Bagi Datin Rita Sosilawati, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat keluarga menikmati air tangan sendiri. Biarpun bergelar ahli perniagaan yang jadualnya penuh dari pagi ke malam, Rita tetap memilih untuk masak sendiri di rumah.
Katanya, dari dapur itulah dia dapat salurkan rasa cinta dan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu. “Makan di luar tak sama macam makan hasil air tangan sendiri,” ujarnya ringkas tapi penuh makna. Kalau suami dah kenyang makan di restoran sekalipun, tetap akan minta dia masak juga — sebab katanya rasa di rumah lebih ‘kena di hati’.
Masak Itu Terapi, Bukan Tugas
Bukan semua orang suka masak bila penat. Tapi tidak bagi Rita. Dapur baginya adalah ruang me time yang paling selesa. Di sinilah dia cari ketenangan, lepaskan tekanan, dan dapat rasa ‘hidup’ balik lepas seharian bekerja.
“Jangan anggap satu bebanan, tapi fikir bila masak tu untuk kita pun nak makan bersama anak-anak. Ini salah satu tip rumah tangga ya, kena memasak walaupun sibuk macam mana sekalipun.”
Ilmu masak pula bukan datang dari kelas mahal atau rancangan TV — sebaliknya diturunkan sendiri oleh arwah ibunya dan selebihnya hasil dari usaha gigih mencuba dan belajar sendiri. Setiap kali masak, bukan sekadar lauk yang terhidang, tapi juga kenangan dan rasa syukur.
Ads
Bila Asam Pedas Jadi Bahasa Cinta
Bila ditanya masakan apa yang suami paling suka, Rita tersenyum dan jawab — “asam pedas”. Jawapan itu disahkan sendiri oleh Datuk Khamarulazlan. Menurutnya, asam pedas air tangan isteri adalah comfort food nombor satu.
Tak kira hari hujan atau panas, itulah menu yang akan diminta. Dan menariknya, asam pedas ini bukan sekadar makanan — ia juga jadi ‘ubat’ kalau pasangan ini ada sedikit salah faham. Rita akan masakkan asam pedas, dan suami pula akan ‘cair’ tanpa perlu banyak kata.
Ads
Strategi Halus, Hati Pun Tulus
Rita percaya, rumah tangga perlukan strategi — bukan tipu daya, tapi seni memahami pasangan. Daripada memanjangkan pertelingkahan, dia pilih untuk luahkan maaf dan sayang melalui lauk kegemaran suami.
“kalau kata saya bergaduh, tipulah kalau kata suami isteri tak ada bergaduh kan. saya terus masak asam pedas. Setiap kali saya masak tu, suami akan jeling-jeling dan kata ‘dah tahu dah’. Terus baik dan jadi sweet moment sebab kami akan gelak-gelak je lepas tu.”
Satu periuk asam pedas boleh jadi jambatan hati yang renggang. Dan itulah rahsia kecil dalam hubungan mereka yang Rita simpan kemas dan diamalkan penuh konsisten. Bila hati suami dah ‘kena pancing’, hubungan pun jadi tenang kembali.
Ads
Dari Dapur ke Hati, Cinta Itu Dimasak
Siapa kata cinta tak boleh dimasak? Rita buktikan, dengan sedikit usaha dan niat yang ikhlas, air tangan isteri mampu menyatukan hati seisi rumah. Dalam dunia yang serba laju dan serabut, kadang-kadang yang paling menyentuh hati adalah perkara paling sederhana — seperti semangkuk asam pedas hasil tangan isteri tercinta.
Tidak dinafikan ketika bulan Ramadan, yang paling sibuk adalah kaum ibu. Perlu siapkan makanan untuk sahur dan berbuka puasa, tak dinafikan memang letih. Memasak untuk keluarga lebih baik, bukan saja kita tahu tahap kebersihannya bahkan dah tentu bahan yang digunakan juga dari sumber yang diyakini.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dek kerana keletihan, kadang-kadang mungkin kita terlepas cakap dan merungut.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ini agar tiada ibu yang tertekan di bulan Ramadan dalam menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa di bulan mulia ini. Kata ustaz, orang yang paling banyak pahala puasa para isteri dan ibu.
Sebab mereka ini masak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa. Nampak macam biasa-biasa sahaja masak setiap petang bulan puasa kan? Tapi sebenarnya pahala mereka bukan kaleng-kaleng tau!
Sumber foto: www.shutterstock.com
Sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang mereka masak, semua pahala puasa mereka itu mereka akan dapat. Pahala puasa suami, pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya. Pahala puasa mertua kalau mendiami rumah mertua.
Rasulullah SAW cakap, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri. Kita ingat makanan yang kita sedekah sahaja kan?
Tapi, kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa jugak. Jadi, para isteri dan ibu jangan pernah rasa letih untuk masak pada waktu petang ketika bulan Ramadan kerana pahalanya sangat besar.
Walau masak tidak jadi ke, walau masak tidak sedap ke, itu lain cerita.
Yang penting, masak sahaja, lepas itu ada orang makan untuk buka puasa, sudah dicatat pahala sama dengan pahala puasa setiap orang yang makan masakan itu.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Apa lagi kalau masak dengan ikhlas, masak dengan wajah manis, masak sambil berzikir, masak sambil dengar bacaan al-Quran. Lagi la bertambah banyak pahalanya itu. Kongsi ilmu ini kepada ibu dan isteri kita, semoga mereka semua bahagia di dunia dan di akhirat.
Semoga dengan perkongsian dari ustaz ini dapat membuka mata kita betapa mudahnya untuk meraih ganjaran ketika bulan puasa. Dengan keikhlasan serta rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap keluarga, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Ernie Zakri, Khawla nyanyi lagu ‘Masing-Masing’ cuit hati warga maya. Bagi pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, puteri kesayangan pasangan ini, Nur Khawla Soleha yang dilahirkan pada tanggal 22 Februari 2022 banyak mengajar mereka untuk berusaha menjadi ibu bapa yang sebenar-benarnya.
Mengakui masih belajar menjadi ibu dan ayah terbaik, akui Ernie, anak kecilnya itulah yang mengajarnya dari hari ke hari untuk menjadi ibu yang lebih baik masih kini masih belajar untuk menjadi ibu yang lebih baik buat Khawla.
Anak Ernie Zakri, Khawla Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ Cuit Hati Warga Maya
Baru-baru ini tular satu video yang dimuatnaik di laman sosial TikTok milik @ernienator.my yang meraih perhatian ramai. Di dalam video berkenaan, memaparkan anak pasangan Ernie dan Syamel iaitu Khawla menyanyikan lagu yang sedang menjadi hangat di negara Indonesia iaitu Masing-Masing.
“Lebih baik kita bashi bashi,” lala – tulis Erni ruangan di kapsyen.
Rata-rata warga maya terhibur melihat Khawla menyanyikan lagu ibunya. Paling mencuit hati ialah apabila nyanyian versi Khawla kedengaran sangat comel serta gelagat menghayati lagu tersebut juga meraih perhatian netizen.
Berikut dikongsikan antara komen-komen warga maya:
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Baru-baru ini, nama Sally Whoo, seorang pempengaruh media sosial terkenal, menjadi bualan ramai selepas memuat naik video unboxing pakaian untuk sepasang anak kembarnya di TikTok. Video itu mencuri perhatian warganet apabila ada yang mempersoalkan tindakan Sally membeli pakaian dalam kuantiti yang banyak.
Namun, tidak lama selepas itu, Sally tampil memberi penjelasan bagi meleraikan salah faham tersebut. Menurutnya, dia sudah menjangka akan timbul persoalan daripada orang ramai kerana pembelian pakaian bayi dalam jumlah banyak sering dianggap membazir.
Katanya, dia memilih untuk membeli dalam pelbagai saiz kerana bayi cepat membesar dan dia tidak mahu anak-anaknya memakai pakaian yang terlalu besar atau tidak selesa.
“Aku post video unboxing baju baby, dan seperti yang dijangka memang ada orang pelik kenapa beli baju banyak sangat. Baby kan cepat membesar,” katanya.
“Pertama, aku beli banyak saiz. Newborn tak banyak sangat, 0–3 bulan, 1–3 bulan, 3–6 bulan. Kedua, aku tak suka kalau baby pakai baju besar, masa Ean dulu kesian bajunya besar dari badan.”
Tambah Sally, dia tidak melihat perkara itu sebagai pembaziran kerana setiap pembelian dibuat dengan perancangan. Malah, dia turut menegaskan bahawa pakaian yang sudah tidak muat nanti akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
“Insya-Allah kalau dah tak muat, memang Sally akan bagi orang juga. Baju Ean dulu pun banyak dah bagi, jadi Insya-Allah tak membazir,” ujarnya.
Sebelum ini, Sally dan suaminya, Toq, pernah memuat naik video unboxing pakaian bayi untuk dibasuh sebelum digunakan. Walau bagaimanapun, video tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang menganggap kuantiti pakaian itu terlalu banyak.
Menjawab perkara itu, Sally menjelaskan bahawa dia hanya ingin memastikan keselesaan anak-anaknya, apatah lagi kali ini dia bakal menimang sepasang cahaya mata kembar.
Terdahulu, Sally dan Toq pernah berkongsi berita gembira mengenai jantina bayi mereka dalam majlis gender reveal. Untuk rekod, pasangan ini sudahpun mempunyai seorang anak lelaki bernama Ean Maleeq, dan kini bakal melengkapkan keluarga kecil mereka dengan kehadiran si kembar tidak lama lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.