Siapa tidak kenal Fatimah yang popular the The Fatimah Show? Baru-baru ini puisi pertamanya terpilih untuk diterbitkan. Tapi ramai yang kata mata masuk habuk bila membacanya.
Little Miss Diva yang comel yang petah ini selalu membuat orang terhibur dengan sketsa dan persembahan bersahajanya dalam The Fatimah Show. Interaksinya dengan Ali tidak pernah gagal untuk mencuit hati.
Fatimah dan Ali.
Siapa sangka anak comel ini sudah pandai mengarangkan sebuah puisi. Paling menarik, puisi pertamanya ini telah terpilih dalam pertandingan Young Writer yang melibatkan nurseri dan tadika di seluruh United Kingdom. Puisinya juga terpilih untuk diterbitkan di dalam sebuah buku.
PEMUISI KECIL KELUARGA
Berikut ialah perkongsian ibu bapa Fatimah menerusi Instagram;
Lagi berita yang menggembirakan! Ingat tak pada bulan Mac ketika Fatimah menulis puisi pertama di sekolahnya? Seperti yang anda ketahui, gurunya telah menghantar puisi Fatimah ke pertandingan penulis muda dan puisinya telah terpilih!
Nah, saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba… Puisi pertama Fatimah telah diterbitkan! Masha Allah, kami sangat berbangga dengan kamu Fatimah! Ternyata sekarang kamu secara rasminya menjadi pemuisi kecil kami!
Memang semua ibu bapa akan mengatakan risau jika anak masih tak tahu membaca lagi. Sebenarnya, persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
10 TIP MENGGALAKKAN ANAK MEMBACA BUKU
Salah satu cara untuk menggalakkan kanak-kanak membaca ialah:
1.Terangkan kepada kanak-kanak boleh membaca walaupun jika mereka tidak pasti apa yang dinyatakan menerusi cetakan.
2.Pilih cerita yang tahapnya yang biasa dan ia boleh dibacakan semula.
3.Mula dengan membaca gambar, menjelaskan dalam bahasa yang mudah apa yang dilihat. Gunakan pengetahuan anda terhadap jalan cerita dan isyarat visual dalam ilustrasi untuk menerangkan secara perlahan apa yang berlaku.
4.Baca satu halaman pada masa yang sama, berhenti untuk memberi kanak-kanak menyerapkan komen anda.
5.Ajak kanak-kanak yang boleh membaca sendiri untuk membaca halaman selepas anda membaca (gambar) dua atau tiga halaman.
6.Berterusan menggalakkan kanak-kanak yang boleh membaca dan juga yang tidak boleh membaca untuk mengambil bahagian.
7.Bertanya kepada kanak-kanak yang terhenti sewaktu membaca, pandu mereka kepada isyarat visual pada halaman buku.
8.Melalui penceritaan, tanya soalan menggunakan ayat mudah atau sebahagian ayat sahaja.
9.Tunjukkan cara belajar membaca gambar atau ilustrasi. Teruskan membaca ilustrasi sehingga kanak-kanak selesa dengan rutin membaca.
10.Melayani pertanyaan semasa bercerita dengan menjawab dan bincang pertanyaan oleh kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pastinya teruja dengan perkembangan anak yang seiring dengan usia. Dengan kata mudah “Anak cepat belajar”.
Namun dalam tak sedar mungkin kita sudah mengheret anak dalam perlumbaan “anak siapa lebih pandai dan lebih cepat” dalam perkembangan hidup mereka. Menurut Parent Connect hal ini menjadi trend dalam kehidupan.
APA YANG KITA KEJAR?
Dari lahirnya seorang anak, ibubapa sudah mula berlumba-lumba sesama sendiri tanpa kita sedar. Kita mengheret sama bayi dan anak kecil yang tidak tahu apa-apa dalam perlumbaan yang kita cipta. Media sosial merancakkan lagi pertandingan antara ibubapa dan menyebabkan tekanan yang melampau ke atas anak-anak walaupun kita tidak mengakuinya.
