Memandangkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini hanya ketua keluarga yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan dapur, kelam kabut dibuatnya! Untuk suami yang sudah biasa mungkin perkara ini mudah.
Untuk yang selama ini sekadar jadi ‘tukang bayar’, mungkin ada sedikit cabaran. Pada waktu inilah kemahiran membeli-belah diperlukan. Mana nak cari barang yang betul, nak buat perbandingan harga lagi. Silap-silap balik salah beli, kena marah pula.
Seperti yang dikongsikan seorang suami, Muzaffar Rahman, dia berkongsi pengalamannya ketika membeli barangan keperluan dapur untuk keluarganya. Rata-rata semua suami memegang senarai barangan yang perlu dibeli atau sedang memegang handphone untuk pastikan tidak tersalah beli.
Ads
MACAM TREASURE HUNT
Dah macam “Treasure Hunt” pulak aku rasa. Masing-masing duk tengok kertas. Chek point banyak oo.. kena cari sampai dapat 😆
Isteri masing-masing pakat tulis kat kertas,barang apa nak kena beli.
Ads
Seriusnya semua. Boleh pening dibuatnya tengok senarai barangan yang perlu dibeli!
RASA TAK SEDAP HATI, TAKUT SALAH!
Rasa was-was. Ambil gambar,wassap kat isteri. Lagi dasyat ada yang bervideo call.
Dalam keadaan sekarang, sekurang-kurangnya dapat melatih suami untuk jadi personal shopper yang terbaik. Lepas ni tak perlu risau tersalah beli dan sebagainya. Tak mustahil, habis tempoh PKP ni, mereka lebih arif soal harga dan jenama produk terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih seorang bapa jarang dituturkan, tapi selalu terpahat dalam diam. Ia bukan sekadar kata-kata manis atau pelukan hangat kadang-kadang ia hadir dalam bentuk lelah yang tak pernah dirungut, waktu tidur yang dikorbankan, atau sebungkus makanan murah yang dinikmati sendirian dalam senyap.
Tular kisah menyayat hati seorang bapa di Singapura Gavin Neo yang meninggal dunia secara mengejut akibat strok . Beliau merupakan pemandu kenderaan sewa peribadi (PHV), bekerja hingga 15 jam sehari tanpa mengeluh. Demi dua orang anaknya yang masih bersekolah, Gavin memulakan kerjanya setiap petang, memandu sepanjang malam, dan menyudahkan tugas dengan menghantar anak-anaknya ke sekolah sebelum kembali menyambung rutin.
Walaupun penat, Gavin tidak pernah berbelanja untuk dirinya. Tiada rokok, tiada alkohol,tiada makan mewah hanya minuman tenaga untuk menyambung tenaga demi masa depan anak-anaknya. Bila ditanya mengapa begitu berjimat, jawabnya ringkas tapi penuh makna:
“Ini untuk anak-anak saya dan masa depan mereka.”
Kini, setelah pemergiannya, kasih yang selama ini diam-diam diberikan mula dirasai dan dihargai oleh orang sekeliling. Ia bukan kisah luar biasa tapi inilah realiti ramai ayah di luar sana menjadi wira dalam senyap.
Memetik Mothership, Gavin memulakan kerjanya pada waktu petang dan bertugas sepanjang malam sehingga tiba masanya untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah pada waktu pagi.
Beliau sering memberitahu rakan-rakannya bahawa dia bekerja tanpa henti demi anak lelakinya yang berumur 17 tahun dan anak perempuan berusia 13 tahun.
Mendiang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami strok serebrum secara tiba-tiba.
Rakan pemandu PHV, Bryan Ang, berkongsi di Facebook bahawa Neo sangat berdedikasi dalam tugasnya dan sangat menyayangi anak-anaknya.
Ketika Bryan bertanya mengapa Gavin masih berjimat walaupun bekerja berjam-jam di jalan raya, jawapannya ringkas, “Ini untuk anak-anak saya dan masa depan mereka,” Gavin selalunya akan menghabiskan makanannya dengan sebotol minuman tenaga sebelum kembali memandu.”
Beliau tidak minum arak, merokok atau berbelanja untuk dirinya sendiri.
“Gavin adalah seorang yang rendah diri dan bersahaja, sentiasa berkongsi pengalamannya dengan rakan-rakan dan pemandu baharu,” kata Bryan.
DANA SUMBANGAN
Rakan-rakan pemandu telah melancarkan kempen pengumpulan dana dengan sumbangan yang diterima melalui PayNow kepada kakak Gavin.
Kakak Gavin mendedahkan bahawa keluarga mereka sedang berada dalam situasi yang susah untuk menerima kehilangan secara tiba-tiba ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan tetapi meminta ruang dan masa untuk keluarga menghadapi masa sukar ini.
Dia turut memaklumkan bahawa anak perempuan mendiang kini berada di luar negara bersama ibunya dan belum kembali untuk pengebumian.
Gavin telah dikebumikan secara kremasi di Mandai Crematorium di majlis pengebumian yang diadakan pada 31 Mei.
Sebelum berumah tangga, sudah tentu kita memasang niat untuk menjadi yang terbaik buat pasangan. Tetapi semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi.
Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelah kanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood. Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua.
Mula-mula kahwin, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah.
Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya, menangis. Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia.
Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya. Itu sahaja yang isteri mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Awal Januari tahun ini, pengacara Dayah Bakar tekad membawa anak kecilnya yang baru dilahirkan ketika itu untuk menemani suami tercinta yang menggalas tanggungjawab di bumi Australia.
Kini selepas hampir setahun berhijrah, ibu cantik yang ramah dan murah dengan senyuman ini akhirnya pulang ke Malaysia.
Tidak hanya berdua bersama anaknya, Achbar Muhammad Fahri bahkan Dayah turut pulang bersama suami tercinta, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang kini telah tamat latihan di Canberra, Australia.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, dia mengakui berat hati bagi meninggalkan bumi kangaroo itu namun dalam masa sama teruja untuk bersatu semula dengan ahli keluarga sekali gus kembali menjadi pengacara.
“Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi-lagi, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.
“Honestly, I’m sad to leave but at the same time, I can’t wait to meet my family back home. I also know it’s time to get actively hosting/emceeing again,” tulisnya.
Pengacara Borak Kopitiam yang begitu menyenangkan ini juga difahamkan sudah pun tiba di tanah air melalui beberapa perkongsian video Dayah yang telah selamat tiba di tanahair.
Sebelum ini, kisah pengacara Borak Kopitam itu mengundang kesedihan ramai apabila terpaksa ‘berpisah’ dengan suaminya yang juga pegawai tentera akibat penularan COVID-19 malah terpaksa melahirkan bayi sendirian tanpa suami di sisi disaat pandemik melanda dunia.
Perjalanan Dayah untuk bersama suaminya di sana turut menjadi perhatian pengikutnya. Malah kehidupan pengacara itu bersama suami di bumi Kanggaro itu sentiasa diikuti pengikutnya.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.