Gelagat anak sulungIntan Ladyana dan Harris Alif nyanyi lagu ‘Cikebum’ untuk adik curi perhatian, lembut suaranya. Intan selamat melahirkan anak kedua seorang bayi lelaki pada 26 April lalu. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih.
Walaupun pasangan ini berbeza usia 17 tahun namun itu bukan masalah untuk masing-masing menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga. Malah Harris Aliff dilihat cukup matang menguruskan rumah tangga sebagai suami dan juga bapa.
Gelagat Anak Sulung Intan Ladyana & Harris Alif Nyanyi Lagu ‘Cikebum’ Untuk Adik Curi Perhatian
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik Harris Alif yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 127 ribu, tanda suka sebanyak 6,409 dan sebanyak 139 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Evie bersama ayahnya iaitu Harris Alif menyanyikan lagu ‘Cikebum’ sambil duduk di sebelah adiknya yang baru lahir itu.
Rata-rata warga maya teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Evie seorang kakak yang sangat lembut suaranya, ditambah pula dengan telatahnya yang sangat comel itu.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Demam biasa sering dianggap perkara ringan oleh kebanyakan ibu bapa. Namun kisah ini membuktikan bahawa demam biasa petanda terakhir boleh berlaku tanpa kita sangka.
Tak ada ibu ayah di dunia ini yang bersedia untuk kehilangan anak apatah lagi yang pergi secara tiba-tiba, tanpa sempat dipeluk buat kali terakhir.
Itulah yang dilalui oleh sebuah keluarga apabila pemergian mengejut adik Nur Khalishah Zahra, 11 tahun, telah meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh ahli keluarganya, seperti dikongsikan oleh bapanya, Wan Chai di Facebook.
Anak bongsu perempuan tunggal yang mesra dipanggil “Ayang” ini sebelum itu hanya mengalami demam biasa. Menurut perkongsian bapanya, keadaan demam tersebut tidak serius, hanya disertai batuk dan selera makannya juga masih seperti biasa.
Namun, pada 19 April sekitar jam 1.30 petang, keadaan kesihatan Ayang tiba-tiba merosot apabila beliau menjadi lemah dan mengalami muntah-muntah. Ibu bapanya segera membawanya ke sebuah klinik di Sungai Kapar Indah dengan menaiki kereta.
Setibanya di hadapan klinik, Ayang dilaporkan muntah dengan teruk sebelum tidak sedarkan diri. Doktor yang bertugas segera memberikan bantuan awal CPR setelah mendapati denyutan jantungnya semakin lemah.
Pada masa yang sama, pihak klinik menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan untuk membawa Ayang ke hospital. Tidak lama kemudian, ambulans tiba bersama pegawai perubatan yang turut memberikan CPR sebelum membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Setibanya di Jabatan Kecemasan Kanak-kanak, segala usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan Ayang. Namun, Ayang disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 petang.
Disebabkan kematiannya yang mengejut, jenazah perlu melalui prosedur bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan tidak dapat dituntut pada malam tersebut. Jenazah kemudian dibawa ke Jabatan Forensik untuk proses bedah siasat yang bermula pada jam 9.00 pagi keesokan harinya.
Proses bedah siasat selesai sekitar jam 12.40 tengah hari sebelum dituntut oleh pihak UKVJ HQ. Jenazah telah dibawa ke Bilik Wakaf Jannatul Firdaus di Batu Belah, Klang bagi tujuan disempurnakan.
Ibu bapa serta tiga orang adik-beradik Ayang turut diberi peluang dan tunjuk ajar sepanjang pengurusan mandi dan kafan jenazah dilakukan. Proses tersebut disempurnakan oleh tiga orang bilal muslimah UKVJ HQ dengan jenazah disantuni seperti anak mereka sendiri.
Pihak pengurusan turut memberi ruang dan peluang kepada keluarga untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Ayang. Jenazah kemudian disolatkan dengan diimamkan oleh abang sulungnya sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Perepat, Kapar.
Suasana pilu menyelubungi ketika jenazah dibawa masuk ke rumah untuk penghormatan terakhir. Rakan-rakan persekolahan serta guru dari Sekolah Kebangsaan Sementa yang hadir tidak dapat menahan kesedihan ketika memberikan ciuman terakhir di wajah Ayang.
Jenazah kemudiannya disolatkan sekali lagi di perkarangan rumah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Perepat, Kapar. Alhamdulillah, jenazah Ayang selamat disemadikan pada jam 5.30 petang dengan bantuan pihak pengurusan tanah perkuburan.
