Lebih 20 orang kanak-kanak dilaporkan cedera selepas makan snek bersalut nitrogen cecair di Indonesia.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Indonesia mengeluarkan amaran supaya tidak mengambil makanan terbabit yang turut popular dengan nama ‘Dragon’s breath’.

Gara-Gara Makan Snek Bersalut Nitrogen Cecair (Dragon’s Breath), Lebih 20 Kanak-Kanak Cedera

Difahamkan, Dragon’s Breath itu mula popular di Indonesia selepas video mengenainya tular di media sosial terutama aplikasi TikTok.

Akibatnya, ramai kanak-kanak di Indonesia mengalami keracunan makanan dan kerosakan organ dalaman, mendorong pihak berkuasa kesihatan negara itu memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambilnya.

IKLAN

Digelar ‘dragon’s breath’ kerana kepulan asap yang dikeluarkan apabila dimakan, makanan yang dipanggil ‘chiki ngebul’ atau ‘chikibulis’ oleh penduduk tempatan itu merangkumi pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni disalut dengan nitrogen cecair dan coklat.

Pengarah Kesihatan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia, Dr Anas Ma’ruf berkata, nitrogen cecair boleh mencapai suhu -190 darjah Celsius dan jika terkena kulit, boleh menyebabkan radang atau melecur.

“Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan dan penghadaman jika terhidu atau ditelan (dalam jumlah yang banyak),” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Justeru, kementeriannya mengarahkan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk meningkatkan pemantauan dan menggesa ibu bapa serta guru supaya berwaspada.

IKLAN

Di Jawa Barat, sekurang-kurangnya 28 orang kanak-kanak berumur empat hingga 13 tahun mengalami keracunan makanan atau kerosakan organ dalaman selepas memakan ‘chiki ngebul’ sejak November 2022, lapor media Jakarta.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Maxi Rein Rondonuwu, berkata kira-kira 25 kanak-kanak cedera selepas memakan snek itu termasuk dua dimasukkan ke hospital tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Nitrogen cecair bukan saja berbahaya jika dimakan, malah boleh menyebabkan masalah pernafasan yang serius jika kerap dimakan.

“Sekolah mesti mendidik kanak-kanak mengenai bahaya bahan ini begi mengelakkan lebih banyak kes keracunan atau kecederaan,” ujarnya.

IKLAN

 

Gara-Gara Makan Snek Bersalut Nitrogen Cecair (Dragon’s Breath), Lebih 20 Kanak-Kanak Cedera

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI

MUMMY ME-TIME @ PAMERAN PERBIDANAN MUZIUM NEGARA!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI