Keraguan memilih susu terbaik pada anak-anak seringkali menjadi topik utama perbincangan bagi ibu. Antara yang dibimbangkan adalah sesuai atau tak jenama susu ni dengan anak.
Ada ibu yang risau anak sembelit, alahan dengan susu dan macam-macam lagi masalah.
Bagaimanapun, ramai juga ibu bapa yang masih tertanya-tanya bila waktu yang sesuai untuk beri fresh milk pada anak?
Ads
Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Salehuddin Sulaiman, fresh milk tak sesuai untuk bayi bawah umur setahun.
Untuk bayi antara 1-2 tahun, limitkan kepada 350ml sehari. Susu segar ini boleh menghalang penyerapan zat besi di dalam usus.
Ads
Kandungan protein juga sangat tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan protein yang tinggi di bawah umur 2 tahun boleh menyebabkan kegemukan kemudian hari.
Ads
Walaubagaimanapun, susu segar digalakkan untuk diberikan kepada kanak-kanak selepas umur 2 tahun.
As usual, kalau ada info yang salah, tolong betulkan saya.
Kita selalu merasakan bahagian telinga anak kurang bermasalah sedangkan ada banyak risiko lain yang boleh menyebabkan anak tidak selesa. Salah satunya adalah masalah ‘Preauricular Sinus’, cyst atau kantung pelik yang terjadi di telinga. Bukan anak saja, orang dewasa pun kena periksa.
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi, Telinga, Hidung & Tekak, penyakit ‘Preauricular Sinus’ biasanya kelihatan seperti lubang pada bahagian depan telinga.
Lubang Pada Telinga
Cuba anda lihat gambar. Tengok telinga anak anda. Tengok telinga suami, isteri atau anda sendiri di cermin. Pernah tak jumpa lubang seperti ini di telinga?
Kalau ada, apa yang anda nak buat? Perlu dirisau ke? Apa itu ‘preauricular sinus’? Pernah dengar sebelum ini?
Penyakit ini biasanya dikenalpasti semasa pemeriksaan fizikal rutin. Ia dapat diketahui dengan pembentukan cyst atau bonjolan yang boleh menjadi bengkak di hadapan telinga. Selalu juga saya perasan kes-kes seperti ini, bukanlah ‘rare’ sangat untuk ditemui di klinik ENT.
Anda mesti tertanya-tanya. Bagaimana boleh dapat masalah ini?
Ubat antibiotik serta pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair nanah perlu dilakukan sekiranya cyst atau kantung tersebut mengalami jangkitan.
Walaubagaimanapun, untuk sesetengah pesakit, pembedahan untuk membuang semua cyst/kantung tersebut mesti dilakukan sebaik sahaja jangkitan pada lubang tersebut sembuh. Ini bagi memastikan jangkitan sinus preaurikular tidak berulang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Takutnya saya. Anak pertama sunat. Macam mana la nak jaga. Luka melekit-lekit tu saya seriau. Nak cuci takut sakit.”
Jangan risau. Sebab kita beruntung ada seorang doktor, Dr. Adelin Zin yang baik hati berkongsikan ilmu ini.
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci 😅
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen 🤲🏻
Rata-rata dalam kalangan kita bila tengok penimbang terus fobia? Ada tu yang langsung tak mahu timbang atas alasan jika tahu berat sendiri boleh jadi kemurungan sekejap. Tapi ada juga yang terlalu obses nak tahu berat agar dapat kekalkan gaya hidup sihat.
Biasanya isu berat badan ni, golongan wanita yang terlampau cakna. Lebih-lebih lagi bagi yang lepas bersalin. Ramai yang agak sukar untuk dapat berat asal atas beberapa faktor. Bertambah risau, bila tengok orang lain boleh slim, diri sendiri masih lagi berusaha nak capai target.
Bagaimanapun, menurut Dr Rizal Abu Bakar, ramai yang tak berjaya untuk menurunkan berat badan kerana beberapa faktor ini.
Kenapa agaknya target turunkan berat selalu gagal? Ramai mencuba. Ramai yang tak berjaya.
Salah satu punca berat sukar turun ialah target yang diletakkan. Kajian dapati target tinggi sebabkan kecewa yang tinggi. Bila dah kecewa keluarlah perkataan “mampuslah dengan kurus”, “Gemuk pun gemuklah,” “meluat aku dengan diet-diet ni.”
Nak berjaya untuk kurus, letakkan target sekitar 5-10% dari berat sekarang. Contohnya kalau berat 80 kilogram letak dulu 4 kilogram. Angka ni bersamaan dengan 5%.
Bila turun sikit, dah nampak kejayaan dan pencapaian. Dah boleh lompat bintang dah. Lepas tu fokus lagi pada 5% berikutnya.
Bila dah berjaya dah jadi 10%. Banyak tu.
Apa yang menarik ialah dengan turun berat sebanyak 5%:
1) Kolesterol baik atau HDL naik sebanyak 5 poin.
2) Jumlah Triglyceride turun sebanyak 40 mg/dl.
3) Turunkan risiko terkena diabetes sebanyak 60%.
Bolehlah target rendah dulu. Tak perlu letak tinggi.
Ingat kurus untuk sihat bukan untuk cantik ya. Biar sikit-sikit turun tapi hasilnya terbaik untuk kesihatan. Yang penting kena konsisten dan jangan cepat putus asa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!