Comel dan cute sangat Raden dalam persalinan baju masyarakat Jawa. Kecil-kecil dah pandai posing. Nampaknya mommy macam dah tak sabar nak mengayakan baby Raden. Tak percaya tunggulah bila dah besar nanti.
Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan pada 13 Mac lalu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Raden Muhammad Rafael selain sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu Raf Yaakob.
Sumber: ig Mawar Rashid & Raden Rafael
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebahagian ibu bapa, agak pelik bila di saran perlu buat jadual rutin harian anak: jam berapa bangun tidur, jam berapa perlu tidur, jam berapa perlu mandi, main, belajar dan sebagainya..
“..baru baby kot..? nak kena jadual bagai?. Bukan jadual ini untuk anak-anak dah sekolah je ke? “..begitulah lebih kurang bidasan mereka.
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah jadual harian bayi sangat penting.
Apa yang membuatkan saya cukup kesal seolah yang menyaran itu ‘saja melebih’, ‘nak tiru mat salleh’ atau ‘ini semua poyo je’. Jujurnya, jadual harian bayi agak asing buat ibu bapa Asia. Redah aje!.
1. Faktanya, anak kecil suka dan perlu pada jadual.
Jadual atau rutin memberi anak perasaan mengetahui apa yang bakal terjadi. Ini memberi rasa selamat dan terkawal buat anak. Bila mereka rasa selamat dan ‘in control’, kuranglah mereka nak meradang dan buat perangai.
Contoh paling mudah: menghentikan anak yang sedang bermain serta merta tanpa amaran kerana anda perlu segera pulang paling berpotensi membuat anak menjerit marah dan mengamuk berbanding jika anda telah beri makluman awal seperti , ” Kita main 30 minit saja,ok janji? “. Paling-paling pun, anak akan merungut dan membebel namun tidaklah hingga mengamuk sakan. Dan ya, ia perlu pada sikit latihan kebiasaan.
Maka, bila rutin tiada dan anak hidup ‘ikut dan’ saja, ia ibarat menunggu masa bom jangka anak meletus tak pasti masa dan tempat. Sudahnya ibu mendakwa ‘ anak saya suka merengek sepanjang masa ‘.
Apa masalahnya kalau anak berjaga melebihi masa? Masalahnya ialah , badan anak akan mengesan bahawa anak tidak mendapat rehat pada masa ia di perlukan lalu mula merembes hormon stress iaitu Kortisol. Bila Kortisol tinggi ➡ hormon tidur akan di rencatkan : tak boleh beraksi. Maka, badan anak letih sangat tapi sistemnya halang anak dari tidur selagi Kortisol masih tinggi.
Ini saya telah terang banyak kali.
Tapi jadual tak perlu lah di buat untuk bayi di bawah 3 bulan. Ini kerana jam biologi anak masih caca marba lagi untuk 12 minggu pertama akibat sistem hormon badannya baru nak berjinak-jinak beraksi.
Dah tu, kenapa dalam jadual di bawah di senaraikan juga buat bayi 1 dan 2 bulan? Ini untuk rujukan ibu bapa tentang berapa lama anak mampu tahan mata sebelum kembali letih dan minta di tidurkan. Lucunya, ada sebahagian ibu bapa yang tak tahu fakta ini lantas ingat anak mereka ‘bermasalah’ kerana berjaga sekejap saja, kemudian merengek nak tidur semula. Tak sempat bermain dan ‘explore’ dunia katanya.
Saya balas, belum masanya mereka nak minat main dan jelajah dunia. Penglihatan mereka pun masih kabur melainkan objek 8-12 inci dari muka mereka. Malah, mereka nampak hitam-putih saja (high contrast).Nak main dengan anak? Tunggu anak 2.5 bulan -3 bulan dan anda akan lihat bayi usia ini sangat suka interaksi manusia. Kenapa? Kerana penglihatan anak menjadi 20/20 sekitar usia 3-5 bulan. Dianggarkan, sekitar usia anak 5 bulan barulah kedua belah matanya terkoordinasi dengan baik dan dengan itu, dunia kini lebih menarik untuk di terokai kerana mereka kini mampu melihat dunia dalam bentuk 3D dan bukan lagi tersekat dalam mode 2D seperti sebelum ini.
Fakta ini di sahkan dari sudut ‘neurological changes’ (perubahan kemampuan otak) dimana pada sekitar 5 bulan inilah anak faham konsep kejadian. Contohnya: bola yang jatuh boleh melantun semula.
2-3 bulan selepas itu pula, anda melihat anak mula pandai merangkak (sekitar 8 bulan). Tempoh berjaga sekitar maksimum 3 jam cukup untuk anak berlatih di samping menyelesaikan urusan diri sebelum kembali letih dan mengulang tidur.
Menarik kan? Hebatnya cara Allah menyusun jumlah jam keperluan tidur anak dengan perkembangan motor dan mentalnya. Teratur. Itu kata kuncinya: teratur dan tersusun.
Bayi yang sering menghisap jari atau tangan bukanlah satu perkara yang pelik atau luar biasa. Malah, ia adalah sebahagian daripada proses perkembangan semula jadi bayi. Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, sudah tentu anda risau sekiranya tabiat ini berlanjutan atau memberi kesan buruk pada kesihatan bayi.
Adakah bayi anda sedang mengalami perubahan perkembangan atau ada sesuatu yang perlu diberi perhatian? Jangan risau, kami akan berkongsi dengan anda 5 sebab utama mengapa bayi suka menghisap jari, serta perkara penting yang perlu ibu bapa tahu!
Apabila bayi mula sedar bahawa tangan adalah sebahagian daripada tubuh mereka, mereka akan mula menggunakannya sebagai alat permainan. Pada usia 2-3 bulan, bayi mula menjelajahi tubuh mereka, dan salah satu cara mereka belajar adalah dengan memasukkan tangan ke dalam mulut. Ini adalah refleks semula jadi yang membantu mereka memupuk koordinasi mata-tangan serta merangsang deria mereka.
Apa yang perlu ibu bapa tahu? Proses ini adalah sebahagian daripada perkembangan motor halus yang penting. Jangan halang tabiat ini kerana ia menunjukkan bahawa bayi sedang berkembang dengan baik.
Salah satu punca utama bayi menghisap jari adalah kerana mereka sedang dalam proses tumbuh gigi. Apabila gigi mula tumbuh, gusi bayi menjadi gatal dan sensitif, dan mereka akan cenderung mengunyah atau menghisap jari untuk melegakan ketidakselesaan tersebut.
Tanda-tanda bayi tumbuh gigi:
Gusi bengkak atau merah
Air liur berlebihan
Meragam atau mudah marah
Suka mengunyah apa sahaja, termasuk jari
Petua untuk ibu bapa: Pastikan anda menyediakan mainan teether yang selamat dan bersih untuk membantu menenangkan gusi bayi. Ini dapat mengurangkan kebiasaan menghisap jari jika berlarutan.
Kadangkala, bayi menghisap jari kerana mereka lapar. Sebelum mereka mula menangis, bayi sering menunjukkan tanda lapar dengan menghisap jari atau mulut mereka. Sebagai ibu bapa, anda harus peka kepada isyarat ini kerana ia adalah cara bayi memberitahu mereka bahawa masa menyusu sudah tiba.
Tanda-tanda lapar pada bayi:
Mulut terbuka luas
Menggerakkan kepala ke arah dada ibu (mencari susu)
Mengunyah atau menghisap jari dengan kuat
Tip: Jika bayi mula menghisap jari, ini mungkin isyarat bahawa mereka sudah tiba masanya untuk menyusu. Segera beri perhatian untuk elakkan bayi menangis terlebih dahulu.
Sebagai bayi, mereka sering merasa cemas atau tidak selesa apabila berhadapan dengan situasi baru, atau apabila mereka keletihan. Menghisap jari adalah salah satu cara mereka mencari ketenangan dan keselesaan. Ini adalah tindakan semula jadi bayi untuk menenangkan diri ketika mereka merasa bosan, penat, atau tidak selesa.
Apa yang ibu bapa boleh buat? Jika bayi sering menghisap jari kerana mencari keselesaan, pertimbangkan untuk menggunakan puting bayi setelah penyusuan berjalan lancar. Puting boleh memberikan rasa selamat dan menenangkan bayi tanpa menjejaskan kesihatan mereka.
Kadangkala, bayi menghisap jari kerana mereka merasa senang dan terhibur. Ini adalah cara mereka mengeksplorasi dunia di sekitar mereka, terutamanya apabila mereka sedang belajar menggunakan deria sentuhan, rasa, dan penglihatan mereka. Aktiviti ini memberikan rangsangan deria yang menyeronokkan untuk bayi.
Cara ibu bapa boleh bantu:
Berikan mainan yang sesuai dengan usia bayi untuk menggantikan tabiat menghisap jari.
Pilih mainan yang selamat dan merangsang deria bayi, seperti buku kain atau mainan berwarna cerah.
Walaupun menghisap jari adalah sebahagian daripada perkembangan normal, ibu bapa tetap perlu memastikan kebersihan bayi dijaga. Ini penting untuk mengelakkan risiko jangkitan atau bakteria. Pastikan bayi sentiasa mencuci tangan dan elakkan bayi menghisap jari ketika mereka berada di tempat yang kotor atau terdedah kepada bakteria.
Menghisap jari adalah normal bagi kebanyakan bayi, tetapi jika tabiat ini berlanjutan sehingga usia yang lebih tua (contohnya selepas usia 4 tahun), ia boleh menjadi satu masalah. Jika bayi mula menunjukkan gejala-gejala yang luar biasa atau tabiat ini menjadi obsesif, segeralah berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Tabiat bayi menghisap jari bukanlah sesuatu yang perlu dikhawatirkan secara berlebihan, kerana ia adalah proses semula jadi dalam perkembangan mereka. Namun, ibu bapa harus peka dan memberikan perhatian kepada tanda-tanda atau perubahan lain yang mungkin berlaku. Menghisap jari adalah sebahagian daripada pembelajaran bayi dalam mengenal diri mereka dan dunia di sekeliling.
Yang paling penting, jangan terlalu cepat menilai atau menghukum bayi. Seiring dengan pertumbuhan mereka, kebanyakan bayi akan berhenti menghisap jari secara semula jadi. Dengan pemantauan dan perhatian yang teliti, ibu bapa dapat membantu si kecil berkembang dengan sihat dan bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak diserang batuk dan selesema tentu mama jadi tak keruan kan. Malah jika lambat mengadakan rawatan dengan cara yang betul mungkin akan menyebabkan masalah jangkitan paru-paru seperti bronchitis, pneumonia atau asma. Selain mendapatkan rawatan doktor, ibu-ibu boleh mencuba rawatan cara alami di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
5 petua cara alami untuk anda cuba
Ambik beberapa biji bawang besar. Kemudian kopek kulit bawang besar, hiri dan tumbuk dengan lesung untuk mengeluarkan jusnya. Jus bawang diletakkan dalam piring. Biarkan piring berdekatan dengan bantal tempat tidur anak anda.
Sebelum memakaikan anak stoking, ibu perlu menyapu minyak bawang putih atau minyak habbatussauda’ ke bahagian tapak kaki anak. Seterusnya boleh sapu pada bahagian dada, belakang badan dan pelepah hidung anak. Urutan ini akan memberikan kelegaan kepada anak.
Semasa anak tidur, pastikan tinggi bahagian kepala anak. Ia untuk memastikan anak berasa selesa untuk bernafas. Gunakan dua bantal nipis supaya anak dapat baring dengan selesa. Cara ini mudah dan senang untuk menguruskan anak yang mengalami selesema.
Jika di rumah anda mempunyai daun kaduk boleh cuba petua ini. Hanya campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.
Cara ini dipercayai dapat mengurangkan masalah selesema anak anda. Dengan hanya mandikan bayi anda bersama lemon. Kemudian letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda. Baunya membantu mengeringkan hingus bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...