Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin meluahkan rasa kebimbangannya terhadap anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang dikhabarkan kurang sihat.
Menerusi Insta Storynya, Fattah dilihat berkongsi tangkap layar daripada akaun IG Fatima yang menunjukkan anak tunggalnya itu diberikan ubat.
Perkongsian Fattah juga mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi tidak dapat bertemu anaknya.
“Dah berapa kali Daddy datang, tapi tak dapat jumpa Fatima.
Ads
“Kesian Fatima tak sihat,” tulisnya.
Bahkan Fattah yang turut diberikan kebenaran untuk berjumpa Fatima tiga kali seminggu itu juga meminta mendoakan Fatima agar segera sembuh.
“Mohon doakan Fatima,” tulis Fattah.
Ads
Terdahulu, Fattah dan Fazura mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak. Hak penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada Fazura, manakala aktor itu diberikan hak lawatan dan bermalam.
Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.
Terdahulu, Fattah dan Fazura yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. Pasangan ini bagaimanapun bercerai talak satu pada Oktober 2024.
Setiap ibu pasti mahu melihat anaknya membesar menjadi insan yang baik, beradab, dan sentiasa menghargai pengorbanan keluarga. Namun, tidak semua perjalanan keibubapaan berjalan lancar.
Begitulah yang diluahkan oleh Ariz Arop, ibu kepada pelakon terkenal Anna Jobling, yang baru-baru ini menceritakan kisah hubungan mereka yang kini renggang.
Dalam satu siaran langsung, Ariz mengakui pernah ‘menyepak’ anaknya sebelum ini, namun menegaskan ia bukanlah penderaan, sebaliknya sebagai cara mendidik ketika keadaan memerlukan. Menurutnya, perbuatan itu berlaku apabila beliau merasakan Anna bersikap melampau, termasuk menggunakan bahasa yang tidak sopan terhadapnya.
“Bukan saya pukul untuk dera atau sakiti dia. Saya cuma mahu anak kembali ke landasan yang betul. Tapi selepas dia popular, ada kelab peminat dan pengurusan, saya rasa saya sudah tiada makna baginya,” luah Ariz.
Ariz juga berkongsi bahawa hubungan mereka mula dingin sejak wujudnya campur tangan pihak ketiga, termasuk pengurusan dan pentadbir kelab peminat yang dikatakan terlalu mencampuri urusan peribadi mereka.
Walaupun menerima pelbagai kecaman di media sosial, Ariz reda dan menganggap ini adalah ujian Allah. Baginya, hidup ibarat roda, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah.
“Tak mengapa, saya dah buat yang terbaik membesarkannya. Ini ujian Allah. Orang tak berada dalam situasi saya, jadi jangan cepat menghukum,” katanya lagi.
Isu ini menjadi tumpuan warganet selepas Ariz mengakui hubungan dengan anak tunggalnya itu semakin renggang. Namun, peguam Anna menafikan dakwaan berlaku insiden pergelutan atau mengunci ibu pelakon itu di dalam kenderaan.
Pa&Ma melihat, walaupun setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak, cara komunikasi dan penyelesaian konflik sangat penting. Ketika hubungan mula renggang, mungkin ruang untuk berbincang secara tenang, bantuan kaunselor keluarga, atau sesi terapi bersama boleh membantu. Apa pun, kasih ibu tidak pernah hilang, walau badai melanda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri merupakan tunjang utama dalam sesebuah institiusi kekeluargaan. Jika suami menunjukkan kasih sayangnya pada si isteri, maka dia akan lebih bahagia dan membuatkan hubungan lebih harmoni. Jika hubungan antara kedua-duanya baik, kebahagiaan akan terpancar pada wajah mereka.
Sebagai ketua keluarga, mereka mempunyai peranan yang sangat besar kepada keluarga. Layanan suami terhadap isteri bukan sahaja membahagiakan suri hatinya tetapi juga anak-anak. Mereka semua pasti akan merasa tenang dan bahagia serta menghargai kehadiran si ayah sebagai pelindung keluarga. Sesekali pasti ada ujian yang melanda, kerana suami isteri bukanlah insan yang sempurna.
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini menyuntik rasa sebak dalam hati. Rupa-rupanya sikap dan layanan suami amat memberi kesan emosi kepada keseluruhan keluarga. Sebagai suami, jangan dipandang kekurangan pada isteri, tetapi tumpukan pada kelebihannya.
“I love u bidadariku. Terima kasih Allah.”
Ada sekali masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik.
Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu.
Tak lama suami dia datang nampak saya. “Eh Ebit Lew kan. Yer saya abang. Kenapa abang akak ok?”.
“Ok ustaz.” Isterinya jawab, “Suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah.”
“Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama. Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia. Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat.”
“Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah.”
Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya. Itulah akhlak Nabi SAW.
Suaminya kata, “Saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz?”. “Boleh abang.” Saya peluk agak lama dan doakannya.
Saya bisik padanya. “Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya.” Dia menangis dan minta maaf pada isterinya.
Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan. Hanya Alllah SWT yang membalas segala kebaikan dan pengorbanannya.
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah SWT.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khabar gembira menyelubungi Istana Brunei apabila Putera Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, berkongsi berita kelahiran cahaya mata sulung bersama isteri tercinta, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, semalam.
Menurut laporan Media Permata, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad, 8 Februari, tepat jam 8.50 pagi. Kelahiran tersebut menjadi satu peristiwa bermakna buat institusi diraja Brunei Darussalam.
Kegembiraan menyambut kelahiran cucunda kepada Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu dizahirkan menerusi adat istiadat diraja apabila sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai simbol kesyukuran dan meraikan peristiwa bersejarah tersebut.
Dalam satu kenyataan rasmi, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa dengan izin Allah SWT, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, telah selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad, 20 Syaaban 1447 Hijrah bersamaan 8 Februari 2026.
Kenyataan sama turut menyebut bahawa susulan kelahiran tersebut, 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman sebagai tanda meraikan khabar gembira berkenaan.
Sebelum ini, Putera Mateen pernah mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan kehamilan cahaya mata pertama pasangan diraja itu pada Oktober tahun lalu.
Untuk rekod, Putera Mateen merupakan anak ke-10 dan putera keempat kepada Sultan Hassanal Bolkiah bersama bekas isteri baginda, Hajah Mariam Abdul Aziz.
Sementara itu, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam yang dilahirkan di London dikenali sebagai seorang usahawan berjaya, terlibat dalam perniagaan pakaian sutera selain mengusahakan agensi pelancongan mewah. Pasangan diraja yang telah bersahabat sejak kecil ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada 11 Januari 2024.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!