Garlic Crunchy Menu Pantang Penambah Rasa, Guna Air Fryer 5 Minit Siap, Rangup!

Share

Ibu yang berpantang memerlukan makanan yang segar untuk menambahkan nutrisi dan tenaga pada tubuh selepas menempuh proses melahirkan anak. Pun begitu makanan yang bersifat ‘panas’ membantu ibu terus kekal selesa dan sentiasa hangat sepanjang berpantang.

Halia, bawang putih dan lada hitam antara makanan yang membantu menghangatkan tubuh wanita berpantang. Wajib ada sebagai resipi penambah rasa ketika dinikmati bersama nasi panas. Tak perlu beli, sebaliknya hanya buatkan sahaja hirisan halia dan bawang putih ini di rumah. Cukup mudah bila menggunakan air fryer, seperti yang dikongsikan oleh Fafae Mimie ini. Jom cuba!


Garlic Crunchy air fryer, tahan la kot seminggu. Kalau air fryer jenis tak pusing-pusing manual goncang-goncang tiap 5 hingga 10 minit tu.

Hiris nipis, toskan kejap bagi kering sikit. Basuh dulu baru hiris. Lepas hiris tak payah basuh dah nnti baaah sangat.

Gaul garam secubit dan minyak setitik dua.

25 minit, 125c. Kalau tak masak lagi, tambah masa.. air ftyer ni dia berpusing dalam tu so akan masak sekata.

Siap.. ada yang melekat-melekat tu kita asingkan balik dan bakar semula kejap.

Simpan dalam bekas kedap udara. Makanlah dengan nasi panas.


PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamachannel

IKLAN