Setelah seminggu kelahiran anak keempat, personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain berkongsi wajah anak perempuannya yang telah selamat dilahirkan secara normal walaupun mencecah usia kehamilan 41 minggu.
Menerusi perkongsian terbaru Nurul Syuhada di instagramnya, sempena tujuh hari kelahiran bayi, Nurul Syuhada dan suami telah mengadakan majlis aqiqah yang dihadiri ahli keluarga dan turut menamakan puteri keduanya.
Isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini memberitahu mereka suami isteri telah sepakat memilih nama Raja Aasiya Amaal dan berharap dengan pemilihan nama tersebut, insya-Allah akan membesar menjadi anak solehah dan dilindungi Allah selalu.
Dalam perkongsian tersebut, Nurul Syuhada dan suami telah memilih untuk mencukur semua rambut Raja Aasiya Amaal. Sekali pandang ada iras macam anak ‘Mat Salleh’.
Sedap dan penuh makna
Ads
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Nurul Syuhada atas kelahiran bayi perempuan tersebut dan memuji pemilihan nama itu.
Sebelum ini, Nurul Syuhada berkongsi yang dia telah selamat melahirkan anak keempat secara normal walaupun usia kandungan lebih 40 minggu. Dia juga bersyukur suaminya diberi kesempatan untuk memotong tali pusat dan melihat proses kelahiran ini.
Ads
Nurul Syuhada yang berkahwin 2014 telah dikurniakan tiga orang anak termasuk sepasang anak kembar. Kini dah lengkap kehidupan Nurul Syuhada kerana dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan.
Kredit: Instagram Nurul Syuhada
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu-ibu semua pasti faham, selepas bersalin badan kita memang akan alami banyak perubahan. Perut menggeleber, berat susah turun, ‘mommy pouch’ melekat tak mahu hilang! Tapi jangan putus asa ya, sebab usaha pasti membuahkan hasil, macam yang dilalui oleh isteri kepada pelakon popular Nazrief Nazri ini.
Aizatul Aqma, isteri kesayangan Nazrief, berjaya turunkan 35 kilogram dan kembalikan bentuk badan asalnya selepas melahirkan anak sulung mereka, Noah. Apa yang lebih membanggakan, semuanya dilakukan tanpa sebarang jalan pintas atau produk pelik-pelik.
Menerusi satu perkongsian di TikTok dengan nama angellajoliey, Aizatul tampil berkongsi foto perubahan dirinya selepas bersalin. Kalau tengok, memang ramai kagum sebab Aizatul sekarang dah ramping dan langsing, macam model!
Namun, semua itu bukan berlaku dalam sekelip mata. Menurut Aizatul, dia mengambil masa hampir tiga tahun untuk tegangkan kembali kulit yang kendur dan mengurangkan ‘mommy pouch’ yang sering jadi cabaran utama ibu-ibu lepas bersalin.
“Saya percaya perubahan sebenar memerlukan masa. Saya bangga dengan setiap langkah yang saya ambil,” jelas Aizatul penuh yakin.
Stop chasing shortcuts for results that are meant to last a lifetime. I believe real changes takes time and i’m proud of every step🥹 I lost 35kg in 2 and a half years, took 3 years to tighten up saggy skin and the mommy pouch? Still here 😂
Ramai ibu-ibu yang tanya apa rahsia Aizatul, nak juga kembali sihat dan cantik macam dulu. Jawapannya mudah — konsisten dan sabar.
Tak perlu bergantung pada produk kurus atau diet ekstrem yang boleh memudaratkan diri. Aizatul buktikan, dengan pemakanan sihat, rutin senaman yang konsisten dan paling penting, tidak putus asa, semua ibu boleh capai impian bentuk badan idaman.
Kalau tengok ruangan komen di TikTok, memang penuh dengan pujian dan ucapan tahniah. Ramai netizen terkejut dengan perubahan Aizatul, siap ada yang kata dia dah macam model catwalk!
Selain itu, ramai golongan ibu turut minta petua dan motivasi untuk terus kuat dalam perjalanan menguruskan badan selepas bersalin.
Pa&Ma yakin, kisah Aizatul ini boleh jadi sumber inspirasi buat semua ibu di luar sana. Tak perlu kejar jalan pintas, utamakan kesihatan, sayang diri sendiri dan nikmati setiap proses perubahan itu.
Terdapat ramai wanita berdepan situasi tidur berkeringat atau badan kehangatan secara tiba-tiba selepas bersalin. Apakah sebenarnya keadaan tersebut dan adakah cara mengatasi keringat malam yang dialami itu?
Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai situasi yang perlu dihadapi ibu selepas melahirkan anak ini.
Tidur berkeringat, mengapa ia terjadi?
Tubuh anda mengalami perubahan luar biasa semasa tempoh kehamilan. Selepas bayi dilahirkan, ada beberapa perkara yang tidak akan kembali kepada keadaan asal atau mungkin mengambil sedikit masa.
Anda mungkin mengalami perubahan fizikal dan emosi yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Antaranya:
Pernahkah anda bangun di tengah malam dalam keadaan tidur berkeringat sehingga baju basah?
