Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang bakal menimang cahaya mata keempatnya tidak lama lagi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi akan kehamilan isterinya, Fazeera Nazri.
“Dapat adik baru. Alhamdulillah.
“Kakak dan adik kena get ready untuk menjadi kakak-kakak yang baik. Terujanya nak sambut adik baru,” tulisnya.
Dalam pada itu Fizo juga meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu dalam keluarganya.
Ads
“Alhamdulillah. Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.
“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.
“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam entri itu juga, Fizo turut berkongsi beberapa kepingan gambar terkini isterinya dengan baby bump yang jelas kelihatan.
Ruangan komen usahawan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah malah mendoakan agar kehamilan ini dipermudahkan.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Wan Maryam menerusi perkahwinan terdahulunya.
Hb atau hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Bagi wanita berbadan dua, lebih banyak oksigen diperlukan daripada biasa kerana janin dalam kandungannya juga memerlukan oksigen ini.
Tahap hemoglobin yang menurun semasa kehamilan dianggap normal. Ini kerana ketika hamil jumlah darah akan meningkat sebanyak 50% bagi membekalkan nutrien penting kepada bayi dalam kandungan.
Menjelang minggu ke-8 kehamilan, paras plasma darah menjadi lebih tinggi berbanding sel darah merah pada ibu mengandung. Disebabkan penurunan kepekatan sel darah merah ini, paras Hb akan menurun sehingga serendah 10.5g/dl. Tetapi awas, jika paras Hb lebih rendah daripada yang dinyatakan, pemeriksaan doktor perlu dilakukan segera.
Menurut Dr Wan, iron diperlukan untuk naikkan HB sebab iron merupakan elemen penting dalam struktur hemoglobin (HB). Ramai rakyat Malaysia kurang iron dalam diet seharian mereka sehinggakan mereka dapat Iron Deficiency Anemia.
“Lesu, sakit dada, pucat, jantung bengkak, sakit urat tu antara simptom – simptomnya. Dalam pregnancy dengan adanya baby dalam perut, isipadu darah mak akan meningkat dan secara langsungnya keperluan iron akan bertambah.
“Banyak saja makanan yang perlu korang pantang untuk memaksimumkan penyerapan iron dalam darah seperti susu, telur, kekacang, coffee, teh. Bukan tak boleh makan ni, boleh saje. Cuma kena elakkan makan sekali dengan tablet iron yang doctor kasi tu. Kalau tak, sia – sia je korang makan sebab iron tu akan keluar ikut najis.” Kata Dr Wan melalui perkongsian di akaun TikToknya.
Dr Wan juga berkongsi bahawa sayur hijau seperti sayur bayam dan sayur sawi juga tinggi iron dan boleh banyakkan dalam pemakanan orang mengandung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah sebenarnya perjalanan untuk menjadi seorang ibu. Bermula dengan alahan di awal kandungan hingga saat nak bersalin masing-masing pasti ada pengalaman kan?
Lain anak, lain alahan mengandungnya. Bagi yang tiada apa-apa alahan bersyukurlah tetapi untuk ibu yang dari awal tahu diri mengandung hingga saat nak melahirkan diuji dengan alahan atau masalah kesihatan lain, itulah jihad besar.
Walaupun ibu anggap apa yang dilaluinya itu seperti tak mampu, namun dalam hati ia tetap mengharapkan bayi yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna.
Muka kedut, hitam dan alergik satu badan
Begitulah yang dilalui oleh seorang ibu ini Nur Azs apabila dia berkongsi pengalaman mengandung anak pertama yang mungkin tak semua orang melalui alahan sepertinya.
Dalam perkongsian sempena ulang tahun pertama perkahwinannya, dia tetap bersyukur kerana walaupun ada yang mengata macam-macam padanya, sokongan dan aura positif suami benar-benar buatnya rasa terharu.
Alhamdulillah, setahun mungkin sekejap pada orang lain, pada saya cukup lama, macam-macam ujian yang kita hadap, syukur kita bertahan sampai ke hari ini. Macam-macam yang jadi.
Terima kasih tetap bertahan walau diuji perubahan muka yang agak seram. Bengkak, kedut dan hitam. Badan penuh alergik. Gambar pakai filter hitam hilang… Bengkak tetap ada, mama sampai takut nak mengandung lagi.
Ada yang hina, sampai malu jumpa orang
Ada yang hina ada yang memahami. Mama sampai malu nak jumpa orang. Syukur keadaan semakin pulih, syukur juga dikurniakan cahaya mata yang sangat comel di mata mama. Hilang semua kesakitan mama.
Semangat suami, penguat hati
Terima kasih suami yang tak pernah berhenti beri semangat dan aura positif semasa mengandung. Kalau kita dah bertahan sampai ke hari ini , tetaplah kita mempertahankan selamanya.
Terima kasih juga saudara mara dan kawan-kawan yang tak malu keluar dengan saya. Terima kasih juga nurse dan doctor KK Merbau Sempak yang banyak bagi semangat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang ibu yang mempunyai anak kembar tiga berkongsi pengalaman beraya lima tahun tanpa kehadiran cahaya mata. Kisah pasangan ini mendapat perhatian ramai kerana tahun ke enam mereka akhirnya dapat beraya bersama cahaya mata, bukan seorang malah tiga orang sekaligus.
Setiap pasangan yang berkahwin memang impikan cahaya mata. Dugaan terbesar dalam perkahwinan apabila diuji tanpa kehadiran cahaya mata. Kisah pasangan ini yang mengharungi hidup lima tahu tanpa cahaya mata mendapat perhatian ramai dan ramai yang menjadikan kisah mereka sebagai inspirasi. Di sebalik kisah mereka ini, ada tambahan cerita yang dikongsi buat semua.
Saya tak pernah doa untuk dapat anak kembar, lagi2 kembar 3.. setakat teruja dengan orang lain yang ada anak kembar tu ada la.. tapi saya mula teringat ada yang mendoakan saya mendapat kembar 3 masa saya berada di Mekah menunaikan ibadah haji 2 tahun lepas.. bila saya dapat tahu saya mengandung kembar 3, tibe2 saya teringat makcik yang mendoakan saya tu, muka tak ingat tapi kata2 nya saya ingat sampai sekarang..
Semasa menunggu menunaikan solat zuhur, makcik2 di sebelah saya menegur saya.. mereka bertanya datang dengan siapa, dari mana, duduk tingkat berapa dan macam2 lagi.. mereka teruja bila ada jemaah muda menunaikan haji.. alhamdulillah rezeki saya dan suami.. dan soalan fomous selalu saya dapat adalah ‘anak dah berapa?’
Belum Ada Anak, Doakan Saya
Dengan tenang sambil tersenyum saya menjawab ‘belum lagi cik, acik doakan saya ye’ jawapan yang selalu saya repeat bila dapat soalan serupa itu.. Terus salah seorang makcik disitu menjawab ‘acik doakan kau balik malaysia lepas ni, terus dapat kembar 3’ Terkedu kejap ‘ala cik, jangan la 3’ dalam hati saya boleh ke pregnant 3 orang.. ‘Acik doakan kau ni’ ‘Hihi ok cik.. aamiin..’ Lepas kejadian tu, saya meneruskan kehidupan seperti orang biasa.. . Dan alhamdulillah doa acik tersebut dimakbulkan oleh Allah..
11/10/2018, LPPKN KL
Selepas checkup dengan doc dan mendapat tahu saya pregnant 3 orang, saya suami isteri termenung, tersenyum, teruja dan semua ada.. saya tanya suami ‘bang, ok ke 3?’
Ada Makcik Doakan Saya Hamil Kembar 3
Suami jawab ‘abang ok je, alhamdulillah rezeki’ ‘Bang, nak tau tak masa kita pergi haji dulu, ada makcik ni doakan ayang pregnant kembar 3 bila balik malaysia ‘ ‘Yeke?’ Terkejut dengan penyataan saya.. ‘Aah..’
Rezeki Dari Allah, Kita Hanya Mampu Berdoa, Usaha & Tawakal
Ya allah semua itu rezeki dari Kau.. Kau yang mengizinkan semuanya.. aku hanya berusaha, berdoa dan bertawakal.. alhamdulillah lahirlah ketiga2 mereka dengan sihat.. semoga anak2 ini terus sihat dan menjadi pejuang2 islam akan datang..
Semoga Kalian Dapat Merasa Rezeki Cahaya Mata
Semoga kalian juga direzekikan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.. aamiin.. teruskan berdoa dan mohonlah orang sekeliling mendoakan kita jua.. semoga Allah permudahkan urusan kalian.. aamiin..
Pengalaman berTTC
Atas permintaan ramai, saya kongsikan pengalaman saya berTTC dan moga sharing tersebut dapat memberi semangat kepada semua.. Bukan sekadar yang berTTC, tetapi juga untuk semua yang tertanya2 bilakah rezekinya akan sampai.. Tukarkan situasi saya kepada situasi anda semua berkenaan rezeki..
Tiap Kali UPT Negatif, Rasa Down
Kita akan down jika kita menunggu rezeki yang kita idam-idamkan tak muncul2, kita akan rasa kecewa jika benda yang kita nak tak dapat2. Macam dalam situasi berTTC, kita akan rasa down tiap kali kita datang period @ tiap kali kita test upt, upt selalu negatif.. (salahkan upt pulak ) Siapa selalu rasa perasaan tu? Bagi saya, itu pengalaman biasa
Dulu Hari-Hari Menangis
Tipulah kalau saya kata saya tak pernah lalui. Dulu mula2 kawen, boleh dikatakan hari2 nangis (ni bila tau ada kenalan pregnant @ dorang up kat media sosial) tiap2 hujung minggu nangis (biasa bila balik kg ) tiap hujung bulan nangis (ni bila period datang @ upt negatif ) bila teringat balik, macam rasa childish pun ada.. sampai husband pun dah tak tahu nak cakap apa. ‘Dah la tu yang, abang dah tak tahu nak cakap apa dah’ Haha.. yela.. asik nangis je, mana taknya suami yang tension
Dalam Hati Perlu Reda & Ikhlas
Tapi bila dah lama2, dah lebih setahun, saya dah kurang menangis.. macam dah boleh terima keadaan.. tapi… masih belum redha sepenuhnya.. kalau siapa yang baca posting saya semalam, perlu redha dengan IKHLAS, bukan redha tapi dalam hati sedih dan sumpah seranah..
Dulu.. kalau ada kenduri, rasa malas nak pergi sebab tak nak dapat soalan cepumas ‘bila nak ada isi?, ‘belum mengandung lagi?, ‘eh, kan dah lama kawen, belum ada anak lagi?‘ Kadang nak menjerit je.. jawapan die pun kite tak tau, macam mana kita nak jawap soalan orang yang tanya tu kan.. em kadang tiba masanya waktu balik kg pun, kita rasa tak nak balik je sebab tak nak tengok isteri2 yang perutnya membesar bawa baby dalam tu.. sayu rasa hati
Ubah Mindset, Setiap Kali Orang Tanya Jawablah “Doakan Saya”
Agak lama saya berperasaan begitu, tetapi bila saya betul2 redha dengan takdir saya, saya ubah mindset saya, bila ada kenduri, saya pergi.. balik kg pun, dah tak rasa apa2.. saya bina silaturrahim bersama keluarga dan kenalan. Bila orang tanya, saya akan jawap dengan tenang , ‘belum lagi, doakan saya ya’ (sambil tersenyum), bila kita jawap macam tu, confirm orang yang tanya tu akan jawap, ‘Insha allah ada rezeki anak lepas ni’.. apa yang kita perlukan adalah doa orang sekeliling sebab kita tak tahu doa siapa yang termakbul.. so, kenapa kita nak jauhkan diri dari orang sekeliling sedangkan dia boleh mendoakan kita.. saya mohon siapa yang berTTC jadikan rutin minta orang sekeliling doakan kita.. biar ramai yang doakan kita, insha allah segalanya dipermudah..
Bagi Yang Suka Bertanya, Tapis-Tapislah Soalan Tu
Kepada yang selalu menanya soalan cepumas tu, tapis2 lah bila nak menyoal tu, kami juga ada perasan, kami juga inginkan anak tetapi dalam masa yang sama kami tak tahu bila rezekinya..
Maaf jika posting kali ini ada yang terasa dengan setiap kata2 saya.. sesungguhnya ia adalah pengalaman dan perasaan dari hati saya sendiri
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.