Bermula sebagai kawan karib, kemudian ‘bertepuk sebelah tangan’ dan sering digelar teman tapi mesra, sehinggalah Ardell jatuh cinta pada Nadzmi dan menjadi suami isteri, seolah cerita novel cinta.
Kini kedua-duanya sabar menanti kehadiran zuriat pertama mereka sejak berkongsi khabar Ardell berbadan dua akhir tahun lalu.
Dalam satu entri di Instagramnya, Nadzmi seperti sedang memujuk Ardell yang melalui proses menjadi seorang ibu.
“Setiap hari awak mengadu sakit, mengadu diri makin gemuk. Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik dan tak gemuk pun di mata saya.
Ads
“Comey je selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijaga keberadaannya. Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan, ” pujuk Nadzmi.
Tambah Nadzmi, dia berjanji akan sentiasa menemani isterinya itu dalam apa jua keadaan dan memohon agar isterinya sentiasa berdoa dan sentiasa kuat.
Ads
“Saat kamu merasa lelah akan kehamilanmu. Ingatlah bahawa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu.
Ads
“Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. I love you to infinity @ardellaryana,” tulis Nadzmi lagi.
Tiada yang lebih menggembirakan buat pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan selain berita tentang kehamilan pertama isteri atau lebih tepat lagi bunting pelamin. Tahniah diucapkan kepada pelakon Farah Nabilah yang baru berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sudah hamil 19 minggu.
Dalam satu temuramah secara eksklusif dengan sebuah akhbar, Farah yang membuat pemeriksaan dan imbasan jantina bayi dengan doktor, pagi tadi, dijangka bersalin pada akhir Oktober atau awal November depan.
Farah berkata, dia dan suami, Mohamed Amirul Yunus tidak menyangka dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam tempoh singkat.
“Tidak sangka saya bunting pelamin… Alhamdulillah, rezeki datang awal. Soal jantina anak, saya dan suami tidak kisah, asalkan bayi sihat,” katanya yang mendirikan rumah tangga Disember lalu.
Penerima trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu mengaku mengalami alahan pada awal trimester.
“Saya alah santan dan ayam, tetapi sekarang sudah okay,” katanya yang mengaku suami terkejut apabila dikhabarkan dirinya berbadan dua.
Farah berkata, ramai pengikut mengagak dirinya hamil selepas melihat pertambahan berat badannya.
“Dalam kalangan pengikut, peminat dan teman ada yang mula bertanya dan menghantar mesej langsung di Instagram. Tapi, saya jawab sabar, nanti akan diumumkan,” katanya.
Pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Titian Cinta di TV3 itu mula mendapat tahu dirinya hamil, awal Mac lalu.
“Ketika itu, saya mahu ‘terbang’ ke Maldives untuk berbulan madu dengan suami pada 8 Mac lalu.
“Mendapat berita beberapa hari sebelum berangkat, saya jadi risau sama ada boleh ‘terbang’ atau tidak. Namun, takkanlah hendak batalkan penerbangan dan percutian. Namun, selepas mendapat nasihat doktor, saya dibenarkan menaiki kapal terbang,” katanya.
Farah yang mesra disapa Fawaa dalam kalangan teman rapat memberitahu, ada teman-temannya sudah bergelar ibu dan mengandung.
“Lucu kerana ada teman kini hamil anak perempuan. Kawan-kawan lain mahu saya lahirkan bayi lelaki pula,” katanya.
Selain itu, Farah turut berkongsi berita gembira ini di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian itu, pelakon ini mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi atas kurniaan rezeki cahaya mata buat dia dan suami. Dia juga memohon agar menitipkan doa buat dirinya dan anak dalam kandungan.
“Assalamualaikum aunties & uncles ! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya? So, mini me or mini mirul ? #19weekspregnant,” tulisnya di Instagram
Pelakon Emma Maembong yang kini sarat hamil sembilan bulan dimaklumkan oleh doktor untuk bersedia bersalin dalam masa terdekat ini.
Walaupun ‘due’ sebenar pelakon handalan ini pada 6 Mei depan, namun doktor menjangkakan Emma bakal melahirkan anak keduanya pertengahan April ini. Sama seperti kelahiran anak pertamanya, Shariq Arshan Gabriel dua tahun lalu yang turut dilahirkan lebih awal.
