Bermula sebagai kawan karib, kemudian ‘bertepuk sebelah tangan’ dan sering digelar teman tapi mesra, sehinggalah Ardell jatuh cinta pada Nadzmi dan menjadi suami isteri, seolah cerita novel cinta.
Kini kedua-duanya sabar menanti kehadiran zuriat pertama mereka sejak berkongsi khabar Ardell berbadan dua akhir tahun lalu.
Dalam satu entri di Instagramnya, Nadzmi seperti sedang memujuk Ardell yang melalui proses menjadi seorang ibu.
“Setiap hari awak mengadu sakit, mengadu diri makin gemuk. Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik dan tak gemuk pun di mata saya.
Ads
“Comey je selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijaga keberadaannya. Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan, ” pujuk Nadzmi.
Tambah Nadzmi, dia berjanji akan sentiasa menemani isterinya itu dalam apa jua keadaan dan memohon agar isterinya sentiasa berdoa dan sentiasa kuat.
Ads
“Saat kamu merasa lelah akan kehamilanmu. Ingatlah bahawa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu.
Ads
“Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. I love you to infinity @ardellaryana,” tulis Nadzmi lagi.
Nadzmi Adhwa berkahwin dengan Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin pada 1 September 2019.
Aloe Vera Untuk Kegunaan Ibu Hamil, Sesuai Untuk Rawat Wajah Dan Tubuh
Aloe Vera atau pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiatnya. Ibu-ibu hamil boleh menggunakan aloe vera untuk perawatan wajah dan juga tubuh. Banyak kegunaan aloe vera gel dalam perawatan kecantikan, daripada hujung rambut ke hujung kaki.
Bahagian luar daunnya yang keras dan tebal memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli. Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria.
Sangat sesuai untuk kegunaan luaran mahupun dalaman, jeli aloe vera mengandungi pelbagai khasiat terutama pada kulit. Jeli aloe vera bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat. Sifat perlindungan semula jadi itu mampu memelihara kulit manusia.
Berikut dikongsikan bagaimana cara menggunakan aloe vera gel dengan cara yang tepat.
MELEMBAPKAN KULIT
BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI GEL KETIKA BERCUKUR
SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI PELEMBAP WAJAH
BOLEH DICAMPURKAN DENGAN SYAMPU RAMBUT
BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI PEMBERSIH MEKAP
Aloe Vera mempunyai sifat membersih dan anti-septik. Ia bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat. Hasilnya aloe vera sangat mujarab untuk mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar.
Uyaina kongsi cabaran bila kandungan masuk trimester ketiga, pergerakan jadi terhad, kena banyak sabar. Pada trimester ketiga kehamilan, iaitu antara minggu ke-28 hingga melahirkan, badan ibu mengalami beberapa perubahan ketara kerana janin sudah berkembang sepenuhnya dan bersiap untuk dilahirkan.
Berbanding trimester pertama dan kedua, trimester ketiga adalah trimester yang paling mencabar bagi ibu hamil. Ia bukan sahaja menguji tahap fizikal ibu tersebut, tetapi juga menguji keadaan mentalnya.
Pada trimester ini, terdapat lebih banyak perubahan yang berlaku kepada ibu hamil. Untuk bayi dalam kandungan pula, terdapat juga beberapa perubahan yang akan berlaku. Ini termasuklah pertambahan berat badan dan pergerakan yang lebih kerap di dalam rahim.
Ini turut dialami oleh Uyaina Arshad yang kini kandungannya sudah masuk trimester ketiga. Melalui hantaran di laman Instagramnya, Uyaina berkongsi pengalamannya apabila kandungan memasuki trimester ke tiga.
Berikut beberapa aspek keadaan ibu hamil pada tempoh ini:
Pertumbuhan Bayi
Bayi berkembang pesat, mencapai saiz hampir kepada yang baru lahir. Ibu akan merasai pergerakan yang kuat dan kerap kerana ruang dalam rahim semakin berkurang.
Perubahan Fizikal
Peningkatan Berat Badan: Berat badan meningkat akibat pertumbuhan janin, plasenta, cecair amnion, dan perubahan tisu badan ibu.
Kesukaran Bernafas: Rahim yang membesar menekan diafragma, menyebabkan sesak nafas.
Kaki Bengkak: Pengumpulan cecair dalam badan boleh menyebabkan pembengkakan di kaki dan buku lali.
Sakit Belakang: Berat bayi yang bertambah memberi tekanan pada tulang belakang, menyebabkan sakit belakang.
Kelesuan dan Gangguan Tidur
Kepenatan mudah berlaku disebabkan berat badan yang meningkat dan masalah tidur kerana posisi yang tidak selesa.
Braxton Hicks
Ibu mungkin mengalami kontraksi ringan yang dikenali sebagai kontraksi Braxton Hicks, yang merupakan persediaan badan untuk proses kelahiran.
Persediaan Melahirkan
Posisi Bayi: Janin mungkin mula turun ke bahagian pelvis untuk bersedia bagi kelahiran.
Pemeriksaan Kesihatan: Pemeriksaan berkala dengan doktor penting untuk memantau kedudukan bayi, tekanan darah, dan kesihatan ibu secara menyeluruh.
Latihan Pernafasan dan Kelas Kelahiran: Persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi kelahiran adalah penting pada tempoh ini.
Perasaan Emosi
Kegembiraan bercampur kebimbangan tentang kelahiran yang akan datang adalah perkara biasa. Ibu perlu sokongan keluarga dan rakan-rakan bagi membantu menghadapi cabaran trimester ketiga.
Pada trimester ketiga ini, ibu disarankan untuk kerap berunding dengan doktor dan memastikan pemakanan yang baik serta rehat yang mencukupi untuk mempersiapkan diri secara optimum menjelang kelahiran.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Anda hamil dan mengalami penyakit diabetes? Ada ke cara mengubati kencing manis semasa mengandung? Ini 5 petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang boleh anda cuba.
Tapi sebelum itu, ambil tahu apa faktor-faktor risiko kencing manis ketika mengandung.
Faktor-faktor Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung
Setiap individu wanita yang sedang hamil, mempunyai risiko untuk mendapat diabetes gestasi ini.
Tetapi terdapat beberapa faktor yang menjadikan sesetengah individu wanita berdepan risiko yang lebih tinggi.
-Individu yang berusia lebih daripada 25 tahun
-Mempunyai sejarah keluarga atau peribadi. Risiko untuk anda menghadapi GDM akan meningkat jika anda mempunyai prediabetes, iaitu keadaan di mana kandungan gula dalam darah yang sedikit tinggi dan menjadi penanda kepada diabetes jenis 2. Sekiranya pada kehamilan sebelum ini anda mendapat GDM, maka risiko untuk mendapat kembali masalah ini adalah tinggi.
-Berat badan yang berlebihan. Masalah obesiti adalah sangat berkaitan dengan diabetes. Jadi kecenderungan untuk mendapat GDM adalah tinggi jika BMI anda 30 atau lebih daripada itu.
-Etnik. Ia adalah satu faktor yang sukar untuk diperjelaskan. Tetapi sekiranya anda adalah wanita berkulit hitam, Hispanik, Indian Amerika atau Asia, risiko untuk mendapat GDM adalah tinggi.
Bahaya Kencing Manis ketika Mengandung
Seperti yang dimaklumkan di atas, masalah kesihatan ini bukanlah satu masalah yang boleh dipandang ringan dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Ini kerana terdapat beberapa risiko pada kesihatan yang mungkin boleh berlaku kepada ibu hamil.
Antaranya seperti pendarahan, pitam, risiko melahirkan anda bersaiz besar. Antara risiko lain yang mungkin terjadi adalah seperti:
Petua Hilangkan Kencing Manis Semasa Mengandung
Ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk menangani kencing manis semasa mengandung. Antaranya adalah:
1. Ubah diet pengambilan makanan seharian
Petua hilangkan kencing manis semasa mengandung yang paling utama adalah dengan melakukan perubahan dalam pemakanan yang anda makan.
