Tuntutlah ilmu hingga ke negara Cina. Itulah kata-kata yang menjadi petanda buat kita yang mana ilmu adalah sesuatu yang tidak akan habis dipelajari walaupun berkurun lama. Mungkin ini semangat yang dipegang oleh para ibu yang sarat membawa bayi dalam kandungan namun masih gigih untuk menhadiri kelas antenatal bagi melengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya sebelum mengalami detik cemas penuh bermakna buatnya.
Pelbagai topik yang dibincangkan oleh para doktor bagi memastikan semua peserta dan pasangannya menguatkan mental dan fizikal sebelum mendengar tangisan insan yang ditunggu sembilan bulan lamanya.
Salah satu topik yang menarik untuk diketengahkan ialah, ‘Epidural Analgesia During Labor’ yang disampaikan oleh Pakar Bius DEMC, Dr. Wan Afaf Zainal Abidin.
Melalui perkongsian beliau, ternyata epidural yang dikatakan mempunyai kesan sampingan negatif kepada kesihatan si ibu sebenarnya hanya berlaku jika doktor yang melaksanakan proses bius tersilap menyuntik epidural tersebut ke dalam tulang belakang ibu.
Ads
Katanya, untuk mengelakkan perkara seumpama itu, hanya doktor pakar sahaja yang patut dipercayai agar kesilapan yang berlaku dapat diatasi.
“Setiap manusia melakukan kesilapan, namun in sha Allah, dengan pengalaman dan kepakaran yang ada, untuk seorang doktor pakar melakukan kesilapan adalah sangat minimum,” terangnya lagi.
Memberi sedikit fakta mengenai epidural, Dr. Wan memberitahu si ibu tidak akan merasa sakit sehingga selesai bersalin. Ibu tetap berada dalam keadaan terjaga, hanya bahagian bawah badannya yang akan merasai kesan bius epidural berbanding bius yang lain.
Ads
“Berbeza dengan bius secara gas dan injection, epidural membolehkan ibu melihat sendiri anak yang bakal dilahirkan kerana mereka tidak tidur sepanjang proses kelahitan tersebut. Apabila kesan ubat bius hilang, badan akan kembali berfungsi seperti normal.
Ads
Dr. Wan amat menekankan, epidural adalah untuk wanita yang sudah tidak tahan menahan sakit bersalin namun ’jalan’ masih lagi belum terbuka secukupnya.
“Kalau bukaan baru 1sm tapi si ibu betul-betul tidak mampu bertahan lagi dengan rasa sakit, ketika itu saya akan cadangkan untuk mengambil epidural bagi mengurangkan rasa sakit yang ditanggungnya.
Bagaimanapun, kaedah epidural ini tidak digalakkan bagi para ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung dan pernah mengalami masalah tulang belakang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Pertandingan yang diadakan di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam ini mengetengahkan peserta kanak-kanak berusia 5-6 tahun yang terdiri daripada murid-murid tadika.
Antara tadika yang terlibat adalah Tadika Alliyah Brilliant, Tadika Sinar Bestari, Tadika Impian Bestari dan Tadika Sri Melur yang mempamerkan komitmen yang cukup cemerlang.
Anak-anak kecil ini dikategorikan mengikut dua kategori iaitu pertandingan azan dan juga hafazan surah Al-Quran.
Pertandingan yang disertai lebih 30 orang murid ini dibahagikan mengikut kategori iaitu azan, hafazan untuk qari dan juga qariah.
Masing-masing menunjukkan kepakaran dan cara tersendiri dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pertandingan azan ternyata mencuri tumpuan pengunjung kerana diperdengarkan dengan alunan berbeza oleh adik-adik cilik ini.
Pada majlis berkenaan, Ustaz Ammar Mukhlis turut berkongsi tazkirah kepada pengunjung yang hadir dengan perkongsian mengenai ibadah puasa.
Tidak pulang dengan tangan kosong, kesemua peserta cilik ini turut pulang dengan hadiah masing-masing beserta piala.
Terima kasih kepada Plaza Shah Alam @plazashahalam yang menjadi penaja lokasi dan hadiah. Pertandingan Khalifah Cilik ini sememangnya dapat menguji keberanian dan mencungkil bakat anak-anak kecil di pentas Utama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak tahun 2000, bermula dengan majalah dan kini beralih kepada konsep digital, Pa&Ma tetap menjadi pilihan papa mama sebagai rujukan mendapatkan ilmu keibubapaan, tip perkembangan dan kesihatan anak.
Selaku medium keibubapaan nombor 1 di Malaysia, ini membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat dan relevan di hati papa mama milenial Malaysia. Tahun ini juga dianggap istimewa buat Pa&Ma kerana ia juga ulang tahun ke-22 Pa&Ma.
Sempena sambutan ulang tahun Pa&Ma tahun ini, Pa&Ma telah memberi pengiktirafan kepada semua Jenama Pilihan Pa&Ma yang berkualiti dan diyakini yang sentiasa menyokong perjuangan Pa&Ma dalam industri ini. Sebenarnya pengiktirafan Jenama Pilihan ini sudah memasuki tahun keempat selepas diadakan buat julung kalinya pada tahun 2019.
Anugerah berprestij ini telah diberikan kepada pelbagai jenama di bawah kategori Produk Ibu, Produk Anak, Rakan Hospital serta Shopping, Libur & Servis. Tahun ini, Pa&Ma turut memilih Ikon Parenting & Pakar berpengalaman yang mengungguli bidang masing-masing. Sebanyak 40 jenama terpilih pada tahun ini dan kesemuanya dipilih berdasarkan kualiti serta kredibiliti masing-masing.
