Pelakon jelita Diana Danielle tetap tampil langsing dan menawan. Dah beranak dua pun ibu muda ini tetap langsing macam zaman anak dara dulu.
Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan kerjaya dan rumahtangga tetapi isteri kepada pelakon Farid Kamil ini tetap mempunyai masa untuk diri sendiri terutama dalam bab melakukan aktiviti kecergasan.
Diana juga sibuk sebagai pelumba kereta program Toyota Gazoo Racing Malaysia dan baru-baru ini dia mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan pertama yang diadakan di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil.
Dalam sibuk di litar lumba, pelakon yang juga pengacara program Kata Serasi di NTV7 ini tetap mempunyai cara tersendiri untuk terus tampil langsing dan bertenaga.
Baru-baru ini Diana berkongsi di Insta storynya tip mengekalkan bentuk badan langsing selepas melahirkan anak.
Ads
Ada pengikut yang bertanya benarkah rahsianya kekal langsing dengan tidak makan nasi sejak melahirkan anak sulungnya Muhammad yang kini berusia 5 tahun dan meminta Diana berkongsi tip turunkan berat badan.
Menurut Diana, dia memang tak makan nasi tetapi tak bermaksud menahan lapar. Sebaliknya pelakon ini telah menukarkan nasi kepada quinoa dan cous cous iaitu pengganti untuk nasi putih yang mengenyangkan dan khasiatnya sama seperti nasi.
Ads
“Jangan biarkan diri anda berlapar, buat senaman yang anda suka seperti menari (jika anda suka) atau yoga (saya sangat suka yoga) atau hiking (jika anda gemar aktiviti outdoors), berenang (saya suka juga).
Ada banyak pilihan yang anda boleh pilih. Macam makanan, saya adalah orang Malaysia yang suka makanan, tapi sesetengah masa saya tukar apa yang saya makan.
Ads
Selain itu banyak makan sayuran dan makanan yang mengandungi banyak air. Paling penting sekali, cukup tidur, rehat cukup, InsyaAllah.
Selepas menjalani pembedahan bibir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada penghujung Mei lalu, penyanyiLan Solo memberitahu anak keempatnya, Nur Amna Quxandra berkemungkinan perlu menjalani pembedahan buat kali kedua.
Lan berkata dia perlu berbincang dengan doktor pakar sekiranya garisan di bahagian lelangit anaknya yang mesra dengan panggilan BabyXandra merekah.
Bagaimanapun, Lan berharap BabyXandra tidak perlu melalui pembedahan lagi kerana tidak sanggup untuk melihat bayinya itu berpuasa.
“Kalau keadaan lelangit itu merekah atau terbelah, kena ada perbincangan seterusnya dengan pakar.
“Tapi kalau boleh tak nak dia lalui pembedahan lagi. Tak sanggup nak puasakan dia.
“Namun, setakat ini lelangit tu masih okey. Sebab dia minum dan makan dah tak terkeluar melalui hidung,” katanya.
Pengasas Modvier yang juga seorang Instafamous, Sarah Shahnor, baharu sahaja melahirkan anaknya yang ketiga tidak lama dahulu. Berkongsi tentang pengalamannya ketika berpantang, dia mengatakan melahirkan secara pembedahan juga jika dijaga dengan betul, ibu boleh pulih dengan baik.
Menurut Sarah lagi, waktu pantangnya berjalan dengan baik kerana dijaga sepenuhnya oleh CL yang komited. Katanya, CL menjaga dia dan anaknya dengan baik dari kepala ke hujung kaki. Itulah yang memudahkan dia berpantang kerana dia dapat berehat secukupnya dalam tempoh berpantang.
Selain makanan pantang yang enak dan penuh protein dan serat, Sarah juga mengamalkan meminum air masak secukupnya untuk sembuh cepat.
Tambah Sarah lagi, ketika dalam pantang kita perlu mempunyai sistem sokongan yang baik. Minta bantuan dari ahli keluarga untuk membantu kerja yang biasanya anda buat. Katakanlah anda bukan seorang yang selesa mengenakan kain batik ketika berpantang, pilihlah seluar mengandung atau skirt panjang yang longgar.
Sesetengah hospital menyarankan ibu yang bersalin secara pembedahan untuk memakai compression socks yang dapat membantu aliran darah. Selain itu, pakailah seluar dalam yang tinggi supaya getahnya berada pada perut dan bukannya di atas luka pembedahan.
Akhir sekali, katanya jika sudah mandi herba dan diurut ibu biasanya berbau seperti jamu. Tambah Sarah, ibu haruslah jaga diri sendiri dan lakukan rutin penjagaan wajah seperti biasa.
Betul apa yang dikatakan oleh Sarah, biarpun sedang berpantang para ibu harusah menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Bukan sahaja lebih selesa, tetapi ibu juga akan menjadi lebih berkeyakinan.
Hormon ibu hamil atau yang menyusukan anak ada masanya tidak stabil. Kesannya bukan sahaja boleh dilihat pada kulit wajah yang kusam tetapi juga masalah jerawat pada badan. Jerawat terjadi apabila kelenjar sebum di kulit tersumbat dengan sebum yang berlebihan, sel kulit yang mati atau bertindak balas kepada inflamasi. Jangkitan bakteria seperti P. Acne, Staphylococcus Aureus, Streptococcus atau fungus juga boleh mengakibatkan jerawat. Biasanya jerawat akan nampak timbul, kemerahan, bernanah dan sakit apabila disentuh.
