
tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman yang kini selamat menimang cahaya mata sulung mereka.
Menerusi perkongsian di media sosial, Fattah memaklumkan isterinya, Amira Othman, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada jam 6.20 petang semalam.

“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam.
“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy,” tulis Fattah ringkas.

Pilih Nama Muhammad Jarir Umar
Dalam perkongsian tersebut, Fattah turut memperkenalkan nama putera mereka iaitu Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.
Bayi yang diberi nama Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah itu diharap membesar menjadi anak yang soleh serta penyejuk hati buat kedua ibu bapanya.
Perkongsian tersebut segera menerima ribuan ucapan tahniah daripada peminat, rakan artis dan warga maya yang turut menzahirkan rasa gembira atas kehadiran ahli baharu dalam keluarga pasangan berkenaan.

Fattah Kongsi Momen Berharga
Momen istimewa yang dikongsikan memperlihatkan Fattah mendukung bayi mereka sambil menikmati pemandangan dari sebuah bilik hospital, sekali gus menyentuh hati ramai pengikut yang mengikuti perjalanan hidup pasangan itu.
Kelahiran Muhammad Jarir Umar pastinya menjadi detik paling bermakna buat Fattah dan Amira terutama bagi Amira yang baru pertama kali bergelar ibu.
Semoga Muhammad Jarir Umar membesar dengan sihat, menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat serta membawa kebahagiaan buat seluruh keluarga.
Sumber: Instagram Fattah Amin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


