Keletah si comel, anak kesayangan pereka fesyen terkenal Rizman dan Nurida Suraya ni memang cantik dan bijak bergaya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau dah berbapakan pereka fesyen terkenal tanahair tentu sahaja anak pun automatik bijak berfesyen dan bergaya.
Walaupun baru berusia setahun lapan bulan tetapi si kecil yang berwajah cantik ini tak kekok bergaya.
Bukan hanya berpakaian cantik tetapi gelagatnya membimbit beg tangan membuatkan ramai pengikut bapanya geram dengan aksi comel tersebut.
Bahkan selebriti Rozita Che Wan atau Che Ta yang terkenal suka bergaya dengan handbag juga ada meninggalkan komen ‘geram’ dengan gelagat puteri sulung Rizman yang gemar bergambar dengan beg tangan.
Ads
Bijak Bergaya Kesayangan Daddy
Rizman sendiri gemar berkongsi gambar-gambar Rizqaa yang sangat mesra kamera dan pandai beraksi dengan gaya comel yang memikat hati pengikut Instagram bapanya.
Jom tengok beberapa aksi comel Rizqaa bergaya dengan pelbagai koleksi pakaian yang kebanyakan direka sendiri oleh ‘Dadi’ nya.
Dilahirkan dengan autisme ringan membuatkan Muhammad Ammar Qayyim yang berusia 11 tahun masih berperangai keanak-anakan seperti kanak-kanak tadika.
Tidak seperti rakan sebayanya, kanak-kanak yang mesra dipanggil Ammar Qayyim itu masih memakai lampin pakai buang untuk membuang air besar dan menyusu botol ketika tidur malam.
Malah, apabila berborak dengannya dapat dikesan pemikiran dan tutur katanya juga tidak seperti rakan sebaya sebaliknya berperwatakan kanak-kanak berusia lima atau enam tahun.
Namun, apa yang membanggakan anak bongsu daripada dua beradik ini memiliki kelebihan istimewa apabila mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran seawal usia lapan tahun.
Masih Berbotol Susu & Tak Mampu Uruskan Diri
Menurut ibunya, Saadiah Saad, 50, meskipun berusia 11 tahun anaknya masih tidak mampu menguruskan diri sendiri termasuk masih berbotol susu.
“Kalau perasan tingkah lakunya tidak sama macam umurnya. Sepatutnya umur 11 tahun rancak bercerita dan bercakap, tetapi dia macam kanak-kanak sekolah tadika.
“Dia masih tidak boleh uruskan diri, segalanya masih perlukan bantuan, contohnya kita masih kena arahkan ambil buku, ambil beg itu ini.
“Sampai sekarang pun, balik sekolah dan waktu malam hendak tidur dia mahu menyusu botol,”
Pakar Sahkan Anak Mereka Lewat Empat Tahun Dari Usia Sebenar
Katanya, dia dan suaminya, Nazeri Arshad, 47, menghantar anak mereka bertemu pakar sebelum disahkan perkembangan kanak-kanak itu lewat empat tahun dari usia sebenar.
“Dari segi fizikalnya dia nampak normal, tetapi pada umurnya 11 tahun dia berperangai macam kanak-kanak empat tahun ke belakang termasuk komunikasinya kurang, kosa kata tidak banyak selain tidak boleh proses atau memahami apa orang tanya.
“Pada peringkat permulaan doktor tidak boleh diagnosis masalahnya melainkan menganggap masalah dialaminya sebagai perkembangan lewat, tetapi makin meningkat umurnya barulah doktor sahkan dia ada autisme ringan.
“Secara peribadi, pada mulanya sukar untuk saya terima, ibu bapa mana yang tidak terasa apatah lagi ini kali pertama terjadi dalam keluarga kami, tetapi hidup perlu diteruskan.
SAADIAH dan Nazeri tidak pernah berputus asa dalam membesarkan Ammar.