Sebum ialah bahan berwarna kuning yang dihasilkan oleh kelenjar sebum (di lapisan dermis kulit) yang berfungsi untuk melembapkan kulit dan rambut. Sebum terdiri dari trigliglyceride, cholestrols,esters, free fatty acids. Minyak di permukaan kulit bukan hanya datang dari sebum, tetapi dari kombinasi lipid oleh sel kulit, peluh dan oksidan dari persekitaran.
Setelah kita mengetahui faktor terjadinya jerawat, baharulah kita boleh merawatnya. Pertama sekali, elakkan atau kawal kelenjar sebum kita menghasilkan terlalu banyak sebum. Kurangkan inflamasi atau radang bengkak jerawat di kulit, hapuskan kuman bakteria yang terlibat di kawasan jerawat serta kurangkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.
Rawatan terbaik yang melibatkan semua faktor ini dipanggil holistik (menyeluruh) iaitu dengan kombinasi rawatan perubatan moden dan bahan organik seperti witch hazel, ascorbik asid atau teh hijau untuk membunuh kuman dan mengawal inflamasi dan penghasilan sebum. Pengawalan keseimbangan hormon estrogen, progesterone atau testosterone selalunya melibatkan rundingann pakar menggunakan kombinasi ubat moden, regim pemakanan yang sihat serta pengawalan berat badan. Pesakit juga perlu merawat stres yang mengakibatkan rembesan hormon adrenalin yang berlebihan yang menyebabkan sebum dan rembesan hormon lain yang tidak harmoni.
Rawatan holistik seperti seperti hydrafacial bertindak untuk memulih kelembapan kulit, rawatan muka cahaya LED biru dan merah, rawatan menggunakan mesotherapy seperti ascorbic acid, dan pengelupasan kimia yang mengandungi beta hydroxy acid seperti salicylic acid. Rawatan holistik untuk jerawat memakan masa dan pemilihan produk penjagaan kulit wajah yang betul perlu dilakukan. Jika kulit terlalu kering atau terlalu lembap ,atau faktor sebenar jerawat terjadi tidak dirawat sepenuhnya, masalah jerawat akan timbul semula.
Rawatan holistik mengambil tempoh selama tiga ke sembilan kerana ia bergantung kepada faktor lain seperti pengawalan pemakanan, pemilihan produk penjagaan kulit wajah atau tubuh, keseimbangan hormon dan berat badan. Proses menggunakan ubat moden perlu diikut d engan betul dan ikut jangka masa yang diberikan.
Rawatan menggunakan kombinasi pemulihan epidermis dan dermis kulit seperti hydradermabrasi, LED omega light therapy, pengelupasan kimia pula sebaik-baiknya dilakukan mengikut kala jadual yang ditentukan oleh pakar perunding yang bertauliah.
Hydradermabrasi menggunakan cairan kombinasi berlandaskan air berfungsi untuk membuka pori yang tersumbat dan melembapkan kulit sambil merangsang penghasilan sel kulit yang sihat dan membuang sel kulit mati.
Rawatan LED biru dan kombinasi dengan cahaya merah yang mempunyai gelombang nano yang mampu menyahaktifkan kuman pada kulit. Rawatan menggunakan betahydroxyacid berfungsi untuk mematikan kuman dan mengeksfoliasikan kulit mati.
Rawatan menggunakan ubatan moden seperti antibiotik, antiinflamasi, retinoic acid, benzoic acid, salicylic acid bergantung kepada individu. Jangkaan antara tiga ke tujuh bulan adalah purata tempoh rawatan. Kombinasi facial dan rawatan kulit ini selalunya dibuat setiap dua ke tiga minggu dalam tempoh tiga ke enam bulan, bergantung kepada puncanya.
Adakah Ibu Hamil Dan Menyusu Sesuai Dengan Rawatan Jerawat Ini?
Sesetengah rawatan menggunakan perubatan moden seperti ubatan tidak sesuai diberi ketika kehamilan, seperti penggunaan kimia yang terlalu tinggi. Kebanyakkan ubat yang dibenarkan ketika kehamilan akan diberi ketika trimester kedua dan ketiga. Rawatan facial seperti hydradermabrasion, hydraoxyglow C, LED pulse light tiada masalah dilakukan bermula dari trimester kedua dan keatas. Sesetengah pengelupasan kimia seperti salicylic acid dalam peratusan rendah dibolehkan ketika trimester kedua dan ketiga Ibu hamil dan menyusukan perlu mendapatkan nasihat dari pakar sebelum memulakan rawatan.
Perlu diingatkan, untuk merawat jerawat bergantung kepada punca sebenar jerawat, pemilihan produk kulit yang baik, rawatan facial yang baik. Anda juga perlu sabar, konsisten dan faham tentang masa diperlukan untuk merawat jerawat sepenuhnya. Pengawalan stres melalui senaman fizikal dan rohani amatlah penting. Tiada jalan pintas untuk masalah kulit jerawat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!