Sebagai kemuncaknya, pada 30 November lalu, Pa&Ma telah mengadakan sesi penganugerahan kepada penerima anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 di GSC Cinema, 3 Damansara.
Antara tetamu yang hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv, Puan Ani Nadila, Editor Pengurusan Family & Parenting, Puan Wan Erni Liza serta semua HOD dari jabatan-jabatan NU Ideaktiv.
Dalam sesi tersebut juga, persembahan nyanyian istimewa dari BK Squad, Adik Farha turut memeriahkan suasana dengan dua buah lagu iaitu Hero dan Ku Bersuara.
Sesi penyerahan anugerah telah dimulakan dengan produk ibu iaitu C2Joy (TDC Holdings Sdn. Bhd.) – Susu Terbaik Pilihan Pa&Ma, Suraya Mothercare Group Sdn Bhd -Rawatan Berpantang Mobile Pilihan Pa&Ma, Numom – Produk Kelengkapan Penyusuan Pilihan Pa&Ma, Anggun Confinement Care – Khidmat Penjagaan Berpantang Pilihan Pa&Ma, Nawaitu -Sejadah Keluarga Pilihan Pa&Ma, Arley™️ – Produk Kelengkapan Terbaik Ibu & Bayi Pilihan Pa&Ma, My Motherhood – Konsultasi Penyusuan Terbaik Pilihan Pa&Ma, Sitly – Apps Pengasuh Anak Pilihan Pa&Ma dan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia – Pertubuhan Amal Pilihan Pa&Ma.
Selain produk ibu, produk anak sebagai jenama terbaik turut diberikan kepada Joie – Car Seat Terbaik Pilihan Pa&Ma, Oh My Babyfood – Syurga Makanan Bayi Pilihan Pa&Ma, Bebimora – Lampin Anak Pilihan Pa&Ma, Al Kauthar Eduqids – Tadika Islamik Pilihan Pa&Ma, Koolkidz Academy – Playschool Terbaik Pilihan Pa&Ma, Tilam Angel – Kelengkapan Tidur Si Manja Pilihan Pa&Ma, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (Ptptn) – Institusi Kewangan Pendidikan Dan Simpanan Terbaik Pilihan Pa&Ma, Fawwaz Baby Food – Makanan Anak Pilihan Pa&Ma dan Baby Likes – Makanan Bayi ‘Ready To Eat’ Pilihan Pa&Ma.
Sementara itu bagi kategori rakan hospital, Hospital Islam Az Az-Zahrah di pilih sebagai Hospital Keluarga Pilihan Pa&Ma dan Pusat Perubatan Sunway, bandar Sunway sebagai Hospital Komprehensif & Kemudahan Bertaraf Dunia Pilihan Pa&Ma.
Seterusnya untuk kategori libur, shopping dan servis, antara penerima anugerahnya ialah Grand Screen Cinemas Sdn. Bhd. – Pawagam Mesra Keluarga Pilihan Pa&Ma, Legoland Malaysia – Hotel Mesra Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma & Taman Tema Pilihan Pa&Ma, Zoo Melaka & Taman Burung – Zoo Mesra Keluarga Pilihan Pa&Ma, Farm In The City -Petting Zoo Pilihan Pa&Ma, Genting Skyworlds Theme Park -Percutian Keluarga Pilihan Pa&Ma, Concorde Hotel Shah Alam – Hotel Keluarga Pilihan Pa&Ma, Sunway Lost World Of Tambun -Taman Tema Air Paling Happening Pilihan Pa&Ma & Glamping Popular Untuk Keluarga Pilihan Pa&Ma, Pusat Pakaian Hari-Hari – Pusat Pakaian Keluarga Pilihan Pa&Ma, Obcakesession -Perkhidmatan Dekorasi Majlis Pilihan Pa&Ma.
Selain itu, Pa&Ma juga turut memberi pengiktirafan kepada barisan ikon parenting dan pakar pilihan seperti Dr Say Shazril -Doktor Selebriti Pilihan Pa&Ma, Imam Muda Hassan -Ikon Islamik Parenting Pilihan Pa&Ma, Pn Nad Masrom – Kaunselor Laktasi Pilihan Pa&Ma, Dr Maiza Tusimin – Pakar Obstetrik & Ginekologi Pilihan Pa&Ma, Dr Hjh Azuraida Shahadan – Pakar Motivasi Pilihan Pa&Ma, Pn. Laila Fadhilah Omar -Pegawai Dietetik Pilihan Pa&Ma, Dr.Nazrah Mohamed Ramli – Pakar Oftalmologi Pilihan Pa&Ma dan Dr Nazrul Neezam Nordin – Pakar Pediatrik Pilihan Pa&Ma.
Bagi memeriahkan majlis ulang tahun Pa&Ma dan anugerah Jenama Pilihan tahun ini, sesi cabutan bertuah grand prize iaitu tiga tiket penginapan turut diberikan kepada 3 tetamu bertuah.
Di samping itu, Pa&Ma juga turut mengadakan gimik istimewa seolah-olah pawagam bergelap seketika disebabkan masalah teknikal sebelum sesi upacara memotong kek diadakan.
Pa&Ma juga turut berbesar hati kerana sepanjang sambutan ulang tahun ke-22 dan Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma tahun ini, Pa&Ma telah mendapat tajaan daripada @kayukayangan (plaque), @hanaflorist (bunga), @kazokudoorgift @farafleur (goodies), @Obcakesession (dekorasi & kek) dan @gsccinema (lokasi dan makanan)
Untuk mengetahui senarai penuh Jenama Pilihan Pa&Ma 2022, mama papa boleh layari SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!