Selain daripada perubahan yang dinyatakan di atas, anda juga mungkin berdepan situasi tidur berpeluh waktu malam selepas bersalin (postpartum night sweats) atau hangat memerah (hot flashes).
Sebelum mengetahui cara mengatasi keringat malam itu, ayuh kita bongkar faktor yang mungkin menjadi sebab mengapa anda mengalami masalah tidur berpeluh.
Umumnya, berpeluh pada waktu malam boleh berlaku kerana beberapa sebab.
Ada kalanya, bangun dalam keadaan panas dan berpeluh tidak dianggap sebagai ‘berpeluh malam’.
Sebaliknya, ia mungkin berlaku kerana anda berselubung dengan kain selimut yang tebal dan ditambah cuaca panas.
Seorang wanita selepas bersalin yang mengalami masalah postpartum night sweats ini boleh berdepan situasi berpeluh secara berlebihan pada waktu siang atau malam.
Masalah peluh malam selepas bersalin selalunya disebabkan oleh penurunan kadar hormon estrogen dan progesteron.
Tubuh memerlukan kedua-dua hormon ini pada tahap yang tinggi semasa berbadan dua, tetapi tidak lagi selepas kelahiran anak.
Biasanya tubuh memerlukan tempoh masa beberapa minggu setelah melahirkan bayi untuk tahap kedua-dua hormon ini kembali kepada keadaan sebelum hamil.
Perubahan inilah yang mempengaruhi suhu badan anda pada waktu malam dan membuatkan tubuh berpeluh.
Tanda-tanda mengalami peluh malam
Anda boleh mengenal pasti dengan mudah sekiranya mengalami masalah peluh malam ini selepas bersalin.
Simptom paling jelas adalah anda berpeluh pada waktu malam semasa tidur.
Anda juga berdepan situasi seperti:
Keadaan ini seringkali berlanjutan untuk tempoh beberapa minggu selepas bersalin. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius.
Pun begitu, jika masalah peluh malam berterusan lebih lama, disarankan untuk anda melakukan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau komplikasi lain.
Cara mengatasi keringat malam
Bangun dalam keadaan tubuh berkeringat sememangnya tidak menyelesakan. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan sebagai cara mengatasi keringat malam untuk tidur yang lebih lena dan selesa.
Minum banyak air
Keadaan badan berpeluh boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi. Maka, penting untuk memastikan pengambilan cecair mencukupi, khususnya jika menyusu badan.
Pakaian longgar
Antara cara untuk mengatasi tidur berkeringat adalah dengan memakai pakaian longgar yang diperbuat daripada material semula jadi seperti kapas, linen atau sutera – yang baik untuk membantu menyingkirkan haba panas badan.
Menyejukkan bilik atasi tidur berkeringat
Sama ada anda menggunakan kipas angin atau penghawa dingin, mahupun membuka tingkap bilik, menurunkan suhu bilik tidur sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan peluh.
Hadkan makanan pencetus
Untuk sesetengah individu, ada makanan mahupun minuman tertentu boleh mencetus atau memburukkan lagi gejala peluh malam ini, seperti:
Sekiranya masalah tidur berkeringat menyebabkan kerengsaan pada kulit, anda boleh menggunakan bedak talkum pada tubuh untuk mengelakkan ruam.
Pemeriksaan doktor
Anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor jika keadaan peluh malam berlanjutan lebih daripada beberapa minggu selepas bersalin atau jika disertai demam mahupun gejala lain.
Demam yang dialami mungkin petunjuk anda mengalami jangkitan!
Secara amnya, komplikasi yang berisiko terjadi kepada ibu selepas bersalin merangkumi:
Kemurungan selepas bersalin
Namun jika anda mengalami simptom di bawah bersama dengan keadaan tidur berkeringat, segera berjumpa doktor:
Pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor selepas bersalin mengikut waktu yang ditetapkan bagi memastikan anda sembuh dengan betul.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Aloe Vera Untuk Kegunaan Ibu Hamil, Sesuai Untuk Rawat Wajah Dan Tubuh
Aloe Vera atau pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiatnya. Ibu-ibu hamil boleh menggunakan aloe vera untuk perawatan wajah dan juga tubuh. Banyak kegunaan aloe vera gel dalam perawatan kecantikan, daripada hujung rambut ke hujung kaki.
Bahagian luar daunnya yang keras dan tebal memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli. Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria.
Sangat sesuai untuk kegunaan luaran mahupun dalaman, jeli aloe vera mengandungi pelbagai khasiat terutama pada kulit. Jeli aloe vera bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat. Sifat perlindungan semula jadi itu mampu memelihara kulit manusia.
Berikut dikongsikan bagaimana cara menggunakan aloe vera gel dengan cara yang tepat.
MELEMBAPKAN KULIT
BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI GEL KETIKA BERCUKUR
SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI PELEMBAP WAJAH
BOLEH DICAMPURKAN DENGAN SYAMPU RAMBUT
BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI PEMBERSIH MEKAP
Aloe Vera mempunyai sifat membersih dan anti-septik. Ia bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat. Hasilnya aloe vera sangat mujarab untuk mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar.