Baru-baru ini, Penyanyi serta pelakon popular, Ayda Jebat berkongsi kebimbangan mengenai anak perempuanya yang secara tiba-tiba naik bintik-bintik merah di bahagian badan serta muka.
(Followers Pa&Ma, DAPATKAN Mind Cordless Steam Iron [Rose Gold Edition] dengan harga murah, gunakan kod PNMGSP5 di GO SHOP)
Menerusi temu bual, dia mengakui ini kejadian pertama kali berlaku sepanjang dia bergelar ibu dan situasi ini memang membuatkan dia lebih berwasapa terhadap kesihatan bayi sulungnya, Ana Nayla yang kini berusia 10 bulan.
“Bangun pagi je terus naik merah-merah. Baby memang ada eczema.”
Tambahnya lagi, Ana Nayla memang ada penyakit eczema dan diwarisi dari sebelah suaminya.
“Eczema ada dalam darah Nabil, macam Nabil dan keluarga dia memang kulit sensitif. Masa kecil Nabil memang ada Eczema dan alergik dengan kacang. ”
Ads
“Kebanyakkan keluarga Nabil semua memang tak boleh makan yang ada bahan pengawet, tak boleh minum air tin. Anak saudara Nabil pun sama, kalau minum je terus naik.”
“Masa jumpa doctor kata Baby maybe allergic ubat yang baby makan (sebab baby demam, flu and batuk) or apa yang mommy makan sebab saya pun menyusu badan kan.
Ads
“Jadi kami try stop apa-apa yang punca jadikan dia macam tu”
“Mula-mula jadi tu terkejut jugalah, sebab 1st time. So lepas bagi ubat yang doktor suggest, Alhamdulillah sekali makan je terus baik”
Tambahnya lagi, jika ketika itu dia lambat bertindak mungkin keadaan menjadi lebih teruk.
Ads
“Boleh jadi lebih teruk kalau kami lambat bertindak. Kena lebih berwasapalah selepas ini.”
Frittata ialah hidangan Itali berasaskan telur yang serupa dengan omelet atau quiche tanpa kerak atau telur hancur, diperkaya dengan bahan tambahan seperti daging, keju atau sayur-sayuran.
Rasanya sama sedap seperti yang dilihat, dengan tekstur yang gebu, dan rasa yang kaya dan berkrim. Sebagai bonus, kerana ia tidak mempunyai kerak tepung, ia sesuai untuk pemakan tanpa gluten.
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu;
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genap setahun Nur Amna Quxandra, isteri penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan mengimbas semula detik ketika dimaklumkan doktor anak dalam kandungan sumbing.
Kongsi Sheila di instagramnya, ketika mendapat perkhabaran itu, terus rasa down dan sukar mengawal dirinya daripada beremosi.
“‘Baby you ada sumbing sikit ya!’. Kata doktor masa mommy check up 27 minggu preggy.
“Tak lepas-lepas mata mommy pandang daddy. Jantung mommy macam stop kejap. Tapi mommy hairan tengok daddy, dia cool je.. Dia senyum.. Dia relaks.
“Sepanjang perjalanan balik, mommy diam. Dalam kepala serabut fikir kenapa dan kenapa..
“Tak tahu nak mula cerita kat sape. Orang pertama yang mommy bagitahu cuma Bonda Nina & Mama Fairuz. Diorang pun relaks je…
“Then mommy bagitahu nenek. Semua pun relaks, jadi keadaan mommy yang serabut tadi pun bertukar tenang,” tulisnya menerusi akaun Instagram peribadinya.
Sheila menganggap situasinya itu sebagai rezeki dan pengalaman yang paling istimewa.
“Mommy tahu baby ni special, sebab Allah bagi pengalaman yang tak sama dengan ibu-ibu yang lain.
“Mommy banyak membaca segala benda tentang baby cleft dan insyaAllah, niat mommy dan daddy buat showcase untuk anak-anak sumbing macam Xandra akan terlaksana tak lama je lagi.
“Mommy nak anak-anak macam Xandra tak rasa down. Tak rasa too reserved dan sentiasa yakin berada di khalayak!.
“Mommy nak buktikan pada netizen, anak sumbing juga mampu berdiri sebaris anak-anak yang lain!
“Jangan merendahkan mereka. NUR AMNA QUXANDRA – CAHAYA KETENANGAN. Happy Birthday sayang!” tulisnya yang turut meraikan ulangtahun kelahiran pertama anak bongsunya itu pada 24 Februari lalu.
Sumber: ig Sheila Razlan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu dan dua anak perempuan ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, Ipoh. Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.