Baju raya dah siap. Kuih raya pun dah beli. Malah ada yang dah siap pek barang nak balik kampung.
Namun ada perkara yang ramai terlupa terutamanya persediaan kit kesihatan. Biasalah musim perayaan ni, banyak klinik dan farmasi akan bercuti lama. Jadi, sebaiknya ibu bapa kena siapkan beberapa alatan asas penjagaan kesihatan. Terutamanya yang ada anak kecil dan yang nak pulang ke kampung. Malah semua rumah perlu ada set ni.
Perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini boleh dijadikan rujukan oleh semua ibu bapa untuk menyediakan First Aid Kit Hari Raya. Perlu juga dingatkan bukan semata-mata raya sahaja perlu ada semua ini tapi hari biasa pun wajar disimpan di rumah ya.
Antara yang perlu ada untuk setiap keluarga adalah:
Tisu basah / Baby wipes : antara benda penting ni! Rasanya semua orang yang ada anak ada benda ni di rumah.
Paracetamol / ubat demam. Dos dia 15mg/kg (setiap kilo berat badan, darab 15mg). Contoh: anak 10kg, maka 10kg x 15mg/kg = 150mg (miligram tau bukan ml).
Nasal Aspirator : ini versi kena sedut pakai mulut. Bila sedut, hingus masuk tabung kecil tu, tak masuk mulut anda. Cuma virus/bakteria dari anak boleh masuk mulut anda
Ads
Saline spray: ini spray untuk legakan hidung berhingus. Boleh guna untuk bayi dan anak-anak kecil. Boleh beli di farmasi.
Termometer: beli termometer. Mudah. Cuma jangan beli yang ada bebuli merkuri. Kalau pecah bebuli dia nanti, susah nak bersihkan. Beli yang eletronik. Yang baca dahi ke, telinga ke, tak kisah.
Ads
Ubat batuk. Boleh beli ubat batuk komersil atau di farmasi. Sila ikut sukatan yang disyorkan pada kotak produk. Baca betul-betul. Jangan salah. Baca juga mana sesuai untuk kanak-kanak, mana yang tidak. Ada yang menyebabkan ngantuk, jadi hati-hati.
Oral aid: semasa raya ni kita atau anak-anak mudah kena ulser mulut. Boleh beli gel macam Bonjela, kena atau apa-apa jenama di farmasi.
Ads
Calamine Lotion: Kalau gatal-gatal, ruam-ruam biasa, bolehlah sapu ni. Lega, boleh tidur nanti.
Crepe bandage: ni bukan crepe yang isi durian tu. Ni pembalut kalau ada apa-apa kecederaan. Berguna benda ni.
Pengaruh ayah sangat kuat kepada pembentukan diri anak perempuan. Kalau betul caranya, anak perempuan boleh jadi orang yang hebat & kuat keyakinan diri. 5 tips yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan.
Ayah, figura lelaki pertama yang hadir dalam diri anak perempuan. Ayahlah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan, yang mempunyai perkaitan yang rapat dan memberikan pengaruh besar dalam segenap segi dalam kehidupan pada masa akan datang. Jadi, ia bukanlah sekadar hubungan biasa-biasa. Kalau nak anak perempuan menjadi orang hebat, si ayah mesti mulakan dari awal lagi.
Kaunselor, Puan Farhan berkongsi tentang hal ini. Pengalamannya sendiri turut dikongsikan bagi memberikan gambaran yang jelas tentang perkaitan antara hubungan anak perempuan dan ayah serta kasih sayang yang tertanam dalam diri anak kepada ayahnya. Berikut ialah perkongsian beliau;
[Pengaruh ayah kepada anak perempuan]
"Ibu, kakak nak kahwin dengan abi"
"Hahh..heyy mana boleh, abi tu kan suami ibu"
"Haaa, tak kira kakak nak kahwin juga dengan abi…?"
Dialog saya diatas bersama Aufa berakhir begini
"Kakak, dengar sini. Kakak tak boleh kahwin dengan abi. Tapi kakak boleh kahwin dengan orang yang sama karakter dengan abi"
"Lepastu Aufa boleh kahwin dengan siapa?"
" Erm, contohnya kawan kakak kan ada. Kawan boleh. Yang penting bukan ahli keluarga macam abi, dan adik"
"Owh, macam tu.Ok ibu" Kata Aufa sambil malu malu kucing.
Dialog di atas adalah perbualan saya dan Aufa tempoh hari. Tdak pelik pun apabila anak perempuan yang masih KECIL berkata begitu. Sebenarnya, apa yang dia katakan itu merujuk kepada rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya.
Kiranya tidak ada lelaki lain yang boleh menandingi ayahnya.
Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Tahukah anda, seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.
Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri di atas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain (iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.
Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata-kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.
Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.
Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.
Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.
Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.
Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka.
Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia juga sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.
Tak dapat banyak pun sedikit.
Hasilnya anak ini akan lebih bahagia dalam kehidupannya.
Begitulah pentingnya watak seorang ayah dalam hidup seorang anak perempuan.
Jadi ibu ibu, sentiasalah berpesan kepada pasangan anda agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak perempuan agar dimatanya ayah adalah hero dan segalanya untuk dia.
Untuk anak perempuan yang mungkin sudah kehilangan ayah, watak lelaki lain seperti bapa saudara dan datuk masih boleh menjadi hero kepada mereka. Asalkan namanya itu lelaki.
[Lepas baca,Jangan lupa pesan pada suami masing ya]
Arrian dan Andra si petah kecil anak Tomok & sterinya Ayu Abas. Di sebalik kepetahan dan aksi comelnya, kesopanan dan adab ditekankan kepada mereka dari awal. Kenapa bersalaman menjadi sangat penting untuk Ayu tekankan kepada anak-anaknya?
Arrian Akid, 6 tahun dan adiknya Andrashah Iman, 4 tahun dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Namun sebagai ibu, Ayu atau nama sebenarnya Rahayu Abas amat menekankan adab dalam didikan kepada dua puteranya itu. Katanya ramai ibu bapa yang memandang ia perkara yang boleh ditunda untuk diajarkan kerana anak-anak masih kecil.
Adab seperti bersalam dengan orang lain ketika berjumpa nampak kecil tetapi sebenarnya ialah satu bentuk didikan kepada anak kecil untuk menghormati orang yang lebih tua, rendah diri dan lembut hati. Ayu mengakui dia amat tegas mengenai perkara berkaitan adab kepada anak-anaknya walaupun mereka masih kecil dan tidak faham.
Imam kecil dibu….topik hari ini… Apa perkara penting yang korang rasa kene ajar kids dari usia kecik??
Pada dibu “MANNERS” a.k.a “ADAB” very important…benda ni sangat susah sebab biasalah budak kecik kalau tak nak salam parents akan cakap “takpala kecik lagi”including me just taknak diarang cranky ?…
Tapi sebenarnya korang perasan tak dengan salam tu dapat membentuk peribadi , tanda hormat pada orang yang lebih tua…dibu paling tak gemar kalau orang yang takda “COURTESY”…maybe dibu terikut2 gaya kerja sebagai peramugari dulu..
Tapi membawa kesan positif ianya dalam kehidupan…dari hormat membawa kepada rendah diri membawa kepada lembut hati rather then “EGOISTIC” dan banyak lagila kesan2 positifnya…
Sbb tu dibu sedikit tegas bila bab2 mcm ni, trying so hard to explain dekat anak2 why kene salam even though diarang kecik & tak faham….itu pendapat dibu la…lain parents lain caranya….?
Maybe ibu2 or ayah2 kat luar sana nak share pendapat masing2…so kita bley bertukar pendapat kan…?
Seorang ayah mampu memainkan peranan penting dalam dunia parenting sama seperti para ibu. Kebapaan ialah sebuah perkara yang ‘complex’ dan fenomena unik yang memberi impak besar pada emosi dan intelek anak-anak.
Pakar psikologi kanak-kanak mengatakan bahawa cinta dari ibu sangat berbeza dengan cinta dari seorang ayah. Ianya ialah sebuah pengalaman berbeza secara ‘qualitatively’.
Seorang ayah “love more dangerously” kerana cinta dari para ayah lebih “expectant, more instrumental” berbanding seorang ibu.
Sebab itu pentingnya penglibatan seorang ayah dalam dunia parenting. Kerana tugas ini tidak boleh ditiru oleh orang lain. Ia akan melengkapkan kecintaan yang telah dicurahkan oleh para ibu.
1. Gaya parenting ayah berbeza
Seorang ayah mempunya gaya tersediri khususnya dari cara komunikasi dan interaksi dengan anak-anak. Kelainan ini sangat baik untuk anak-anak, dimana mereka akan dapat pengalaman berbeza dalam interaksi seharian. Seterusnya anak-anak akan dapat belajar melihat dunia dari sudut pandangan berbeza dan ketahuilah, hal ini penting dan kritikal dalam pembentukan anak-anak.
2. Gaya permainan ayah berbeza
Ayah akan geletek anak lebih, ‘smack down’ anak lebih dan boleh angkat anak mereka terbang tinggi ke udara. Sebaliknya para ibu pula akan berterusan menasihati, ‘jangan tinggi sangat’, ‘jangan kasar sangat’ dan sebagainya. Perbezaan ini sangat penting untuk anak-anak belajar keseimbangan antara perilaku kasar dan lembut seterusnya memahami untuk menjadi adil dalam tindakan.
3. Gaya keyakinan ayah berbeza
Memang betul, kalau dengan ayah ‘confidence’ level itu tinggi sikit. Kalau tidak percaya, boleh pergi ke taman permainan dan ‘observed’. Siapa yang meminta anak untuk panjat lebih tinggi dan berlari lebih laju? dan siapa pula yang meminta anak-anak untuk hati-hati? Seorang ibu bersikap melindungi manakala seorang ayah pula mempengaruhi anak-anak untuk ‘push the limit’.
Kesimpulannya, lelaki dan perempuan itu memang berbeza. Mereka makan dengan cara berbeza, berpakaian berbeza, dan mengharungi kehidupan di dunia dengan pandangan berbeza.
Oleh sebab itulah, lelaki yang menjadi ayah dan perempuan yang menjadi ibu, mampu memberi gabungan resepi yang sesuai untuk pembentukan anak-anak.
p/s : Ramai ayah hebat di luar sana yang sudah membuktikan mereka mampu menjadi ‘involved father’. Iaitu mereka yang betul-betul melibatkan diri dalam parenting anak-anak. Tahniah!