“Kami positif mungkin Allah sudah pilih ada anak syurga macam ini. Saya selalu berdoa bila al-Quran sentiasa berdamping dengannya, semoga Allah sentiasa menjaga dirinya,” katanya.
Kelebihanya Mula Dikesan
Sementara itu, Nazeri berkata, kelebihan Ammar Qayyim menghafaz mula dikesan selepas pakar sebuah pusat rehabilitasi mengesan kecenderungan dan mengesyorkan belajar di Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia.
“Seminggu dia belajar di ADH, ramai ustaz kagum dengannya kerana boleh menghafaz al-Quran pada usia baru mencecah tujuh tahun ketika itu.
“Mereka menguji hafazannya, Ammar Qayyim mampu sambung ayat seterusnya dan boleh meneka surah apa dan ayat ke berapa dengan tepat,” katanya.
Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Jangan Cepat Putus Asa
Katanya, ibu bapa yang memiliki anak istimewa jangan cepat putus asa sebaliknya kenali dan sokonglah kecenderungan anak hingga berjaya.
“Memang ada perancangan untuknya melanjutkan pelajaran dalam bidang tafsir dan ilmu hadis di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) yang ada menawarkan bidang pengajian untuk pelajar tahfiz tahap syahadah.
“Ada pelbagai cadangan daripada ustaznya termasuk hantar ke Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Arab Saudi, tetapi sebagai ibu bapa kami belum sampai sejauh itu kerana tahu kemampuan anak kami lebih-lebih lagi belum pandai berdikari,” katanya.
‘Ammar Qayyim pelajar yang hebat’
Kelebihanya Anugerah Luar Biasa Dari Allah
Kelebihan dimiliki Muhammad Ammar Qayyim, 11, anugerah luar biasa kurniaan Allah, namun faktor kejayaan kanak-kanak istimewa itu mampu menghafaz 30 juzuk didorong oleh kesabaran dan komitmen tinggi keluarganya.
Pengasas Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin berkata, Ammar Qayyim muncul huffaz termuda pernah dilahirkan ADH sejak penubuhannya pada 2007 kerana melepasi ujian peringkat tertinggi tahfiz, syahadah tahun lalu.
Beliau berkata, pihaknya mengesan kelebihan Ammar Qayyim ketika kanak-kanak itu berusia lapan tahun sebelum meminta guru sekolah terbabit membimbingnya dengan betul.
“Apabila mengetahui kelebihannya itu, saya minta gurunya membimbingnya, malah semua guru tahfiz diberikan tugasan menyemak keseluruhan 30 juzuk hafazannya berjumlah 6,236 ayat daripada 604 muka surat dengan teliti.
“Alhamdulillah, walaupun perangainya masih kebudak-budakan, anak ini berjaya buktikan kemampuannya membaca dari juzuk satu hingga 30 selama enam hari dengan kesalahan 14 saja pada ujian program syahadah yang kita lakukan tahun lalu.
“Untuk makluman, kita sasarkan seseorang boleh ke program syahadah paling kurang 15 kesalahan saja, maknanya Ammar Qayyim hebat kerana sudah melepasi tahap itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di ADH Taman Putra Kajang di sini.
Menurutnya, faktor terbesar kejayaan Ammar Qayyim kerana dorongan dan sokongan keluarganya selain berkat istiqamah tenaga pengajar ADH.
Faktor Kejayaan Ammar Adalah Usaha Ibu Bapanya
“Antara faktor penting dalam kejayaan Ammar Qayyim ini adalah usaha, saya tengok usaha ini dilakukan ibu bapanya sangat hebat termasuk komitmen mereka.
“Saya tahu, mungkin kanak-kanak autisme seperti Ammar Qayyim ada kerenahnya termasuk sukar ke sekolah, tetapi ibu bapanya mempunyai kesabaran tinggi menghantar anak mereka menuntut ilmu.
“Ternyata Allah tidak sia-siakan pengorbanan mereka itu dengan terhasilnya sesuatu sangat hebat ini yang bagi saya juga satu kebanggaan kami di ADH,” katanya.
Sementara itu, guru penyelaras akademik sekolah rendah ADH, Nor Atiqah Abd Aziz berkata, mereka tidak mengukur pencapaian akademik Ammar Qayyim dengan pelajar lain.
“Kita tidak boleh bandingkan pencapaian akademik Ammar Qayyim dengan pelajar sebayanya kerana dia istimewa, namun tahun demi tahun memang ada kemajuan.
“Dia boleh membaca, menulis bahasa Melayu, Inggeris dan Arab dan Jawi cuma dia tidak boleh proses apa yang dibaca kena penjelasan lanjut dari guru.
“Dulu, dia tidak boleh membezakan kelas akademik dan tahfiz, tetapi kini dia sudah boleh bezakan keduanya.
“Paling penting, kemahiran sosial dan komunikasi bersama rakan dan guru semakin bertambah baik malah dia kini tidak lagi makan bersuap seperti saat pertama memasuki sekolah ini dulu,” katanya.
Rata-rata netizen berbangga dan kagum dengan ibu bapa dan anak ini.
Tempias populariti ibunya, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, apa sahaja yang dilakukan oleh anak sulung penyanyi itu, Aafiyah sudah pastinya menjadi perhatian semua.
Gelagat comel Aafiyah yang mengikuti pelbagai aktiviti dan pembelajarannya di rumah sememangnya menarik perhatian semua. Bukan hanya anak kecil yang ceria dengan pelbagai gelagat, bahkan diusianya yang baru menginjak usia tiga tahun lebih, Aafiyah dilihat begitu tekun belajar.
Melalui perkongsian Datuk Siti di Instagramnya sebelum-sebelum ini, Aafiyah dilihat begitu ceria ketika belajar bermain piano, belajar bahasa Arab dan menyanyi dalam pelbagai rentak. Bijak sungguh!
Menurut kata Dato Siti, anak sulungnya itu kini semakin fokus apabila belajar. Dan ini sudah semestinya perkembangan yang cukup baik buat si comel Aafiyah.
“Alhamdullillah, kakak Aafiyah semakin membesar & semakin fokus bila belajar,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Siti turut memuat naik video ketika Aafiyah belajar bermain piano dengan tekun. Malah kini Aafiyah juga sudah pandai mengira hingga angka seratus. Pandainya!
Ibu kepada Aafiyah dan Afwa ini juga turut mendoakan agar anak kesayangannnya itu terus menjadi anak bijak dan sihat serta menjadi anak solehah kelak.
“Ibu doakan Kakak menjadi anak yang solehah, sihat, pintar serta baik budi ye. Aamiin ya rabb,” tulisnya lagi.
Bekas pengasuh bangga dengan Aafiyah
Dalam pada itu, aksi bermain piano Aafiyah dan mengira hingga angka 100 itu turut menarik perhatian bekas pengasuh Aafiyah, Dayah Zubit yang turut sama berbangga dengan pencapaian Aafiyah.
“Proud of you babygirl,” tulisnya di ruangan komen.
Malah diruangan komen turut di penuhi pujian buat Aafiyah sambil mendoakan yang terbaik buat Aafiyah.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Besarnya dugaan ibu ini apabila anak yang dilahirkan tidak sampai seminggu pergi menghadap ilahi. Lebih menyayat hati apabila kelahiran anak ini juga tanpa seorang ayah berikutan Allah dah ambil dulu pada 12 Disember 2019.
Di Facebook, Mr Wan Cai Official berkongsi pengalaman menguruskan jenazah bayi yang baru sahaja 6 hari dilahirkan dan menceritakan kisah sedih mengenai penyakit yang ditanggung bayi ini.