Siapa menyusu badan, siapa menyusu botol? Siapa rajin menyediakan makanan ‘home-cooked’ untuk bayi? Bayi siapa yang tidur nyenyak sepanjang malam? Bayi siapa yang paling cepat merangkak? Bayi siapa yang paling cepat berjalan? Siapa yang paling banyak menyediakan aktiviti untuk anak-anak kecilnya? Anak siapa yang paling awal membaca? Anak siapa yang paling mahir matematik? Anak siapa yang paling cepat bercakap? Anak siapa yang sering mendapat no. 1 semasa tadika? Anak siapa yang paling berakhlak? Anak siapa menghafal Al Quran dari bayi? Keputusan peperiksaan anak siapa sentiasa cemerlang? Anak siapa yang berjaya memasuki sekolah berasrama? Anak siapa yang paling berbakat? Anak siapa mempunyai skil yang hebat? Anak siapa dapat memasuki universiti awam dan terkemuka?
Persaingan tidak putus-putus.
Setelah hampir 30 tahun mengkaji tentang kesan persaingan di kalangan pelajar, Alfie Kohn, seorang Pakar Pendidikan yang terkenal, merumuskan dalam buku “No Contest – The Case Against Competition” bahawa persaingan tidak semestinya menjadikan pelajar lebih cemerlang.
Apabila peperiksaan dijadikan kaedah penilaian dari peringkat tadika lagi, kanak-kanak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang akan kehilangan motivasi untuk belajar dari awal lagi. Kanak-kanak yang cemerlang pula akan sentiasa merasa tertekan untuk mengekalkan kecemerlangan dalam persaingan secara berterusan.
Kanak-kanak kecil ini tidak mempunyai peluang untuk meneroka kelebihan dan keupayaan diri kerana mereka dihakimi terlalu awal dalam persaingan dan pertandingan yang tidak mereka pinta.
Dalam kajian-kajian yang dijalankan selama 60 tahun,
1) 65 kajian mendapati bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih bermakna dan efektif apabila mereka belajar melalui kolaborasi dan bukannya persaingan sesama sendiri.
2) 8 kajian mendapati bahawa persaingan menjadikan pembelajaran lebih efektif.
3) 36 kajian mendapati bahawa tiada perbezaan kepada keberkesanan pembelajaran antara persaingan dan kolaborasi.
Kajian juga mendapati bahawa bahagian otak yang mengawal ketakutan (fear) menjadi lebih aktif apabila kanak-kanak mengetahui bahawa tugasan yang diberikan kepada mereka adalah satu pertandingan sesama mereka.
Kanak-kanak tidak merasa selamat dan selesa dalam proses pembelajaran yang berteraskan persaingan sedangkan perasaan selamat dan selesa adalah elemen penting supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan efektif.
Kurangkan persaingan dan perbanyakkan kolaborasi sesama pelajar supaya mereka lebih berminat untuk menuntut ilmu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang, kalau nak didik anak biarlah dari usianya masih kecil. Mereka ibarat kain putih, ibu ayahlah yang ebrtanggungjawab untuk mencorakkannya. Banyak nilai murni yang perlu diajarkan pada anak supaya mereka membesar menjadi individu yang positif.
Salah satunya adalah sifat sabar agar ia dapat menjadi asas bagi membentuk disiplin dan buat anak menjadi lebih berbudi pekerti.
Anak pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson iaitu Isaac Raees selalu mendapat perhatian para pengikut di media sosial kerana wajahnya yang comel serta telatahnya yang bijak.
Meninjau ke akaun TikTok @zahirahmacwilson, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Isaac di meja makan. Di dalam video itu, Zahirah meletakkan coklat di dalam sebuah mangkuk dan meminta Isaac untuk tidak memakannya sehingga dia kembali.
Dengan yakin dia menjawab okey dan bermulalah adegan comel Isaac yang memujuk dirinya untuk bersabar dan tidak memakan coklat itu. Sambil mencuit-cuit coklat itu, dia ketawa dan menyebut “Wait, sabarr.”
Tonton video;
Lucunya kerana beberapa kali dia melihat coklat itu dan kelihatan seperti tidak sabar untuk makan, tetapi terus memujuk diri untuk bersabar.
Ternyata gelagat Isaac mencuit hati ramai orang untuk meninggalkan komen;
Cabaran tersebut berjaya ditempuhi Isaac dan dia tidak makan walaupun sedikit coklat yang ada sehingga Zahirah kembali. Dia kemudiannya dibenarkan untuk makan dan menyuapkan coklat itu pada mommynya. Memang patuh pada arahan, penyabar. Baguslah Isaac, good boy!
Kicap untuk anak perlu dipilih dengan teliti kerana sesetengah produk mengandungi gula, garam dan bahan tambahan yang tinggi. Ketahui panduan memilih pilihan yang lebih sihat untuk si kecil.