Seorang isteri dan ibu sama sekali tak menyangka akan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan dua anak perempuannya. Nurfahtiha Tahir juga menganggap ini adalah kebetulan dan rezeki Allah.

Dua orang puteri kesayangannya iaitu Aisyah Safiyyah Ahmad Shukri, 4, dan Alessya Sumayyah Ahamad Shukri, 1, dilahirkan pada tarikh hari jadinya iaitu pada 11 September.

Menerusi laporan mStar, Nurfahtiha atau lebih mesra disapa Tia meluahkan rasa syukur apabila dia diberi rezeki dan gembira dengan persamaaan tersebut memandangkan mudah untuk menyambut hari lahir bersama dua orang anaknya itu.

“Suami Selalu Cakap Keluar 11 Sept…” Ibu Tak Sangka 2 Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama

“Buat masa ni, saya ada dua anak saja. Si kakak lahir pada pukul 10.45 pagi manakala adiknya jam 5.45 petang, kedua-duanya pada 11 September.

“Memang saya seronok dapat sambut birthday bersama dengan dua anak, dan saya rasa special sebab tak ramai orang dalam dunia ni dapat momen dua anak sama tarikh lahir dengan ibu mereka,” katanya.

Menceritakan kembali pengalamannya, Tia mendedahkan pernah bergurau dengan suaminya untuk mendapatkan hari lahir yang sama bersama anak-anak.

IKLAN

“Suami Selalu Cakap Keluar 11 Sept…” Ibu Tak Sangka 2 Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama

Jelasnya lagi, suaminya telah membuat perancangan tarikh anak mereka dilahirkan dan ketika hamil, suaminya itu sering bercakap dengan bayi dalam kandungan supaya ‘keluar’ pada 11 September.

“Kisahnya, saya dan suami pernah sembang bergurau nak anak lahir sama birthday dengan saya. Sebabnya masa tarikh kahwin kami dulu, saya sebenarnya nak buat pada tarikh birthday saya tapi tak dapat sebab clash dengan tarikh kahwin abang kepada suami.

“Suami yang rancang agak-agak tarikh anak ‘keluar’ sebab anak pertama due date 12 September 2018 dan anak kedua pula 9 September 2021.

“Suami Selalu Cakap Keluar 11 Sept…” Ibu Tak Sangka 2 Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama

IKLAN

“Tapi sebelum masing-masing lahir, suami yang banyak bercakap dengan anak dalam perut supaya keluar pada 11 September. Dengan keluarga pun dia beriya cakap macam tu. Orang cakap masin mulutlah,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, ibu yang berusia 29 tahun itu memaklumkan ada segelintir individu yang tidak percaya tarikh lahir dua orang anaknya itu adalah sama sepertinya sehinggakan dia terpaksa menunjukkan kad pengenalan dua orang puterinya itu untuk membuktikan.

Apa yang menghiburkan hati Tia, ramai yang bergurau dengannya dan menyatakan suaminya itu pandai ‘setting’ masa untuk anaknya lahir pada tarikh yang diidamkan oleh mereka berdua.

Kredit: mStar

IKLAN

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

“Suami Selalu Cakap Keluar 11 Sept…” Ibu Tak Sangka 2 Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI