Kehebatan RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan peneraju utamanya, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang banyak merubah kejayaan dan masa depan ramai sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Auranya begitu luar biasa.
Kali ini RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) menghimpunkan sekitar 3,500 peserta dari seluruh negara pada 10 hingga 12 Mei lalu dengan program Transformasi360 yang ternyata mendapat sambutan yang cukup luar biasa.
Sambutan hebat dari seluruh negara ini membuktikan ramai rakyat Malaysia yang serius mahu keluar dari tekanan hidup dan mencapai kejayaan dalam kewangan serta kehidupan masa depan anak-anak yang lebih terjamin dan selesa.
Transformasi360 merupakan inisiatif RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan kerjasama Astro sebagai rakan media yang menawarkan pengalaman transformasi
mendalam yang terbukti dengan pendekatan ilmu, strategi, mindset dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu peserta mengenal pasti potensi diri mereka secara
lebih efektif.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sambutan luar biasa yang diterima kali ini sangat mengejutkan, malah pihak penganjur terpaksa menyediakan kerusi tambahan bagi menampung kehadiran yang melebihi jangkaan.
Ads
“Kami jangkakan kehadiran dalam 2,500 peserta namun yang hadir sekitar 3,500 bersamaan 75 peratus. Mereka yang hadir dari luar Lembah Kelang, Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak malah Brunei, Singapura dan Indonesia.
“Ini jelas menunjukkan betapa ramai yang dahagakan perubahan dan mahu tambah baik lagi serta keluar dari tekanan hidup yang mereka alami sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Dr. Radz Mohd., Ketua Pegawai Operasi, Richworks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG), Suley Nordyana Yahya, Ketua
Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dan (POSITION) Datin Norashikin Habibur Rahman.
Ads
Transformasi360 ini ditambah baik daripada Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) selama tiga hari, bermula dari 10 hingga 12 Mei di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam ini menarik penyertaan pelbagai golongan yang terdiri daripada usahawan, kakitangan kerajaan dan swasta, ibu tunggal, sehinggalah ke graduan muda. Semuanya hadir dengan satu matlamat: mahu ubah hidup dan bangkit.
Tambah Dr. Azizan lagi, sepanjang program, peserta dibimbing dalam membina semula kekuatan dalaman, menetapkan hala tuju hidup, serta membentuk tindakan yang konsisten dan praktikal untuk mencapai kejayaan yang lebih seimbang antara kewangan dan kehidupan peribadi.
Ads
“Teknologi Ai yang digunakan membolehkan peserta mengenal pasti profil personaliti dan arah tindakan terbaik mereka berdasarkan data, menjadikan Transformasi360 lebih tepat dan relevan dalam membantu peserta membina pelan tindakan peribadi.
“Reaksi peserta sangat menggalakkan, dengan banyak testimoni menyentuh hati di mana ada yang mula sedar potensi sebenar diri, ada yang temui semula hala tuju hidup dan tidak kurang yang mengalirkan air mata apabila menyedari apa yang menghalang mereka selama ini ialah kepercayaan yang membataskan diri sendiri,” ujarnya.
Tambahnya lagi, Transformasi360 bukan sekadar seminar. Ini adalah bukti bahawa bila diberi bimbingan dan komuniti yang menyokong, manusia boleh berubah, boleh bangkit dan boleh bina hidup yang lebih baik.
“Melihat kepada impak yang begitu besar, RichWorks merancang untuk menganjurkan satu lagi siri Transformasi360 pada bulan September ini, bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu yang terlepas sesi kali ini untuk menyertai perjalanan transformasi mereka.
“Kami komited untuk terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia keluar dari tekanan hidup dan kewangan yang menjerut. Transformasi360 hanyalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar buat mereka,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik dan langsing, persis anak dara. Inilah yang boleh dikatakan mengenai pelakon cantik manis ini, Bella Astillah.
Sekeping gambar yang dimuat Bella di Instagramnya beberapa hari lalu menerima pujian ramai.
Mana tidaknya, walau tampil begitu ringkas dan kemeja T dan skirt berona coklat jingga, penampilan ibu kepada dua anak ini memang memukau.
Dengan ukuran saiz pinggang idaman semua, Bella dilihat berjaya mengekalkan berat badannya walau sudah punya anak dua.
“I didn’t change, I just found myself,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Dalam pada itu, isteri kesayangan Aliff Aziz yang kini tampil sebagai tunjang utama menerusi drama lakonannya, Aku Tanpa Cintamu mempamerkan lakonan berkesan malah watak Nuha yang dibawanya begitu menyentuh hati ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji Bella begitu cantik dan langsing. Tidak ketinggalan juga yang meminta ibu cantik manis ini berkongsi tip penjagaan badan yang diamalkan Bella.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreana.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Meriah dan penuh gaya! Begitulah gambaran yang dipaparkan melalui pencarian comel bergaya yang telah berlangsung di Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018), Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC pada 5 Ogos 2018 yang lalu.
