Ibu bila anak menolak tak mahu makan nasi, part ni paling susah hati. Dah penat-penat buat sampai masa nak suapkan, anak terus alihkan muka atau makan beberapa suap dah tutup mulut. Boleh dikatakan nak habiskan nasi kena keliling rumah dulu.
Ok ibu yang alami situasi ni boleh cuba resipi dikongsikan Cik Nuie. Makanan yang berkhasiat dan boleh jadi pengganti nasi ini mungkin antara menu kesukaan anak selepas ini. Tak cuba tak tahu!
Pandan Mini Rice Cereal Pancake
Breakfast idea :
1 1/2 cup rice cereal homemade dari @byciknuie air daun pandan secukupnya 1 cawan air (blh tukar susu segar/susu tepung/ebm/coconut milk)
1 sudu baking powder
1 sudu vco
Caranya : bancuh semua ke dlm mangkok dan kacau rata. Masak atas pan oles sedikit vco. Siap. Nota kaki : barter tu blh disimpan chiller 2/3hari.
Vege Nuget
Blend kering sayuran pilihan
(Nurin guna bayam, brokoli, carrot)
Ads
Masukkn roti dan blend sekali
Lepas tu masukkn dlm acuan kukus
Nak goreng salut telur dan rolled oat. Siap
Begedil Roti
-roti wholemeal 2 keping
– isi ayam separuh dan sayuran pilihan
Ads
– chicken floss to season
Cara:
Blend kering semu bahan dan bentukkn ia. Simpan dlm plastic ziplock frozenkan ia.
Ads
Nak masak nanti, salut telur dan goreng.
Rice Muffin
Breakfast/snack idea :
Gaulkan lebihan nasi goreng dgn sebiji telur
scoop dengan sudu dan masukkan dalam muffin tray yang telah disapu vco
bakar pada suhu 200drjh 15-20min
Sedia dihidang.
Baby Nasi Goreng
Nasi goreng style kita : ketuk bawang putih
– masukkan serbuk bilis dari @byciknuie
– ️masukkn isi ayam & sayuran
– renjis sedikit minyak bijan organic
– gaul rata dan siap
Antara makanan paling mudah disediakan buat anak-anak kita yang sedang membesar adalah menyediakan beraneka pasta buat anak-anak kita. Namun malangnya, ketika idea datang untuk memasak, bekalan stok makanan di rumah pula tiada.
Sudahnya impian terbantut di situ. Jangan cemas kerana anda boleh berkreatif dengan masakan. Macaroni carbonara ini misalnya, tidak perlukan susu cair, hanya gunakan susu tepung anak sahaja. Mudah. Jangan peningkan kepala.
Penggunaan susu tepung anak tidak mencacatkan rasa carbonara itu sendiri bahkan rasanya lagi mantap dan berlemak. Cuma lebihkan sedikit kuantitinya supaya ia lebih pekat. Tak caya? Jom cuba!
Bahan-bahan:
1 mangkuk makaroni -direbus dengan sedikit minyak
2 ulas bawang putih -dicincang
Sedikit ayam -dihiris halus
1-2 keping keju
4 sudu makan susu tepung
Sedikit sayuran
Serbuk ayam homemade -perasa
1 sudu marjerin
Rebus dulu makaroni sampai masak. Kemudian angkat dan toskan sekejap. Biar sejuk.
Cairkan marjerin di dalam kuali. Bila sudah panaskan, tumiskan bawang putih cincang sampai kekuningan.
Bancuh susu tepung dengan sedikit air kemudian masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga mendidih.
Masukkan 1 atau 2 keping keju dan kacau lagi sampai sebati.
Apabila mendidih, barulah masukkan makaroni yang sudah siap direbus. Kacau sampai pekat.
Siap. Pekat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melahirkan anak adalah satu proses yang memerlukan tenaga fizikal dan mental yang tinggi. Oleh itu, adalah sangat penting untuk bakal ibu mengambil makanan sebelum bersalin yang sesuai bagi memastikan tubuh mempunyai bekalan tenaga mencukupi. Pemilihan makanan yang betul juga membantu ibu berasa lebih selesa ketika menghadapi kontraksi.
Pengambilan makanan dan minuman sebelum bersalin, terutamanya pada fasa awal kelahiran, amat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan sepanjang proses ini. Proses kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak dinafikan anda mungkin akan berasa gementar.
Namun, tindakan memilih untuk tidak makan dan minum boleh menyebabkan anda berdepan tekanan, rasa mual, muntah serta sakit kepala. Kekurangan tenaga juga boleh menyebabkan proses bersalin menjadi lebih lama dan kontraksi kurang efektif.
Memastikan diri mendapat bekalan makanan berkhasiat dan tubuh kekal terhidrat membantu mengelakkan keletihan melampau. Keletihan yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kekuatan ibu ketika meneran dan memperlahankan proses kelahiran.
