Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada keinginan untuk hamil selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana namun ada sedikit kebimbangan.
Menerusi entri di laman Instagram miliknya, Che Ta, menjelaskan usianya menjadi salah satu faktor yang membuatkan dia risau untuk hamil anak seterusnya.
“Bukan tak teringin nak beranak lagi, tapi dah tua-tua ni tak larat la nak dok berligan anak kecik, lari alignments,” tulisnya.
Kapsyen yang dimuat naiknya bersama sekeping gambar memegang seorang bayi itu tak dipersetujui oleh pengikutnya.
Rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan kebanyakan mereka memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya tidak memandang usia sebagai halangan.
Ads
Ramai je yang hamil lagi di usia 40-an. Jika Allah nak bagi rezeki apa salahnya. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka hamil di usia yang lewat dan berjaya membesarkan anak tanpa halangan.
“@azian_naizashop: Tak pa Che Ta. Asal badan sihat. Ada je kes kat tempat kita umur 50 tahun beranak. Bukan luaq negara je. Lanikan macam-macam supplement moden dan tradisional ada masa hamil dan berpantang. Dalam pantang pun ada orang masak, jagakan ibu dan baby. So get ready for Zain junior.”
Ads
“@hazela85: Orang cakap kalau gen cantik-cantik ni rugi tak beranak ramai-ramai Che Ta.”
“@naufalaimar16: Kuatkan semangat Che Ta. Kalau Allah nak bagi, kekuatan akan datang bila lihat anak dipangku nanti.”
Mungkin Che Ta ada alasan kukuh untuk takut nak hamil lagi. Kadang-kadang kita tak tahu sebab disebaliknya.
Ads
Namun jika dah memang Allah tetapkan yang Aaisyah akan dapat adik, siapa kita nak menidakkan perancangan-Nya. Apa yang pasti Che Ta dan Zain lebih tahu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang wanita muda dari Russia menjadi tular di media sosial selepas mendakwa dirinya menukar warna mata ketika hamil semata-mata kerana mahu anak yang bakal dilahirkan mewarisi mata berwarna biru.
Wanita berkenaan, yang bekerja sebagai pakar kosmetologi, membuat kenyataan mengejutkan itu ketika menjadi tetamu dalam satu rancangan audio siar perubatan popular di Russia. Katanya, dia menjalani prosedur pertukaran warna mata menggunakan teknologi laser sebelum bersalin kerana percaya DNA akan berubah secara automatik, sekali gus memberi kesan kepada warna mata bayi.
“Saya tukar warna mata sebelum bersalin supaya anak saya lahir bermata biru. DNA akan susun semula dengan sendirinya,” katanya yakin.
Menurut laporan Utusan, walaupun hos rancangan itu kekal tenang mendengar pengakuan berani wanita tersebut, ramai netizen di media sosial tidak dapat menahan gelak. Mereka menganggap kenyataan itu tidak logik dan mengelirukan.
Antara komen lucu yang ditinggalkan:
Lucu tetapi dalam masa yang sama, ramai juga yang bimbang dengan penyebaran maklumat tidak berasas seperti ini yang boleh mengelirukan wanita lain, khususnya bakal ibu yang mudah terpengaruh dengan trend kecantikan pelik di media sosial.
Menurut pakar perubatan, memang wujud beberapa prosedur moden untuk menukar warna mata seseorang seperti:
Namun semua ini hanyalah rawatan kosmetik sementara dan langsung tidak mengubah struktur genetik atau DNA seseorang. Ini bermakna, warna mata bayi tidak boleh dipengaruhi oleh prosedur kosmetik yang dilakukan ibu.
“Perubahan kosmetik tidak pernah diwarisi oleh anak. Warna mata bayi hanya ditentukan oleh gabungan gen ibu dan ayah,” jelas pakar genetik.
Hakikatnya, warna mata bayi ditentukan oleh jumlah pigmen melanin dalam iris — yang diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa.
Jika kedua-duanya mempunyai mata cerah, peluang bayi bermata biru memang lebih tinggi. Tetapi jika salah seorang memiliki gen mata gelap, warna itu akan menjadi dominan.
Selain itu, ramai bayi dilahirkan dengan mata kelabu atau biru pucat, dan warna itu akan berubah secara semula jadi dalam masa 6 hingga 12 bulan pertama kehidupan apabila sel pigmen berkembang sepenuhnya.
Sebagai ibu, kita memang ingin anak lahir dengan rupa yang comel, kulit cerah, mata cantik tapi percayalah, kecantikan anak tidak datang daripada warna mata bayi, tetapi daripada kasih sayang yang kita curahkan setiap hari.
Trend seperti ini mungkin kelihatan menarik di media sosial, tapi kesihatan ibu dan bayi jauh lebih penting. Nikmatilah setiap detik kehamilan dengan penuh syukur kerana setiap anak itu unik dan sempurna dengan caranya sendiri.
Hati mana yang tak luluh membaca kisah ini tentang ibu hamil 8 bulan yang meninggal dunia bersama anak dalam kandungannya.
Seorang jururawat berkongsi pengalaman yang cukup meruntun jiwa, saat menguruskan seorang ibu muda, Puan Nur Aisyah, 27 tahun, yang datang ke hospital dalam keadaan lemah, pucat dan bengkak kaki. Walaupun sarat mengandung 8 bulan, dia tetap tersenyum, sabar menunggu suami yang belum tiba.
