Nama-nama hebat dan terkenal seperti Khairul Aming, Che Sayang, Hamdan Mubarak dan ramai lagi content creator dalam dunia masakanmenjadi tumpuan Ramadan kerana perkongsian resipi yang viral.
Namun tidak kurang hebatnya dengan seorang figura istimewa ini, seorang warga emas yang dikenali sebagai Kak Cik Yah.
Gelagatnya ketika memasak dan berkongsi hidangan hasil air tangannya di Tik Tok cukup bersahaja malah mencuit hati ramai.
Ads
Persis air tangan nenek-nenek, makanan Kak Cik Yah terus membuatkan warga Tik Tok terhibur. Tidak hanya memasak, bahkan Kak Cik Yah turut mempromosikan tempat-tempat makan yang menarik.
Ads
Biarpun memasak menu kampung namun video perkongsian Kak Cik Yah tetap viral malah mula mendapat perhatian beberapa orang selebriti yang mula meninggalkan komen di videonya.
Sambutan hari lahir di taska biasanya diraikan dengan pemberian goodies kepada rakan-rakan sebaya. Niatnya untuk berkongsi rezeki dan menggembirakan anak-anak kecil. Namun, tidak semua goodies sesuai malah ada yang boleh mendatangkan bahaya tanpa kita sedar.
Menerusi aplikasi Threads seorang ibu berkongsi pengalaman dan pandangannya tentang isu goodies makanan ini.
“Sebagai ibu yang hantar anak ke taska, saya takkan sesekali bagi goodies makanan atau sebarang bentuk makanan dekat anak-anak taska. Besar tanggungjawab bila kita bagi anak orang lain makanan, especially below 3 years old. Macam mana kalau dia allergic, tercekik jajan atau keracunan makanan?”
Katanya lagi, lebih baik goodies diberikan dalam bentuk lain yang lebih bermanfaat.
“Kalau nak juga, better bagi goodies dalam bentuk age appropriate toys atau books. Tak perlulah bazir duit pada makanan yang kita tak tahu selamat atau tidak.”
Ibu ini turut berkongsi pengalaman ngeri apabila anaknya sendiri pernah menerima goodies yang tidak sesuai.
“Anak saya below 2 years old pernah dapat sumi berkulat, colouring paper dengan lidi tajam + glitter, popping candy (ni memang saya terkejut la, apa kekdahnya pack popping candy dekat anak bawah 2 tahun ), dan macam-macam candy yang choking hazard.”
Beliau akui tidak pernah marah atau bising kepada guru, tetapi hatinya sangat lega apabila pihak taska akhirnya membuat keputusan untuk melarang sambutan hari jadi serta goodies makanan.
“Saya lega sangat bila teacher tampal notis kat pintu larangan birthday celebration dan goodies bag makanan. Rasa macam terbela. Tak tahu la ada kes ke apa, tapi lega sangat.”
Walaupun begitu, dia menegaskan dirinya bukanlah seorang ibu yang terlalu cerewet.
“Saya bukannya terpaling mak. Anak saya pun saya bagi makan honeystar, chipsmore, oreo, chocolate. Tapi tak pernah la sampai saya nak bagi dia candy choking hazard, lollipop atau even sumi. As parents, kita ada responsibility bukan setakat pada anak kita tapi juga pada anak-anak orang lain.”
“Semua ni mula dengan 1 parent buat goodies yang berkualiti, kemudian parents lain nak ikut trend. Bila budget tak cukup, bagi saja la jajan murah-murah. Masa makan tu saya terfikir, apa benda la bagi kat budak umur 2 tahun ni . Percayalah, anak-anak orang lain tak perlukan pun goodies macam tu.”
Perkongsian ibu ini nyata mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen menyokong pandangannya dan mengakui mereka juga tidak selesa dengan budaya goodies berbentuk makanan ringan. Ramai berpendapat goodies lebih baik dalam bentuk buku, alat tulis, atau mainan kecil yang bukan sahaja selamat, malah lebih bermanfaat untuk perkembangan anak-anak.
Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa apabila anak mereka menerima makanan yang tidak sesuai usia, hingga menimbulkan kerisauan. Bagi mereka, apa yang disuarakan ibu ini mewakili suara ramai ibu bapa yang lebih mengutamakan keselamatan berbanding sekadar mengikut trend.
Isu goodies mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya ia melibatkan keselamatan, kesihatan, dan tanggungjawab sesama ibu bapa. Niat baik nak berkongsi rezeki memang murni, namun lebih baik disalurkan dalam bentuk yang selamat dan memberi manfaat jangka panjang. Anak-anak kecil bukan perlukan jajan untuk gembira, cukup dengan kasih sayang, perhatian dan hadiah kecil yang sesuai dengan usia mereka.
Hati ibu mana yang tak tercalar bila lihat anak dikasari di sekolah. Kes tular seorang kanak-kanak yang dikasari seorang pengasuh di sebuah tadika turut mengundang kemarahan pelakon dan pengacara, Elly Mazlein.
Elly yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui amat terkesan selepas menonton video yang tular beberapa hari lalu.
Bahkan kata Elly, kerjaya mengasuh dan mendidik kanak-kanak di sekolah perlukan kesabaran yang tinggi dan tidak sewenang-wenangnya memegang amanah itu.
“Kalau nak jaga budak, kau kena bersabar. Kalau kena dekat anak-anak aku, lunyai kau ni. Hal lain no last, no 1 kau lunyai dulu.
“Aku ni menggelegak je tengok & baca. Apa nak jadi la orang sekarang ni. Kesal,” tulisnya tegas menerusi Instagramnya.
Bahkan kata Elly lagi menerusi perkongsiannya di Instagramnya, setiap sekolah perlu mempunyai CCTV yang lengkap serta guru-guru yang berpengalaman selayaknya.
Malah turut mengesyorkan beberapa panduan terbaik agar amanah menjaga anak-anak dapat dilaksanakan dengan telus.
Perkongsian dari Elly itu sudah semestinya mendapat sokongan wargamaya.
“Wajibkan semua ada nursery ada CCTV. Ibu bapa berhak untuk tengok. Kalau tak dibenarkan tengok, kau dah kenapa tak bagi tengok? Memang sesuatu.
“Pekerja harus kursus, jangan nak kaut untung saja, main ambil je pekerja tak ada pengalaman.
“Pekerja pun harus ada minat dalam kerja menjaga anak. Bukan main tangkap muat je. Lepas tu suka-suka hati kau je tak boleh salahkan sekolah.
“Sekolah harus bertanggungjawab sebab mereka yang ambil pekerja sampah macam ni,” tulisnya lagi.
Setiap kali dengar anak orang lain yang berada dalam jagaan pergi menghadap ilahi ketika dalam jagaan pengasuh, pasti hati kita sebagai ibu bapa turut risau. Terlintas di kepala nasib anak-anak sendiri. Ini kerana semasa hantar dalam keadaan sihat dan ceria tapi sampai masa dapat tahu anak dah meninggal dunia.
Walaupun hati ibu ayah anak syurga ini reda, tapi dek kerana sedikit kecuaian pasti ia agak ralat. Apatah lagi kejadian seperti ini boleh dielakkan jika pihak yang diamanahkan itu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Melalui perkongsian seorang ibu, Nurul Fateha Sandollah, pemergian bayinya yang berusia 6 bulan dan juga anak ketiga sangat dirasai kerana ia pergi tanpa disangka sama sekali.
Setelah berjuang selama 3 hari, akhirnya Allah lebih menyayanginya. Berikut antara kronologi kisah anak syurga Haura Najia.
Terlalu rindu.. Mesti baby bahagia sangat di SANA kan. Al Fatihah untuk sayang ku HAURA NAJIA BINTI MOHD KAMARUDDIN HELSA 6 BULAN.
Terima Kasih Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Hajah Kalsom Noordin yang telah melawat kami sekeluarga dan memberikan sokongan serta akan membantu keluarga saya mendapatkan keadilan untuk baby saya yang meninggal dunia pada 29 Oktober 2022 di Taska.
Kronologi kes kematian baby yang amat kami sayangi
27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima panggilan dari taska mengatakan baby Haura tidak sedarkan diri. Saya segera ke taska dan pihak taska memaklumkan telah bawa baby Haura ke klinik berdekatan dan dalam beberapa saat dimaklumkan baby saya dibawa ke Hospital Melaka.
Saya terus ke ETD Hospital Melaka dan baby sedang menerima rawatan.. DR memaklumkan baby Haura datang dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit CPR diberikan nadi baby saya ada semula namun terlalu lemah.
Baby Haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan.. DR juga mengatakan anak saya 50-50 untuk survive dan andai survive tidak akan menjadi baby Haura yang dahulu. Baby saya diletakkan di bawah PICU.
Suami berjumpa dan bertanya kepada penjaga baby apa yang berlaku di taska dan dia berkata jam 10 lebih Haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dari bilik baby. Dia masuk semula dan nampak Haura terlungkup tetapi tidak membetulkan kedudukan Haura kerana nampak Haura macam boleh bernafas. Dia masuk semula untuk memandikan baby pada jam 4petang dan tengok Haura sudah tidak sedar kan diri..
Ya Allah baby Haura saya di biarkan dari jam 10pagi dan hanya dilihat pada jam 4 petang sahaja.. Betapa struggle baby Haura saya untuk bernafas hingga baby saya pergi selamanya.. Allah… Allah..
Malam 27 Oktober pakar merawat memaklum bahawa baby saya poor progress. Saya dan suami dibenarkan untuk berada di PICU sentiasa.
28hb progress baby semakin menurun. Dalam jam 4 petang pakar memaklumkan progress baby Haura semakin tidak cantik dan memaklumkan buah pinggang baby sudah tidak well function. Organ-organ badan sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.
29 Oktober 2022 jam 854 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari baby Haura kami telah menemui penciptanya.
Di sini saya dan suami dengan rendah diri mohon doa dari semua untuk kami dapatkan keadilan untuk baby kami dan juga untuk baby-baby yang lain.. Saya mengharapkan pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska-taska lain.