Suka tengok si ‘kembar’ Daiyan dan Dayana anak angkat Abby Abadi. Pelukan dari mama, Abby Abadi buat kedua-duanya tak nangis lama-lama walau pun kena cucuk.
Anak angkat Abby Abadi, Muhammah Daiyan Fayyadh & Maisara Dayana Fathia hanya beza sebulan. Abby berkongsi video kedua-dua anak angkatnya mendapatkan pemeriksaan dan suntikan imunisasi.
Masing-masing naik berat badan dengan baik dan menunjukkan perkembangan yang normal seiring usia. Berikut perkongsian Abby di Instagram;
Makanan jejari elok diberikan kepada bayi sebagai selain hidangan makanan utama. Bukan boleh terus berikan begitu sahaja, mesti periksa bayi dah sedia atau tidak. Penting ye!
Makanan jejari boleh mula diberikan kepada si kecil yang berusia 7 hingga 8 bulan yang sudah boleh duduk dan menegakkan lehernya. Jom kita lihat apakah bentuk makanan jejari yang sesuai untuk si kecil. Walau apa pun, sentiasa pantau semasa waktu makan. Jangan tinggalkan si menja sendirian untuk mengelakkan insiden tercekik.
Selain keupayaaan duduk dan menegakkan leher, makanan jejari boleh diberikan apabila si manja boleh mencubit atau pincher grasp di mana bayi boleh mencubit dengan ibu jari dan jari telunjuk. Ini penting untuk mengelakkan kekecewaan kepada bayi yang masih belum mahir mencubit atau menngambil makanan yang dihidangkan sendiri.
7 IDEA MAKANANAN JEJARI UNTUK BAYI
BROKOLI
Brokoli adalah cadangan makanan jejari yang bagus. Potong bahagian bersihkan. Stim selama 5 minit. Makanan jejari untuk si kecil perlulah boleh dikunyah hancur dengan gusi. Jadi mama harus memastikan ia dikukus empuk. Boleh dijadikan snek di waktu petang.
TIMUN
Memang timun rangup dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Ia perlu dipotong memanjang dan lebar untuk mengelakkan tercekik. Bagus untuk si manja yang sedang ‘gatal gusi’ kerana teksturnya yang liat melegakan gusi yang sedang gatal hendak tumbuh gigi. Sejukkan dahulu lebih baik untuk melegakan gusi.
TEMBIKAI
Tembikai buah yang lembut dan enak sesuai dijadikan makanan jejari. Si manja tidak susah menggigitnya. Potong dadu dan asingkan bijinya sebelum dihidangkan.
LOBAK MERAH
Lobak merah dipotong dadu dan kukus. Ideal untuk bayi pada peringkat usia 8 hingga 10 bulan. Untuk memeriksa ia empuk atau tidak, cuba picit dengan dua jari, jika ia hancur, bermakna ia sudah empuk. . Bayi 12 bulan ke atas disarankan kerana ia agak keras.
IKAN
Ikan mempunyai tekstur yang lembut dan kaya dengan nutrien. Ikan mengandungi DHA yang tinggi dan penting untuk perkembangan otaknya pada 24 bulan pertama. Anda boleh hidangkan carikkan ikan yang dikukus atau direbus tanpa garam kepada bayi sebagai makanan jejarinya. Hati-hati, asingkan dahulu tulangnya!
KACANG PIS
Kacang pis juga boleh jadi makanan jejari yang baik untuk si manja. Sebaik-baiknya gunakan kacang pis yang segar/ sejuk beku dan elakkan kacang pis yang diawet di dalam tin. Stimkan kacang pis hingga lembut sebelum menghidangkannya kepada si manja. Bayi 12 bulan ke atas disarankan kerana ia agak keras.
TELUR HANCUR
Telur goreng hancur juga salah satu makanan jejari yang boleh dihidangkan kepada si manja. Kenalpasti dahulu sama ada bayi anda alah atau tidak kepada telur sebelum menyajikan telur kepada si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik, pejam celik dah empat bulan lebih usia anak kepada pelakon popular, Ummi Nazeera dan Dr Izzar, Ayra Aneesah. Rasa macam baru lagi Ummi lahirkannya.
Ummi ternyata gembira melihat Ayra membesar dengan sihat. Perasaannya itu dikongsi oleh Ummi melalui instagramnya ketika pergi melakukan rutin pemeriksaan kesihatan untuk Ayra.
Anda tidak boleh mengubah warna kulit bayi. Warna kulit bayi, sama ada cerah atau gelap, ditentukan oleh gennya pada saat dia disenyawakan. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memutihkan atau menggelapkan kulit bayi sebelum atau selepas lahir.
Apa yang boleh berubah untuk sementara atau yang mempengaruhi warna kulit, tona dan kompleksi mukanya ialah isu kesihatan dan alam sekitar. Apabila isu-isu tersebut telah selesai, warna kulit bayi anda kembali kepada asal.
-Kulit bayi mungkin nampak merah atau kemerahan kerana suhu yang tinggi.
-Dia mungkin nampak pucat kebiruan sedikit kerana sejuk terutamanya jika tangan dan kakinya terdedah.
-Sesetengah bayi bertukar jadi biru atau ungu jika terlalu kuat menangis. Walau bagaimanapun, jika warna kebiruan ini tidak hilang selepas berhenti menangis, atau jika bayi anda berwarna kebiruan di seluruh badannya dan tidak hilang selepas beberapa hari, ini mungkin tanda bahawa ada masalah pernafasan atau peredaran. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera.
-Sesetengah bayi juga nampak lebih gelap beberapa hari selepas dilahirkan kerana mereka kehilangan air dan berat pada mulanya, dan ini boleh membuat kulit mereka kelihatan kusam. Walau bagaimanapun, kebanyakan bayi akan mendapat tona kulit yang sihat sebaik sahaja corak penyusuan sudah stabil dan mereka mendapat susu yang cukup.
Kulit bayi baru lahir berbeza rupa mengikut jumlah minggu kehamilan anda semasa bayi dilahirkan.
-Bayi pramatang mempunyai kulit yang nipis dan jernih, dan mungkin disaluti lapisan lanugo, bulu yang halus dan lembut. Mereka juga mungkin diselaputi verniks, satu bahan yang putih berminyak yang melindungkan kulit daripada cecair amnion.
-Bayi cukup bulan dan bayi lewat bulan dilahirkan dengan hanya sedikit verniks dalam kelipat-kelipat kulit mereka. Bayi dilahir lewat juga mempunyai kulit yang agak berkedut dan amat sedikit lanugo atau tiada langsung.
Kompleksi wajah bayi mungkin kelihatan berubah kerana bayi di kalangan kebanyakan kaum dan etnik dilahirkan dengan kulit yang agak cerah dan biasanya kemerahan. Warna kemerahan itu datang dari salur-salur darah yang jelas kelihatan melalui kulit bayi yang masih nipis. Kebanyakan ibu bapa menyangka warna kulit yang kemerahan ini ialah kompleksi bayi dan merungut apabila warnanya bertukar kepada tona kulit sebenar dalam beberapa minggu seterusnya hingga usia bayi setahun.
Dalam keluarga yang lebih tradisional, nenek dan makcik mungkin menasihati ibu baru untuk mengurut bayi mereka dengan susu mentah, krim segar, tepung gandum lengkap dan adunan kunyit untuk mendapatkan kulit yang putih dan licin. Amalan ini elok dielakkan sebab susu mentah mengandungi pelbagai bakteria seperti E coli dan salmonela, selain menyebabkan cirit-birit, dan disenteri. Krim segar juga boleh membuatkan kulit berminyak, yang boleh menyebabkan ruam. Juga, ciri kesat tepung gandum lengkap dan kunyit boleh menyebabkan calar lebam pada kulit bayi.
Ada ibu yang suka menyapukan banyak bedak di kulit bayi untuk membuat mereka putih. Ini perbuatan sia-sia. Sebenarnya, bedak boleh jadi berketul-ketul pada kulit basah dan menyebabkan kerengsaan dan ketidakselesaan.
Kadangkala bayi mendapat ruam kulit dan tanda lahir yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor atau pakar kanak-kanak.