Kehilangan “Ayang” meninggalkan luka yang amat mendalam buat si bapa. Anak yang begitu rapat dan manja dengannya kini telah pergi meninggalkan kenangan yang sukar untuk dipadam. Berulang kali si bapa menyatakan bahawa Ayang adalah seorang anak yang baik.
Pemergian Ayang bukan sahaja meragut kebahagiaan seorang ayah, malah mengosongkan ruang yang tidak mungkin dapat diganti.
Paling meruntun jiwa apabila si bapa mengingati kata-kata terakhir Ayang,
“Lepas ni Ayang dah tak main bola tampar dah.”
Kata-kata itu, yang pada awalnya mungkin kedengaran biasa, rupa-rupanya menjadi petanda perpisahan yang abadi. Ayang yang dikenali sebagai seorang pelajar aktif dalam bidang sukan sepatutnya terlibat dalam pertandingan bola tampar bersama rakan sepasukan.
Namun, segalanya tinggal kenangan.
Sesungguhnya, pemergian Ayang bukan sekadar kehilangan seorang anak, tetapi juga hilangnya sinar dalam sebuah keluarga yang amat menyayanginya. Kenangan bersamanya akan terus hidup dalam ingatan, walau jasadnya telah pergi meninggalkan dunia.
Demam biasa petanda terakhir seperti dalam kisah ini menjadi peringatan buat kita semua agar lebih peka terhadap perubahan kesihatan anak-anak walaupun kelihatan kecil. Al-Fatihah.
Sempena sambutan Hari Ibu, Pa&Ma dengan bangganya berkolaborasi bersama GSC untuk meraikan lebih 30 orang ibu hebat dan anak-anak mereka dalam satu acara yang cukup istimewa iaitu tayangan filem Ejen Ali The Movie 2 di GSC IOI City Mall, Damansara. Bukan sekadar menonton filem, acara ini turut menjadi momen bermakna untuk mengukir senyuman dan kenangan manis buat keluarga yang hadir.
Tayangan wayang ini bukan aktiviti biasa-biasa. Suasana bertambah meriah dengan acara cabutan bertuah dan pelbagai permainan menarik yang disediakan khas untuk para ibu dan anak. Ibu-ibu bukan je sporting, malah masing-masing teruja dan gembira untuk turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan.
Ada yang siap menari, ada yang gelak tak berhenti, memang happening habis! Semua peserta juga dibekalkan goodies istimewa yang menambah rasa dihargai sepanjang program berlangsung.
Bukan ibu je yang boleh diraikan di GSC tau! Apa kata anda anjurkan parti hari jadi anak-anak di sini. Kalau pening nak cari tempat sambut hari jadi anak-anak, GSC ada jawapannya!
Bukan sekadar lokasi, tapi pakej penuh dengan kegembiraan. Dengan hanya RM1,500, parti anak anda akan dipenuhi dengan Kombo Keluarga bersama Snack Platter, persembahan tarian Hello Song yang comel, Pek Permainan Bawa Pulang untuk setiap kanak-kanak, serta 3 jam penuh keseronokan — 1 jam bermain dan 2 jam menonton filem.
Siap dengan dekorasi asas macam backdrop, belon dan e-jemputan. Tak payah pening kepala dah, semua GSC uruskan!
Yang paling buat kanak-kanak excited semestinya GSC Play Meal. Ia bukan sekadar makanan, tapi satu pengalaman! Datang bersama snek yang sedap dan mainan misteri, GSC Play Meal memang direka khas untuk penonton cilik yang nak lebih keseronokan masa menonton.
Nak main sebelum filem bermula? Boleh. Nak kunyah masa Ejen Ali tengah beraksi? Pun boleh! Dengan hanya RM13.00, anak-anak akan rasa macam superstar di pawagam.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, korang boleh terus ke laman web rasmi di www.gsc.com.my, walk-in ke mana-mana cawangan GSC berdekatan atau hubungi mereka melalui panggilan/WhatsApp. Pakej ni hanya tersedia di lokasi tertentu, jadi cepat-cepat tanya dan confirm slot anda.
Pa&Ma percaya, setiap ibu layak dihargai dan setiap anak berhak rasa gembira. Terima kasih GSC kerana bersama kami membawakan senyuman kepada keluarga kecil yang luar biasa ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam setiap detik kehidupan, terdapat peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tahun 2025 membawa pelbagai peristiwa penting dalam kalendar Islam yang penuh hikmah.
Daripada permulaan bulan Rejab hingga ke Aidiladha, setiap tarikh ini mengingatkan kita tentang amalan-amalan yang dapat memperbaiki diri, memperkuat hubungan dengan Allah, dan menyemai kebaikan sesama insan. Dengan menyedari hikmah di sebalik tarikh-tarikh penting ini, kita dapat melangkah ke arah menjadi Muslim yang lebih baik.
1 Januari 2025 1 Rejab
Istighfar (Mohon keampunan):
Nabi SAW bersabda: “Aku beristighfar kepada Allah lebih dari 70 kali sehari.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 6307)
Puasa Sunat Rejab:
Sabda Nabi SAW: “Puasa di bulan Allah (Rejab) dan diikuti puasa Syaaban, adalah persediaan kepada Ramadan.”
(Hadis Riwayat Baihaqi, No. 3812)
Membaca Quran:
Firman Allah: “… Bacalah AlQuran dengan tertib…”
(Surah AlMuzammil, 73:4)
27 Januari 2025 Israk dan Mikraj
Solat Sunat:
Rasulullah SAW bersabda: “Solat malam adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 3549)
Mengenang Israk Mikraj (Laksanakan solat 5 waktu):
Dari kisah Nabi SAW: “Solat itu adalah mi’raj bagi orang beriman.”
(Hadis Riwayat Ahmad, No. 22711)
2 Mac 2025 Awal Ramadhan/Berpuasa
Puasa Ramadan:
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan, maka diampuni dosanya yang telah lalu.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 2014)
Membaca Quran:
Sabda Nabi: “Puasa dan AlQuran akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Ahmad, No. 6626)
Sedekah:
“Sebaikbaik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadan.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 663)
18 Mac 2025 Nuzul AlQuran
Baca dan Hayati Quran:
Sabda Nabi SAW: “Sebaikbaik kamu adalah orang yang belajar AlQuran dan mengajarkannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 5027)
Solat Malam:
Sabda Nabi: “Barangsiapa yang bangun malam di bulan Ramadan, maka diampuni dosanya yang lalu.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 37)
31 Mac 2025 Hari Raya Puasa/Aidilfitri
Solat Sunat Aidilfitri:
Dari Jabir bin Abdullah: “Nabi keluar untuk solat Aidilfitri, sebelum itu Baginda makan beberapa butir kurma.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 953)
Bayar Zakat Fitrah:
Sabda Nabi SAW: “Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang yang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1609)
Silaturrahim (Bermaafan):
“Barangsiapa yang menyambung silaturrahim, akan dipanjangkan umurnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 5985)
29 Mei 2025 Awal Zulhijjah
Puasa Zulhijjah:
Nabi SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih dicintai Allah untuk beramal soleh selain 10 Zulhijjah.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 969)
Zikir (Takbir, Tahmid, Tahlil):
“Hiasilah hari kamu dengan zikir kepada Allah.”
(Hadis Riwayat Ahmad, No. 5633)
7 Jun 2025 Hari Raya Korban/Aidiladha
Solat Sunat Aidiladha:
“Nabi tidak solat sebelum atau selepas solat Aidiladha.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 965)
Qurban:
“Tiaptiap titisan darah Qurban itu adalah kebaikan di sisi Allah.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 1493)
Bersedekah Daging Korban:
“Berikan sebahagian daging kepada orang miskin.”
(Hadis Riwayat Muslim, No. 1317)
27 Jun 2025 Awal Muharram/Maal Hijrah
Puasa Sunat (10 Muharram):
“Puasa Asyura menghapus dosa setahun yang lalu.”
(Hadis Riwayat Muslim, No. 1162)
Muhasabah dan Doa:
“Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghisab dirinya.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 2459)
5 September 2025 Maulidur Rasul
Selawat ke atas Nabi:
“Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat kepadanya 10 kali.”
(Hadis Riwayat Muslim, No. 408)
Baca dan Fahami Sirah Nabi:
“Kamu tidak akan beriman sehingga aku lebih kamu cintai dari segalagalanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 15)
Semoga setiap amalan ini bermanfaat dan diredhai oleh Allah SWT
Setiap amalan yang dianjurkan pada tarikh-tarikh penting ini adalah peluang berharga untuk meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah. Sama ada melalui istighfar, solat sunat, membaca Al-Quran, atau bersedekah, semuanya adalah jalan untuk mendapatkan rahmat dan keampunan-Nya.
Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk menghidupkan amalan-amalan ini dan memperoleh keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. Mari jadikan tahun 2025 sebagai tahun yang dipenuhi dengan kebaikan, doa, dan kasih sayang kepada sesama
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.