Objektif utama pencarian ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi mengisi pelbagai ruangan di dalam majalah seperti segmen fesyen dan lain-lain termasuklah Penghias Kulit.
Bagi peserta prasekolah sudah tentu tampil bergaya dengan pelbagai fesyen tersendiri. Langkah penuh gaya dengan memberikan senyuman manis bak super mode.
Namun bagi peserta yang masih kecil sudah tentu ada karenah diluar dugaan seperti menangis, tidak mahu duduk dan ada yang berlari ke sana sini. Kedengaran ibu-ibu memujuk anak supaya meneruskan sesi bergambar. Begitulah suasana di studio mini gamat dengan pelbagai telatah si manja di hadapan lensa kamera.
Apa yang pasti, ibu bapa peserta tetap memberikan sokongan dan galakan seperti menyediakan pakaian yang menarik, menunjuk ajar pose yang bersesuaian di samping membantu juru foto mendapatkan perhatian si manja kepada kamera semasa aksi dirakamkan.
Penyertaan pencarian ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pencarian ini terbuka kepada si manja yang berusia 0 hingga 6 tahun. Kelihatan ibu bapa begitu teruja membawa anak-anak untuk pencarian.
Semoga pencarian ini juga memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menonjolkan potensi diri, yakin dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjagaan diri selepas bersalin amat kritikal untuk memastikan badan pulih dan luka sembuh dan kembali sihat. Pa&Ma Moms-to-be All About Confinement yang berlangsung Casabonda Confinement & Wellness Retreat, Shah Alam semalam amat membantu.
Dalam debaran menyambut kelahiran si manja, ibu perlu membuat persediaan dengan mendapatkan ilmu. Perkongsian kepakaran daripada para staf dari Casabonda Confinement & Wellness Retreat memberi peluang ibu-ibu Pa&Ma Moms-to-be mengetahui apa yang perlu dititikberatkan semasa bersalin dan berpantang.
GABUNGAN MODEN & TRADISIONAL MELAYU
Menurut Angie Chong, Penasihat Kanan Casabonda Confinement & Wellness Retreat, adalag amat penting bagi ibu-ibu mengetahui amalan pantang gabungan tradisional dan perubatan moden bagi membantu penyembuhan diri dan menyokong emosi selepas bersalin.
Tidak seperti pusat rawatan spa yang biasa, tenaga kerja di pusat rawatan pantang ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang kesihatan.
“Di sini kami tidak semata-mata menumpukan cara tradisional Melayu tapi mengabaikan aspek perubatan moden. Kami memilih apa yang baik dari pantang tradisional dan menggabungkannya dengan rawatan perubatan yang dipantau oleh pakar perbidanan dan sakit puan agar ibu mendapat memulihkan diri secara total. Setiap ibu bakal diberikan pendekatan rawatan yang berbeza bergantung kepada tahap kesihatan diri masing-masing,” kata Angie.
IBU DIPANTAU OLEH DOKTOR
Aspek kesihatan ibu dan bayi menjadi keutamaan di Casabonda Confinement & Wellness Retreat.
“Selepas bersalin ibu pihak kami akan merujuk rekod perubatan ibu terlebih dahulu. Kemudian barulah perawatan secara terapi akan dilakukan berdasarkan keadaan ibu dan bayi. Pemakanan seimbang juga amat kami titik beratkan dan tidak hanya rigid seperti cara berpantang lama. Paling penting ibu akan melalui proses berpantang dengan sihat dan minda yang tenang,” kata Angie.
SUASANA & AMBIENS TENANG
Para ibu bapa Pa&Ma Moms-to-be turut dibawa melawat sekitar Casabonda Confinement & Wellness bagi merasai ambiens ketenangan dan perkhidmatan yang menyediakan. Bilik penginapan dengan dekorasi yang menarik bakal menyuntik mood tenang buat ibu yang bakal berpantang.
KEMUDAHAN LENGKAP UNTUK IBU & ANAK
Turut memudahkan ialah ruang spa yang menyediakan rawatan terapi seperti urutan, lulur, tangas dan sebagainya. Selain bilik penginapan, terdapat nurseri bagi menyediakan penjagaan bayi buat ibu yang mendapatkan rawatan di sini.
Acara yang berlangsung selama setengah hari ini turut memberikan peluang kepada para ibu bapa Pa&Ma Moms-to-be mendapatkan ilmu berkaitan kelahiran dan penjagaan diri selepas bersalin daripada Dr Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan & Sakit Puan dari Metro IVF yang turut meluangkan masa menjawab persoalan asas berkaitan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.