Kalau anak anda mengamuk, tantrum dan berlari-lari tak dengar cakap, apa yang anda buat? Umpan dengan gajet betul?
Berapa ramai ibu bapa di sini yang didik anak mereka dengan upin ipin, didi and friends, boboboy dan lain-lain seawal usia 5 bulan ke atas? Angkat tangan
Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
Fokus Anak Kurang
Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telah pun jatuh pada hanya 4 saat. Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya; terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius.
Rajah di bawah (lihat pada gambar) menunjukkan perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet yang berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurangan.
Ads
Buat pengetahuan semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa. Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori seperti yang dilihat dalam rajah (ruang-ruang kosong), maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.
Sebelum anda salah faham, permasalahan ini bukanlah pada apa yang anak-anak lakukan sewaktu menonton televisyen atau sewaktu bermain gajet, tetapi apa yang mereka TIDAK LAKUKAN sewaktu dalam proses tersebut, yang mungkin berjam-jam lamanya (jika tidak dikawal dengan baik). Perkembangan anak-anak adalah berlandaskan pada bagaimana aktifnya mereka berinteraksi dengan ibu bapa atau penjaga dan juga sebanyak mana mereka melihat interaksi ini berlaku. Menonton televisyen atau bermain gajet hanya melibatkan efek 2D yang bukan realiti.
Gajet Atau TV Bukan Babysitter Anak
Ads
Kajian ada melaporkan, kebiasaannya ibu bapa akan bercakap dalam 940 patah perkataan per jam apabila anak-anak ada bersama mereka. Itupun jika ibu bapa tersebut prihatin dan rajin bersembang. Apabila TV di pasang, bilangan patah perkataan ini jatuh hingga ke 770 per jam. Semakin kurang perkataan yang di sebut, semakin kuranglah pembelajaran perkataan baru. Semakin kurang jugalah kosa kata yang boleh disimpan dalam lexical data base otak kita. Antara sebab ramai anak yang lambat bercakap juga adalah di sebabkan oleh kurangnya perbualan antara ibu bapa dan anak-anak.
Doktor Christakis yang merupakan Direktor pada Center for Child Health, Behavior & Development in Seattle, juga melaporkan bahawa anak-anak yang di bawah umur 3 tahun akan berkemungkinan besar mengalami masalah fokus di sekolah kelak jika diletakkan di hadapan televisyen berjam-jam lamanya. Malah, dalam kajian beliau mendapati, setiap 1 jam tontonan sehari akan menyebabkan 10% masalah fokus, 2 jam pula akan menyebabkan 20% masalah fokus, jika dibandingkan dengan anak-anak yang tidak didedahkan langsung dengan televisyen. Apa bezanya televisyen dan pendedahan pada gajet yang berjam-jam lamanya dalam satu hari?
Ads
Jika betullah kata-kata “you are what you eat” maka, apa yang berlaku adalah “otak anak-anak adalah sebagaimana apa yang dipaparkan pada mereka”.
Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan teknik keibubapaan anda, tetapi untuk kita sama-sama fikirkan cara yang boleh kita perbaiki untuk membantu rangsangan positif pada anak-anak. Bukan tidak boleh menggunakan gajet atau menonton televisyen, tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa bersama anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka untuk menstimulasikan otak mereka.
Gajet atau televisyen bukanlah babysitter buat anak-anak anda. Adalah tidak adil jika anda menyalahgunakan teknologi dengan cara ini. Rata-rata kajian menyarankan kurang dari 2 jam pendedahan pada gajet atau televisyen setiap hari bagi menyeimbangkan pertumbuhan otak anak-anak anda. Adalah lebih baik jika anak anda yang berumur bawah 2 tahun, langsung tidak didedahkan dengan gajet.
Disediakan oleh : Assist. Prof. Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli
Sumber: FAC-The Kids House
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada banyak cara dan teknik mengajar anak-anak kita, nak tiru cara atok nenek kita pun boleh tak salah tapi pertimbangkan juga adakah betul jika kita tiru buta-buta, bulat-bulat tanpa ambil kira perbezaan zaman dan intelektual anak masa kini.
4 Kategori Ibu Bapa Asia
1️⃣Bengis
Dalam fikiran ibu bapa ini anak kena tahu takut barulah senang nak ajar. Caranya mengajar anak dengan muka garang, bengis dan tak senyum. Sekali jeling je anak terus kecut perut. Ini cara nenek moyang katanya. Kesannya anak jadi terlalu takut untuk bercakap jika ada kecemasan/masalah lepas tu ibu bapa adalah orang terakhir yang akan tahu.
2️⃣Serius
Selalu serius tak pernah main-main bila ajar anak. Anak pun tahu bila ayah nak mengajar tak boleh bergurau, tak boleh main-main mesti serius. Anak pun lama-kelamaan hilang sifat kebudak-budakan. Terpaksa mendewasakan diri walaupun belum sunat. Anak pandai berdikari tapi tak terganggu emosi nya. Sangat kurang empati dalam diri.
3️⃣Manja
Terlalu risau pasal keselamatan, keselesaan dan kesihatan anak sehingga termanjakan anak dalam semua perkara. Apa sahaja anak minta terus di beri, apa sahaja anak cakap terus percaya, anak jadi layu, kurang bersemangat dan tiada ‘self worth’. Tiada keyakinan dan keberanian untuk buat sesuatu jika ibu bapa tak bantu.
4️⃣ Sayang
Ada masa serius, ada masa bengis dan ada masa manja. Kerana sayang ibu bapa paksa diri kawal emosi sendiri supaya tidak keterlaluan semasa mengajar. Anak-anak dapat belajar dengan gembira dan emosi mereka terpelihara dari luka yang serius.
Garam sekarang tak sama masin dengan garam dulu, sekarang pun banyak masakan tak guna garam. Takut kena darah tinggi.
Yang berkesan dulu tak semestinya akan berkesan sekarang, tapi ilmu sentiasa evergreen walau pun dah beratus tahun. Rajinkan lah belajar cari ilmu mendidik supaya anak kita terdidik tanpa tercedera emosi.
Saya selalu jadi budak-budak masa mengajar annur rania supaya ada keserasian dan kesefahaman semasa mengajar.
Jom bawa anak-anak ke taman rekreasi baharu iaitu 99 Wonderland Park dan pastinya masuk percuma selama sebulan! Sememangnya pergi ke tempat menarik atau bercuti bersama keluarga pastinya meninggalkan momen yang indah dan menyeronokkan buat anak-anak. Di Malaysia sememangnya banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sama ada secara percuma atau bayaran.
Terbaharu, buat rakyat Malaysia suatu lokasi pelancongan iaitu 99 Wonderland Park telah dibuka 14 Mac ini yang terletak di Taman Sri Murni, Selayang. Paling menarik, sempena pembukaannya tawaran masuk secara percuma selama sebulan buat rakyat Malaysia. Memang cantik sangat pemandangan!
Taman ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff B K Lee.
Ia merupakan taman rekreasi pertama di Kuala Lumpur yang dihiasi oleh lampu-lampu LED pada waktu malam.
Dengan keluasan kawasan sembilan hektar yang sebelum ini merupakan sebuah kolam tadahan ia telah dinaik taraf oleh pihak pemaju hartanah, JL99 Group.
Kawasan menarik
Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak ke kawasan menarik di sini antaranya ialah bird square, rabbit house, duck lagoon, hatchery & incubator room, deer yard, ostrich farm dan binatang-binatang eksotik. Selain itu, anda boleh bawa anak ke tempat ini yang turut dihiasi lampu LED pada waktu malam iaitu Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring, Golden Waterfall, 12 Zodiac Zone dan 99 Cruise. Memang buat anak-anak teruja. Memang best untuk ambil gambar. Terasa bagaikan berada di bandar bercahaya!
Waktu Operasi
Taman Rekreasi ini dibuka bermula jam 6 petang hingga 9.30 malam (Isnin-Khamis) dan jam 6 petang hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum).
Untuk kemasukan percuma selama sebulan bermula 14 Mac lalu sehingga 13 April untuk semua warganegara Malaysia yang memegang MyKad. Jom ke sana!
Hati-hati ye ibu ayah jika kerap marah anak walaupun niat nak kontrol anak tetapi cara ini buat anak malas belajar dan kurang yakin diri.
Bergelar ibu bapa bukan suatu perkara yang mudah apatah lagi menguruskan anak-anak yang semakin membesar. Namun, kadang, terlepas juga rasa marah kepada anak, hanya semata niat untuk membentuk diri anak menjadi yang terbaik.
Namun, mengikut Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan & Kasih Sayang, Ibu Rose – Mesejnya Kasih jika anak-anak ini sering dimarah akan memberi kesan kepada perkembangan otak sekali gus akan menjejaskan pembelajarannya. Bagi admin, dengan kata mudah, malas belajar. Jom ikuti nasihat Ibu Rose ini.
TAHUKAH ANDA ANAK BOLEH MENJADI BODOH JIKA TERLALU KERAP DIMARAH?
Bila anak berada di dalam keadaan yang meragui keselamatannya, tenaga di otak anak akan pergi ke bahagian otak yang paling bawah, iaitu Otak Reptilia atau Otak Takut.
Di sini, ada 3 jenis respon sahaja. Lari, lawan atau lembik kaku.
Jika anda bernasib baik, anak sekadar lari atau lawan. Tapi jika masuk kepada lembik kaku…inilah dimana anak itu boleh menjadi gagap, tak berani nak berfikir, tak konfiden memanjang dan hilang kemahuan untuk melakukan sesuatu termasuklah belajar.
Bila ajar, dia akan takut dan sgt malas untuk belajar. Ya,lah takut nanti kena marah lagi.
Jika anda tahu anda baran, atau suka marah2, Ibu sarankan cari jalan pulihkan diri anda balik. Anda tak dilahirkan baran begitu. Something in your life has caused that or series of things has caused that.
Do something about this. It is not cool at all, memanggil diri “saya ni baran” kenapa nak identify kan diri dengan panggilan itu. Ianya hanya menguatkan identiti yang memusnahkan hidup anak2 anda?
Belajarlah untuk menjadi sabar. Menjadi sabar ini juga kemahiran.
Setiap cabaran ada jalan penyelesaiannya.
Salam kasih – Ibu Rose.
#BetterParentBetterChildren #BPBC
Dalam pada itu, admin sempat meninjau komen-komen ibu-ibu yang boleh dijadikan panduan bersama-sama.
Moga kita termasuk admin muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.