
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.