Ternyata kehadiran anak dalam kehidupan kita banyak memberi makna dan kebahagiaan kan? Waktu seorang, tak banyak yang kita fikirkan tapi bila dah ada anak seolah-olah ada tujuan untuk kita terus menjadi yang terbaik.

Bila dapat anak, merekalah yang menjadi penyeri kehidupan kita. Dengan gelagat manja serta telatah comel anak, dah tentu boleh buat kita hilang rasa stres. Anak lelaki dikatakan rapat dengan ibu waktu kecil tetapi akan jadi rakan baik ayah bila dah besar.

Artikel Menarik: [“Baby, You Sayang I Tak?”. Gelak Besar Datin Almy Dengar Jawapan Padu Datuk Fizz!]

Gelagat Comel Bayi Sembang Dengan Ayah Curi Tumpuan. Bukan Main Rancak!

Kalau ayah rajin melayan, lagilah anak seronok! Sebuah video yang dikongsikan di Tiktok zamzam96 ini mendapat perhatian apabila seorang ayah mengusik anaknya dan ajak bersembang. Yang lucunya, si anak pun membalas seolah-olah mereka sedang bersembang biarpun berbeza bahasa!

Tonton video ini;

@zamzamh96Borak org lelaki…♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle • Shadowbanned I think

IKLAN

Artikel Menarik: [Taktik Takut Kena Marah Mekap Muka Ayah Tengah Tidur, Adik Ni Nangis Dulu. Bijak!]

Comel betul adik ni, bukan main seronok bersembang dengan ayah. Ketawa bukan main meriah lagi! Menerusi ruangan komen, ramai yang geram dengan kecomelan bayi tersebut;

Gelagat Comel Bayi Sembang Dengan Ayah Curi Tumpuan. Bukan Main Rancak!

Gelagat Comel Bayi Sembang Dengan Ayah Curi Tumpuan. Bukan Main Rancak!

IKLAN

Gelagat Comel Bayi Sembang Dengan Ayah Curi Tumpuan. Bukan Main Rancak!

Gelagat Comel Bayi Sembang Dengan Ayah Curi Tumpuan. Bukan Main Rancak!

Banyak manfaat untuk bayi sekiranya kita rajin bersembang dengan mereka. Antaranya seperti;

1. Belajar perkataan baru
Anak akan belajar bercakap dan banyak perkataan baru bila kita rajin bersembang dengan mereka. Dengan cara ini, ia dapat merangsang anak untuk bercakap dengan lebih cepat.

IKLAN

Artikel Menarik: [“Tengok Cara Dia, Ikhlas Dari Hati.” Tular Video Kanak-Kanak Suap Rakan Istimewa, Touching!]

2. Belajar sesuatu
Sekiranya kita bersembang dengan anak ketika melakukan sesuatu, anak akan belajar perkara baru. Sebagai contoh, bercakap ketika memandikan mereka. Ajarkan tentang perkataan mandi, bersih, wangi dan sebagainya. Dari situ anak akan belajar, mandi untuk bersih dan sebagainya.

3. Emosi terangsang
Anak yang selalu diajak bersembang akan belajar tentang perkembangan emosi. Mereka akan tahu intonasi ketika ibu ayah atau orang sekeliling sedang gembira, sedih, marah dan lain-lain.

4. Cepat faham
Sekiranya kita mengulang tentang sesuatu perkara dengan anak, ia dapat membuat mereka belajar dan lebih mudah faham.

5. Mudah belajar bercakap
Dengan bersembang dengan anak, sedikit-sebanyak ia membantu merangsang untuk anak mula bercakap!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI