Tahniah diucapkan kepada pasangan Harris Aliff dan Intan Ladyana di atas kelahiran anak kedua mereka. Intan telah selamta melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur hari ini.
Sumber foto: Instagram Harris Alif
Anak kedua pasangan selebriti ini yang merupakan seorang bayi lelaki dilahirkan secara normal dengan berat 3.06kg.
“Syukur Harris Junior dah selamat dilahirkan..”
Berita gembira kelahiran itu dikongsikan oleh Harris melalui laman sosial miliknya. Selain membuat kenyataan tentang kelahiran anak keduanya, Harris turut berkongsi foto bayi itu tetapi bahagian wajahnya ditutup. Lebih sweet lagi, foto itu disertakan dengan lagu nyanyian Harus berjudul Anugerah.
Harris melahirkan rasa syukur di atas kelahiran bayinya dan memuatnaik hantaran di laman sosial bersama anak sulung mereka, memberitahu dia baru membuat panggilan video bersama isterinya yang telah selamat bersalin.
Melalui portal mstar, ibu kepada Harris iaitu Pn Khaliza memberitahu Intan dan bayinya dalam keadaan yang baik.
“Harris tak dapat nak teman sebab kena jaga anak sulung, jadi saya yang teman Intan di hosiptal.”
Sumber foto: Instagram Harris Alif
Tambahnya lagi menantunya itu telah masuk ke hospital sejak pagi tadi dan mengalami kontraksi sekitar jam 11.00 pagi namun semua urusan dipermudahkan. Proses bersalin juga berjalan dengan lancar.
Selebriti ternama, Julia Ziegler telah selamat melahirkan cahaya mata mata sulung perempuan yang dinanti-nantikan pada isnin lepas, 14.1.19 pada pukul 11 pm. Beliau telah berkahwin dengan suaminya, yang bernama Johan pada 1 Januari 2019.
Beliau berkongsi kegembiraan tersebut di instagram miliknya dan dihujani dengan ucapan tahniah, selamat berpantang daripada peminat-peminatnya. Rakan artis turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah keatas kelahiran baby girl yang comel.
ALHAMDULILLAH
Our baby girl (3.4kg) was safely delivered at 11pm on 14.1.19. You r a blessing , a gift from heaven. Syukur alhamdulillah
Alhamdulillah congrats babe.
Syukur alhamdulillah, tahniah
Congrats Jia
Namun, posting Julia yang terbaru menarik perhatian netizen. Walaupun sedang berpantang, Julia dapat seimbangkan antara pemakanan, kesihatan mental dan fizikal dengan berfikir secara positif
Benarkah kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) membebankan murid? Ini luahan segelintir ibu bapa yang meluahkan rasa prihatin mereka pada anak-anak setiap hari. Bimbang anak kepenatan dengan jadual persekolahan pagi dan petang.
Walhal inilah satu-satunya jalan ilmu bagi anak-anak kecil kita memahami agama Islam dan memperkukuhkan akidah anak. Tambah pula kita sebagai ibu bapa kurang ilmu untuk memperkuatkan anak-anak dengan ajaran ilmu agama ini di rumah.
Seorang gula meluahkan rasa kesalnya dengan rungutan ibu bapa malah khairan dengan segelintir ibu bapa yang mendakwa Kafa tidak relevan dan memberi tekanan kepada anak-anak.
“Kafa dah wujud bertahun-tahun, bukan dua, tiga tahun. Kenapa sekarang ada yang kata tempat ni memberi stress?
“Ada yang kata, tak perlu masuk Kafa lagi, mereka masih kanak-kanak. Biarkan mereka berseronok. Biarkan mereka bermain.
“Kalau kerajaan rasa Kafa ini tak bagus atau tak perlu, mungkin dari dulu lagi dah tak wujud atau tak relevan,” katanya lagi.
Kafa, tambah ilmu dan memori indah buat wargamaya.
Tambahnya lagi, biarpun sarat dengan ilmu namun memori bersama kawan-kawan ketika mengikuti kelas Kafa meninggalkan kesan yang mendalam buat anak-anak dan ini diakui sendiri oleh wargamaya.
“Kafa cuma tempat di mana anak-anak boleh menambah ilmu. Mereka tidak akan hilang zaman kanak-kanak kalau masuk Kafa.
“Penat? Itu biasa. Bermain pun penat. Cuma pastikan mereka dapat rehat yang secukupnya. Insyallah mereka okay.
“Mereka tetap kanak-kanak tak kira apa kelas yang mereka sertai. Kalau rasa anak tak suka dengan kelas tersebut, cuba cari kelas lain,” katanya lagi.
Hal ini turut disokong oleh wargamaya yang turut mengakui Kafa sebagai tempat yang penat dengan aktiviti tetapi meninggalkan pelbagai memori bersama rakan-rakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bakal bersalin biasanya dah tak mampu nak buat apa-apa bila sedang menahan contraction, hinggakan waktu solat pun terlepas begitu sahaja. Ini kerana dalam keadaan tersebut semua itu dah tak boleh nak fikir.
Malah ada yang beranggapan solat boleh qadar semula. Mungkin ya tapi adakah kita pernah terfikir ada cara mudah boleh dilakukan selagi belum sampai waktu untuk melahirkan anak.
Perkongsian dari Dr Nur Hanisah ini benar-benar bermanfaat dan memberi satu gambaran jelas mengenai situasi solat perlu dijaga selagi kita belum melahirkan anak.
Doktor bercakap kepada pesakit.
“Puan, kita nak tolong pecahkan air ketuban ya. Sebabnya, kita nak bila pecah, kepala baby mudah turun. Jalan pun makin buka nanti.”
Dia mengangguk.
Sebelum doktor sempat memasukkan jari, matanya mengerling ke arah jam pada dinding. Kemudian memandang wajah pesakit yang sedang berbaring. Rupanya dia teringat sesuatu.
“Eh. Puan dah solat Zuhur?”
Pesakit itu menggeleng.
“Oh. Puan solat dulu lah kalau macam tu. Saya buat lepas puan solat, boleh?”
Berkerut dahi pesakit yang sememangnya sudah sarat untuk bersalin.
“Boleh qadha’ nanti kan, doktor?”
Doktor terdiam sejenak.
Selagi Belum Bersalin Wajib Solat
“Oh. Hmm. Tapi selagi puan belum bersalin lagi, kira wajib lagi untuk solat, puan. Lagi pun, puan baru 4cm ni.”
“Tapi tadi dah keluar darah, doktor. Boleh ke solat?”
Terukir senyuman di bibir doktor itu. “Boleh… Tak ada masalah.”
“Nak ambil wudhu’ macam mana doktor?” Soal dia lagi. Kurang yakin dengan arahan yang didengari. Asing barangkali.
“Kat sebelah ni ada toilet. Boleh ambil wudhu’. Lepas tu, boleh solat kat tepi katil ni je. Kalau tak larat, solat atas katil sambil duduk pun boleh.” Doktor tetap cuba meyakinkan lagi dan lagi.
Pesakit itu sudah mula duduk. Tapi masih tidak berganjak daripada katil. Riak wajahnya kelihatan teragak-agak. Entah apa yang bermain dalam fikirannya.
Doktor yang seakan memahami, menyoal sekali lagi.
“Sakit kuat ya, puan?”
Dia mengangguk.
Ambil Wuduk Guna Spray
“Ok. Tak apalah kalau macam tu. Kita ambil wudhu’ pakai spray je. Sekejap puan, ya.”
Doktor berlalu keluar daripada langsir yang menutupi katil pesakit itu tadi. Dia mendekati misi yang sedang sibuk menulis di atas meja.
“Kak, patient ni nak solat. Ada spray wudhu’ tak kat sini?”
“Ada, doktor. Kejap. Kak pergi ambil.”
“Telekung dengan sejadah ada, kak?”
“Ada. Doktor pergi ambil kat almari dalam bilik tu,” tuding dia ke arah satu bilik lain pula.
“Ok. Terima kasih, kak.”
Sudahnya, doktor sendiri membantu pesakit itu untuk mengambil wudhu.
“Kesian doktor. Basah baju doktor.”
“Eh tak apa. Sikit je ni.”
“Saya tak pernah lagi ambil wudhu’ macam ni.”
“Yeke? Takpe, takpe. Kita belajar sama-sama.” Senyum doktor itu sambil galak menekan spray, mengenakan air pada setiap anggota wudhu’ pesakit.
“Puan kalau tak boleh solat duduk, solat sambil baring pun tak apa. Kiblat arah sana, ya. Doa banyak-banyak. Minta Allah mudah proses bersalin.”
Sebelum doktor beredar, sempat lagi dia berpesan,
“Oh ya, puan. Jamak sekali ya solat Zuhur dengan Asar. Buat empat rakaat, empat rakaat.”
“Baik, doktor.”
Dan akhirnya, satu gambaran suasana yang cukup indah berlaku di hadapan mata saya.
Pesakit yang tadinya ragu, kemudian terbaring di atas katil dengan badan yang dibaluti telekung putih.
Subhanallah. Mudah-mudahan, solat itu menbuahkan khusyuk buat dirinya. Mungkin solat itu juga yang paling bermakna dalam seumur hidupnya.
MashaaAllah!
Saya yang menyaksikan kejadian pada hari itu berasa begitu terharu. Jarang jumpa doktor yang betul-betul menitikberatkan soal solat pesakit.
Mungkin boleh kata, tak pernah dijumpa. Tetapi rupa-rupanya, masih ada.
Ya Allah. Rahmatilah dirinya. Jadikanlah dia seorang doktor yang bermanfaat buat ummat. Jadikanlah lebih ramai doktor yang arif dan cakna tentang solat.
Doakan saya juga, agar dapat menjadi salah seorangnya.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.