Gaya Macam Bos, Nak Semua Dapat. Bawah 5 Tahun Anak Tunjuk Ciri Ni Kena Beringat

Share

Anak kecil bawah 4 hingga 5 tahun biasanya akan mula menunjukkan ciri-ciri TUAN BESAR. Tapi ibu bapa tak boleh biarkan saja nanti anak akan jadi MAHARAJA di rumah.

Anak sekecil umur 1.5 tahun pun ada yang sudah pandai tunjuk emosi merajuk dan marah sambil muncung-muncung mulut lagi. Fasa ini fasa Otak Limbik mula pesat berkembang.

Dari mana lah dia belajar kan.

Anak ini jenis OBSERVANT. Dia bukan faham mana yang elok hendak ikut atau sebaliknya.
Kerana sifat INGIN TAHU semua benda dia nampak dia hendak buat dan eksperimen.

Samalah juga. Bila dia nampak bila dia tunjuk gaya BOSSY dia, dia dapat apa dia hendak.

Tapi ibu bapa khususnya harus beringat jangan gelakkan anak walaupun nampak comel gaya bossy dia tu kita pada masa sama perlu tahu bagaimana hendak disiplinkan anak.

Disiplin anak kecil ini juga ada caranya agar anak nampak kasih sayang yang dicurahkan ibu bapa sekiranya berkelakuan baik.

Kita tidak pula mahu memarahi si anak sebab ini hanya akan menyebabkan OTAK REPTILIA dia semakin mengganas.

Ada beberapa STRATEGI secara general yang dapat membantu kita ibu bapa tenteramkan anak yang sedang marah

1. Dengar dengan sepenuh perhatian. Yes beri perhatian. Anak anak ini ATTENTION SEEKER tau. selagi tidak dipandang selagi itu lah dia hendak menunjuk.

2. Hormati perasaan anak. Anak ada juga perasaan TAPI dia belum lagi faham. Jadi kita berikan nama pada emosi yang ditunjuk.

3. Mengaitkan perbuatan dengan emosi. Kadang kala anak tidak faham perbuatan dia itu sesuai ke dengan emosi yang dirasai. Tunjukkan tindakan sepatutnya anak buat.

4. Beri masa dan ruang untuk meluah emosi. Ya anak perlu tunjuk emosi marah , sedih dan sebagainya. Jadi perlulah ruang untuk anak tunjuk emosi dia tu.

5. Buat batasan yang jelas untuk anak fahami. Di rumah pastikan setiap ruang diberi batasan dan fungsi. Anak tidak boleh suka hati sahaja hendak main barang. Ya rumah bersepah tanda anak kecil lagi tapi tidak lah sampai bila ada orang datang nanti anak tidak hiraukan orang yang ziarah kan.

6. Beri solusi dan alternatif. Anak kecil sebenarnya faham arahan ringkas. Jadi selalu beri pilihan kepada anak untuk cari solusi.

7. Konsisten. Jika sekejap boleh sekejap tidak boleh. Anak pun confius kan. Jadi ibubapa boleh konsisten dengan araham yang diberi.

8. Ajar anak meminta maaf. Sorry ini antara magic word wajib ibubapa ajar kepada anak dari kecil. Jangankan anak kita dewasa pun perlu rajin mohon maaf pada anak kita.

9. Memberi pujian. Siapa yang tidak suka dipuji. Lagi dipui lagi anak seronok sebab rasa diri dihargai dan disayangi.

10. Jangan Putus Asa. Tipulah jika semuanya indah sahaja. Ada masa kita juga perlu motivasi supaya tidak mudah putus asa untuk terus mendidik anak kita.

Semoga kita terus istiqomah ya ibu bapa. Anak-anak amanah kita.

Nurul Sheriena Musa
(Terapis Cara Kerja)

IKLAN