Namun siapa sangka, itulah senyuman terakhirnya di dunia ini.
Jururawat itu berkongsi, Puan Aisyah datang dengan wajah pucat, tangan sejuk dan kaki bengkak sampai tidak boleh pakai selipar. Bacaan tekanan darah pula sangat tinggi, 210/115, satu angka yang boleh membahayakan nyawa.
Tapi walau tubuh lemah, Puan Aisyah tetap kuat, tetap senyum.
Siapa sangka, senyuman itu rupanya senyuman terakhir sebelum nyawa diambil Ilahi.
Doktor segera melakukan pemeriksaan. Namun suasana bilik bersalin tiba-tiba jadi sunyi sepi.
Tak ada bunyi degupan jantung bayi.
Tak ada gerakan.
Tak ada denyutan kecil yang biasanya jadi penawar rindu seorang ibu.
Doktor menarik nafas panjang, memandang wajah Aisyah, lalu berkata perlahan:
“Aisyah… saya minta maaf… baby awak dah tak ada…”
Mata Aisyah berkaca. Tapi senyuman masih di bibirnya. Dengan tenang dia menjawab:
“Tak apa doktor… asalkan saya masih hidup, saya reda…”
Itu ayat terakhir arwah.
Beberapa minit selepas itu, Aisyah rebah. Pasukan perubatan berusaha sedaya upaya, buat CPR, larikan dia ke zon kecemasan, cucuk jarum, pasang oksigen… namun semuanya tidak berjaya.
Dalam masa kurang 10 minit, Aisyah disahkan meninggal dunia. Pergi dalam keadaan tersenyum… masih berbaju mengandung… belum sempat peluk suami yang dinanti.
Saat suaminya sampai, hanya Allah yang tahu betapa luluh hatinya.
Dia menjerit, suara pecah satu hospital.
“Aisyahhhh!! Saya baru sampai sayang… saya bawa kurma… kita nak buka puasa sama-sama…”
Dia peluk tubuh isteri, cium dahi berkali-kali sambil air mata mengalir tanpa henti.
“Maafkan saya sayang… saya tak tahu awak sakit seteruk ni…” rintihnya berulang kali.
Jururawat yang menguruskan jenazah sendiri tak mampu menahan tangis, seolah-olah kehilangan ahli keluarga sendiri.
Kata jururawat itu lagi, ramai ibu hamil pendam rasa sakit. Mereka tahan pening kepala, sesak nafas, jantung berdebar, bengkak kaki… sebab fikir itu normal, sebab takut susahkan suami.
Tapi sebenarnya, semua itu tanda bahaya seperti:
✔️ Pre-eclampsia (tekanan darah tinggi semasa hamil) ✔️ Darah beku ✔️ Pulmonary embolism (saluran darah tersumbat)
Semua ini boleh berlaku senyap-senyap, tanpa amaran, boleh meragut nyawa dalam sekelip mata.
Para suami, tolong dengar rintihan isteri.
Kalau dia kata penat, jangan pandang ringan.
Kalau dia sesak nafas, jangan tunggu esok baru bawa ke klinik.
Kalau dia mengadu sakit kepala luar biasa, jangan jawab “biasa la tu…”
Nyawa isteri lebih penting daripada segala-galanya. Duit boleh dicari, tapi isteri yang sanggup bertaruh nyawa melahirkan zuriat kita… tiada ganti.
Hargailah isteri sebelum dia pergi dalam sejuk kain kafan… sambil memeluk anak yang tak sempat melihat dunia.
Jenazah ibu dan bayi dikebumikan dalam satu liang lahad. Bayi kecil itu masih dibalut kain putih, dengan kesan darah rahim ibunya.
Semoga Allah tempatkan arwah Puan Aisyah dan anak syurganya dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah buat mereka berdua…
Nota Pa&Ma:
Sayangi isteri, dengar luahan mereka. Jangan biar isteri pendam sakit sendiri. Kehamilan bukan sekadar menunggu hari, ia perjuangan nyawa yang tidak semua mampu hadapi.
Jika ada tanda bahaya seperti kaki bengkak melampau, pening kepala teruk, sesak nafas atau tekanan darah tinggi — segera dapatkan rawatan, jangan tunggu.
Bakal menimang cahaya mata kelima, isteri kepada Fad Bocey, Syaheera Rahman meluahkan rasa lega selepas kini berjaya melepasi trimester pertama kehamilannya.
Mana tidaknya, akui Syaheera, dia mengalami alahan yang teruk di awal trimester pertama kehamilannya seperti tiga kandungannya sebelum ini.
“Sikit lagi perjalanan anak ke-5 mommy.
“Rasa macam tak percaya dah selesai fasa morning sickness yang teruk,” luahnya berkongsi.
Akui ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, setiap kali hamil dia akan berdepan dengan alahan yang teruk dan muntah.
Namun dia kini bersyukur berjaya melepasi tempoh sukar itu dan kini berada di trimester kedua kehamila sebelum melahirkan anak kelimanya tidak lama lagi.
“Tak ada beza sebab semuanya memang teruk muntah. So cuba teka sekarang mommy dah berapa bulan?,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fad Bocey dan isteri mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dab Favian Adrazin Zayyan, 6, Nur Aminah Mishall, 5 dan Ibrahim Jibriel, 3 tahun.