Oleh itu, pemilihan makanan sebelum bersalin yang betul adalah antara persediaan penting yang tidak boleh dipandang ringan.
Fasa pertama kelahiran merupakan tempoh paling sesuai untuk mengumpul bekalan tenaga yang akan digunakan sepanjang proses bersalin.
Sama seperti penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, ibu disarankan mengekalkan pengambilan makanan seimbang yang membekalkan tenaga dan nutrien mencukupi. Anda juga dinasihatkan untuk makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap bagi memudahkan proses pencernaan.
Pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, sedikit protein dan lemak sihat untuk menstabilkan paras gula dalam darah, seperti:
Apabila memasuki fasa kedua bersalin, selera makan biasanya semakin berkurangan, terutamanya apabila kontraksi menjadi lebih kuat dan kerap.
Jika mampu, kunyahlah sedikit makanan ringan atau makanan yang mudah dicerna bagi mengekalkan kekuatan. Anda boleh menyediakan beberapa pilihan seperti buah-buahan segar atau bar granola dengan campuran buah kering.
Walaupun makanan yang dipilih perlu berkhasiat dan mengikut selera, terdapat beberapa jenis makanan yang disarankan untuk dielakkan sebelum bersalin.
Sama seperti aktiviti fizikal yang berat, ibu juga perlu memastikan tubuh kekal terhidrat semasa proses bersalin.
Walaupun selera makan mungkin berkurangan, pastikan anda terus minum air di antara tempoh kontraksi.
Air putih membantu mengekalkan hidrasi, air rebusan tulang (bone broth) kaya nutrien dan boleh membantu mengurangkan loya. Air kelapa pula mengandungi magnesium, kalium dan elektrolit yang sangat baik untuk hidrasi.
Minuman campuran limau nipis membantu membekalkan elektrolit yang diperlukan untuk pengecutan otot rahim.
Bagi ibu hamil berbangsa Melayu, amalan minum air selusuh sering disarankan untuk memudahkan proses bersalin. Air selusuh dipercayai dapat mempercepatkan proses kelahiran selepas ibu mula mengalami kontraksi.
Air ini biasanya dibacakan ayat suci Al-Quran dan diberikan kepada ibu hamil untuk diminum atau disapu pada perut. Ada juga amalan menggunakan rendaman akar Fatimah, air zam-zam, minyak kelapa dara dan minyak zaitun.
Sehingga kini, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa air selusuh dapat membantu mempermudahkan proses bersalin. Campuran herba tertentu boleh menghasilkan bahan kimia aktif yang merangsang hormon oksitosin secara tidak terkawal.
Pengambilan air ini berisiko kerana ia seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sebelum waktunya, menyebabkan kontraksi yang terlalu kuat walaupun bukaan belum mencukupi.
Antara risiko yang boleh berlaku termasuk:
Pemilihan makanan sebelum bersalin yang sesuai memainkan peranan penting dalam memastikan ibu mempunyai tenaga mencukupi dan melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.
Jika anda tidak pasti makanan atau minuman yang sesuai diambil sebelum bersalin, sebaiknya berunding dengan doktor atau pakar kesihatan bagi mendapatkan nasihat yang tepat dan selamat.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Adik jangan bersulam air, nanti buncit” pernah dengar tak ayat ni? Biasanya mak-mak sangat marah jika bersulam air. kononnya akan menyebabkan perut buncit? Tapi benarkah tabiat itu punca kepada masalah sistem pencernaan?
Berikut 3 mitos yang sering menjadi kepercayaan ramai.
Makan sambil minum punca perut buncit?
Terdapat dakwaan kononnya tabiat makan bersulam air ini boleh mendatangkan masalah pada sistem pencernaan.
Ada juga mengatakan makan sambil minum boleh menyebabkan toksin terkumpul dan akhirnya mewujudkan pelbagai masalah kesihatan.
Pastinya anda mungkin tertanya-tanya adakah benar segelas air yang diminum sambil makan itu boleh memberikan kesan negatif – atau ia sekadar mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu, kan?
Memahami sistem pencernaan
Pertama sekali, untuk mengetahui mengapa tabiat makan sambil minum dianggap boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan, anda perlu memahami bagaimana proses pencernaan yang normal.
Umumnya, proses tersebut bermula sebaik sahaja anda mula mengunyah makanan di dalam mulut.
Apabila kunyahan dimulakan, ia petanda kelenjar air liur anda mula menghasilkan air liur yang mengandungi enzim untuk membantu memecahkan makanan.
Sebaik sahaja makanan yang dikunyah itu tiba ke bahagian perut, ia akan bercampur dengan jus gastrik berasid. Jus ini berfungsi untuk memecahkan dan menghasilkan cecair pekat yang dikenali sebagai chyme.
Saluran usus
Pada saluran usus kecil, chyme akan bercampur dengan enzim pencernaan daripada pankreas dan asid hempedu yang dihasilkan hati.
Ia akan memecahkan chyme dan menyediakan nutrien untuk diserap ke dalam aliran darah tubuh anda.
Sebahagian besar nutrien diserap ketika chyme bergerak melalui usus kecil anda. Hanya sebahagian kecil nutrien yang tertinggal untuk diserap apabila tiba ke saluran usus besar.
Apabila nutrien memasuki saluran darah, ia akan bergerak ke pelbagai organ dan bahagian tubuh anda.
Proses sistem pencernaan akan berakhir apabila bahan-bahan yang tersisa disingkirkan daripada badan.
Bergantung kepada jenis makanan yang anda makan, proses pencernaan boleh memakan masa antara 24 hingga 72 jam. Lama, kan?
Tabiat makan sambil minum punca masalah sistem pencernaan?
Pengambilan air yang secukupnya pada setiap hari menawarkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada tahap kesihatan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang mempercayai bahawa tabiat makan sambil minum adalah idea yang tidak baik.
Berikut adalah 3 kepercayaan biasa yang menjadi hujah untuk menyokong dakwaan bahawa air atau cecair yang diminum sambil makan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada sistem pencernaan.
Hujah 1: Minuman beralkohol dan berasid jejaskan fungsi air liur
Bagi sesetengah individu, mereka berpendapat bahawa mengambil minuman beralkohol atau berasid dengan makanan akan mengeringkan air liur.
Keadaan tersebut sekali gus akan menyebabkan tubuh sukar untuk mencerna makanan.
Sememangnya alkohol mengurangkan penghasilan air liur sebanyak 10 hingga 15% per unit alkohol. Tetapi ia tidak melibatkan minuman dengan kadar kepekatan alkohol rendah seperti bir atau wain.
Manakala, minuman berasid pula akan meningkatkan rembesan air liur.
Pada akhirnya, tiada bukti saintifik untuk mengesahkan minuman beralkohol atau berasid yang diambil secara sederhana boleh memberikan kesan negatif kepada pencernaan ataupun penyerapan nutrien.
Hujah 2: Air, asid perut dan enzim pencernaan
Banyak dakwaan menyatakan makan sambil minum air akan mencairkan asid perut dan enzim pencernaan. Ini akan menjadikan tubuh lebih sukar mencerna makanan.
Pun begitu, dakwaan yang menunjukkan sistem pencernaan tidak dapat menyesuaikan rembesannya dengan konsistensi makanan adalah salah.
Hujah 3: Cecair dan kelajuan proses pencernaan
Kepercayaan ketiga yang sering digunakan sebagai hujah adalah cecair yang diambil semasa makan akan meningkatkan kelajuan makanan pejal disingkirkan daripada perut.
Ini dianggap dapat mengurangkan waktu hubungan makanan dengan asid perut dan enzim pencernaan, sehingga menjejaskan pencernaan.
Malangnya, tiada kajian saintifik yang menyokong dakwaan ini.
Bahkan, dalam kajian pemerhatian yang menganalisis proses pengosongan perut menunjukkan, walaupun cecair melalui sistem pencernaan lebih cepat daripada pepejal, namun ia tidak mempengaruhi tahap kelajuan pencernaan makanan pejal.
Kesimpulannya – makan sambil minum sama ada air, minuman beralkohol atau berasid tidak akan menjejaskan proses pencernaan makanan dalam tubuh anda.
Tabiat makan sambil minum kurangkan pengambilan makanan
Hakikatnya, makan bersulam air boleh memberikan anda ‘masa berehat’ di antara setiap kunyahan makanan.
Ia secara tidak langsung membuat anda mempertimbangkan sama ada diri sudah berasa kenyang atau masih lapar.
Ini pastinya dapat mengelakkan tabiat makan berlebihan dan membantu menurunkan berat badan.
Bantu bakar kalori
Malahan, melalui hasil kajian 12 minggu yang dilakukan, peserta yang minum 500 ml air sebelum makan kehilangan 2 kg lebih banyak berbanding mereka yang tidak.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minum air boleh mempercepatkan metabolisme tubuh sekitar 24 kalori untuk setiap 500 ml air yang diambil.
Perlu diingatkan bahawa kebanyakan cecair yang diambil adalah air kosong dan bukannya air yang mengandungi kalori tambahan.
Berdasarkan satu tinjauan, jumlah pengambilan kalori adalah 8 hingga 15% lebih tinggi apabila seseorang individu itu makan sambil minum air bergula, susu, atau jus.
Oleh itu, jadikan tabiat minum air kosong sebagai satu pilihan yang sihat dan bukannya air manis, okay?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.