Hanya bertahan 6 hari selepas lahir
Muhammad Alif nama anak syurga yang si ibu beri. Kisah si ibu ini agak menyayat hati kalau di dengar. Sewaktu mengandungkan anak syurga yang kami uruskan tadi. Si suami tempat beliau bergantung hidup pergi menemui sang pencipta.
Arwah suaminya meninggal dunia pada 12 disember 2019. Ini bermakna si suami sudah pergi hampir 5 bulan yang lalu. Meninggal dunia kerana serangan jantung.
Si ibu menghubungi talian hotline ukvj yang di ambil dari page Unit Khas Van Jenazah. Kami di maklumkan si ibu hanya keseorangan tanpa hala tuju untuk menguruskan jenazah anaknya.
Hanya bernafas dengan bantuan oksigen
Lalu unit kami di gerakkan untuk mengambil jenazah bersama si ibu untuk di bawa ke bilik wakaf jannatul firdaus. Anak syurga ini baru 6 hari di lahirkan. Malangnya anak syurga itu tidak dapat di selamatkan oleh pihak kakitangan hospital. Hanya 6 hari sahaja anak syurga ini dapat bertahan. Sepanjang 6 hari itu juga anak syurga ini bernafas menggunakan mesin bantuan oksigen. Ini kerana otak anak syurga ini tidak boleh terbentuk secara sempurna. Cecair dalam kepala berlebihan sehingga mengganggu proses pembentuk otak.
Hidap penyakit Hydranlephaly
Hydranlephaly. Ini nama penyakitnya di dalam bahasa english. Jika nyawanya panjang skali pun bayi itu akan cacat sepanjang hidupnya. Kasihan jika di fikirkan nasib yang di alami oleh anak syurga ini.
Begitu juga si ibu. Sudah lah dalam berpantang. Saat berhadapan dengan situasi sukar tiada seorang pun berada di sisinya. Si ibu mempunyai 3 lagi anak. Berusia 18,15 dan 12 tahun. Semuanya berada di rumah kerana tidak boleh keluar di sebabkan perintah kawalan pergerakan.
Jika tidak boleh juga si anak sulong menemani si ibu. Sekurang kurangnya reda sedikit kesedihan dan kekusutan yang si ibu alami. Ada juga tempat untuk si ibu mengadu.
Menangis tengok jenazah anak
Sepanjang kami menguruskan jenazah anak syurga itu 2 kali si ibu mengeluarkan air mata. Pertama ketika wajah jenazah anaknya hendak di tutup selepas selesai di kafankan.
Kedua di tanah perkuburan sewaktu kain kafan yang menutupi wajah anaknya itu di buka sebelum di kebumikan. Ujian hebat buat hambanya yang juga hebat.
Kematian suami kemudian kematian pula anaknya. Mungkin saya boleh katakan si ibu melalui hari hari sedih bersama anak dalam kandungannya tanpa seorang suami dan bapa untuk anaknya yang bakal lahir.
Reda takdir Allah
Tiba tiba si suami meninggalkan si isteri secara mengejut. Terkapai-kapailah si isteri bersama kandungannya di dalam perut. Lalu pastinya si ibu berkata kepada si anak di dalam kandungan bahawa bapanya sudah tiada.
Apa pun terjadi si ibu pasti akan menjaga anaknya sebaik mungkin selepas di lahirkan walaupun tanpa kasih seorang bapa di sisi. Tiba-tiba anak yang di kandung selama 9 bulan itu pula pergi meninggalkan si ibu.
Tetapi perancangan Allah SWT adalah sebaik-baiknya. Jika hidup sekali pun anak syurga ini sudah pastinya cacat dengan hanya terbaring tidak sama seperti kanak kanak lain. Itu yang boleh saya kongsikan tentang kisah anak syurga yang telah kami bantu. Semoga si ibu terus kuat dan tabah dalam meneruskan liku liku kehidupan beliau selepas ini. Salam takziah!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.