Aktiviti mewarna dilihat sebagai aktiviti yang cukup mudah bagi sesetengah orang namun aktiviti ini sebenarnya mempunyai begitu banyak kebaikkannya kepada anak kecil.
Mewarna menggunakan kertas warna bersaiz besar atau kecil, mana lagi satu baik untuk anak?
Menurut perkongsian Ahli Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, anak yang menggunakan kertas warna kecil dan bersaiz besar banyak perbezaannya.
Jom ikuti perkongsian beliau.
Ads
Kalau nak ajar mewarna, kena guna gambar yang besar ke gambar kecik?
“Gambar besar”
Hampir 90% guru-guru menjawab mereka menggunakan gambar besar dalam slot aktiviti mewarna di sekolah.
Ads
Sebenarnya, kemahiran mewarna adalah untuk mereka belajar fokus.
Implikasi guna gambar besar:
1. Murid lebih kepada menconteng keseluruhan gambar.
2. Cepat penat.
3. Lepas tu dah tak nak mewarna lagi.
Implikasi guna gambar lebih kecil:
1. Murid lebih fokus kepada satu objek yang hendak diwarna.
2. Cepat siap.
3. Excited nak mewarna objek lain pula.
Ads
Cuba try test kepada anak-anak atau murid di sekolah. Mulakan dengan mewarna bentuk kecil.
Siapa yang tidak bimbang dan gementar bila membuat keputusan untuk membawa anak kecil mengerjakan umrah. Bagi pelakon, Elfira Loy, biarpun sedikit gementar namun dicekalkan hatinya untuk membawa dua anak kecilnya turut sama mengerjakan umrah.
Menerusi Instagram, akui Elfira, dia pada mulanya amat bimbang dan gementar untuk berdepan dengan karenah dua anaknya. Tambah pula bimbang jika mengganggu ibadahnya ketika berada di sana.
Namun sebaik sampai dan menjejakkan kaki Tanah Suci, semuanya dipermudahkan kata Elfira.
“Dekat Malaysia memang nervous sangat nak bawak Rayyan & Aria for Umrah. Tapi bila dah sampai, Alhamdulillah boleh. Dengan Izin Allah,” kongsi Elfira.
Biar pun begitu, membawa anak turut berdepan dengan cabaran namun kongsi Elfira lagi, apa pun kuncinya adalah sabar dan reda dalam semua perkara.
“My tips to travel with the kids for Umrah ni, kena banyak bersabar je. Kena banyak redha kalau kita tak dapat banyak opportunity untuk lakukan banyak ibadah.
“Contohnya, pegi Raudhah. Haritu El dah book slot tapi terlewat 10 minit terus tak boleh masuk.
“Siapa tak sedih kan, takkan nak marah anak-anak? Nak marah yang lain. Jadi apa perlu kita buat? Redha je,” kongsinya lagi.
Meninjau di Insta Storynya, Elfira juga turut berdepan kesukaran untuk mengendong anak kecilnya namun dikuatkan semangat demi tanggungjawab dan ibadah yang perlu dilaksanakan sebaiknya.
“This girl refused to take the stroller, jadi kena dukung je macamni sepanjang ziarah luar, Ke Masjid Quba, ladang kurma & Gunung Uhud.
“Memang sengal sengal tangan mommy balik tu. Waktu tu memang rasa nak nangislah. Tapi sekarang bila tengok gambar ni balik. It reminds me of “love of a mother”. Walau penat cemana sekalipun, tetap tersenyum demi anak anak,” kongsinya.
Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut berterima kasih kepada semua yang turut membawanya dan keluarga ke sana. Tambah pula dengan suasana dan cuaca yang begitu baik serta memudahkan urusannnya di sana.
“InshaAllah doa dekat mana mana pun Allah dengar. Hopefully masih ada peluang untuk El. Doakan ok ♥️
“Thank you @irkaztravel for this opportunity. Nasib baik sempat dapat slot January ni, cuaca best. Alhamdulillah,” tulis Elfira lagi.
Dalam tahun pertama kehidupan, penglihatan bayi berkembang dengan cepat. Namun perkembangan bayi ini berbeza daripada apa yang dilihat oleh ibu bapa.
Semasa dilahirkan, bayi tidak dapat melihat seperti kanak-kanak atau individu dewasa yang lebih tua.
Keadaan ini disebabkan mata dan sistem visual mereka tidak berkembang sepenuhnya lagi.
Pun begitu, terdapat peningkatan yang ketara berlaku dalam beberapa bulan pertama kehidupan melibatkan perkembangan bayi.
Berikut adalah antara beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam aspek tumbesaran penglihatan bayi.
Seperkara penting perlu ibu bapa ingat adalah setiap anak mempunyai proses tumbesaran berbeza.
Selepas dilahirkan, penglihatan bayi dipenuhi dengan pelbagai rangsangan visual.
Secara kasarnya anda melihat bayi seakan menyasarkan fokus pandangannya kepada satu arah.
Tetapi hakikatnya mereka belum mengembangkan kemampuan untuk membezakan antara 2 sasaran atau mengalihkan pandangan di antara 2 imej gambar.
Umumnya, fokus utama mereka adalah pada objek pada jarak 8 hingga 10 inci daripada wajah mereka atau jarak ke wajah ibu bapa.
Pada bulan-bulan pertama kehidupan, mata mula bekerjasama dan penglihatan bayi akan bertambah baik.
Koordinasi mata mula berkembang ketika si manja mula mengesan objek yang bergerak.
Menjelang minggu ke-8 selepas dilahirkan, bayi akan lebih mudah memusatkan fokus mereka pada wajah ibu bapa atau individu lain yang berdekatan dengannya.
Bagi 2 bulan pertama perkembangan bayi, mata mereka tidak terkoordinasi dengan baik dan mungkin tampak meliar pandangannya.
Tiada apa yang perlu ibu bapa bimbangkan, ia perkara normal.
Namun, andainya pandangan meliar itu berterusan, pemeriksaan perlu dilakukan.
Pada sekitar usia 3 bulan, mata bayi sudah boleh mula untuk mengikuti pergerakan objek dan mencari barang.
Dalam tempoh ini, kawalan pergerakan mata dan kemahiran koordinasi mata-tubuh terus bertambah baik.
Persepsi kedalaman – kemampuan untuk menilai apakah objek berada dekat atau jauh – tidak wujud semasa bayi dilahirkan.
Ia hanya berlaku dalam perkembangan penglihatan bayi pada sekitar bulan ke-5 kehidupan si manja apabila mata mampu bekerjasama untuk membentuk pandangan 3 dimensi dunia.
Penglihatan warna bayi tidak begitu sensitif seperti individu dewasa.
Pun begitu, dipercayai bahawa bayi mempunyai penglihatan warna yang baik pada usia 5 bulan.
Kebanyakan bayi akan mula merangkak apabila usia mereka mencecah sekitar 8 bulan.
Proses merangkak ini akan membantu mengembangkan koordinasi mata-tangan-kaki-tubuh.
Namun, jika si manja kurang merangkak, mereka dikatakan tidak dapat belajar menggunakan mata mereka seperti bayi yang banyak merangkak.
Jadi ibu ayah perlu menggalakkan anak untuk banyak merangkak, okay?
Apabila bayi berusia 9 bulan, mereka akan mula menarik diri untuk berubah kepada posisi berdiri.
Mencapai usia 10 bulan, bayi biasanya sudah mampu untuk mencengkam objek menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
Si manja sudah mencecah usia 12 bulan? Kebanyakan bayi pada usia ini sudah mahir merangkak dan mula untuk berjalan.
Sebagai ibu bapa, anda tidak digalakkan untuk melangkau proses merangkak bayi.
Ini kerana ia penting untuk membantu si manja mengembangkan koordinasi mata-tangan yang lebih baik.
Dalam aspek perkembangan penglihatan bayi pula, mereka kini sudah dapat menilai jarak sesuatu objek dengan cukup baik dan berupaya membaling barang secara tepat.
Menjengah usia 2 tahun, koordinasi mata-tangan dan persepsi kedalaman mata anak harus berkembang dengan baik.
Si manja pada usia ini sangat berminat untuk meneroka persekitaran, melihat dan mendengar.
Mereka umumnya sudah mampu mengenali objek yang biasa dilihat serta gambar di dalam buku.
Anak anda juga mempunyai kemahiran untuk menconteng menggunakan krayon atau pensil warna.
Kewujudan masalah mata dan penglihatan kepada bayi jarang berlaku.
Kebanyakan bayi dapat memulakan kehidupan dengan mata sihat dan mula mengembangkan kemampuan visual yang diperlukan sepanjang hidup tanpa sebarang masalah.
Namun, dalam sesetengah kes, bayi mungkin berisiko untuk mengalami masalah mata dan penglihatan.
Berikut antara tanda yang perlu dikenal pasti oleh ibu bapa sebagai petunjuk kepada masalah mata dan penglihatan bayi:
Kewujudan mana-mana gejala di atas perlu diberikan perhatian serta pemeriksaan segera oleh pakar optometri.
Sebagai salah satu daripada 5 deria, penglihatan bayi penting dalam membantu mereka menavigasi dan mengetahui lebih banyak mengenai dunia baharu mereka.
Jangan lupa untuk melakukan rutin pemeriksaan mata anak bagi memastikan tahap kesihatan penglihatan adalah terbaik.
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak nombor dua memang sering dipandang bermasalah, banyak karenah dan mempunyai personaliti yang agak berbeza daripada anak-anak yang lain. Namun sebagai ibu bapa jangan pernah memandang mereka dengan pandangan yang lain kerana setiap anak-anak mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.
Dalam perkongsian daripada Nur Haslaily mengenai anak keduanya, dia sendiri tidak menyangka akan ketulusan hati anaknya itu mendoakan hanya yang baik-baik untuk keluarga mereka. Siapa sangka anak yang banyak ragamnya itu doanya akan diangkat oleh Allah kerana kita semua tiada bezanya dimata Sang Pencipta.
“Anak nombor 2 ye?”
“Anak nombor 2 memang macam tu…”
Itu ayat biasa yang ibu selalu dengar.
Kebanyakan orang suka labelkan anak kedua ini lain daripada anak-anak yang lain. Pelik, unik atau aneh
Malam ni, Allah izinkan ibu melihat anak kedua ibu ini dengan pandangan berbeza.
Usai solat Maghrib, ibu minta angah bacakan doa.
“Baca slow-slow boleh ke ibu?”
Dia cuba mengelak. Seperti kebiasaannya.
“Bacalah kuat-kuat angah. Ibu nak aminkan. Angah nak minta apa? Along dengan adik pun nak aminkan. Malaikat pun nak aminkan.”
“Ala, tak pandai. Malu,” sambil dia tersipu-sipu.
“Doalah angah kan nak lego,” along pula menyampuk.
“Bacalah ngah. Bahasa Melayu pun tak apa. Angah anak syurga. Doa angah makbul, Insya Allah.” Ibu pujuk lagi.
Dia tarik nafas dalam-dalam sambil menadah tangan.
“Ya Allah tambahkanlah ilmu kami.”
“Ya Allah tambahkanlah rezeki kami.”
“Amin. Amin.” Ibu sambut.
“Ya Allah, bagilah abang aku dapat A dalam semua subjek dia. Janganlah ada B dan C.”
“Ya Allah, bagilah abang aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan-peperiksaan dia.”
“Ya Allah, jadikanlah adik Mu’az ni baik dan bijak.”
Kuat dan jelas. Ibu aminkan satu demi satu doanya. Waktu itu mata ibu dah jadi seperti air terjun. Tak mampu ditahan-tahan.
Dalam kepala ini automatik terbayang drama dalam TV yang pernah ditonton beberapa tahun dulu. Kisah abang yang hebat, kaya dan berjaya tinggal di kota raya. Adiknya OKU, buta huruf yang tinggal di kampung. Abangnya bila berjaya pandang rendah kepada adiknya yang dilihat serba sederhana. Katanya doanya sentiasa Allah makbulkan. Berbeza dengan adiknya berdoa pun perlu baca pada kertas. Ditakdirkan Allah, adiknya kembali ke Rahmatullah. Ketika abangnya mengemas rumah selepas kematian adiknya, Allah temukan dengan kertas yang terselit di songkok arwah. Teresak-esak abangnya membaca kertas itu. Rupanya doa adiknya. “Ya Allah makbulkanlah segala doa abangku….. ”
Angah Mus’ab masih khusyuk dalam doanya.
“Ya Allah banyakanlah rezeki ayahku dan ibuku.”
“Ya Allah mudahkanlah kerja ayahku.”
“Amin Ya Robbal Alamin.”
Terus dipeluk ciumnya ibu.
Pelik agaknya melihat airmata ibu yang masih lebat menitis-nitis laju.
“Terima kasih angah doakan kami. Nanti angah doa untuk diri angah juga ye.”
Hari ini Allah didik ibu. Pandanglah anak-anak dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tanpa label.
Tanpa persepsi.
Tanpa sangsi.
Kata ulama,
“Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya.
Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya.
Begitulah juga kita manusia.
Sebaik-baik manusia pasti ada kekurangannya.
Seburuk-buruk manusia pasti ada kebaikannya.”
Kita tak tahu doa ikhlas siapa yang Allah pandang.
Barangkali doa anak kecil yang kita selalu rasa banyak ragamnya. Mungkin juga doa anak yang kita rasa banyak menduga. Ataukah doa anak yang kita rasa biasa-biasa sahaja pencapaiannya. Boleh jadi doa tulus suci anak yang kita selalu marah-marah.
“Ya Allah ampunilah kami. Kami ini ibubapa yang serba kekurangan, yang banyak silap dalam mendidik anak-anak. Tapi mereka ada Engkau, Allah yang Maha Penyayang. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, sayangi anak-anak Syurga kami semuanya selama-lamanya…”
Nur Haslaily
Ibu yang sentiasa menumpang doa anak-anak
Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada setiap ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Memang setiap anak itu berbeza perwatakan dan perangai tapi siapa tahu yang banyak ragam dan yang sering buat perangai itulah yang akan menjaga kita bila tua kelak. Doa yang baik-baik untuk semua anak-anak kerana doa seorang ibu itu tidak berhijab.
Isu guru sekolah rendah didakwa janji kahwin murid Tahun 6 ketika umur 18 tahun buat ramai ibu ayah takut dan marah. Dakwaan tular ini cetus kebimbangan tentang keselamatan anak di sekolah.