Akui Emma lagi, doktor menasihati dirinya supaya bersedia bagi melahirkan cahaya mata kedua yang dijangka antara tiga hingga empat minggu lebih awal.
“Doktor maklumkan sepatutnya tarikh kelahiran pada 6 Mei depan, tetapi mengikut pengalaman pertama, anak kedua ini akan lahir antara tiga hingga empat minggu awal daripada tarikh diberikan.
“Jadi, doktor memaklumkan untuk saya bersedia pada tarikh 15 hingga 19 April ini,” kongsi Emma.
Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil. Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung.
Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukarkan pergerakan harian mereka.
Bengkak kaki akan bermula dari buku lali, betis dan menular naik ke paras paha. Bagaimanapun jika bengkak ini berlarutan dan turut melibatkan seluruh tubuh badan maka ia perlu dirujuk kepada doktor kerana bimbang disebabkan penyakit lain.
Menurut Dr Mardiana Kipli, Pakar Obstetrik & Ginekologi seperti dikongsi dalam The Malaysian Medical Gazzete situasi ini kebiasaannya terjadi selepas usia kandungan mencecah 20 minggu.
Waktu ini, janin yang membesar akan menekan salur ‘inferior vena cava’ (salur darah untuk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung).
Ini menyebabkan perjalanan darah kurang lancar serta berkumpul pada kedua-dua belah kaki.
Perkara ini mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan.
Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula membengkak dan selalunya ianya tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.
Ya. Sekiranya bengkak ini semakin teruk sehingga ke paras pinggang, muka, di celah-celah jari dan bahagian kelamin, ini mungkin sesuatu yang abnormal. Hal ini perlu dipantau dengan lebih serius.
Apa yang membimbangkan, perkara ini boleh disebabkan oleh penyakit ‘pre-eclampsia’ atau tekanan darah tinggi semasa mengandung yang menyebabkan protein dikumuh keluar melalui air kencing.
Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh klinik-klinik kesihatan untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Sekiranya simptom seperti sakit kepala, pedih di hulu hati, mata kabur dan muntah yang teruk berlaku, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Pre-eclampsia boleh menyebabkan banyak komplikasi kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan seperti kerosakan buah pinggang, gangguan fungsi hati, strok dan sawan.
Selain daripada itu, salah satu contoh penyakit yang boleh menyebabkan kedua-dua belah kaki bengkak semasa mengandung ada Sindrom Nephrotic. Penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada ginjal atau buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita.
Masalah ini memerlukan perhatian daripada doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.
Bengkak yang melibatkan hanya sebelah kaki juga perlu dipantau dengan teliti. Sekiranya bengkak sebelah kaki ini diiringi dengas rasa sakit pada betis, lenguh dan sukar untuk berjalan seperti biasa, sila berjumpa doktor dengan segera.
Deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki ini sangat berbahaya. Penyakit ini sangat biasa berlaku pada waktu mengandung kerana darah akan menjadi lebih pekat daripada biasa.
Ditambah pula sekiranya wanita itu kurang berjalan dan mengalami dehidrasi, pembentukan darah beku ini lebih senang berlaku. Kadangkala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.
Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan menyusur ke arah jantung dan paru-paru.
Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Oleh itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan segera.
Jangkitan kuman atau kesan alergi boleh menyebabkan sebelah kaki membengkak. Kebiasaannya, situasi ini disertai oleh demam, sakit, kegatalan dan kulit yang kemerahan pada kaki yang terlibat.
Hal ini berpunca daripadagigitan serangga atau kaki yang luka. Kuman akan menjangkiti luka itu menyebabkan cellulitis atau infeksi pada kulit kaki. Penyakit ini boleh sembuh dengan bantuan antibiotik.
Bengkak pada kaki adalah proses biasa semasa mengandung. Bengkak pada kaki ini akan pulih selepas bersalin. Amalkan minum air yang banyak dan aktiviti harian yang aktif untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa mengandung.
Seandainya anda mengalami bengkak kaki yang sangat teruk selain daripada apa yang telah diterangkan di atas, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat pemeriksaan lebih lanjut.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.