Diet yang penuh nutrisi adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal gula darah. Wanita hamil perlu mengehadkan makanan yang mempunyai kadar gula dan karbohidrat yang tinggi.
Sebaliknya, ibu perlu makan pelbagai jenis makanan seperti kanji, zat besi, vitamin, dan makanan rendah lemak. Makan tiga hidangan kecil dan satu hingga tiga makanan ringan setiap hari.
Wanita yang mengandung juga harus makan banyak makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, beras bijirin penuh, roti. Ibu hamil obes yang didiagnosis dengan penyakit diabetes gestasi harus bermula dengan diet 30 kcal/kg hari.
Doktor mungkin mencadangkan anda bertemu pakar diet berdaftar untuk membantu anda membuat pelan diet yang boleh anda ikut. Ia perlu bagi menangani kencing manis ketika mengandung, tetapi masih membekalkan kalori dan nutrien yang cukup untuk bayi anda.
Di bawah adalah beberapa tip memilih makanan baik yang boleh anda ikuti:
2. Makan secara tetap
Apabila sudah mengetahui pelan pemakanan yang baik untuk anda ikuti ketika sedang hamil, anda juga perlu memastikan anda mempunyai jadual pemakanan secara tetap dan elakkan daripada melangkau sebarang waktu hidangan makanan walau sesibuk mana anda dalam melaksanakan pekerjaan harian anda.
Maka petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang harus diamalkan adalah untuk makan 3 kali hidangan makanan yang bersaiz kecil atau sederhana.
Jangan mengambil sesuatu hidangan makanan dalam kuantiti yang besar dan banyak. Jika perlu, anda juga boleh untuk menambah waktu pengambilan snek dalam pemakanan harian anda.
Disarankan makan pada 3 waktu makan utama iaitu :
Sarapan pagi antara jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi
Makan tengah hari antara jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang
Makan malam antara jam 6.30 petang hingga 7.00 malam
Waktu untuk mengambil makanan snek, ambilnya di antara waktu makan utama:
Minum pagi antara jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi
Minum petang antara jam 4.00 petang hingga 4.30 petang
Minum malam antara jam 10.00 malam hingga 10.30 malam
Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil. Cara ini boleh dianggap sebagai petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang boleh diamalkan.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh diambil tetapi perlu dikawal kuantiti pengambilannya seperti bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
3. Lakukan aktiviti fizikal untuk elak kencing manis
Siapa kata wanita mengandung tidak perlu melakukan sebarang aktiviti fizikal atau bersenam? Risau senaman akan mendatangkan mudarat kepada kandungan? Itu pastinya mitos yang terlalu karut untuk dipercayai.
Ini kerana individu wanita yang hamil juga perlu untuk melakukan aktiviti fizikal untuk mengekalkan tahap kesihatan pada paras yang terbaik. Doktor mungkin menggalakkan supaya anda menambah senaman kepada rutin mingguan anda, kerana ia adalah baik untuk anda dan bayi.
Senaman pastinya merupakan satu aktiviti fizikal yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah dengan berfungsi mengangkut gula ke sel untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Mengamalkan senaman juga dapat meningkatkan kepekaan terhadap insulin, yang bermakna badan tidak memerlukan insulin untuk membantu membawa gula ke sel-sel badan.
Senaman juga pastinya dapat membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa kehamilan seperti sakit belakang, kekejangan dan lain-lain.
Bersenam semasa hamil adalah tidak salah, tetapi apa yang perlu diutamakan adalah ibu yang mengandung perlu memilih senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal semasa. Senaman ringan dan mudah seperti berjalan kaki, aerobik, berbasikal dan berenang adalah antara aktiviti fizikal yang digalakkan untuk dicuba.
Lakukan aktiviti fizikal ini secara tetap dan teratur selama 15 sehingga 30 minit setiap hari. Ini bukan sahaja petua hilangkan kencing manis ketika mengandung, sebaliknya ia juga dalam masa yang sama membantu menjaga tahap kesihatan anda.
Ini akan membantu badan anda menggunakan insulin dengan lebih baik, dan membantu mengawal paras gula darah. Anda juga boleh bertanya kepada doktor anda mengenai senaman yang bersesuaian untuk dicuba serta dan kekerapan senaman yang boleh dilakukan oleh wanita hamil.
4. Pantau tahap gula dalam darah
Selain petua hilangkan kencing manis ketika mengandung dengan mengubah diet pengambilan makanan seharian, antara petua hilangkan kencing manis semasa mengandung yang perlu untuk dilakukan setiap hari adalah untuk memeriksa dan memantau paras gula dalam darah sentiasa dalam keadaan terkawal.
Anda perlu menguji tahap gula dalam darah anda secara teratur, sebelum makan dan antara 1 atau 2 jam selepas pengambilan sebarang hidangan makanan utama.
Anda boleh melakukan pemeriksaan tahap gula dalam darah di rumah dengan mendapatkan alat pengukur meter glukosa darah yang boleh digunakan di rumah dan pastinya ia akan membantu anda untuk memudahkan kerja pemantauan paras gula dalam darah anda.
Namun, sekiranya anda tidak mempunyai alat pengukur meter glukosa darah, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik.
Terdapat juga sesetengah individu wanita hamil memerlukan rawatan insulin. Kira-kira 15% wanita mengandung yang menghidap penyakit diabetes memerlukan insulin untuk mencapai tahap glukosa darah secara berterusan.
Insulin adalah hormon yang digunakan untuk merawat diabetes dengan mengawal gula dalam darah. Jika diet dan senaman tidak cukup untuk mengimbangi gula dalam darah, wanita hamil akan disuntik dengan insulin supaya jumlah glukosa dalam darah kembali ke tahap yang selamat.
Bagi sesetengah wanita, jenis ubat-ubatan seperti glyburide juga merupakan pilihan.
5. Pengambilan vitamin C dan D
Antara petua hilangkan kencing manis semasa mengandung adalah dengan memperbanyakkan pengambilan vitamin C dan D. Kekurangan vitamin C dikatakan mempunyai hubungan kait secara langsung dengan masalah kesihatan kencing manis semasa hamil.
Terdapat kajian yang dilakukan kepada wanita yang hamil, menunjukkan bahawa individu wanita yang menghidap penyakit kencing manis semasa tempoh kehamilan dan memperbanyakkan pengambilan vitamin C secara tetap akan kurang untuk berdepan risiko mengalami diabetes jenis 2.
Vitamin D pula merupakan nutrien penting yang diperlukan dalam beberapa proses dan fungsi dalam badan kita. Penyerapan vitamin dan nutrien yang penting seperti kalsium, besi, magnesium, dan fosfat dapat dilakukan dengan memaksimumkan penyerapan nutrien makanan yang kaya dengan vitamin D.
Penjagaan Kesihatan Semasa Hamil
Hamil bermakna bahawa ia bukan mengenai anda sahaja lagi. Mulai sekarang, keselamatan bayi dalam kandungan anda harus diberi keutamaan dari apa jua keputusan yang anda buat.
Oleh itu, ikuti gaya hidup yang sihat, lakukan senaman dan pantau paras glukosa darah anda adalah apa yang harus anda tumpukan semasa anda mengandung.
Mengalami GDM ketika hamil membuatkan anda cenderung untuk mengembangkan penyakit diabetes jenis 2, tetapi ia tidak semestinya akan berlaku.
Apa yang penting anda perlu menjaga tahap kesihatan anda dengan lebih baik sekiranya anda dikesan mengalami masalah kencing manis ketika sedang hamil. Jangan lupa untuk mengamalkan dan mengikuti petua hilangkan kencing manis ketika mengandung!
Kredit: Hello Health
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Insiden mengejutkan berlaku apabila bibir kanak-kanak 8 tahun tersepit pengepit kuku elektrik sehingga memerlukan bantuan bomba. Kisah ini jadi peringatan penting kepada ibu bapa tentang keselamatan anak.